Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2023

Rogol Dan Amang Seksual Gadis 14 Tahun, 4 Lelaki Didakwa

Imej
  JOHOR BAHRU - Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja berusia 14 tahun pada pertengahan bulan ini. Muhammad Sobri Muhammad Anuar, 25, Muhammad Rasyid Musa, 29, Muhammad Fikeri Mohd Sohad, 28, dan Nazreen Ashraf Nordini, 30, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Noraida Sulaiman. Tertuduh, Muhammad Anuar, Muhammad Rasyid dan Muhammad Fikeri didakwa merogol seorang perempuan berusia 14 tahun tiga bulan di Lot 2173, Kampung Oren Baru, Ulu Tiram di sini pada jam 1 pagi, 14 Mei lalu. Ketiga-tiga tertuduh yang didakwa melakukan kesalahan tersebut boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan. Kesalahan berkenaan memperuntukkan hukuman penjara antara 10 sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Sementara Nazreen Ashraf, melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di lokasi dan hari yang sama pada j

Maut Ditikam Berkali-Kali Oleh Bekas Tunang

Imej
  KOTA KINABALU: Cemburu dan tidak berpuas hati pertunangan diputuskan menyebabkan seorang wanita ditikam sebanyak lapan kali oleh bekas tunangnya dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di sini pada Isnin. Mangsa berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai di pusat beli-belah itu dilaporkan maut dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki yang menyatakan telah tertikam bekas tunangnya.   Katanya, susulan daripada panggilan itu sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang wanita dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah dipercayai akibat ditikam. "Turut berada di lokasi ialah seorang suspek yang merupakan bekas tunang mangsa yang telah ditahan oleh pihak pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada polis. "Hasil siasatan mendapati punca kejadian disebabkan cemburu