Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

Isteri Pertama Suami Izreen Diceraikan

Imej
Pelakon Izreen Azminda pernah dihambat kontroversi apabila berkahwin bersama suami orang secara senyap, Ude Wahid yang bekerja sebagai seorang pemuzik. Dia dikecam teruk kerana berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama. Lebih mencetuskan kemarahan orang apabila rumah tangga Ude dan Intan berentakkan sejak mengahwini Izreen. Sebentar tadi, Ude Wahid telah melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya Intan Liana di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada jam 2.30. Izreen Azminda sebagai isteri kedua berkata tidak mahu memberi apa-apa komen kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan dan beliau juga menjelaskan tidak pernah mencampuri urusan pasangan itu. “Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belit dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahkan. Saya tidak pernah bertanya mengenai mereka berdua” “Saya rasa itu jalan terbaik mengelak konflik. Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya

Gara-Gara Tidak Tahan Dengan Bunyi Tangisan, Pembantu Rumah Dera Bayi 18 Bulan.

Imej
PUNJAB: Oleh kerana tidak tahan dengan bunyi bising yang dilakukan oleh seorang bayi kecil yang berusia 18 bulan, seorang pembantu rumah bertindak memukul dan menyeksa bayi tersebut sehingga mengalami kecederaan. Peristiwa suspek iaitu pembantu rumah kepada keluarga kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Parveen, 35, itu telah berjaya dirakam menerusi rakaman kamera yang disembunyikan oleh ibu bapa bayi terbabit bagi melihat sendiri perkara tersebut. Menurut bapa kepada bayi tersebut iaitu Sukhdev Singh, mereka sekeluarga merancang untuk memasang kamera tersebut kerana mereka mendapati ada kesan lebam di bahagian badan bayi mereka. Melalui rakaman tersebut, ibu bapa bayi itu tidak menyangka bahawa pembantu rumah mereka akan bertindak sekejam itu dengan memukul bayi yang masih kecil. Tindakan pembantu rumah terbabit boleh dilihat apabila dia bertindak memukul bayi perempuan itu dengan menggunakan rotan halus yang panjang dan memukulnya di bahagian kaki dan juga punggung b

Peniaga Online Culik Remaja Kerana Bengang Dikecam

Imej
KUALA TERENGGANU -  Seorang wanita yang merupakan peniaga atas talian di media sosial telah bertindak untuk menculik seorang remaja perempuan yang mengecamnya di laman facebook. Suspek yang bengang akan kecaman tersebut telah dibantu oleh enam rakannya untuk menculik mangsa bagi membalas dendam. Suspek yang dikenali dengan nama ‘Ailin’ 26 tahun, bersama rakannya dikatakan menyerang mangsa ketika sedang melalui Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu pada jam kira-kira 12.30 malam. Mangsa yang merupakan seorang remaja 19 tahun telah di larikan lebih 20 kilometer dari tempat dia di culik. Ketika kejadian, mangsa sedang menaiki sebuah kereta bersama tiga rakannya telah ditahan dan mangsa telah ditarik keluar dari kereta tersebut. Semasa berada di dalam kereta suspek, muka mangsa telah ditutup dengan kain serta kaki dan tangannya diikat. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, kesemua suspek yang terlibat telah memukul mangsa dan meninggalkan

Bapa Mertua Ghairah Cium Menantu Semasa Majlis Perkahwinan.

Imej
CHINA: Seorang pengantin perempuan mengalami saat-saat yang memalukan apabila bapa mertuanya bertindak mencium dirinya di dalam satu majlis perkahwinannya sendiri di bandar Yancheng, Wilayah Jiangsu, China. Akibat daripada perbuatannya bapa mertuanya itu, ahli keluarga bagi kedua-dua belah pihak itu telah bergaduh dan tidak percaya bahawa perkara yang memalukan seperti ini akan berlaku. Kejadian ini difahamkan telah berlaku di mana bapa mertua terbabit dilihat cuba memeluk menantunya semasa berjalan untuk menuju ke tempat perkahwinan. Peristiwa itu bagaimana pun telah disaksikan oleh ribuan tetamu yang hadir ke majlis terbabit dan kejadian itu juga turut sempat dirakam oleh tetamu yang hadir di majlis tersebut. Berdasarkan rakaman itu, pengantin perempuan tersebut pada mulanya cuba menolak kerana dia berasa tidak selesa dengan tindakan itu namun bapa mertuanya kelihatan gembira sehinggalah dia berhenti di pertengahan dan segera mencium menantunya itu. Disebabkan perkara it

Pelajar Tahfiz Ditahan Atas Dakwaan Mencabul

Imej
KOTA BHARU - Usman Shafie, 22 adalah seorang warga Myanmar yang merupakan seorang pelajar tahfiz di Tok Bali, Semerak, Pasir Puteh telah ditahan atas dakwaan mencabul kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang juga merupakan pelajar tahfiz berkenaan pada bulan lalu. Dakwaan mengatakan lelaki itu dituduh menyentuh secara seksual dengan mencium bibir dan menyentuh kemaluan mangsa pada jam 11 malam, 24 Januari lalu. Ketika dakwaan dijalankan oleh Mahkamah Sesyen, pada hari ini tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahrudin. Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan juga sebat. Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falena Abu Bakar tidak menawarkan sebarang jaminan kepada Usman yang tidak diwakili peguam dan tarikh sebutan semula kes telah ditetapkan oleh mahkamah. Sumber:Berita Harian , Editor:Anna

Doktor Mengakui Bahawa Dia Telah Menjalinkan Hubungan Seks Dengan 80 Lelaki.

Imej
ENGLAND: Seorang wanita yang bekerja sebagai seorang doktor dan juga pakar terapi seks telah membuat satu pengakuan di mana dia mengaku bahawa dia telah menjalankan hubungan seksual dengan lebih daripada 80 orang lelaki di Utara Yorkshire.  Kejadian itu telah diakui apabila dia telah memberitahu pihak media bahawa dia menjalankan hubungan itu sejak kematian suaminya dan kebanyakan daripada mereka sudah berkahwin. Wanita terbabit yang dikenali sebagai Louise Van Der Velde, 43, memberitahu bahawa dia sangat bahagia dengan kehidupannya namun ianya agak sukar kerana dia terpaksa membahagikan kasih sayangnya itu dengan ramai lelaki. Apa yang lebih mengejutkan adalah kebanyakan isteri kekasihnya itu mengetahui mengenai hubungan sulit tersebut namun mereka hanya membiarkan perkara itu berterusan kerana mereka tiada upaya lagi melayan nafsu suami mereka.  Menurut Louise, ketika musim perayaan berlangsung, itu adalah masa yang sesuai bagi mereka untuk melempiaskan nafsu masing-masing dan k

Pemuda Sakit Asma Kronik Dan Sawan Sejak Kecil Berdikari Dengan Jaja Kerepek

Imej
KOTA BHARU - Mohamad Firdaus Zakaria, 26, seorang pemuda yang menghidapi asma kronik dan sawan sejak kecil dan pernah mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 53 kali. Namun sakitnya itu tidak mematahkan semangatnya untuk hidup berdikari dengan menjaja pelbagai kerepek di sekitar Jalan Dato Pati sebagai punca pendapatan. Katanya sakit yang dihidapi itu bukan penghalang untuk dia terus bekerja dan tidak menjadikan alasan untuk tidak mahu bekerja. Firdaus sudah menganggap Hospital Raja Perempuan Zainab II sebagai rumah keduanya kerana banyak menghabiskan masa disitu sejak berusia satu tahun lagi. Anak kesembilan daripada 11 beradik itu berkata dia sudah mendapat kebenaran daripada ibu bapa sejak umurnya 11 tahun untuk menjaja ketika cuti sekolah. Dia sudah dikenali kebanyakan peniaga di situ kerana sudah menjaja selama 15 tahun. “Kini, saya masih lagi bekerja seperti ini kerana berasa gembira dan bersemangat apabila dapat bertemu dengan ramai orang, selain mencari rezeki

Rangka Mayat Wanita Bersama Wanita Tua Lumpih Ditemui

Imej
Rangka mayat seorang wanita tua ditemui di tempat yang sangat semak dan kotor di dalam sebuah rumah pangsapuri dan dipercayai mayat itu telah tersimpan selama 30 tahun dalam pangsapuri tersebut oleh anaknya di bandar Mykolaiv di Ukraine. Ketika ditemui tubuh rangka mayat tersebut ditutupi dengan pakaian putih, kasut biru dan stoking hijau. Polis telah memecah masuk ke dalam rumah tersebut apabila jiran-jiran membuat laporan mengenai wanita tua yang berumur 77 tahun yang tinggal bersendirian dan mengalami lumpuh. Ketika polis memasuki rumah tersebut, terdapat seorang wanita tua yang lumpuh duduk di atas lantai dalam sebuah bilik dan dikelilingi dengan longgokan sampah serta sisa makanan yang telah busuk. Wanita tua itu tidak dapat berjalan serta perlu dapatkan bantuan, lalu pihak polis memanggil ambulans untuk membantu wanita itu. Setelah itu polis turut membuat pemeriksaan ke dalam bilik lain dan menemui rangka mayat milik seorang wanita. Lapora

Wanita Transgender Nekad Ubah Diri Menjadi Naga Kerana Bosan Menjadi Manusia

Imej
TEXAS: Kerana ingin memenuhi keinginan hatinya, seorang wanita transgender sanggup membelanjakan jutaan ringgit kerana dia mahu mengubah dirinya untuk menjadi seekor naga seperti yang diidamkan oleh dirinya. Wanita terbabit dikatakan adalah salah seorang pesakit yang dijangkiti dengan virus HIV di mana dia melakukan sedemikian kerana bosan menjadi manusia lagi selain turut tertarik untuk menjadi naga seperti yang diidamkan. Eva Tiamat Medusa,53, dikatakan mempunyai keinginan yang pelik ini sejak sekian lama kerana baginya dia tidak mahu lagi mati sebagai manusia sebaliknya ingin mati menjadi seekor naga. Untuk mendapatkan wajah yang diinginkannya, Eva telah membelanjakan hampir RM 230,000 untuk melakukan pelbagai rawatan dan juga pembedahan yang diinginkannya. Selain itu, Eva juga turut bertindak diluar jangkaan apabila dia bertindak membuang kedua-dua belah cuping telinganya serta turut membuat tatu seperti kulit naga di bahagian wajah dan sekitar badannya. Di samping itu

Anak Ular Berbisa Ditemui Bersembunyi Di Dalam Bekas Makanan

Imej
SYDNEY - Di Australia, penemuan ular dalam bekas makanan adalah perkara biasa dan kerap terjadi. Tetapi kebiasaannya ia adalah ular yang tidak berbahaya kerana tidak memiliki racun yang boleh membunuh. Namun kali ini berlaku sesuatu di luar jangkaan seorang ibu ketika sedang menyediakan bekalan makanan anaknya untuk ke sekolah, di kediaman mereka yang terletak di Kota Hahndorf, Adelaide. Ibu itu menemukan anak ular kecil berwarna coklat di celah penutup bekas itu. Hasil pemeriksaan pengendali haiwan reptilia, Rolly Burrell mendapati anak ular itu adalah sejenis ular spesies eastern brown yang merupakan salah satu ular paling berbisa di dunia. Ia mempunyai racun yang berbahaya walaupun saiz badannya yang kecil. Ketika membuka bekas tersebut ibu itu tidak perasan terdapat seekor ular sedang bersembunyi di celahan penutup bekas tersebut namun setelah memasukkan makanan kedalamnya baru dia dapat melihat ular tersebut. Menurut Burrell saat ini mungkin musim ular spesies tersebut menetas

Tiga Lelaki Warga Filipina Ditembak Mati Pihak Berkuasa.

Imej
TAWAU - Tiga lelaki telah mati ditembak oleh pihak berkuasa dalam satu kejadian tembak menembak yang dipercayai berlaku di kawasan ladang kelapa sawit Batu 2 Jalan Kalabakan-Keningau pada petang semalam. Ketiga-tiga lelaki terbabit merupakan warga Filipina dan difahamkan mereka itu memang menjadi buruan polis kerana telah melakukan pelbagai jenayah. Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, kejadian tersebut dianggarkan berlaku pada jam 3.20 petang apabila pihak berkuasa berusaha sedaya upaya untuk berbalas tembakan dengan suspek. Difahamkan, kesemua suspek tersebut mempunyai senjata api jenis rifel dan revolver di mana senjata itu disimpan oleh mereka di dalam kereta yang dinaiki. "Kejadian itu berlaku selepas sepasukan polis mengekori sebuah kereta kancil berwarna putih yang dinaiki tiga suspek dalam keadaan mencurigakan dan apabila suspek menyedari diekori polis kereta suspek memecut ke arah Batu 3 Kalabakan-Keningau dan membelok masuk ke sebuah lada

Remaja Ditahan Kerana Buang Bayi Dalam Semak

Imej
KUALA PILAH – Dalam era dunia tanpa sempadan kini, seringkali kita dengar masalah yang melibatkan akhlak, sahsiah dan moral termasuk kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja. Perkara demikian turut berlaku kepada seorang pelajar sekolah tingkatan empat disebuah sekolah di Jempol dan telah ditahan polis apabila perbuatannya itu terbongkar selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah pada malam Isnin. Remaja itu telah melahirkan bayinya itu pada 21 Februari di dalam tandas rumah ibu bapanya di Felda Palong 8, Jempol dan bertindak menggunting sendiri tali pusat bayi itu. Setelah 15 minit kemudian, bayi itu didapati tidak bernafas lagi dan remaja itu bertindak membuang bayinya ke dalam longkang besar kawasan semak berhampiran rumahnya. Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol Deputi Superitendan Azham Shah Azlan berkata pihaknya menerima maklumat daripada Pejabat Pertanyaan Balai Polis Melang tengah malam kelmarin memaklumkan seorang remaja perempuan mene

Wanita Mexico Kahwini Pokok Kerana Bosan Dengan Lelaki.

Imej
MEXICO: Oleh kerana bosan mengejar cinta lelaki, sekumpulan wanita nekad menikahi pokok semata-mata kerana cinta mereka untuk menyelamatkan bumi.  Itulah situasi yang berlaku apabila lebih daripada 30 wanita yang merupakan aktivis kepada kesejahteraan bumi sanggup berjanji untuk hidup semati dengan pokok yang terpilih untuk meneruskan kehidupan mereka.  Peristiwa ini dikatakan telah berlaku di San Jacinto, Ampilas, Wilayah Oaxaca pada Ahad yang lalu di mana ia menunjukkan wanita tersebut berpakaian serba putih sebagai pakaian pengantin mereka.  Perkahwinan itu juga telah dijalankan mengikut mazhab Katholik di mana ianya dijalankan hanyalah untuk memupuk semangat kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai isu pembalakan yang berlaku di kawasan terbabit.  Oaxaca adalah salah satu negeri di dalam Mexico yang mempunyai masalah pembalakan yang sangat tinggi di mana mereka telah menebang banyak pokok sehingga ianya mencacatkan pemandangan.  Setelah selesai upacara perkahwinan, w