UFC gantung McGregor, Mengekalkan Kejuaraan Khabib


Drama kekalahan Conor McGregor kepada Bintang UFC Rusia Khabib Nurmagomedov Sabtu lalu terus mengisi tajuk berita dalam dan luar negara.

Terbaru, media melaporkan McGregor dikenakan hukuman gantung selama sebulan oleh UFC atas alasan kesihatan.

Ia susulan pergaduhan yang terjadi sejurus selepas perlawanan Sabtu lepas yang menyaksikan Khabib memanjat keluar kurungan gelanggang dan menyerang Dillion Danis, salah seorang anggota pasukan McGregor.

Kejadian itu menyebabkan kedua-dua pasukan bertumbuk sehingga terpaksa dileraikan oleh pasukan keselamatan.

Khabib mendakwa tindakannya itu disebabkan kata-kata hinaan oleh McGregor kepada agamanya, negaranya dan ayahnya.

Presiden UFC Dana White memutuskan untuk mengekalkan kejuaraan Khabib, seperti yang dilaporkan oleh sportsjoe.ie.

Susulan itu, kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini menyatakan McGregor tidak dibenarkan membuat sebarang komunikasi sehingga 28 Okt.

Khabib yang dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan daripada perlawanan rasminya, bagaimanapun tidak dikenakan apa-apa tindakan. - Malaysiakini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja