Rogol Dan Amang Seksual Gadis 14 Tahun, 4 Lelaki Didakwa

 


JOHOR BAHRU - Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja berusia 14 tahun pada pertengahan bulan ini.

Muhammad Sobri Muhammad Anuar, 25, Muhammad Rasyid Musa, 29, Muhammad Fikeri Mohd Sohad, 28, dan Nazreen Ashraf Nordini, 30, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Noraida Sulaiman.


Tertuduh, Muhammad Anuar, Muhammad Rasyid dan Muhammad Fikeri didakwa merogol seorang perempuan berusia 14 tahun tiga bulan di Lot 2173, Kampung Oren Baru, Ulu Tiram di sini pada jam 1 pagi, 14 Mei lalu.

Ketiga-tiga tertuduh yang didakwa melakukan kesalahan tersebut boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan.


Kesalahan berkenaan memperuntukkan hukuman penjara antara 10 sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Sementara Nazreen Ashraf, melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di lokasi dan hari yang sama pada jam 12 tengah malam.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017.

Kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Siti Noraida membenarkan tiga tertuduh berkenaan diikat jamin dengan RM18,000 manakala Nazreen Ashraf pula diikat jamin RM14,000.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Nor Fadilah Johanuddin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Siti Noraida menetapkan 2 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 23 Mei lalu, media melaporkan sekumpulan lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang remaja.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, mangsa menyatakan dirogol empat lelaki warga tempatan secara bergilir-gilir di sebuah rumah di Ulu Tiram pada 14 Mei lalu.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Ulu Tiram, membuat tangkapan di sekitar Ulu Tiram. - Sinar Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.