Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

Video Najib Mengamuk Tinggalkan Wawancara Al Jazeera

Imej
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan sesi wawancara bersama Al Jazeera selepas ditanya mengenai pelbagai tuduhan terhadapnya. Pengacara program 101 East, Mary Ann Jolley meminta Najib menjawab pelbagai tuduhan daripada isu 1MDB, berlian merah jambu milik isterinya Datin Seri Rosmah Mansor kepada kes pembunuhan Altantuyaa Shaaribu, Hussain Najadi dan Kevin Morais. Najib yang kelihatan bengang akhirnya meminta Jolley beralih kepada soalan ekonomi, tetapi apabila pengacara itu tidak berbuat demikian, beliau bangun dan mengancam untuk meninggalkan sesi wawancara itu. "Bolehkah kita pergi ke ekonomi? Kita telah habiskan terlalu banyak masa, jika tidak, saya akan keluar - tak lagi, tak lagi, tolonglah. Itu saja, saya sudah selesai," katanya sambil berdiri. "Jika anda mahu bercakap mengenai ekonomi, saya akan duduk," katanya. Apabila Jolley bertegas untuk meneruskan wawancara itu, Najib, yang sedang berdiri meninggikan suaranya. &qu

Video: Kanak-Kanak Disahkan Maut Digilis Van Sekolah

Imej
“SEDIH tengok atuk dia peluk bawak masuk rumah,” kata netizen mengenai kejadian tragis membabitkan kanak-kanak perempuan yang maut digilis sebuah van sekolah di hadapan rumah keluarganya di Jalan Temenggung 4, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, semalam. Insiden menyayat hati itu dikongsikan Facebook (FB) Khas Penduduk Skudai hari ini, termasuk video berdurasi 1 minit dan 37 saat. Video itu memperlihatkan babak memilukan bermula daripada kanak-kanak terbabit, Janiss Yeoh Zi Xuan, turun dari van sekolah sebelum dia dilanggar pemandu van dan badannya digilis. Panik dengan situasi itu, pemandu van wanita mendapatkan keluarga mangsa sebelum dia masuk ke dalam kenderaan untuk mengundurkan vannya ke belakang. Seorang wanita dipercayai nenek kepada kanak-kanak itu kemudian dilihat keluar dari pagar rumah dan mengangkat cucunya masuk ke dalam rumah. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kejadian berlaku pada 12 tengah hari semalam

Video 'Apa Hak Awak Tanya Soalan Ini?'

Imej
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut mengenai status beliau sebagai presiden Umno yang kini menghadapi 45 pertuduhan di mahkamah. "Apa hak awak nak tanya soalan ini," kata Zahid kepada pemberita yang menanyakan soalan sama ada beliau akan mempertimbangkan untuk bercuti sementara dari jawatnnya sebagai presiden parti keramat melayu itu. Semalam bernama melaporkan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu dijangka membincangkan kedudukan Presiden parti itu Ahmad Zahid pada mesyuarat Majlis Tertinggi bulan hadapan. Jumaat lalu Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di atas 45 pertuduhan pecah amanah, menerima wang rasuah dan pengubahan wang haram dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Malaysiakini

2 Video Pemilihan PKR Gombak Bergaduh

Imej
GOMBAK - Pemilihan PKR Cabang Gombak kecoh selepas berlaku ketegangan jam 12 tengah hari tadi. Difahamkan insiden berpunca salah faham antara dua ahli dalam kem berbeza sebelum menjadi serius selepas campur tangan pihak ketiga. Insiden bermula apabila seorang ahli membawa kertas cai ke dalam pusat pengundian sebelum disedari ahli parti kem berbeza. Sejurus ditarik keluar, berlaku insiden perang mulut sebelum pergaduhan dan tolak-menolak kurang dua minit. Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal selepas pergaduhan dileraikan dan mereka terlibat ditarik keluar pagar.

Ujian DNA Sahkan Jenazah Amir Hamzah

Imej
IBU Amir Hamzah Mohd Rozali, pelajar yang hilang selepas terbabit kemalangan di Kilometer 14.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), minggu lalu, reda dengan hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengesahkan mayat ditemui di Sungai Kandis, Isnin lalu, adalah anaknya. Mariam Shanani Harun, 60, berkata keputusan DNA yang diketahui hari ini akhirnya menamatkan penantian mereka sekeluarga walaupun perkara itu menyedihkan mereka. “Mayat itu anak saya kerana ada dua kesan parut di bahagian betis sebelah kiri dan perut itu sama dengan Amir. “Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya meninggal dunia namun saya bersyukur ia selesai. “Bagi saya, Amir adalah anak yang periang dan manja semasa hidupnya. Amir pasti akan dirindui oleh kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di Unit Foresik Hospital Shah Alam hari ini. Bagaimanapun, beliau masih tidak mengetahui bagaimana punca sebenar Amir Hamzah, 22, terbabit dengan kemalangan itu. Katanya, berdasarkan maklumat awal

Suami Kena Gari Dengan Isteri.

Imej
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Suami mana tidak seram kalau kena ’gari’ dengan isteri kalau hendak ke mana-mana? Bagaimanapaun, itu hanya gurauan antara Jufri Jaffar, 30, dan isterinya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga minggu lalu apabila gambarnya digari isteri tular di media sosial baru-baru ini. Menurut Jufri, gambarnya itu di ambil oleh kawannya ketika singgah di kedainya dan di muat naik dalam laman media sosial. “Saya terkejut juga sebenarnya bila dimuat naik oleh rakan saya tetapi saya anggap sebagai guraun sahaja dan tidak sangka gambar itu tular. “Kalau tanya komen positif, saya anggap ikatan tali itu dijagalah elok-elok. Jangan mudah diputuskan yang mana faham. Baguslah!” ujarnya kepada Utusan Online di sini hari ini. Menurut Jufri, dia berharap orang ramai di luar sana tidak terlalu serius dengan perkongsian gambar tersebut memandangkan itu hanyalah jenaka antara kawan-kawan rapatnya. “Saya harap tiadalah yang sentap atau menghambur kata-kata fitnah antara say

Karya Arwah Ayah Akan Terus Hidup - Syafiq

Imej
“PERASAAN sedih saya sama dengan orang lain apabila kehilangan orang yang besarkan kita, walaupun saya tidak dibesarkan sepenuhnya oleh arwah,” luah penyanyi Syafiq Farhain yang juga anak kepada Allahyarham Saleem yang meninggal dunia 6.15 pagi, hari ini. Syafiq, 24, atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim berkata, kali terakhir melihat arwah bapanya tiga hari lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Bagaimanapun, Syafiq tidak dapat berjumpa bapanya kerana ketika itu pihak hospital sedang menguruskan bapanya yang baru dimasukkan ke unit itu. “Sewaktu dapat berita bapa kemalangan, saya terus ke hospital. Selama beberapa hari juga saya ulang alik melawatnya sebelum arwah dibawa pulang ke rumahnya. “Tiga hari lalu saya diberitahu ayah dimasukkan ke ICU PPUKM. Saya bergegas ke situ, tetapi tidak sempat berjumpa kerana kesuntukan waktu dan pihak hospital sedang menguruskan prosedur rawatan. “Semalam saya berada di Kuala T

Habis 1 juta Untuk Jadi Seperti Doll Dan Barbie.

Imej
KUALA LUMPUR: Dalam tempoh lima tahun dia mendakwa sudah berhabis kira-kira RM1 juta semata-mata mahu kelihatan seperti anak patung popular Barbie. Bagi Izubiela Rasi atau Bella, 29, atau lebih dikenali dengan nama Instagram @izubielazaffmarekan setiap kali memuat naik fotonya di Instagram mahupun Facebook, pasti ada di antara pengikutnya menyamakan dirinya seperti doll atau anak patung. Ada yang beranggapan foto dimuat naik Bella melalui proses suntingan yang keterlaluan untuk kelihatan seperti patung bernyawa. Namun, peluang bertentang secara empat mata dengan wanita ini, memang begitulah rupa paras dan fizikalnya di luar. “Maaf bukan mahu meninggi diri, tetapi jujur memang selalu ada yang menyapa saya kelihatan seperti doll dan Barbie. “Ada juga yang minta untuk bergambar,” kata Bella membuka bicara. Ujar Bella lagi, patung Barbie gambaran wanita yang sempurna. Semetri wajah menawan, berambut lebat dan bertubuh langsing, membuatkan wanita obses untuk menjadi sepert

Saleem Iklim Meninggal Dunia

Imej
Penyanyi Saleem dilaporkan telah meninggal dunia pagi ini. Saleem, 56, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.15 pagi tadi, di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur. Menurut Harian Metro, khabar dukacita itu disahkan oleh isteri Saleem, Juriah@Julia Bachok. Saleem atau nama sebenarnya Am Saleem Abd Majeed dirawat di hospital itu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 20 September lalu. Dalam kejadian di Lebuhraya Grand Saga itu, vokalis kumpulan Iklim itu yang sedang menaiki motosikal dilanggar sebuah kenderaan dari arah belakang yang mengakibatkan sembilan tulang rusuknya patah, dengan satu daripadanya mencederakan paru-parunya. Menurut Berita Harian, jenazah Saleem akan dibawa ke Surau As-Syakirin Bukit Mahkota, Cheras untuk disembahyangkan dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Bersama-sama Iklim, Saleem mencipta nama sejak tahun 1990-an dengan lagu-lagu popular sep

Ditinggalkan Oleh Bapanya Yang Ke Kaunter Pembayaran

Imej
KANAK-KANAK perempuan berusia dua tahun terperangkap hampir sejam dalam kereta bapanya di stesen minyak di Jalan Batu Arang, Batu 22 Sungai Bakau, Rawang, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa dikatakan ditinggalkan sebentar oleh bapanya yang ke kaunter untuk membuat pembayaran. Ketika itu, penghawa dingin dan enjin kereta terpasang. Bagaimanapun, sebaik bapanya kembali ke kereta dan mengisi minyak, dia mendapati pintu kereta sudah terkunci dan gagal membukanya dipercayai akibat perbuatan anaknya yang bermain dengan kunci kenderaan berkenaan. Selepas beberapa minit gagal memujuk anaknya untuk membuka pintu kereta, bapa mangsa akhirnya terpaksa menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan. Bomba yang menerima panggilan pada 12.15 tengah hari, menghantar satu jentera bersama tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang ke lokasi untuk kerja menyelamat. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Noor Fazida Tina Muhamad N

Kecoh Najib Buat 'Cameo' Dalam Drama Korea.

Imej
MEDIA sosial kecoh beberapa hari ini selepas kelibat bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, membuat penampilan cameo dalam sebuah drama bersiri Korea, Terius Behind Me. Walaupun hanya penampilan dalam televisyen semasa satu babak antara watak Kwon Young-Shil dan Kim Bon, ia tetap menarik perhatian ramai. Hanya beberapa saat penampilan itu namun netizen sempat merakam saat itu dan memuat naiknya ke laman sosial. Akaun Twitter @eggsoo_ antara yang terawal memuat naik tweet bergambar, dan ia kemudiannya menerima lebih 13,000 retweet. Rakaman yang disiarkan di televisyen itu dikatakan rakaman ketika Najib hadir memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - Astro AWANI

Video: Remaja Ini Dibunuh Kerana Berwajah Jambu.

Imej
BAGHDAD: Seorang remaja berusia 14 tahun di Iraq ditikam sampai mati selepas sekumpulan lelaki mengesyaki dia adalah gay hanya kerana berwajah 'jambu'. Insiden menggemparkan ke atas Hamoudi al-Mutairi itu berlaku berhampiran kediamannya di Yarmouk, Baghdad. Mangsa diserang beberapa individu yang bertindak kejam menikam perutnya beberapa kali malah turut merakamkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. Rakaman video yang menjadi tular di media sosial menunjukkan Hamoudi terbaring dalam keadaan berlumuran darah. Sebelum rakaman itu dihentikan, mangsa turut merayu supaya membawanya ke hospital dan berkata, 'Saya mahu ibu saya'. Kejadian pembunuhan itu berlaku tidak sampai sebulan insiden kematian empat individu progresif berprofil tinggi yang bekerja dengan media sosial dan industri kecantikan. Pada awal Ogos lalu, pengurus dua pusat pembedahan plastik dan estetik ditemui mati dalam keadaan misteri. - Astro AWANI

Aksi Azah Aziz Makan Durian Guna Plastik Nampak Macam Orang Mexico Bukan Melayu

Imej
Orang Malaysia kalau tak makan durian mungkin dianggap pelik tapi jangan terkejut apabila tengok selebriti popular, Azah Aziz yang menetap di Montreal, Kanada makan durian pakai plastik di tangan. Bekas pelakon zaman 90-an itu memuat naik beberapa gambarnya bersama statusnya di media sosialnya, hari ini. "Saya ni kalau dapat durian memang tak ingat dunia dah," katanya menerusi Instagramnya, @azahmontreal. Nyata, aksi pelik selebriti itu makan durian menarik perhatian netizen untuk memberi komen. Seorang netizen dikenali sebagai @ain_ainun menyatakan makan durian guna sarung tangan kurang memberi rasa ketika makan. "Balik rumah nanti hubby (suami) lari tangan bau durian," jawab Azah. Ada juga netizen berkongsi petua menghilangkan bau durian di tangan dengan membasuh tangan di bawah kulit durian. Bagaimanapun, Azah memberitahu dia membeli durian tersebut secara beku dalam plastik tanpa kulit. Ujar Azah lagi, durian di sana dijual pada harga Can$11

Putin Pesan Kepada Ayah Khabib 'Janganlah Hukum Khabib Terlalu Berat'

Imej
Presiden Rusia Vladimir Putin mengingatkan bapa Khabib Nurmagomedov supaya tidak mengenakan hukuman terlalu berat ke atas anaknya selepas kemenangan anaknya di UFC 229 hujung minggu lalu. Selepas meraih kemenangan Sabtu lalu dengan menewaskan Conor McGregor, Khabib pulang sebagai hero negara, lebih 10,000 peminat menantikan kepulangan beliau di tanah kelahirannya di Dagestan, Rusia. ‘Drama’ di antara Khabib dan McGregor pada pusingan keempat dalam pertarungan yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat itu apabila bintang seni kelahiran Rusia mempamerkan kuncian ‘rear naked choke’ pada minit 3.03. Hampir mengakhiri 'showdown' itu, bintang seni bela diri kelahiran Ireland McGregor kelihatan seakan hampir kehabisan tenaga sebelum pertarungan dibawa ke ‘ground’. Selepas kemenangan anaknya, portal berita di seluruh dunia dihangatkan dengan tajuk berita berhubung 'amaran keras' bapa Khabib yang merupakan bekas peninju Rusia Abdulmanap Nurmagom

Kenapa Dia Malukan Saya Depan Orang Ramai

Imej
Pelakon, Lufya Omar terkilan dengan sikap biadap seorang artis veteran yang mempersenda susuk tubuhnya yang berisi selepas melahirkan anak ketika bertemu pada sebuah majlis, baru-baru ini. Lufya, 33, berkata, dia terguris dengan perlakuan artis veteran itu yang seolah-olah sengaja mahu memalukannya di depan orang ramai, sedangkan dia berusaha keras mendapatkan semula berat badan ideal sejak hampir setahun lalu . "Bayangkan, dia dengan selamba mempersenda bentuk tubuh saya yang berisi depan orang ramai, sebelum berlalu pergi. Apa tujuan dia berbuat begitu? "Mungkin ada yang menganggap ini perkara kecil, tetapi sebagai manusia, semestinya saya terasa. Apatah lagi kejadian itu berlaku depan ramai orang. “Jika dia mahu memberikan nasihat supaya saya menjaga penampilan selepas menjadi ibu, saya boleh terima. Tetapi, apa yang dikatakannya itu tidak berhemah dan sangat mengguris perasaan," katanya. Tambah Lufya, dia yakin, di luar sana ramai wanita berdepan situas

Mengaku Tak Bersalah Paksa Budak Perempuan Berusia 12 Tahun.

Imej
Penjual sate, Zulkhairul Kople, 28, mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan perlakuan seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, di Perumahan Komuniti Bersepadu, Paya Serai, Pekan, kira-kira 4 petang, 10 September lalu. Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dipenjarakan tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Tertuduh juga didakwa melakukan ugutan jenayah dengan tujuan menakutkan mangsa pada tempat, masa dan tarikh yang sama, sekali gus melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun denda atau kedua-duanya sekali. Siti Aminah kemudian mengarahkan tertuduh diikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin dan memutuskan 14 November ini untuk sebutan semula kes. Beliau juga mengarahkan tertuduh tidak mengganggu mangsa dan pendakwaan turut dilakukan oleh Farahah. - Harian Metro

Kes Pembunuhan Morais Dan Altantuya, Najib Lapor Polis Terhadap Najib

Imej
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengarahkan pembantunya untuk membuat laporan polis supaya membuka semua kes-kes pembunuhan yang membabitkannya. "Esok, saya akan meminta pembantu saya untuk membuat laporan polis terhadap saya supaya pihak polis di bawah kerajaan Pakatan Harapan boleh menyiasat semula jika saya terlibat dalam semua kes-kes pembunuhan ini," katanya dalam suatu hantaran Facebook malam ini. Menurut Najib tindakannya membuat laporan polis terhadap dirinya sendiri itu selepas beberapa kali mendesak pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang supaya memujuk pihak berkuasa menyiasat semula beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi. "Untuk kali kelima, saya mendesak Kit Siang untuk memenuhi apa yang dia mahu minggu lalu iaitu membuka siasatan khas untuk kesemua kes-kes ini tetapi saya rasa ini membuang masa sahaja untuk melayan dia. "Kit Siang berpusing pusing cuba mengelirukan penyokongnya kononnya saya menulis Kit Siang pernah berkata

Aplikasi Google Maps Kantoikan Isteri Curang

Imej
RAHSIA isteri yang menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain akhirnya terbongkar selepas suaminya menemui gambar menunjukkan wanita itu bermesra bersama kekasihnya di aplikasi Google Maps. Lelaki itu yang tinggal di bandar ini pada mulanya melihat jalan untuk pergi ke satu lokasi sebelum melihat satu gambar menunjukkan seorang lelaki berbaring di riba seorang wanita di bangku tepi jalan. Walaupun wajah pasangan itu dikaburkan tetapi lelaki itu curiga apabila melihat baju yang dipakai wanita berkenaan sama seperti pakaian yang dimiliki isterinya. Gambar itu dirakam oleh kereta kamera Google di bandar ini pada 2013 tetapi lelaki berkenaan yakin wanita itu adalah isterinya. Kerana marah lelaki itu segera bertemu isterinya dan membawa gambar berkenaan sebagai bukti. Selepas didesak akhirnya isterinya mengaku wanita dalam gambar itu adalah dirinya dan lelaki berkenaan adalah kekasihnya. Mirror Online melaporkan, pasangan itu yang nama mereka tidak dedahkan akhirnya berce

Najib Tetap Tidak Mengaku Salah Berhubung 1MDB

Imej
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengulangi penegasan bahawa beliau tidak bersalah dalam skandal 1MDB. Dalam satu wawancara dengan Financial Times di Kuala Lumpur, bekas perdana menteri menjelaskan dirinya tidak bersalah apabila ditanya mengenai peranannya dalam skandal berkenaan. Mengulangi dakwaan bahawa AS$ 681 juta (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadinya adalah derma daripada seorang anggota keluarga diraja Saudi, Najib menegaskan bahawa jumlah itu bukan dana politik haram. "Saya tidak akan menggambarkannya sebagai dana politik haram, tetapi saya menerangkannya sebagai derma (dari Saudi) untuk memastikan kerajaan hari itu terus berkhidmat," katanya. Anggota Parlimen Pekan itu menyentuh pencapaian negara semasa pimpinannya ketika ditanya sama ada beliau merasa menyesal, malu atau insaf dan bertanggungjawab terhadap dakwaan rasuah semasa pentadbirannya yang kini cuba dibersihkan kerajaan Pakatan Harapan. "Nah, jika anda melihat dari segi penunj

Larangan Merokok Di Restoran Dan Kedai Makanan 1 Januari 2019

Imej
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuatkuasa 1 Januari 2019. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata cadangan terbabit sudah diluluskan di peringkat Parlimen dan akan berkuatkuasa tahun depan. Menurutnya, selain kawasan yang sedia maklum seperti tempat awam dan bangunan kerajaan, arahan larangan merokok kini membabitkan semua restoran dan premis makanan termasuk warung-warung makanan di tepi jalan. “Kita sedar arahan ini sudah lama wujud namun hanya membabitkan restoran-restoran tertentu sahaja. “Tetapi kali ini, semua restoran tidak kira sama ada restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka (open air) perlu mematuhi arahan ini bermula tahun depan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan program International Conference on Life Style Disease (AICLSDs) di Universiti Institut Perubatan

Adakah Saya Ini Gengster? - Norhizam

Imej
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu di Melaka, NORHIZAM HASSAN BAKTEE kini dilabelkan sebagai Yang Berhormat (YB) Samseng, YB Gengster, YB Biadab lantaran sikapnya yang dikatakan terlalu agresif ketika bertemu penduduk dan gelaran itu tersebar ke seluruh negara apabila rakaman video membabitkan beliau tular dalam laman sosial. Antara isu yang dikaitkan adalah kekecohan ketika beliau mengetuai serbuan di stor simpanan baja di Merlimau pada Ogos lalu diikuti perbalahannya dengan sekumpulan nelayan di Kampung Hailam, Tanjung Kling beberapa hari kemudian dan terbaharu, pertengkaran dengan sekumpulan penduduk berhubung penutupan jalan perumahan di Taman Akasia, kelmarin. Kepada wartawan Utusan Malaysia, SUFFIAN ABU BAKAR dan jurufoto AZLI AHAD, Norhizam menjelaskan tindakan yang dilakukannya itu bersebab iaitu demi kepentingan rakyat. UTUSAN: Satu Malaysia heboh memperkatakan tindakan YB yang bertelagah dengan penduduk, boleh jelaskan apa yang berlaku di Taman Akasia

Saya Akan Bagi Tahu Bapa Kamu, Kalau Kamu Pecahkan Kereta Saya.

Imej
JUARA lightweight UFC dunia, Khabib Nurmagomedov 'mengugut' akan memecahkan kereta Presiden UFC Dana White jika tali pinggang yang dimenanginya itu tidak diserahkan kepadanya. Namun, itu hanyalah satu bentuk gurauan dari jaguh seni bela diri campuran (MMA) Rusia itu di laman Instagramnya, semalam. "Nasib baik kamu dah serahkan talipinggang pada saya, kalau tidak saya pecahkan kereta kamu. Saya tahu lokasi kereta kamu," katanya sambil bergambar bersama tali pinggang kejuaraanya itu dan bersandar pada sebuah kereta BMW hitam. Kapsyen itu mendapat reaksi segera dari White yang 'mengadu' akan melaporkan kepada bapanya jika dia berbuat demikian. "Saya beritahu bapa kamu," kata White, dan kemudiannya dibalas pula oleh Khabib dengan mengatakan, "Tidakkkkk!" Khabib, meskipun ganas di gelanggang, namun dia juga dikenali dengan sikap amat menghormati orang dan takut dengan bapanya. Sebelum ini, dia pernah mengakui takut dihempuk bap

Adik Ipar Dan Kakak Ipar Hukum Kantoi Khalwat

Imej
KUALA TERENGGANU - Seorang wanita yang berstatus isteri orang dan pasangan yang juga adik iparnya, dikenakan hukuman denda RM1,300 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana berkhalwat. Wanita berusia 29 tahun dan bekerja sebagai guru tabika manakala adik iparnya, 25, yang tidak bekerja turut berdepan hukuman seminggu penjara sekiranya gagal menjelaskan denda dikenakan. Keputusan dibuat selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khalwat di bawah Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001. Mengikut fakta kes, serbuan berwaran dilakukan di sebuah rumah di Pulau Musang, di sini, lebih kurang jam 10.45 malam, pada 26 Jun lalu. Pintu utama yang tertutup rapat diketuk selama dua minit sebelum dibuka seorang wanita. Pemeriksaan di dalam rumah mendapati terdapat seorang kanak-kanak sedang tidur di ruang tamu dan seorang lagi sedang tidur di dalam buaian. Hasil pemeriksaan selanjutnya mendapati ada

Diam Lebih Bermanfaat Mengandung 7.000 Kebaikan

Imej
Seorang cendikiawan mengatakan, bahwa diam itu mengandung 7.000 kebaikan dan semuanya itu dirangkum dalam 7 kalimat, yang masing-masing kalimat mengandungi 1000 kebaikan. Ketujuh kalimat itu adalah : 1. Diam itu merupakan ibadah tanpa susah payah 2. Diam itu merupakan perhiasan tanpa emas permata 3. Diam itu merupakan kewibawaan tanpa kekuasaan. 4. Diam itu merupakan benteng tanpa pagar 5. Diam itu merupakan kekayaan tanpa merendahkan orang lain 6. Diam itu merupakan istirahat bagi malaikat pencatat amal keburukan 7. Diam itu merupakan penutup keaiban Ada yang mengatakan, bahwa diam itu merupakan hiasan bagi orang yang cerdik pandai manakala sebagai tirai bagi orang yang tidak berilmu. Diriwayatkan dari nabi Isa bin Maryam, beliau berkata : Setiap perkataan yang bukan dzikir kepada Allah ta'ala itu tidak ada gunanya. Setiap diam yang bukan untuk berfikir adalah kelalaian. Setiap pandangan yang bukan untuk mengambil pelajaran adalah sia-sia. Maka, ber

Rogol Anak Tiri berusia 15 tahun Selama 4 Tahun, Lelaki Hukum Penjara 29 Tahun 20 Sebatan

Imej
BAPA dijatuhi hukuman 29 tahun penjara dengan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram dan merogol anak tirinya, sejak empat tahun lalu. Hakim Hilmiah Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Dia yang memakai baju hitam itu tunduk sepanjang prosiding di dalam kandang tertuduh dan berkata: “Ya,salah.” ketika pengakuannya diambil. Bagi pertuduhan merogol, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun dengan 12 sebatan manakala 15 tahun penjara serta lapan kali sebatan bagi kesalahan sumbang mahram. Mahkamah memerintahkan bapa tiga anak itu menjalani hukuman penjara berkenaan secara berasingan dan bermula dari tarikh tangkapannya pada 1 Oktober lalu. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan yang berusia 19 tahun manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melak

Pengurus Pilihan Raya KE14 Rantau, Amino Agus Suyub Dihukum Penjara

Imej
Mahkamah Pilihan Raya di Seremban hari ini memerintahkan pegawai pengurus pilihan raya (RO) di DUN Rantau, pada pilihan raya umum ke-14 lalu, Amino Agus Suyub dikenakan hukuman penjara tiga bulan kerana menghina mahkamah. Hakim Datuk Azimah Omar, memerintah demikian setelah mendapati Amino Agus bersalah menghantar mesej teks kepada penolong pegawai pengurus SPR, Daing Muhamad Rahimi dengan cuba mengajarnya menjawab soalan. "Sebagai seorang RO dan pegawai daerah (Rembau), kamu seorang pegawai kerajaan, seorang kakitangan kerajaan tetapi kamu cuba mengajar saksi cara menjawab soalan. "Tindakan kamu ini mengganggu prosiding dan ini sangat serius," kata Azimah. Amino dan Daing, yang juga penolong pegawai daerah Rembau, memberi keterangan dalam petisyen pilihan raya Dr S Streram. Calon PKR itu mencabar keputusan bekas menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan yang diisytiharkan sebagai pemenang. Streram mendakwa beliau dihalang daripada mengemuka

Video - Yusuf Tegur YB Norhizam

Imej
Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia Yusuf Azmi menegur Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee berhubung video tular perang mulut dengan penduduk Kampung Nibong di Ayer Molek, Melaka sehingga bertukar kecoh. Beliau berkata demikian dalam sebuah video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini. Terdahulu, Norhizam sedar akan tanggungjawab dan sentiasa menjaga tingkah laku, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bagaimanapun, dalam wawancara Melaka TV, Norhizam berkata beliau memohon maaf sekiranya ada kekasaran berlaku dalam insiden video tular berhubung perbincangan bagi menghalang sekumpulan penduduk menggunakan laluan alternatif di hadapan Taman Akasia kerana ia merbahayakan penduduk. Dalam pada itu, Norhizam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus menabur fitnah dan cuba mencemar namanya menerusi video tular baru-baru ini. - Malaysiakini

Natasha Bercerai Lagi, Dah Tiga Kali Cerai..

Imej
“SAYA sudah bergelar solo dan kami berpisah secara baik. “Maaf, buat masa ini, saya tidak dapat mengulas lebih terperinci mengenai perpisahan kami. “Saya harap semua pihak beri saya dan keluarga ruang untuk menyelesaikan perkara berkaitan terlebih dahulu,” kata pelakon terkenal Natasha Hudson, 36, ketika mengulas dakwaan dirinya sudah bercerai dengan suaminya seperti yang diperkatakan netizen di laman sosial ketika ini. Ia susulan dari status yang dimuat naik Natasha di laman Instagram miliknya pada 25 September lalu yang mencetuskan spekulasi ramai berhubung perceraiannya itu. Menurut Natasha, dia dan suaminya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal sudah bercerai secara baik pada tahun ini. “Saya berada dalam keadaan baik dan hidup perlu diteruskan bersama anak-anak seperti biasa. “Saya percaya Allah SWT lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang,” katanya kepada Harian Metro. Natasha dihubungi menerusi aplikasi WhatSapp, hari ini berkata, buat masa ini dia sibuk menjayakan

Saya Benar-Benar Menangis Melihat Najib Dan Rosmah Didakwa

Imej
Ellie Suriati berang apabila ada pihak mendakwa air mata yang ditumpahkannya di mahkamah baru-baru ini bukan tulen sebaliknya dibayar. Sebaliknya kata pelakon dan pengarah itu, dia memang benar-benar menangis semasa melihat bekas perdana menteri Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor didakwa di mahkamah. “Kamu sedang bermain persepsi mempropagandakan situasi saya melalui posting kamu. Fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh saudara. "Kamu tak peduli masalah yang melanda agama, bangsa dan negara tak apa, itu pilihan kamu. “Tapi kamu memfitnah, mencemuh, mengejek saya, itu merupakan satu bentuk sikap yang tidak bermaruah dari seseorang yang langsung tidak berbuat apa-apa tatkala agama kamu dihinjak-hinjak dan bangsa kamu dipijak-pijak,” katanya di Instagram. Perjuangan bukan berlandas wang ringgit Seorang individu mengulas aksi Ellie dalam rakaman video disiarkan Malaysiakini pada 4 Oktober lalu berjudul "Air mata Ellie gugur lihat Naji

Penduduk Yang Serang Saya Dulu.

Imej
“APA yang tersebar di laman sosial menerusi video itu adalah secebis daripada kejadian asal kerana ada beberapa bahagian mengenai penutupan jalan tidak disebarkan,” dakwa EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee berkaitan klip video yang tular beliau bertelagah dengan penduduk kampung. Beliau menganggap video yang tular adalah tindakan untuk memburukkan dirinya. Norhizam yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Batu akur dengan tersebarnya video itu kerana sudah sedia maklum sifat manusia yang lebih terarah menggali keburukan, berbanding mengangkat kebaikan. “Yang disebarkan hanyalah sisi buruk, sisi saya mendengar, memuji atau membantu penduduk kampung tidak pula disebarkan,” katanya melalui kenyataan media petang ini. Norhizam mendakwa, kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu ketika dia tiba di lokasi kejadian dan sedang bersalaman dengan penduduk di Taman Akasia, di Melaka sebelum didatangi sekumpulan individu yang ber

UFC gantung McGregor, Mengekalkan Kejuaraan Khabib

Imej
Drama kekalahan Conor McGregor kepada Bintang UFC Rusia Khabib Nurmagomedov Sabtu lalu terus mengisi tajuk berita dalam dan luar negara. Terbaru, media melaporkan McGregor dikenakan hukuman gantung selama sebulan oleh UFC atas alasan kesihatan. Ia susulan pergaduhan yang terjadi sejurus selepas perlawanan Sabtu lepas yang menyaksikan Khabib memanjat keluar kurungan gelanggang dan menyerang Dillion Danis, salah seorang anggota pasukan McGregor. Kejadian itu menyebabkan kedua-dua pasukan bertumbuk sehingga terpaksa dileraikan oleh pasukan keselamatan. Khabib mendakwa tindakannya itu disebabkan kata-kata hinaan oleh McGregor kepada agamanya, negaranya dan ayahnya. Presiden UFC Dana White memutuskan untuk mengekalkan kejuaraan Khabib, seperti yang dilaporkan oleh sportsjoe.ie. Susulan itu, kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini menyatakan McGregor tidak dibenarkan membuat sebarang komunikasi sehingga 28 Okt. Khabib yang dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan darip

Saya Tak Tahu Bagaimana Paku Boleh Ada Dalam Kepala

Imej
Beijing: Misteri sakit kepala dialami pekerja kilang akhirnya terjawab apabila doktor menemui paku sepanjang 48 milimeter di dalam kepalanya. Media tempatan melaporkan, lelaki berusia 43 tahun dikenali sebagai Hu itu bekerja di sebuah kilang simen di Chongyang, wilayah Hubei, China. Perkara itu mengejutkan doktor melakukan imbasan CT terhadap lelaki terbabit dan mendapati paku terbenam dalam bahagian kanan kepalanya. South China Morning Post melaporkan, ia benar-benar membingungkan mereka memandangkan keadaan kesihatan Hu agak baik dan bacaan tekanan darahnya juga normal. Sebelum itu, Hu mengadu sakit kepala yang semakin teruk pada Jumaat lalu. “Saya tidak tahu bagaimana paku itu boleh berada di dalam kepala. Tugas saya di kilang hanyalah memantau kamera pengawasan di kilang. “Kerja yang saya lakukan langsung tidak ada kena-mengena dengan penggunaan paku,” katanya. Dia akan ke sebuah hospital di ibu kota wilayah Wuhan untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan paku

Seleweng Dana Yayasan Untuk Bayar Kad Kredit, Zahid Bakal Didakwa?

Imej
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka berdepan dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menyeleweng dana yayasan. Sumber SPRM berkata, beliau mungkin didakwa Khamis ini, dan sekiranya perkara itu benar, ia bererti beliau mungkin bermalam di lokap SPRM sendiri. Bagaimanapun, dalam kenyataan di Twitter hari ini, Zahid berkata SPRM hanya akan mengambil keterangannya. Zahid turut menasihatkan penyokongnya tidak berkumpul di hadapan bangunan ibu pejabat SPRM Rabu ini. Julai lalu, Zahid disoal siasat dua kali oleh SPRM berhubung dengan Yayasan Akal Budi. Media melaporkan bahawa RM800,000 didakwa diseleweng dari yayasan itu untuk membayar kad kredit milik Zahid dan isterinya. Zahid sebelum ini berkata dana dari yayasan kebajikan itu digunakan untuk membayar hutang kad kredit namun menambah bahawa ia terjadi kerana kesilapan pegawainya. Sementara itu, satu lagi sumber yang rapat dengan perkara itu berkata Zahid mungkin akan berdepan

Video: Ibu Sebat Anak Perempuan Di Khalayak Ramai

Imej
GUATEMALA CITY: Seorang ibu memberi pengajaran paling sakit dan memalukan kepada anaknya apabila menyebat anak perempuannya di khalayak ramai selepas dituduh mencuri pakaian daripada sebuah kedai di timur Guatemala. Menurut laporan Daily Mail yang memetik media tempatan, Tomasa Tzoc Tipaz, 35, dipaksa melutut di khalayak ramai di kampung San Antonio Ilotenango sebelum disebat 15 kali oleh ibunya dan datuk bandar tempatan. Dia sebelum itu ditangkap kerana didakwa mencuri, enggan mendedahkan siapa rakan subahatnya kepada pihak berkuasa yang kemudian mengarahkan hukuman sebat terhadapnya. Tomasa dibawa ke padang bola dan penduduk dipanggil untuk menyaksikan hukuman itu dilaksanakan. Rakaman video menunjukkan dia membongkok dan mengangkat baju ke atas kepala. Ibunya menyebat belakang Tomasa lima kali dengan ranting kayu sebelum disambung Datuk Bandar, Maria Lucas. Selepas dirotan, Tomasa yang menangis memeluk ibunya sambil meminta maaf sebelum diarahkan berpindah ke band

Video: Pemandu Lori Menggila Pandu lawan Arus

Imej
SUNGAI BUAYA - Dua lori bertembung di Kilometer 432 Lebuh Raya Utara Selatan dekat susur masuk Tol Sungai Buaya, di sini, pagi tadi. Pertembungan berlaku apabila salah satu lori itu dipandu melawan arus sejauh tiga kilometer di lorong tengah lebuh raya berkenaan. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kemalangan membabitkan lori tiga tan jenis Isuzu dan sebuah lagi lori bersaiz panjang jenis yang sama pada jam 9.15 pagi. “Pemandu lori panjang berusia 48 tahun itu dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur dan berada di lorong tengah. Pemandu berkenaan nampak lori tiga tan itu dipandu melawan arus di hadapannya dan cuba mengelak tetapi tidak sempat. “Perlanggaran berlaku di sebelah kiri namun kedua pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. Menurutnya, semakan mendapati pemandu lori yang melawan arus berusia 37 tahun itu mempunyai satu rekod lampau dan dihukum atas kesalahan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencu

Al-Quran Melarang Perbuatan Mengintip Serta Mendedahkan Aib Atau Dosa Peribadi

Imej
KERAJAAN digesa memberi fokus untuk membanteras dosa yang memberi kesan kepada masyarakat awam, berbanding memberi tumpuan kepada dosa peribadi. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pendekatan sesetengah pihak yang memberi fokus kepada dosa peribadi dan memandang ringan dosa awam, menyebabkan Islam disalah fahami. "Pendekatan seperti ini yang menyebabkan sesetengah kelompok 'Islamist' tidak sanggup bergaul dengan golongan yang isteri mereka tidak bertudung tetapi rasa tidak bersalah bekerjasama dengan mereka yang rasuah dan salah guna kuasa secara nyata. "Golongan agama seperti inilah yang membela isu rasuah, tapi membangkitkan isu kelemahan peribadi pihak yang mereka musuhi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dilaporkan berkata, pihak berkuasa agama tidak akan lagi mengetuk dan memecahkan pintu pada waktu malam bagi menyiasat atau melaksanakan operas

Takkan MU Kalah Pun Salah Saya - Najib

Imej
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa lucu beliau apabila dipersalahkan dalam pelbagai perkara termasuk prestasi buruk pasukan bola sepak Inggeris Manchester United. Menulis dalam laman Facebook beliau, Najib merujuk hal mengenai pasukan kegemarannya itu tatkala diserang oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan dan netizen lantaran masalah yang dihadapi mereka. "Harga tak turun? Salah Najib. Man U kalah? Salah Najib. "Esok kalau hujan lewat masuk kerja? Salah Najib," tulisnya dalam posting yang sudahpun dikongsi hampir 1,000 pengguna Facebook dengan lebih 5,700 reaksi walaupun baru diterbitkan selama 20 minit. Manchester United, pasukan paling gemilang dalam sejarah Liga Perdana Inggeris kini menghadapi zaman malap apabila hanya menduduki tempat ke-10 liga setakat ini serta tersingkir daripada Piala Liga. Najib berdepan 25 pertuduhan termasuk empat pertuduhan rasuah dan 21 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang har

Wanita Dirogol Keluarga Suami Pada Malam Pertama

Imej
KURUKSHETRA: Seorang wanita yang baru berkahwin mendakwa dirinya dirogol oleh suami dan saudara-maranya pada malam pertama perkahwinannya. Balai polis wanita Kurukshetra telah mendaftarkan kes terhadap suaminya, adik ipar, abang ipar, ibu dan bapa mertua, kakak ipar serta empat yang lain yang tidak dikenali, berdasarkan aduan yang difailkan oleh bapa wanita berkenaan. Pegawai di Balai Polis Kurukshetra, Inspektor Sheelavanti telah mengesahkan pendaftaran FIR (First Information Report). "Kes itu telah dipindahkan kepada kami dari Balai Polis Kurukshetra yang telah mencatatkan FIR. Menurut aduan, wanita itu dirogol beramai-ramai pada 13 dan 14 September. "Kami telah membuat pemeriksaan perubatan dan sampel telah dihantar untuk satu ujian makmal," katanya. Menurut aduan, wanita berusia 22 tahun itu berkahwin pada 12 September. Pada malam 13 September, dia diberi minuman keras oleh suaminya dan saudara-saudaranya. Dia dikurung di dalam sebuah bilik ketika tida

Isteri Tipu Suami Dan Ibu Mertua Dakwa Kandungan Dicuri Geng Pemerdangan Organ

Imej
Bogota: Seorang wanita berpura-pura mengandung selama sembilan bulan sebelum berlakon diculik geng pemerdangan organ pada hari dia sepatutnya melahirkan anak, semata-mata kerana tidak mahu suami meninggalkannya. Antonela Milena Padilla, 37, mendakwa diculik sekumpulan orang yang melarikannya menaiki van sebelum memberinya dadah dan memotong perutnya untuk mengeluarkan bayinya. Namun, kisahnya itu akhirnya terdedah sebagai penipuan, apabila dia sebenarnya menggunakan kusyen sepanjang tempoh ‘kehamilan’ untuk memastikan suaminya tidak meninggalkannya. Setiap bulan dia membesarkan ‘kandungannya’ dengan mengisi kusyen berkenaan menggunakan kain, selain mencetak gambar imbasan ultrabunyi dari Internet untuk ditunjukkan kepada keluarga dan rakannya, lapor The Mirror. Suaminya tidak pernah mengesyaki sesuatu tidak kena, malah amat teruja bakal bergelar bapa untuk kali pertama. Penipuannya terbongkar pada hari dia dijadualkan menjalani pembedahan Caesarean di hospital tempatan. D

Ucapan Tun Mahathir Di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Imej
BERIKUT adalah ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73. (Bahasa Melayu) Puan Presiden, 1. Saya ingin turut serta mengucapkan tahniah atas pelantikan Puan sebagai Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73. 2. Saya yakin dengan kebijaksanaan dan pengalaman luas Puan, sesi ini akan mencapai objektif tema sesi kali ini. Saya memberi jaminan terhadap sokongan penuh dan kerjasama Malaysia ke arah mencapai semua matlamat mulia ini. 3. Izinkan saya untuk merakamkan penghargaan kepada Presiden terdahulu, Yang Berbahagia Miroslav Lajcak, atas dedikasi dan kepemimpinan beliau melaksanakan sesi UNGA ke-72. 4. Saya amat menghargai usaha berterusan Setiausaha Agung dan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas usaha berterusan dalam memacu serta menguruskan aktiviti PBB di seluruh dunia. 5. Secara khususnya, saya merakamkan penghargaan kepada mendiang Kofi