Video Bayi Didera Akibat Dendam Pengasuh Pada Ibu, Bayi Nyaris Mati Tercekik

Alangkah terkejutnya sepasang suami isteri apabila mendapati anak mereka didera oleh pengasuh yang baru diupah sebulan yang lalu menerusi rakaman video live di telefon bimbit mereka, lapor Daily Mail. Tindakan pengasuh berusia 40’an yang memukul dan mengoncang mangsa berusia setahun itu dirakam oleh monitor yang dipasang ibu bapa mangsa. Apabila ibu bapa mangsa mempersoalkan tindakan wanita berkenaan, dia menjelaskan bahawa emosinya tidak begitu baik pada hari kejadian, sebelum keluar dari rumah majikan dengan membawa bersama beg pakaiannya. Zhang dan isterinya, Chen, mengupah Cik Zhou, berasal dari wilayah Jiangxi melalui sebuah agensi sebulan lalu untuk menjaga anak mereka kerana mereka sibuk menguruskan perniagaan. Pasangan itu kemudian memasang monitor di rumah untuk memantau anak dan pengasuh berkenaan yang videonya boleh disiarkan ke telefon bimbit mereka sepanjang masa. Sekitar jam 6 petang, 18 Mac lalu, alangkah terkejutnya Zhang apabila mendapati pengasuh ...