Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Tiga Gambar Nasib Kanak-kanak Menangis Sebelah Ibu Tarik Perhatian Netizen

Imej
Kuala Lumpur - Amat menyedihkan ketika melihat dua orang kanak-kanak yang masih tidak mengerti apa yang berlaku terhadap ibu mereka menangis cuba untuk membangunkan ibu mereka daripada tidur. Melalui kiriman yang di hantar oleh Anil Roy, jelas kelihatan dua orang kanak-kanak yang sedang menangis di sisi ibunya yang terbaring di atas lantai bersebelahan Sani Hotel, kuala Lumpur. Mengikut keterangan orang yang berada di situ, ibu kepada dua orang kanak-kanak terbabit ketika itu berada bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan dia tertidur di tepi jalan berkenaan. Malang nasib kedua kanak-kanak terbabit yang tidak di perdulikan oleh ibu mereka yang ternyata seperti tidak sedarkan diri, kelihatan kanak-kanak perempuan terbabit cuba untuk mengejutkan ibunya namun tiada sebarang respon daripada ibunya itu. Amat menyedihkan melihat dua orang kanak-kanak menangis di sisi ibunya itu, apalah nasib kedua mereka itu.

Tersalah Masuk Tandas, Kanak-kanak OKU Berusia 9 Tahun Dipukul

Imej
Sarawak - Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) telah di pukul hanya kerana dikatakan tersalah masuk tandas. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di bilik sewa berdekatan dengan court Medan Raya Bintulu pada Jumaat yang lalu. Menurut penghuni yang menghuni di kawasan bilik sewa terbabit terdapat dua unit tandas yang sepatutnya di kongsi oleh semua penyewa yang menyewa di bilik sewa di kawasan berkenaan. Walau bagaimanapun lelaki terbabit yang merupakan seorang penyewa baru yang baru sahaja masuk menyewa di bilik sewa terbabit secara tiba-tiba berlagak umpama dia merupakan seorang 'taiko' telah menetapkan bahawa hanya satu tandas sahaja yang boleh di gunakan oleh penyewa lain manakala satu lagi khas buatnya. Kanak-kanak yang menjadi mangsa pukul terbabit tinggal di salah sebuah bikik sewa di situ, sebelum kejadian di katakan mangsa telah tersalah masuk ke bilik air yang telah di tetapkan oleh lelaki terbabit bagi menc

Hati-Hati Dengan Orang Ini, Jumpa Terus Serah Kepada Pihak Polis.

Imej
Sabah - Tiga lelaki diburu oleh pihak polis kerana didakwa bergerak aktif melakukan kegiatan pecah rumah di beberapa buah kampung sekitar sini. Menurut laporan polis yang di buat, kejadian pecah rumah terbabit telah dilakukan pada hari Khamis yang lalu di kampung Darau Lama, Kota Kinabalu ,Sabah. Menurut mangsa pecah rumah terbabit, rumahnya telah di masuki oleh lelaki terbabit bersama dua orang lagi rakannya sebelum suspek juga turut berjaya melarikan diri. Mangsa dikatakan telah mengalami kerugian kehilangan sebuah peti ais berjenama LG beserta kipas meja yang telah dilarikan oleh geng pecah rumah terbabit. Walau bagaimanapun laporan polis telah di buat berhubung kejadian terbabit dan masih lagi tiada sebarang penangkapan dilakukan. Sesiapa yang mempunyai maklumat atau berjaya menangkap suspek bolehlah terus menghantarnya ke balai polis yang berhampiran atau pun ke Balai Polis Menggatal. Suspek yang juga merupakan penduduk di Kampung Darau Lama  telah bergiat aktif bers

Cara Santau Dihantar Melalui Whatsapp

Imej
Walaupun dengan era zaman permodenan ini masih terdapat segelintir individu yang masih lagi mempercayai serta mengamalkan ilmu khurafat demi kepentingan diri sendiri. Itulah yang berlaku kepada seorang individu yang telah berkongsikan kejadian yang menimpanya itu yang menggesa supaya tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita supaya berhati-hati kerana terdapat individu yang tergamak menggunakan kecanggihan teknologi demi kepentingan sendiri. Melalui perkongsian terbabit memberitahu bahawa individu tidak bertanggung jawab terbabit telah menggunakan aplikasi whatsapp sebagai batu loncatan bagi menjayakan rancangan jahatnya itu. Tujuan dia berkongsikan kisah ini adalah sebagai memberi peringatan kepada kaum wanita di luar sana akan kewujudan manusia yang masih berfikiran sempit yang hanya mementingkan dir sendiri tanpa memikirkan kesan akibat perbuatannya itu. Teknik terbaru terbabit digunakan bagi menghantar mentera atas tujuan yang tidak baik terhadap orang yang saya sayang de

Ibu Dan Anak Ketakutan Di Ragut

Imej
Johor - Seorang wanita bersama anaknya berada dalam ketakutan apabila baru sahaja menjadi mangsa ragut di hadapan sebuah bank di sini semalam. Kejadian ragut terbabit yang di katakan berlaku di hadapan Agro Bank Kota tinggi telah mengakibatkan wanita terbabit serta anaknya mengalami kecederaan ringan. Mengikut info dari saksi yang melihat kejadian terbabit, suspek ragut berkenaan melakukan perbuatan terbabit dengan menggunakan motor jenis LC bagi menjayakan racangan ragytnya itu. Walau bagaimanapun, kesan daripada kejadian terbabit telah menimbulkan ketakutan kepada wanita terbabit bersama dengan anaknya.

Kini Giliran Chef Wan Tegur Aliff Syukri Isu Makan Di Tepi Jalan

Imej
Datuk Aliff Syukri sekali lagi menjadi tumpuan netizen kerana tindakan beliau makan di tepi jalan di Zurich, Switzerland. Sebelum ini Datuk Aliff Syukri, pernah mencetuskan kontroversi apabila bertindak makan durian sambil bersila di lapangan terbang. Menurut laporan Astro AWANI, Datuk Aliff Syukri memuat naik video yang menunjukan beliau dan keluarga makan di tepi jalan di Zurich, ke akaun Instagramnya. Dalam video tersebut, Aliff Syukri memuat naik kapsyen bahawa beliau terpaksa bertindak sedemikian. "Sedih saya, pergi restoran bawa bekal sebab di sini makanan halal amat susah nak dapat. Baru bercadang nak pesan air untuk buat cover nak tumpang makan, tapi kami kena halau."Jadi kami makan saja di tepi jalan," tulisnya. Video tersebut turut dikecam oleh Chef Wan di ruangan komen, apa yang dilakukan Datuk Aliff itu boleh mencemar imej pelancong dari Malaysia, kata Chef Wan "Ia bukan satu paparan imej yang baik bagi pelancong Malaysia. Datuk (Aliff Sy

Wanita Tidak Dikenali Tiba-tiba Ucap Selamat Datang Ke Neraka.

Imej
Wanita yang dikatakan berdendam Semakin canggih teknologi sekarang semakin banyak pula manusia yang bertindak ikut suka tanpa menggunkan akal yang waras serta tidak memikirkan orang lain. Seperti yang berlaku kepada salah seorang lelaki yang dikenali Aiman Izani apabila secara tiba-tiba dia telah di serang oleh seorang wanita dengan pengenalan nama Sara di akaun We Chat miliknya. Melalui perbualan tersebut dapat dilihat pada mulanya Sara memulakan perbualan dengan bertanyakan mengenai harga lukisan gambar kahwinnya yang mahu dia lukis tetapi apabila di minta untuk menghantar gambar dengan secara tiba-tiba gaya perbualannya itu berubah dengan drastik. Secara tiba-tiba dia memberitahu bahawa Aiman merupakan musuhnya dan telah meletakkan segala maklumat Aiman di laman web gay dan mmeberitahu bahawa dia amat berdendam dengan Aiman serta akan menviralkan Aiman pada satu dunia. Aiman yang tidak mengenali serta tidak tahu apa salah dia sehinggakan wanita terbabit secara t

Silap Saya Beli Rumah Secondhand Kali Pertama

Imej
Faris bersama surat perjanjian serta rumah yang di beli Setiap individu pasti ingin memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumahnya sendiri walau sekecil mana pun asalkan dia memiliki sebuah rumah dan tidak perlulah menyewa sehingga ke hari tua. Tetapi bagaimana jika rumah yang kita beli itu bermasalah pasti akan mengundang kekecewaan dalam diri kita yang begitu inginkan rumah sendiri yang selesa buat sekeluarga. Tiada pengalaman dalam membeli hartanah rumah juga boleh mendatangkan masalah kepada diri seseorang itu apatah lagi jika rumah tersebut merupakan rumah subsale atau secondhand. Bagi seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Faris, beliau telah berkongsikan pengalamannya sendiri membeli rumah subsale supaya ianya dapat di jadikan pengajaran buat orang di luar sana yang ingin membeli rumah sepertinya. Menurut Faris, itu merupakan kesilapannya ketika membeli rumah subsale serta ianya merupakan rumah pertamanya dan kerana itu dia telah melakukan kesilapan ter

Arnab Gergasi Mati, Pemilik Saman Syarikat Penerbangan

Imej
Foto Dari NY Daily News United Kingdom - Pemilik arnab menyaman syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), United Airlines, kerana kematian arnab gergasi yang di beri nama Simon ketika dalam penerbangan dari London ke Iowa, AS. Menurut laporan Harian Metro, pemilik arnab mendakwa United Airlines bertanggungjawab atas kematian haiwan peliharaan berkenaan. Ketika kejadian mereka dikatakan dalam perjalanan menyertai satu pameran bagi mengutip dana bagi acara tahunan. Saman terhadap syarikat penerbangan itu telah difailkan di Mahkamah Daerah Polk County, Des Moines, Iowa semalam Mereka terdiri daripada tiga ahli perniagaan yang membeli baka arnab dari United Kingdom (UK) berkenaan. Arnab gergasi yang digelar Simon berusia 10 bulan itu memiliki ukuran badan sepanjang 1.04 meter ditemui mati dalam pesawat kargo semasa penerbangan singgah di Chicago. Menurut peguam yang mewakili pemilik arnab, arnab gergasi itu mati selepas pekerja-pekerja syarikat penerbangan meletakkan haiw

Video Wanita Dalam Pantang Ditendang Di PPR Kota Damansara

Imej
Kota Damansara - Pihak polis sedang giat memburu seorang wanita selepas di dapati memukul wanita lain yang sedang berpantang sehingga mengakibatkan pendarahan serius. Ketika kejadian mangsa yang dikenali sebagai Siti Noorashikin Athiqa telah menegur sekumpulan orang kerana telah membuat bising di hadapan rumahnya sehingga menyebabkan bayinya yang sedang tidur terganggu. Ketika kejadian dikatakan mangsa yang dikenali sebagai Siti Noorashikin Athiqa telah menegur sekumpulan orang kerana dikatakan telah membuat bising di hadapan rumahnya sehingga menyebabkan tidur bayinya terganggu. Walau bagaimanapun nasihat mangsa yang ketika itu masih lagi dalam keadaan berpantang langsung tidak di endahkan oleh kumpulan terbabit malah kumpulan terbabit terus mencabar mangsa dengan membuat bising lagi. Menurut suami mangsa, ketika kejadian tersebut berlaku isterinya terlebih dahulu telah menelefonnya yang sedang bekerja memberitahu bahawa terdapat sekumpulan orang yang membuat bising di hadap

Tunku Ismai Hadiri Makan Malam Bersama Cristiano Ronaldo.

Imej
Foto Dari JOHOR Southern Tigers Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghadiri makan malam bersama Cristiano Ronaldo yang merupakan bintang bola sepak terkemuka dunia. Namun tidak dimaklumkan di mana lokasi makan malam Tunku Ismail dan Cristiano Ronaldo itu berlangsung. Menurut laporan Astro AWANI, berita tersebut tersebar selepas sekeping foto, dikongsikan ke laman sosial Facebook, Johor Southern Tigers. "DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat menghadiri makan malam bersama bintang bola sepak dunia, Christiano Ronaldo sebelum berlepas ke Terengganu keesokan pagi untuk menghadiri Mesyuarat Exco FAM dan sesi bertemu penyokong bola sepak tanahair pada 22hb Julai 2017," tulis kapsyen pada gambar itu. Menerusi laporan portal berita Mediacorp, Ronaldo tiba di Singapura pada Jumaat bagi mengunjungi usahawan terkemuka, Peter Lim. Kehadiran Ronaldo adalah untuk menziarahi ana

3 Gambar: Punca Kematian Polis Dan Teman Wanita Di Sebuah Bilik.

Imej
Polis Kuala Lumpur mengesahkan anggota polis Bukit Aman yang ditemui mati bersama seorang wanita Vietnam di sebuah bilik di Taman Bukit Ria, dekat Cheras di sini, semalam, sebagai bunuh diri. Menurut laporan Berita Harian, wanita Vietnam berkenaan dipercayai kekasihnya. Menurut Datuk Amar Singh Ishar Singh yang merupakan Ketua Polis Kuala Lumpur, berkata pengesahan itu dibuat hasil laporan bedah siasat yang dijalankan oleh pasukan forensik ke atas kedua-dua mayat berkenaan. Katanya, punca kematian adalah disebabkan kecederaan akibat tembakan di kepala. “Berdasarkan keputusan hasil bedah siasat pasukan forensik". "Kita boleh mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa mati kerana membunuh diri". “Ia juga disokong dengan hasil ujian GSR yang dijalankan apabila menemui kesan sisa tembakan pada tangan kedua-dua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Kenyataan Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan lagi bahawa pasangn itu mati bunuh diri. Dalam bilik itu

Hati-Hati Tukar Duit Dengan Orang Dalam Bank.

Imej
Segamat - Seorang wanita tidak menyangka bahawa niat baiknya yang memberi duit tukar kepada seorang lelaki disebabkan duitnya tidak di terima oleh mesin telah menyebabkan dia kerugian. Wanita tersebut telah mengongsikan kejadian yang menimpanya di Facebook miliknya supaya kejadian yang sama tidak akan berulang lagi kepada orang lain. Melalui postingnya itu, dia memberitahu bahawa kejadian tersebut berlaku pada hari Rabu yang lalu ketika dia berkunjung ke sebuah bank bagi mengeluarkan duit di mesin ATM. Selesai sahaja urusan, saya pun kelam kabut nak beredar dari situ sebelum di sapa oleh seorang lelaki yang ingin menukarkan duit RM 50 dengan saya sebab katanya duit dia tidak boleh nak masuk mesin. Saya pun tanpa syak wasangka dan dengan rela hati buatlah pertukaran dengannya selepas itu terus berlalu sebab nak kejar masa nak ambil anak balik dari sekolah. Ambil sahaja anak dari sekolah saya terus pergi ke pasar raya untuk membeli lauk tetapi yang nak di jadikan cerita semal

Video CCTV Berjaya Rakam Pencuri Guna Taktik Licik Di Cyber Cafe Wangsa Maju

Imej
Wangsa Maju - Kelibat seorang pencuri yang menggunakan taktik menjatuhkan duit syiling terlebih dahulu sebelum mencuri telefon bimbit mangsanya telah berjaya dirakamkan oleh CCTV. Kejadian tersebut dikatakan baru sahaja berlaku pada petang tadi di Orange Cyber Cafe, Wangsa Maju. Melalui rakaman CCTV Cyber Cafe terbabit jelas menunjukkan kelakuan lelaki terbabit yang terlebih dahulu menjatuhkan duit syiling di tepi kaki seorang lelaki yang sedang leka bermain komputer. Selepas menjatuhkan duit syiling terbabit, pencuri terbabit di lihat dengan sengaja telah menegur lelaki berkenaan supaya mengutip duitnya yang tercicir di tepi kaki. Tetapi ketika lelaki tersebut sedang mengutip duit syiling berkenaanlah pencuri terbabit di lihat bertindak mengambil telefon bimbit milik mangsa yang berada di atas meja. Melalui rakaman tersebut di lihat bahawa orang yang berada bersebelahan mangsa seperti terkejut dengan tindakan pencuri terbabit yang mencelah di sebelahnya untuk mengambil tel

Lelaki Mohon Jasa Baik Netizen Kesan Dua Pencuri Yang Melarikan Motor Miliknya.

Imej
wajah dua pencuri yang melarikan motor 125zr Klang - Seorang lelaki memohon jasa baik netizen bagi mengesan dua orang pencuri yang telah melarikan motorsikalnya pada hari Isnin yang lalu. Lelaki terbabit yang di kenali sebagai Kunalan Ramiyah memberitahu bahawa motorsikal 125zr miliknya yang berwarna biru dengan no pendaftaran VM4364 telah di curi oleh dua orang individu yang tidak di kenali. Ketika kecurian , dia telah meletakkan motor terbabit di hadapan rumahnya yang terletak di Klang Parade sebelum kedua pencuri terbabit telah melarikan motor miliknya. Walau bagaimanapun dia yang menyedari kejadian terbabit cuba untuk mengejar pencuri terbabit namun tidak berjaya menangkap mereka. Dia amat terkilan dengan kehilangan motor miliknya kerana dia telah bekerja keras untuk membeli motor terbabit dengan hasil titik peluhnya tetapi pencuri terbabit dengan sewenang-wenangnya telah mencuri motor miliknya. Beliau telah meminta jasa baik semua orang supaya viralkan muka kedua pen