Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

Saya Pelik Dengan Sikap Mertua Tak Bagi Kunci Pintu Bilik Ketika Bersama Suami.

Imej
Gambar Hiasan Salam semua, untuk pengetahuan semua saya pinjam facebook kawan saya bagi mendapatkan pendapat anda semua. Saya dekat sini memang tak nak cerita berkenaan rampas merampas tapi saya cuma nak minta pendapat mengenai mak mertua saya. Saya dah berkahwin selama beberapa tahun dengan suami dan selepas berkahwin kami tinggal serumah dengan mak mertua. Mula-mula itu memanglah tak ada apa-apa masalah tapi bila dah masuk bulan ketiga serta keempat mak mertua dah mula cakap macam-macam. Sedangkan dekat rumah itu saya dah macam bibik tapi saya redha saja sebab memang nak meringankan beban suami dan mak mertua. Jadi saya rasa ok saja cuma yang jadi tak ok bila mak mertua mula nak cakap macam-macam berkenaan kerja saya. Dia tak akan makan masakan saya dan sanggup goreng telur sebiji makan nasi dengan telur semata-mata tak nak sentuh lauk yang saya masak. Padahal saya memang sentiasa tanya nak makan apa dan macam mana cara masakan dia supaya dia berselera n

“Saya Minta Maaf Di Atas Kebodohan Saya” – Janna Nick

Imej
Kuala Lumpur – Pelakon dan penyanyi, Janna Nick memohon maaf secara terbuka di atas keterlanjurannya memberi komen terhadap bentuk fizikal artis Hollywood kelahiran Australia, Ruby Rose yang disifatkan biadap oleh sesetengah netizen. “Saya minta maaf di atas kebodohan saya. Saya sudah lama mengikuti Ruby Rose di Instagram dari zamannya berisi hingga kurus. Saya sendiri tidak tahu wujud terma ‘body shaming’ iaitu komen atau sikap negatif terhadap saiz dan berat badan seseorang sedangkan saya tidak bermaksud apa-apa. “Komen itu sebenarnya saya tulis sejak lima bulan lalu. Tapi apabila Instagram mengemaskini sistem, komen saya secara automatik dilihat individu yang saya ikuti di laman bergambar berkenaan. “Sebab itu ia menjadi viral namun ikutkan saya malas mahu melayan isu ini. Saya pun awalnya tidak tahu budaya orang sana berhubung komen fizikal secara terbuka adalah sesuatu yang dianggap menghina. “Saya sendiri ramai memberi komen ‘gemuk’ tetapi saya okey saja,” ka

Pelakon Lucah ‘Foursome In Chengdu’ Dipenjara.

Imej
Seorang gadis yang dikenali dengan nama ‘Sherry Gun’ telah dipenjarakan selama empat tahun selepas menyiarkan video lucah bertajuk ‘Foursome in Chengdu’ menerusi live-streaming. Video itu kemudiannya tersebar meluas di China. Sherry berbuat demikian dengan merakamkan aksi lucah berkenaan bersama seorang wanita dan dua lelaki, dalam usaha menarik lebih ramai orang untuk menonton perniagaan live-streaming yang dijalankannya. Video selama dua minit itu menjadi viral pada Mac lalu dengan ayat ‘foursome in Chengdu’ menjadi popular dalam carian di Internet. Ia kemudiannya berjaya menarik perhatian pasukan keselamatan Internet dan mereka telah melancarkan siasatan dengan segera. Hasilnya pihak berkuasa mengenalpasti salah seorang wanita dalam video itu adalah Sherry Gun. Sherry Gun bekerja sebagai pengacara dalam talian dan merekodkan aktiviti harian menerusi media sosial dan aplikasi telefon. Dia mempunyai 40,000 peminat. Selepas ditangkap, identitinya dikenalpasti dan nama seben

Pakar Arkeologi Thailand Temukan Mayat Pengamal Ilmu Hitam

Imej
BANGKOK: Pakar arkeologi di Thailand digemparkan dengan penemuan rangka yang dipercayai merupakan pengamal ilmu hitam di sebuah kawasan perkuburan purba. Penemuan menakutkan itu berlaku di Mukdahan berdekatan sempadan Thailand-Laos apabila pakar arkeologi menjalankan proses menggali semula tanah perkuburan tersebut. Mereka menemukan kulit manusia yang tertera tatu pada rangka manusia berkenaan yang dipercayai ada kaitan dengan amalan ilmu hitam. Tatu itu berbentuk tulisan Sanskrit merupakan mentera yang digunakan untuk membuatkan kulit berkenaan diawet dan tidak dimamah tanah. Selain mentera, tertera juga gambar harimau pada kulit tersebut. Bagaimanapun, pertubuhan arkeologi Thailand Goopaitongdaeng Jeemokkho Goopainueng Soonpaed (GORR). mendakwa, tulisan mentera tersebut mungkin penyebab kematian mayat lelaki itu. Jelas pertubuhan berkenaan, tatu itu mungkin menghalang lelaki terbabit menjalani pembedahan selepas mengalami radang usus. "Lelaki itu t

Palestin Kesal Bantuan Tidak Dihargai

Imej
RAMALLAH: Pihak Berkuasa Palestin (PA) menyuarakan rasa kesal terhadap tindakan Israel yang tidak memberikan penghormatan kepada usaha anggota bomba Palestin menyertai operasi memadamkan kebakaran di kawasan jajahan rejim Zionis sejak beberapa hari lalu. Palestin menghantar lapan buah trak bomba dan kira-kira 40 anggota bomba untuk memadamkan api di Haifa dan Bukit Baitulmaqdis. Bagaimanapun Kementerian Luar PA dalam kenyataan berkata, pihaknya terkilan apabila tidak diberikan penghormatan oleh Israel berbanding beberapa negara lain yang menyertai operasi tersebut. "Keputusan Palestin untuk membantu memadamkan kebakaran di Israel atas dasar kemanusiaan dan tidak mengharapkan rasa terima kasih daripada Israel," jelas kenyataan itu yang disiarkan pada Isnin. Pada Ahad, Kementerian Luar Israel mengeluarkan kenyataan untuk menyampaikan rasa terima kasih kepada semua negara luar yang membantu memadamkan kebakaran sejak minggu lalu. Palestin turut disebut dal

10 Tanda Awal Penyakit Berbahaya Yang Perlu Anda Beri Perhatian.

Imej
Berat badan turun secara tiba-tiba- Mungkin sesetengah orang akan gembira sekiranya berat badan mereka turun tanpa mereka sendiri usahakan. Namun, pada kenyataannya ia adalah petunjuk terhadap masalah kesihatan.  Sekiranya berat badan anda turun sebanyak 10 peratus daripada berat asal secara tiba-tiba pada 6 bulan yang sebelumnya, anda perlu untuk mendapatkan nasihat doktor.  Penurunan berat badan secara tiba-tiba mungkin disebabkan oleh beberapa punca antaranya tiroid terlalu aktif (hyperthyroidism), tekanan, penyakit hati, kanser, atau gangguan terhadap tubuh anda untuk menyerap nutrisi. Demam panas- Ketika anda demam, ia bermakna tubuh anda sedang cuba untuk melawan jangkitan virus atau bakteria jahat. Demam biasa kebiasaannya pada sekitar lebih 38.9 C.  Sekiranya demam anda telah melebihi 3 hari, anda perlu pergi berjumpa doktor. Demikian pula sekiranya anda mengalami demam panas melebihi daripada 40 C, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera.  Dem

Video Kanak-Kanak Cedera Parah Ditumbuk Dan Ditendang pengasuh.

Imej
Seorang kanak-kanak retak tempurung kepala, lebam-lebam dan mengalami pendarahan teruk selepas dirakam dibelasah pengasuhnya. Menurut laporan Dailymail, Ritisha menangis tanpa henti selain muntah-muntah selepas diambil dari pusat pengasuh. Ibu bapa Ritisha kemudian berjumpa doktor di hospital dan pemeriksaan mendapati kanak-kanak berkenaan cedera parah. Polis yang menyerbu pusat asuhan terbabit mendedahkan rakaman CCTV yang menunjukkan pengasuh, Priyanka Nikam menumbuk, menendang dan mencampak Ritisha tanpa belas kasihan. Ibu bapa Rishita, Ruchita dan Rajat bagaikan tidak percaya apabila menonton rakaman CCTV tersebut. “Seperti perlakuan binatang. Pengasuh menjaga anak saya dengan kasar, memukulnya dengan main dan mencampak Ritisha ke lantai,” kata Rajat. Polis kemudian menahan Priyanka dan pemilik pusat asuhan tetapi melepaskan pemilik dengan jaminan. Priyanka bakal didakwa dengan kesalahan jenayah akibat kejadian tersebut.

CNN Tak Sengaja Tayang Video Lucah

Imej
Stesen penyiaran Amerika Syarikat, CNN mendapat malu besar apabila pekerjanya secara tidak sengaja telah menayangkan sebuah klip video lucah selama 30 minit di saluran tv tersebut, baru-baru ini. CNN sepatutnya menayangkan rancangan dokumentari penggembaraan yang dijayakan hos terkenal Anthony Bourdain yang berjudul Anthony Bourdain Parts Unknown ketika video lucah itu ditayangkan di seluruh Boston. Namun begitu, jurucakap CNN menafikan perkara yang berlaku itu adalah di atas kesilapan mereka. Sebaliknya, mereka mendakwa itu adalah kesilapan teknikal yang perlu ditanggung syarikat operater pengendali stesen tersebut di Boston iaitu syarikat RCN. Tayangan video lucah selama 30 minit itu dipercayai memaparkan aksi seks seorang bintang porno transeksual, Riley Quinn. Riley difahamkan ‘berterima kasih’ kepada CNN kerana telah memberikan publisiti percuma kepada dirinya di atas kesilapan teknikal tersebut.

Video pekerja asing dipukul bertubi-tubi jadi viral

Imej
Satu rakaman video yang tersebar dalam laman sosial menunjukkan seorang lelaki dipukul bertalu-talu menggunakan batang buluh. Video selama 15 saat itu dimuat naik oleh Timbalan Presiden Parti Cinta Sayang (PCM), Datuk Huan Cheng Guan pada pagi Isnin yang menunjukkan mangsa dipukul di penjuru di sebuah bilik sambil merayu kepada si pemukul agar menghentikan perbuatannya. Namun penyerang tersebut berulang-kali memukul di bahagian kaki mangsa. Seorang lagi lelaki yang dilihat dalam bilik itu tidak sekadar melihat dan tidak menghalang keganasan tersebut. Bagaimanapun punca sebenar dan tarikh kejadian itu tidak dapat dipastikan. Video berkenaan teleh dikongsi sebanyak 7,000 kali di Facebook dan menerima 900 komen. Ramai netizen menggesa pihak polis menyiasat kejadian tersebut.- mStar Online

Tiga Wanita Dipaksa Bogel Dan Berjalan Di Tengah Bandar Kerana Dituduh Mencuri.

Imej
Huatabampo – Tiga wanita dipaksa berjalan di tengah bandar ini dalam keadaan berbogel sepenuhnya selepas mereka dituduh mencuri. Gambar kejadian mengejutkan itu yang tersebar di media sosial negara itu menunjukkan sekumpulan lelaki bermotosikal mengiringi wanita terbabit yang cuba menutup payu dara dan kemaluan masing-masing. Pihak berkuasa tempatan berkata, mereka sudah melancarkan siasatan tetapi berdepan dengan kesukaran kerana tidak banyak maklumat diperoleh mengenai kejadian itu. Datuk bandar, Heliodoro Soto berkata: “Laporan awal yang kami peroleh mendakwa wanita muda itu terbabit dalam kerja maksiat dan merompak beberapa orang yang juga terbabit dalam kegiatan maksiat. “Kami tidak menerima sebarang aduan mengenai kejadian itu. Wanita itu memilih untuk membisu. Kami juga faham mereka malu.  Namun, kami masih berusaha untuk menyiasatnya dan mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.” Sehingga semalam, ketiga-tiga wanita itu dan mereka yang

Tindakan Pengawal Rampas Telefon Sangat Biadap - Ayda Jebat

Imej
PETALING JAYA: Pelakon Ayda Jebat menyelar tindakan pengawal yang bertindak merampas telefon bimbit ketika sedang berselfie bersama bintang Running Man, Lee Kwang Soo sebagai tidak beradap. Ayda menerusi laman twitternya pada Sabtu meluahkan rasa marah dan berpendapat pihak yang menjaga keselamatan selebriti luar itu perlu bertimbang rasa dan menghormati orang yang ingin bergambar. "Kamu sangat biadap," tulisnya. Video kejadian itu menjadi viral berikutan rasa tidak puas hati netizen terhadap tindakan pengawal itu merampas telefon bimbit milik penyanyi lagu Pencuri Hati itu. Ayda bersama beberapa rakan artis lain iaitu Ajak Shiro, Saharul Ridzwan dan Hairul Azreen terlibat dalam program Running Man Challenge – hydrated Tambah Ayda, perkara itu turut mengejutkan dia dan rakan selebriti lain yang turut sama berada dalam kejadian tersebut. Bagaimanapun, Lee Kwang Soo kemudiannya bertindak meminta telefon itu daripada pengawal dan mengambil selfie bers

Video Kantoi Kerap Menukar Harga Barang, Buat Kecoh Depan Kaunter.

Imej
Taiping: Polis sedang mencari beberapa individu dipercayai menimbulkan kekalutan di pasar raya besar, di sini. Mereka juga dikatakan perkataan mengaibkan kepada juruwang wanita di depan kaunter pembayaran pasar raya itu. Video mengenai kekalutan dan perbalahan antara mereka dan juruwang itu viral di laman sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah, berkata polis sudah menjalankan siasatan selepas menerima laporan wanita 24 tahun yang juga juruwang di pasar raya itu. Katanya, wanita itu membuat laporan pada 4.38 petang semalam. Menurutnya, dalam laporan dibuat wanita berkenaan mendakwa beberapa individu yang dicari itu disyaki menukar tanda harga barangan ketika di pasar raya itu, pada 10.45 malam kelmarin. Katanya, wanita itu mendakwa dirinya dapat mengesan tindakan itu dan kemudian berlaku kekalutan itu. “Kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kita akan memohon arahan daripada Timbalan Pen

Video Pasangan Kantoi Melakukan Maksiat Tersebar Di Media Sosial.

Imej
Satu klip video berdurasi 2.51 minit yang menunjukkan seorang wanita warga Indonesia dan pasangannya warga Nepal kantoi dalam bilik di rumah sewa lelaki Nepal itu. Hasil dari aduan orang ramai, rumah sewa warga Nepal itu diserbu dan pasangan berkenaan dicekup dalam keadaan berbogel dalam bilik kekasihnya itu. Tambah memalukan pihak yang menyerbu rumah berkenaan merakamkan aksi pasangan itu sebagai bahan bukti menyebabkan lelaki Nepal itu menggigil ketakutan di hujung bilik takut kena pukul dengan jiran tetanga. Mereka yang menyerbu rumah warga Nepal itu tidak membenarkan wanita itu memakai baju semula menyebabkan kemarahan netizen, ada yang mengatakan pihak berkenaan mengambil kesempatan apabila melihat wanita itu dalam keadaan berbogel.

Video Wanita Mengamuk Selepas Melihat Pakaian Gadis Ini.

Imej
Seorang gadis warga Singapura berjalan-jalan di sebuah pusat membeli-belah di Singapura dengan mengenakan pakaian dengan bahagian punggung yang terbuka. Pakaian itu mempertontonkan punggung sekaligus tali bra yang dikenakannya. Rupanya, pakaiannya yang terbuka mengundang perhatian kebanyakan orang, termasuk seorang perempuan separuh baya yang kebetulan berselisih dengganya Perempuan tersebut memanggil gadis tersebut dan memarahi si gadis kerana pakaiannya yang terbuka.  "Lain kali kamu sebaiknya memakai pakaian yang sopan, saya peringatkan kamu!" Kata si perempuan baya dengan nada tinggi. "Ini bukan baju yang pantas!" Katanya lagi, masih dengan suara marah. Ara Jo, nama gadis tersebut sempat merakam aksi perempuan separuh baya yang memarahinya itu dan memuat naiknya ke internet. Video tersebut dimuat naik sejak Januari lalu.  Namun, video itu  diperbincangkan di forum-forum internet Singapura beberapa hari terakhir.

Isteri Jatuh Sakit Sehingga Maut Selepas Dapat Tahu Suaminya Curang Dengan Wanita Lain.

Imej
Nasib seorang wanita yang berasal dari Shandong, China amat malang apabila dia di biarkan kelaparan oleh ibu mertuanya sendiri sehingga meninggal dunia, wanita tersebut ditemui meninggal dunia dalam keadaan yang sangat kurus kering. Seperti yang di petik dari Shandong News, wanita yang bernama Yang Tian Tian berusia 26 tahun itu di biarkan terlantar oleh ibu mertuanya selepas Yang mengalami pengecutan otak. Pada mulanya Yang merupakan seorang wanita muda yang sihat dan mempunyai rumah tangga yang bahagia. Namun begitu, hidupnya itu berubah 180 darjah apabila dia mengetahui bahawa suaminya itu sebenarnya telah berlaku curang di belakangnya. Betapa terkejutnya Yang apabila dia mengadukan hal suaminya itu kepada ibu mertuanya itu, dia bukan sahaja membela anaknya itu malah turut memarahi Yang. Menurut ibu mertuanya itu apa yang dilakukan oleh suaminya itu merupakan satu perbuatan yang lumrah bagi kaum lelaki. Ibu mertua Yang juga mengatakan bahawa Yang seharusnya bersyukur

Wanita Nekad Berbogel Elak Disaman Polis.

Imej
Seorang wanita ditahan polis trafik selepas enggan memberhentikan kenderaan semasa pemeriksaan sekatan jalan raya dalam satu operasi di Shandong, China. Dalam kejadian yang berlaku di lebuh raya bandar Dongying itu, sebuah kereta putih dipandu seorang wanita di bawah pengaruh alkohol cuba merempuh pusat pemeriksaan tersebut. Beberapa anggota trafik cuba menyiasat wanita itu namun suspek enggan memberikan kerjasama. Suspek tidak mahu menjalankan saringan ujian nafas untuk memastikan tahap alkohol dalam badannya. Malah wanita berkenaan bersama seorang lagi lelaki berkelakuan pelik apabila nekad membogelkan diri mereka. Suspek wanita dilihat menanggalkan pakaian dan colinya sehingga mendedahkan payudaranya. Selain itu, suspek juga mencekau salah seorang anggota trafik itu yang cuba mendapatkan bantuan daripada rakan sekerjanya. Walau bagaimanapun, ‘drama’ yang cuba dilakukan oleh suspek tidak berjaya dan pihak polis telah menghantarnya ke hospital untuk melakukan uj

Ustaz Kazim Saman Wardina, Syed Azmi Isu Pencabulan Seks Di Sekolah Tahfiz

Imej
KUALA LUMPUR — Selepas tuntutan RM8 juta kepada ibu murid yang didakwa memfitnahnya, Datuk Kazim Elias menghantar pula surat tuntutan kepada dua individu lain. Peguam pendakwah popular itu Mohd Firdaus Mohamood berkata tuntutan itu ditujukan kepada bekas pengacara Wardina Safiyyah dan aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi. Kedua-duanya didakwa menyebar tuduhan pencabulan seks di sekolah tahfiz milik Kazim di Ipoh melalui laman Facebook masing-masing. “Surat tuntutan yang dihantar kepada individu-individu berkenaan berbeza-beza antara satu sama lain. Surat tuntutan itu mempunyai akibat dan terma berlainan. “Umumnya, kerana mereka membuat [tuduhan] berkenaan viral tanpa siasatan daripada sumber dan [berdasarkan] fakta,” katanya kepada Malay Mail Online hari ini. ProjekMMO melaporkan Kazim menuntut RM8 juta daripada wanita itu, yang didakwa menfitnah beliau berhubung isu salah seks terhadap anaknya yang belajar di situ, Ogos lalu. Pengasas Pusat Pendidikan Al Baraka

Video Justin Bieber Tumbuk Muka Peminat Yang Mengejarnya

Imej
Penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber dilaporkan telah menumbuk wajah salah seorang peminat yang mengejar keretanya ketika mengadakan konsert jelajah di Barcelona, Spain semalam. Menurut laporan People, tindakan spontan Bieber, 22, itu telah menyebabkan bibir peminat lelaki itu luka dan berdarah. Insiden itu bagaimanapun telah dapat dirakam oleh portal TMZ. Dalam video itu menunjukkan Bieber yang baru tiba menaiki kereta dengan tingkap terbuka telah dikeremuni sekumpulan peminat. Sehingga kini, Bieber belum memberikan sebarang komen mengenai kejadian dan tindakan tersebut. Olahan oleh: Syafiqah Jalal Sumber: People

Kejam Dan Tidak Bertamadun Apabila Giginya Dicabut, Dipaksa Minum Air Kencing Dan Air Panas

Imej
AMPANG – Kejam dan tidak bertamadun apabila giginya dicabut, dipaksa minum air kencing dan air panas serta kemaluannya disula dengan objek keras dipercayai kayu. Tidak cukup dengan itu, dia juga dirotan, direnjat elektrik, dipijak di kepala dan badan selain makan najis. Begitulah nasib dilalui seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 32 tahun yang diseksa oleh majikan di Pandan Indah, di sini, sejak lapan bulan lalu. Penderitaan mangsa itu bagaimanapun berakhir apabila diselamatkan jiran susulan penemuan nota yang ditulisnya berbunyi ‘tolong bos dera saya’ di bawah pintu rumah majikannya. Pada jam 6.20 petang Sabtu lalu, sepasukan polis dari Balai Polis Pandan Indah bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa sebelum menahan dua wanita berusia 39 dan 47 tahun. Jiran mangsa yang enggan dikenali memberitahu Harian Metro bahawa dia dan jiran lain sering terdengar mangsa menjerit dan merayu dikasihani. “Mulanya kami sangkakan perkara biasa, namun

50 Wanita Diperkosa Tentera.

Imej
Sekurang-kurangnya 50 wanita di dua kampung di sini dirogol tentera Myanmar kelmarin sementara 25 penduduk lelaki ditahan. Kejadian berlaku selepas sekumpulan 200 tentera Myanmar memasuki Kampung Kyar Gaung Taung pagi Ahad lalu. Mereka menggunakan pembesar suara, memanggil penduduk keluar, kononnya untuk menemui mereka. Penduduk lelaki yang bimbang ditangkap melarikan diri. Mereka yang tidak melarikan diri diarah berkumpul di kawasan sawah, bersama penduduk wanita. Di situ, tentera berkenaan mengganggu dan ada yang merogol wanita terbabit, sementara penduduk lelaki dan kanak-kanak didera. “Kira-kira 50 wanita diperkosa oleh tentera itu. Dua puluh lima penduduk lelaki ditahan. Mereka masih ditahan dan tentera belum lagi meninggalkan kampung berkenaan,” kata seorang penduduk, semalam. Seorang penduduk, Amir Hussein pula melaporkan, seekor kerbaunya dicuri tentera Myanmar sebelum mereka membakar rumahnya. “Mereka menyembelih kerbau saya dan memakannya,” kata Ami

Video Kanak-Kanak Perempuan Dibaham Harimau.

Imej
Rakaman video ngeri menunjukkan saat seorang kanak-kanak perempuan dibaham harimau yang dibawa berjalan-jalan oleh tuannya di sebuah pasar di Arab Saudi. Rakaman itu menunjukkan haiwan buas berkenaan dibawa bersiar-siar di kawasan awam di barat laut negara itu hanya beberapa meter dari orang ramai yang membeli-belah. Kanak-kanak dapat dilihat melarikan diri ketika haiwan itu ditunjukkan kepada semua orang. Malangnya, beberapa minit kemudian seorang budak perempuan berusia kira-kira enam tahun datang terlalu dekat dengan harimau itu menyebabkan haiwan berkenaan mencakar dan menimpanya. Kanak-kanak itu menjerit sekuat hati dan pemilik haiwan itu terus bertindak menarik harimau terbabit dari mangsa. Rakaman berakhir di situ, tetapi saksi mendakwa kanak-kanak itu sempat diselamatkan sebelum dicederakan lebih teruk. Bagaimanapun, pengguna media sosial menyuarakan kemarahan terhadap kejadian itu. Sejak beberapa tahun kebelakangan, golongan muda di beberapa nega

Lelaki ‘Mandi Darah’ Dipukul Pelacur

Imej
Zimbabwe – Seorang pelacur di Zimbabwe telah memukul kepala seorang lelaki dengan botol bir selepas lelaki terbabit menawarkan untuk membayar perkhidmatan seks dengan telur rebus. Dalam kejadian yang memalukan itu, Moses Mushonga, 28, ketika itu sedang berjalan di bandar Mashonaland apabila dia menemui perempuan berkenaan. Moses kemudiannya menyentuh payu dara pelacur terbabit. Moses memberitahu pelacur yang dikenali sebagai Chipo itu bahawa dia telah menggunakan wang yang ada untuk membeli dua biji telur namun malangnya dia telah makan sebiji telur, jadi hanya tinggal sebiji sahaja telur untuk dibayar kepada pelacur tersebut. Mendengarkan pengakuan jujur Moses itu, Chipo menjadi marah dan terasa dihina, lalu dia memukul kepala Moses dengan botol bir hingga lelaki itu pengsan. Selepas sedar Moses mendapati kepalanya berdarah. “Dia boleh kata tidak sengaja,’’ katanya. Dalam pada itu, pelacur terbabit, Chipo berkata Moses perlu diajar tentang cara-cara untuk me

Video Gadis Ini Nyaris Maut Selepas Menyarungkan 100 Helai Baju.

Imej
Tindakan gadis ini menyarungkan 100 helai baju telah menyebabkannya hampir mati lemas. Rakaman video di bawah menunjukkan gadis yang dikenali sebagai Andrea ini sedang berusaha untuk menanggalkan baju daripada badannya sambil menangis teresak-esak. Nasib baik dia selamat. Bagaimana dia menanggalkan 100 helai pakaian itu, kami sendiri tak pasti. Pesan Andrea, jangan lakukan kerja gila ini atau anda akan mati lemas akibat kesukaran bernafas. #100layersofclothes don't do this or you'll die (I was home alone) pic.twitter.com/pSMQu4WA3X — andrea (@_andreeaa3) 15 Oktober 2016

4 Gambar Ngeri Gadis Mati Ditetak Kawan Lelaki Dikenalinya

Imej
Johor Bahru – Wanita berusia 23 tahun maut ditetak seorang lelaki dikenalinya di tepi jalan sebuah kawasan perumahan di Taman Scientex dekat Pasir Gudang, tengah hari semalam. Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, mangsa, V Dunga Devi, yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Changi, Singapura, berada di hadapan pintu pagar rumah rakannya sebelum didatangi suspek lelaki yang dikenalinya. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, mangsa tiba-tiba didatangi suspek yang bersenjatakan parang dan terus menyerang mangsa menyebabkannya maut di tempat kejadian. “Mangsa maut akibat kecederaan parah akibat ditetak dengan parang oleh suspek di bahagian kepala, leher dan kedua-dua belah tangan. “Terdapat beberapa orang saksi yang melihat kejadian itu tetapi tidak sempat untuk berbuat apa-apa bagi membantu mangsa,” katanya. Beliau berkata, suspek kemudian lari dan menghilangkan diri dengan menunggang sebuah motorsikal jenis

Video: Pembantu Rumah Rakam Detik Dia Dirogol Oleh Majikan Dan Dikongsikan Di Media Sosial.

Imej
Satu berita yang telah menjadi viral baru-baru ini adalah mengenai seorang pembantu rumah diperkosa secara paksa oleh majikannya sendiri. Wanita yang berasal dari Indonesia itu telah diperkosa oleh majikannya di negara Taiwan dan telah memuat naik video tersebut di media sosial. Oleh kerana sering 'diperkosa' majikan, wanita ini akhirnya merakam kejadian malang yang menimpanya itu. Dalam video tayangan itu, dia kelihatan meronta-ronta dan tak berdaya untuk melawan majikannya itu. Dalam tayangan lain, wanita yang diperkosa itu malah telah diberitahukan kepada agen penyalur tenaga kerjanya. Namun begitu dia tidak mendapatkan sebarang jawapan perlindungan daripada agen penyalurnya itu. Wanita 31 tahun ini akhirnya beruntung setelah video tayangan perkosaan itu menjadi viral di media sosial youtube. Akhirnya, seorang pagawai di pejabat penyalur tenaga kerja Indonesia yang bertugas melindungi TKI di luar negeri iaitu Agusdin Subiantoro dengan tegas menun

Perak Bakal Pakej Poligami Beramai-Ramai

Imej
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri Perak, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, kerajaan negeri bersedia untuk mempertimbang saranan memperkenalkan pakej poligami secara Jama'ie atau nikah beramai-ramai. Buat masa sekarang, ujar beliau, kerajaan negeri hanya mempunyai Program Majlis Nikah Jama'ie Syar'ie untuk pasangan yang baharu hendak berkahwin dan ia dilaksanakan sejak 2013 pada setiap 16 September. "Kita akan lihat dan pertimbangkan cadangan itu. Kita sedia maklum antara punca poligami termasuk yang bernikah di luar negara adalah kerana wali tidak bersetuju dengan perkahwinan itu. "Di peringkat kerajaan negeri dan Persekutuan kita sentiasa berurusan dengan negara tertentu seperti Thailand khususnya yang melibatkan poligami," katanya, memetik laporan Bernama. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Abu Bakar Hussian (PAS-Titi Serong) yang ingin tahu jika kerajaan negeri sedia