Isteri Jatuh Sakit Sehingga Maut Selepas Dapat Tahu Suaminya Curang Dengan Wanita Lain.
Nasib seorang wanita yang berasal dari Shandong, China amat
malang apabila dia di biarkan kelaparan oleh ibu mertuanya sendiri sehingga
meninggal dunia, wanita tersebut ditemui meninggal dunia dalam keadaan yang
sangat kurus kering.
Seperti yang di petik dari Shandong News, wanita yang
bernama Yang Tian Tian berusia 26 tahun itu di biarkan terlantar oleh ibu
mertuanya selepas Yang mengalami pengecutan otak.
Pada mulanya Yang merupakan seorang wanita muda yang sihat
dan mempunyai rumah tangga yang bahagia. Namun begitu, hidupnya itu berubah 180
darjah apabila dia mengetahui bahawa suaminya itu sebenarnya telah berlaku
curang di belakangnya.
Betapa terkejutnya Yang apabila dia mengadukan hal suaminya
itu kepada ibu mertuanya itu, dia bukan sahaja membela anaknya itu malah turut
memarahi Yang. Menurut ibu mertuanya itu apa yang dilakukan oleh suaminya itu
merupakan satu perbuatan yang lumrah bagi kaum lelaki. Ibu mertua Yang juga
mengatakan bahawa Yang seharusnya bersyukur kerana segala keperluan hidupnya
serta makan minumnya di rumah sangat mencukupi.
Akibat tidak tahan di madu akhirnya Yang meminta cerai
tetapi tidak berjaya kerana suaminya itu tidak mahu menceraikannya. Putus asa
dengan hidupnya itu, Yang nekad mengakhiri hidupnya dengan menelan pelbagai
jenis ubat-ubatan. Dia sempat di kejarkan ke hospital dan selamat dari maut.
Akan tetapi, akibat dari kejadian tersebut telah membuatkan otak Yang mengalami
pengecutan.
Yang pun telah dibawa pulang ke rumah ibu mertuanya itu
untuk dijaga. Namun ketika di rumah ibu mertuanya itu, dia hanya di biarkan
terbaring di tempat tidurnya tanpa diberi makan yang mencukupi. Hanya dalam
masa setahun sahaja Yang yang dulunya berbadan sangat cantik seperti model
telah menjadi kurus kering tinggal tulang seperti di bungkus dengan kulit.
Saudara Yang pernah datang bagi melawat dan amat terkejut melihatkan keadaan Yang.
Dia telah memarahi ibu mertua yang namun ianya hanya sia-sia sahaja kerana
dengan bersahaja ibu mertua yang kejam itu menjawab "Keluarga kami tidak
mampu memakan daging selama berbulan-bulan, bagaimana kami nak merawat dia
(Yang)".
Lebih teruk lagi apabila ibu mertua Yang menolak untuk
membawa Yang ke hospital untuk di rawat. Akhirnya wanita malang tersebut telah
meninggal dunia pada awal Ogos yang lalu.
Ulasan
Catat Ulasan