Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Khairy Jamaluddin Mengamuk Di Instagram

Imej
PETALING JAYA: Seorang individu yang cuba mengambil kesempatan mempromosikan produknya di ruangan komen pada gambar yang di muat naik oleh Menteri belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah di bidas oleh Khairy. Peniaga terbabit dikatakan telah mempromosikan produk menambah ketinggian pada ruangan komen gambar yang di muat naik oleh Khairy di Instagram sehingga membuatkan Khairy 'mengamuk'. Menurut mStar Online, Khairy telah memuat naik gambar sebuah gunung dengan kapsyen 'For whom these bells toll' tiga hari lalu dan mendapat kira-kira 21,137 like di kalangan pengikutnya. Malah ramai turut memuji keindahan gambar yang dimuat naik itu. Namun ada perkara yang menarik tumpuan pengikutnya apabila Ahli Parlimen Rembau itu mengecam tindakan peniaga secara dalam talian yang mempromosi produk itu di ruangan komen gambar tersebut. "Please don't promote your fake s*** on my Instagram. Tak ada produk yang boleh tambah ketinggian untuk orang dewasa," tulis

Aliff Syukri Mengamuk Dituduh Kedekut Oleh Netizen.

Imej
KUALA LUMPUR - Dituduh kedekut oleh oleh netizen, Aliff Syukri meluahkan rasa kecewanya di laman sosial isu hadiah untuk empat finalis AF Megastar semalam. Menurut laporan Utusan Online, Pengasas produk D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewanya di laman sosial apabila dituduh kedekut oleh beberapa pengguna laman sosial kerana tidak menaja hadiah untuk empat lagi finalis AF Megastar semalam. Jelasnya, walaupun bergelar penaja utama AF Megastar, namun kuasanya terhadap program itu masih terbatas dan tidak boleh melangkaui pengurusan Astro. “Suka-suka korang nak kutuk saya kedekutla bagi hadiah kat seorang pemenang sahaja. Ingat AF tu rancangan Aliff Syukri Kamarzaman ke? “Ingat bila kita menaja kita boleh buat sesuka, nak naik pentas pun kena minta kebenaran. Saya ni bayar berjuta ya untuk menaja. Korang tak tahu baik diam sahaja,” itu antara petikan kapsyen yang di muat naik Aliff dalam laman Instagram peribadinya. Dalam pada itu, Aliff turut menjelaskan tuj

Wanita Ditembak Gara-gara Menolak Ajakkan Melakukan Hubungan Intim.

Imej
Bekasi, Indonesia - Seorang juruwang wanita hampir maut ditembak oleh seorang lelaki kerana menolak ajakkan melakukan hubungan intim. Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada hari Rabu yang lalu di Bekasi membabitkan seorang pelajar yang masih belajar dikenali sebagai  Sandy berusia 20 tahun serta seorang wanita dikenali sebagai Neni Risma berusia 23 tahun. Menurut keterangan Neni, pada hari kejadian dia yang bekerja sebagai juruwang telah mengambil cuti disebabkan ingin pergi ke sebuah kedai telefon yang terletak di Bekasi. Menurut Neni lagi, dia telah pergi ke sana bersama dengan suspek menaiki motorsikal jenis sukuter bernombor pendaftaran DB 3788 IJ. Setelah tiba di kedai telefon berkenaan, Neni terus memberikan telefonnya bagi tujuan membaikinya di kedai tersebut. Selepas selesai tiba-tiba suspek iaitu Sandy telah mengajak Neni untuk pergi ke salah sebuah hotel yang terletak di kawasan Jalan Pulau Bendu bagi melakukan hubungan intim. Namun Neni telah menolak ajakkan

Bajet 2018, Cadang Naik Harga Rokok RM50 Sekotak

Imej
KUALA LUMPUR 22 Okt. – Harga rokok bakal dinaikkan kepada RM 50 sekotak dalam membantu usaha bagi membendung gejala dadah yang semakin teruk di kalangan golongan remaja serta belia. Menurut laporan Utusan Online, kerajaan cuba mencadangkan isu kenaikan harga rokok tersebut dan ianya akan dibentangkan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri ketika Bajet 2018. Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Ahmad Saparudin Yusuf telah mencadangkan kenaikan harga tersebut bagi menjadikan rokok sebagai satu barangan mahal. Menurutnya lagi, cadangan tersebut di ajukan adalah kerana bertujuan menyebabkan remaja dan belia sukar mendapatkannya kerana harga yang mahal serta menyebabkan mereka tidak mampu membelinya. Rokok adalah merupakan salah satu bahan asas yang mendorong kepada masalah-masalah gejala sosial serta menjadi punca kepada kemudaratan kesihatan. Menurut Ahmad lagi, berdasarkan pe­ngalaman dan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan buka

Teruk Dipukul Kerana Curi Motor 125

Imej
LUNDU: Seorang lelaki ditangkap dan dibelasah oleh penduduk kampung ketika melarikan sebuah motosikal di Kampung Stunggang. Sarawak dekat sini, pagi tadi. Menurut laporan Berita Harian Online, lelaki berkenaan merupakan seorang warga Indonesia itu bukan saja dibelasah malah turut dibogelkan oleh penduduk kampung sejurus ditangkap. Dalam kejadian jam 8 pagi itu, kehadiran suspek bersama seorang lagi rakan senegaranya yang dalam keadaan mencurigakan, disedari penduduk kampung yang kemudian memantau pergerakan mereka. Difahamkan, sejurus dua lelaki itu melarikan sebuah motosikal, penduduk kampung mengejar sebelum dapat menahan seorang daripada mereka, seterusnya membelasah dan membogelkan suspek sebagai pengajaran. Panik melihat kejadian itu, rakannya melarikan diri bersembunyi di kawasan berlumpur, tetapi berjaya ditahan polis yang tiba di lokasi kejadian sejurus dihubungi penduduk kampung. Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan Wong Chee Kiong ketika mengesahkan kej

Atuk Cabul Cucu Berusia 13 Tahun Ketika Ibu Pergi Kedai.

Imej
Suspek ditahan polis Foto Harian Metro SARAWAK: Seorang warga emas ditahan mencabul cucunya sendiri yang berusia 13 tahun di sebuah rumah di Sungai Bidut, Sibu, Sarawak. Menurut laporan Harian Metro, suspek berusia 53 tahun itu didakwa mencabul kehormatan remaja perempuan berusia 13 tahun kira-kira 5 petang semalam. Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zailani Amit berkata, kejadian berlaku ketika mangsa ditinggalkan sementara di rumah berikutan ibunya keluar membeli barangan dapur. Menurutnya, suspek kemudian muncul sebelum menarik mangsa masuk ke bilik dan mengunci pintu. “Mangsa cuba melawan namun suspek menolaknya ke atas katil sebelum menanggalkan seluar mangsa. "Mangsa bagaimanapun berjaya menendang suspek hingga terjatuh menyebabkan lelaki itu bergegas melarikan diri,” katanya. Perbuatan itu diketahui ibu mangsa selepas melihat anaknya menangis. “Susulan laporan polis diterima, sepasukan polis menahan suspek di rumahnya di kawasan sama tidak lama kem

Ezlynn Dan Adam Fahmy Akhirnya Bercerai Talak Satu

Imej
KUALA LUMPUR: Akhirnya bercerai talak satu, selepas melalui pelbagai kontrovesi Ezlynn dan Adam Fahmy sah bercerai talak satu. Menurut laporan mStar Online, Selepas enam tahun mendirikan rumah tangga, Adam, 38, melafazkan cerai terhadap Ezlynn di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas dia bersetuju menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka yang berlarutan sejak awal tahun ini secara baik. Lafaz itu dibuat Adam di hadapan Hakim Syarie, Noorbyetty Nasir kira-kira pukul 10.30 pagi. Sebelum itu, Noorbyetty mengarahkan Adam dan Ezlynn bersalaman dan bermaaf-maafan buat kali terakhir sebelum lafaz cerai dibuat. Ezlynn atau Azline Ariffin, 36, memfalkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur 1984 pada 7 April lalu. Mereka mendirikan rumah tangga pada 21 November 2011 namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Sebelum ini Ezlynn mendakwa rumahnya diceroboh suami sendiri yang melarikan beberapa barang

Dua Pelajar Tingkatan Tiga Diliwat Serta Diugut Menggunakan Rakaman Video.

Imej
KUALA TERENGGANU -  Seorang pembantu kedai makan lelaki telah didapati meliwat dua orang pelajar lelaki tingkatan tiga di sebuah Sekolah Menengah di Dungun. Lelaki terbabit dikatakan telah memaksa kedua pelajar terbabit melakukan hubungan seks songsang di sebuah rumah yang terletak di Dungun. Menurut laporan Sinar Harian, kedua-dua mangsa dipercayai bukan sahaja diliwat secara paksa, malah turut dibelasah sekiranya enggan melayan kehendak nafsu songsang pemuda berusia 25 tahun itu, selain cuba berkawan dengan lelaki lain. Menurut sumber, mangsa pertama yang mengenali pemuda itu sejak Jun lalu dipercayai diliwat beberapa kali secara paksa sepanjang tempoh perkenalan dan akan dipukul sekiranya enggan memenuhi permintaan itu. “Suspek dipercayai meliwat mangsa kali pertama pada hujung Jun lalu ketika remaja itu ponteng sekolah dan lepak di rumahnya di sebuah perumahan di Paka, Dungun, sebelum mengulangi perbuatan terkutuk itu kira-kira jam 5 petang, 6 Oktober lalu. “Bagaimanap

Video Lelaki Tolak Wanita Jatuh Di Landasan Kereta Api.

Imej
Hong Kong - Seorang lelaki ditahan oleh pihak polis kerana menolak seorang pekerja transit wanita di landasan kereta api bawah tanah jatuh di landasan berkenaan. Merujuk kepada rakaman keselamatan CCTV menunjukkan kedudukan mangsa yang sedang berdiri di tepi landasan tersebut sebelum seorang lelaki yang berjalan meliuntasi mangsa di belakang secara tiba-tiba bertindak menolak mangsa jatuh ke landasan terbabit. Melalui rakaman CCTV berkenaan jelas menunjukkan kelibat lelaki berkenaan yang menolak wanita tersebut sambil berjalan tanpa sebab yang munasabah pada sekitar jam 10.30 pagi. Lelaki tersebut yang mengenakan kemeja berwarna hijau dan seluar coklat serta memakai topi dikatakan melakukan perbuatan tersebut dengan sengaja sehingga mendatangkan kecederaan terhadap wanita tersebut. Melalui rakaman CCTV tersebut dapat dilihat keadaan wanita tersebut yang tidak sempat mengelak mahupun berbuat apa-apa apabila ditolak secara mengejut oleh lelaki tersebut. Selepas melakukan per

“Aku Ingin Pulang” Status Terakhir Gaids Sebelum Di Gilis Lori.

Imej
Indonesia - Seorang remaja wanita maut selepas 90 peratus anggota badannya hancur digilis oleh sebuah lori yang datang daripada arah yang berlawanan. Remaja berkenaan yang dikenali sebagai Puteri Rahayu berusia 18 tahun maut selepas di gilis oleh lori, kejadian dikatakan berlaku di Jalan Manis Jaya Tangerang pada hari Isnin yang lalu. Mangsa dikatakan sempat memuat naik status 'Rindu ibu dan aku ingin pulang' sebelum kemalangan tersebut menimpanya. Menurut saksi kejadian, mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kereta sebelum dia tiba-tiba hilang kawalan dan terjatuh. Mangsa yang terjatuh secara tiba-tiba di jalan raya menyebabkan lori yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dan terus menggilis mangsa sebelum di seret di bahagian belakang tayar lori. Akibat daripada insiden tersebut menyebabkan anggota badan mangsa hancur 90 peratus bermula dari kaki sehingga kepala serta menyukarkan mayat mangsa dikenali. Mayat mangsa kemudiannya telah di bawa ke h

Pemandu Grab Dipukul Sekumpulan Pemandu Teksi Kerana Mengambil Penumpang Di Lapangan Terbang.

Imej
Kota Bharu - Berlaku kekecohan di Lapangan Terbang Kota Bharu yang membabitkan kumpulan pemandu Grabcar dengan kumpulan pemandu teksi. Menurut sumber, kekecohan tersebut dipercayai berlaku berpuca daripada kumpulan pemandu teksi yang bertindak memukul seorang pemandu Grabcar kerana mengambil penumpang di kawasan lapangan terbang tersebut. Pemandu Grab car terbabit dikatakan telah dibelasah oleh beberapa orang pemandu teksi yang tidak berpuas hati dengannya kerana mengambil penumpang di kawasan lapangan terbang tersebut kerana dikatakan kawasan berkenaan adalah merupakan kawasan mencari makan mereka. Susulan kejadian tersebut, lebih 70 orang pemandu Grab di kelantan telah menghantar surat bantahan kepada pihak pengurusan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP). Surat tersebut telah diserahkan kepada Wakil Malaysia Airports Berhad (MAHB) LTSIP bagi meminta penjelasan serta ketetapan bagi pemandu Grab yang mahu mengambil serta menghantar penumpang di lapangan terba

Pancitkan Tayar Kereta Kerana Tak Dapat Duit Parking

Imej
Alor Setar - Sepasang adik beradik dipercayai bertindak di luar batasan apabila sanggup memancitkan tayar kereta individu yang tidak mahu membayar duit meletakkan kenderaan kepada mereka. Menurut seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhd Ismail melalui kapsyen yang dimuat naik olehnya di media sosial, beliau telah terserempak dengan kedua beradik ini ketika mahu menonton perlawanan bola sepak. Ismail memberitahu bahawa kedua beradik yang merupakan kakak serta adik itu ditemuinya ketika berada di Alor Setar bagi menonton satu perlawanan bola sepak. Ketika hendak meletakkan kereta di tempat letak kereta secara tiba-tiba beliau telah disapa oleh kedua beradik ini yang memintanya supaya membayar duit tempat letak kenderaan. Namun begitu Ismail enggan membayar duit tersebut kerana di situ merupakan tempat bebas meletakkan kenderaan menyebabkan mereka bertindak memarahinya kerana tidak mahu membayar duit. Menurut Ismail, apa yang lebih mengejutkan adalah mereka telah bertindak m

Peniaga Diminta Berhati-hati Dengan Pak Arab Ini

Imej
JOHOR - Seorang lelaki hampir menjadi mangsa pukau seorang lelaki warga arab dengan cara membuat penukaran duit. Menurut mangsa, lelaki arab tersebut mensasarkan para peniaga serta akan berpura-pura untuk menukar duit sebelum cuba melekakan mangsanya. Menurut mangsa lagi, kejadian tersebut baru sahaja berlaku di kedainya yang terletak di Muar,Johor. Menyedari bahawa ada yang tidak kena dengan dirinya yang seakan leka ketika berbual dengan lelaki arab berkenaan akhirnya mangsa telah menghalau lelaki arab tersebut sebelum menangkap gambarmya. Apabila mangsa menghalau serta menangkap gambarnya, tiba-tiba sahaja lelaki arab berkenaan memarahinya serta cuba merampas telefon miliknya yang digunakan bagi menangkap gambar lelaki arab tersebut. Namun begitu, reaksi lelaki arab tersebut terhenti selepas dia melihat mangsa memegang besi pintu  menyebabkan dia berundur dan terus memasuki kembali kereta niliknya. Orang ramai diminta supaya lebih berhati-hati andai kata terserempak den

Wanita Maut Ditikam Sepupu Sendiri

Imej
KUANTAN: Seorang wanita maut ditikam pada muka dan bahu oleh sepupunya yang dipercayai penagih dadah di Taman Temerloh Makmur, dekat Temerloh, malam tadi. Robiatul Ain Mahamod, 27, ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan tikaman di ruang tamu rumahnya selepas dipercayai bertengkar dengan suspek lelaki berusia 26 tahun itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nayan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 9.40 malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 30 minit kemudian. "Jiran mangsa mendakwa terdengar bunyi bising dalam rumah itu kira-kira jam 9.20 malam, dipercayai pergaduhan antara mangsa dan sepupunya iaitu seorang lelaki berusia 26 tahun "Jiran mangsa terlebih dulu menghubungi bapa dan adik mangsa yang tiba di perkarangan rumah itu tidak lama kemudian. "Mereka terpaksa memecahkan pintu yang berkunci dari dalam dan sebaik memasuki rumah itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu dengan kesan tikaman. &q

Lelaki Didakwa Dera Anjing Betina Tular Di Media Sosial.

Imej
IPOH – Video lelaki seksa seakor anjing secara seksual di hadapan sebuah premis dipercayai terletak di Teluk Intan menjadi tular di media sosial semalam Menurut laporan Sinar Harian, gambaran terhadap perlakuan seorang lelaki yang dipercayai mendera seekor anjing betina di hadapan sebuah premis dipercayai terletak di Teluk Intan. Kejadian tersebut tular dalam video berdurasi lebih seminit yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis terbabit, baru-baru ini. Dalam video berkenaan, lelaki itu dilihat berada di hadapan pagar premis sambil mengganggu anjing tersebut. Berdasarkan keterangan status video tersebut, lelaki itu didakwa merogol anjing berkenaan yang juga disifatkan sebagai satu bentuk penganiayaan terhadap haiwan. Status tersebut juga mengajak orang ramai berkongsi video berkenaan dan mencari lelaki tersebut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika dihubungi memberitahu pihaknya tidak menerima sebarang

Mimi Cinta Dengan Pemain Bola Sepak, Sudah Lupakan Shahir.

Imej
NAMA Mona Syamimi Mohd Samsudin tiba-tiba sahaja menjadi sebutan gara-gara kontroversi dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir. Jika sebelum ini pramugari sebuah penerbangan tempatan itu mengaku terasa hati dengan pengakuan Shahir yang menganggapnya hanya sebagai peminat, Mimi nampaknya tidak perlu menunggu lama untuk mengubati rasa sedihnya. Dalam laporan portal mStar semalam, Mimi mengakui sudah tidak mendambakan finalis AF Megastar itu kerana hatinya kini diisi oleh seorang pemain bola sepak. Kata Mimi kepada portal berkenaan, kontroversi dengan Shahir sedikit sebanyak menjejaskan hubungannya dengan pemain skuad Piala Presiden Terengganu itu, namun dia bersyukur kerana kekasih hatinya itu tidak cepat melatah. "Saya kini berkawan dengan seorang pemain bola Terengganu. Mujur dia tahu tentang hubungan dengan Shahir dan memahami keadaan tersebut," ujar wanita berusia 27 tahun itu. Carian di laman sosial mendapati Mimi mula memperkenalkan buah hatinya it

JDT Bertemu Kedah Dalam Final Piala Malaysia.

Imej
Kredit imej: FB JOHOR Southern Tigers Juara bertahan, Kedah, akan melakukan perhitungan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 4 November ini, selepas masing-masing meraih kemenangan dalam separuh akhir kedua di gelanggang sendiri, malam ini. Keputusan 1-1 yang dicatatkan dalam separuh akhir pertama di Jengka, Pahang jelas bukan tiket selesa buat Kedah untuk memastikan mereka melangkah ke final buat kali ketiga. Anak buah Nidzam Adzha Yusoff terlebih dahulu melancarkan serangan dalam perlawanan timbal balik di Stadium Darulaman malam ini walaupun permainan lebih tertumpu di bahagian tengah padang. Felda juga tidak ketinggalan menguji kubu tuan rumah dengan tandukan Thiago Augusto berjaya didakap kemas penjaga gawang Kedah, Ifwat Akmal Che Kassim, pada minit ke-39. Kedah terus mendominasi permainan dengan menghasilkan beberapa percubaan. Asakan mereka untuk memecah kebuntuan akhirnya membuahkan hasil selepas Sandro da Silva me

Ustaz Dakwa Lelaki Kaya Yang Tidak Poligami Akan Masuk Neraka

Imej
Seorang Ustaz yang merupakan penceramah bebas telah mengeluarkan kenyataan bahawa umat Islam adalah dilarang menggunakan telefon bimbit mahupun gajet bagi bermain permainan seperti 'Snakes and Ladders'. Menurut ustaz terbabit, “Bermain permainan video, daripada apa yang saya faham adalah tidak dibenarkan. Hukumnya haram. Permainan dam, catur, Snake and Ladders, semua tak boleh,” katanya. Namun begitu seorang penceramah bebas di Indonesia yang dikenali sebagai Dasat Latief telah mengeluarkan kenyataan yang berlainan daripada ustaz terbabit. Ustaz Dasat telah mengeluarkan kenyataan bahawa lelaki kaya yang tidak berpoligami akan menjadi penghuni neraka melalui sebuah program tv yang dihadiri baru-baru ini. Menurut ustaz Dasat, “Satu rahsia yang harus di ketahui tentang poligami adalah bahawa sesiapa yang mampu namun mereka tidak melakukannya kelak mereka akan masuk neraka,kenapa? kerana mereka hanya mempunyai isteri satu “katanya. “Nanti di akhirat kamu akan di tanya m

Video Rakaman Sebenar Aksi Remaja Jual Maruah Demi iPhone 8

Imej
CHINA - Satu rakaman sekitar kejadian yang membabitkan seorang remaja wanita yang sanggup menjual kehormatannya demi memiliki iPhone 8 tular di media sosial. Walaupun harga iPhone 8 mahal serta bukan semua mampu memilikinya namun kualiti telefon iPhone yang baik tidak dapat dinafikan lagi. Oleh kerana keinginan yang kuat untuk memiliki iPhone 8 terbabit, seorang remaja sanggup menjual daranya dengan harga RMB 20,000 iaitu bersamaan dengan RM12,750. Menurut laporan World of Buzz, iklan yang di muat naik di media sosial oleh remaja terbabit yang ingin menjual daranya telah dikongsikan oleh netizen. Antara yang di iklankan oleh remaja terbabit adalah “Belikan iPhone 8 untuk saya dan awak boleh ‘bermain’ dengan saya selama tiga hari tanpa menggunakan kondom” dan “Belikan iPhone X untuk saya dan awak boleh bermalam dengan saya selama tiga hari.” Remaja tersebut yang dikenali sebagai Xiao Chen yang baru berusia 17 tahun yang berasal daripada sebuah wilayah di China kerana sanggup

Dipaksa Bersama Ketika Berpantang Sehingga Hampir Meroyan.

Imej
SHAH ALAM - Seorang wanita yang sedang berpantang terpaksa dimasukkan ke hospital semula kerana mengalami pendarahan serta dikhuatiri mengalami penyakit meroyan akibat kekerasan rumah tangga. Wanita tersebut dikatakan baru sahaja melahirkan anak kedua dan sedang menjalani tempoh berpantang di rumah ibu mertuanya yang terletak di Shah Alam. Menurut wanita tersebut, dia sebenarnya telah dipaksa oleh suaminya untuk berpantang di rumah mak mertuanya itu dengan alasan anak pertama mereka dulu dia telah pun berpantang di rumah maknya sendiri. Bukan sahaja dipaksa berpantang di rumah mak mertuanya malah dia tidak menyangka bahawa mak mertuanya itu sanggup membatalkan perawat pantang atau confinement  lady (CL) yang dipanggil olehnya bagi merawatnya ketika berpantang tanpa pengetahuannya. Menurutnya lagi, bukan itu sahaja malah tukang urut yang di sewa olehnya bagi mengurut juga turut di perdayakan dengan mengatakan bahawa dia tidak perlu di urut kerana berada dalam keadaan sihat.

Ketua Pendakwaan Ketuai Siasatan Kes Pegawai SPRM Skandal Bersama Isteri Orang.

Imej
KUALA NERUS: Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara akan mengetuai pasukan khas bagi memantau siasatan ke atas dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad terbabit dengan skandal bersama seorang wanita di Bali, Indonesia, yang tular di media sosial baru-baru ini. Tanpa menyebut individu yang terlibat, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata pasukan itu adalah bahagian yang paling tinggi dan mengetuai segala siasatan terutamanya siasatan polis di seluruh negara. "Ketua Bahagian Pendakwaan ini akan terus melaporkan sebarang perkembangan secara terus kepada saya. Namun begitu, sehingga kini saya tidak lagi mengetahui sebarang perkembangan mengenai kes berkenaan dan kita serahkan siasatan tersebut kepada polis untuk mengambil keterangan daripada beberapa orang saksi dan sebagainya. Apa yang kita lihat seperti yang tular dalam video tidak pasti lagi akan kesahihannya...tunggu hasil siasatan sahaja...sebab

Antara Dua Darjat, Kereta Saya Dikunci Kereta VIP Tak Dikunci.

Imej
Seorang wanita yang dikenali sebagai WinnieKepala melalui laman media sosial facebook miliknya hari ini telah meluahkan kekesalannya terhadap undang-undang yang dirasakannya berat sebelah. Menurut Winnie dia tidak kisah jika tayar keretanya di kunci kerana meletakkan kenderaan di tempat yang salah namun dia tidak berpuas hati kerana hanya keretanya sahaja yang dikunci sedangkan kereta dihadapannya tidak dikunci tayarnya. Menurut Winnie lagi kereta dihadapannya itu merupakan kereta seorang VIP berdasarkan logo yang dilekatkan pada nombor pendaftaran kereta terbabit. Menurut Winnie pada mulanya kereta terbabit yang terlebih dahulu meletakkan keretanya di bahu jalan berkenaan diikuti olehnya yang meletakkan keretanya di belakang kereta terbabit. Namun begitu dia amat terkejut apabila kembali ke keretanya semula dan mendapati tayar hadapan keretanya telah di kunci namun merasa pelik kerana hanya keretanya sahaja yang dikunci tetapi kereta dihadapannya itu tidak mengalami nasib ya

Muka Remaja Ditoreh Akibat Cemburu Serta Cinta Tidak Berbalas.

Imej
Medan, Indonesia - Seorang wanita hampir buta serta mengalami 8 kesan torehan di seluruh muka akibat menolak cinta seorang lelaki yang sudah di anggap sebagai abang kandungnya sendiri. Lelaki berkenaan merupakan jiran mangsa serta telah pun berkahwin namun masih tidak dikurniakan anak serta ada menyimpan perasaan terhadap mangsa. Mangsa yang dikenali sebagai Nadya berusia 17 tahun telah di culik oleh suspek ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah daripada sekolah. Nadya ketika ditemui telah menceritakan detik hitam yang dialaminya pada petang semalam, menurutnya selepas diculik dia telah di bawa ke sebuah rumah kosong. Ketika berada di rumah kosong terbabit, suspek telah memaksanya agar melakukan hubungan intim namun Nadya menolak permintaan suspek serta bertindak melawannya bagi mempertahankan kesuciannya. Suspek yang marah akibat permintaannya itu ditolak kemudiannya bertindak memukul mangsa serta bertindak kasar terhadap mangsa. Tidak cukup dengan memukul serta

Jumpa Tengkorak Manusia Dekat Tapak Pembinaan

Imej
HULU SELANGOR: Tengkorak manusia ditemui dekat tapak pembinaan lot tempat letak kenderaan di Jalan Kemunting 2, Bukit Beruntung, di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai, berkata bahagian itu ditemui seorang pekerja di tapak pembinaan berkenaan kira-kira jam 5.50 petang sebelum memaklumkannya kepada polis. Katanya, siasatan anggota di lokasi tidak menemui bahagian tulang lain mahu pun pakaian milik mangsa. "Kita sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa. "Setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan - Berita Harian Online

6 Gambar Anak Jutawan Rempuh 6 Orang Pejalan Kaki Hingga Maut

Imej
KHARKIV - UKRAINE: Seorang wanita yang dikenali sebagai Elena Zaitseva merupakan anak kandung jutawan minyak telah ditahan polis. Menurut laporan Sinar Harian, Elena Zaitseva ditahan polis selepas memandu laju dan merempuh orang awam, mengakibatkan enam maut. Menurut laporan Telegraph, wanita berusia 20 tahun itu melanggar sebuah kereta jenis Volkswagen Tourag sebelum merempuh sekumpulan pejalan kaki. Kejadian pada malam Rabu lalu itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan seorang saksi memuat naik rakaman suspek memandu laju di laman sosial. Tiga dari enam mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Oleksandr Evteev, 27, Nina Kobiseva, 28, dan Olena Umaeva. Seorang mangsa berusia 30 tahun yang hamil kini dilaporkan dalam keadaan koma dan dirawat di sebuah hospital. Media tempatan mengatakan Elena merupakan anak kepada hartawan dan jutawan minyak, Vasily Zaitsev dan dia memandu kenderaan mewah jenis Lexus ketika kejadian. Sementara itu, seorang Ahli Parlimen, Anton G

Peninggalan Khilafah Uthmaniyyah Berusia 10.000 Tahun Bakal Musnah

Imej
HASANKEYF, Turki: Sekali imbas, semuanya kelihatan normal untuk bandar Hasankeyf yang memiliki kesan peninggalan empayar Rom, Bizantin, Turki dan Uthmaniah berusia lebih 10,000 tahun. Aliran Sungai Tigris, lambakan peniaga tempatan yang cuba menjual cenderamata, sisa runtuhan jambatan dan bangunan bersejarah sering memukau pandangan pelancong. Namun dalam beberapa tahun lagi, pemandangan indah ini akan hilang buat selamanya selepas ditenggelami limpahan air daripada projek Empangan Illisu. Kerajaan Turki menegaskan, sistem jana kuasa elektrik dari empangan berkenaan akan membekalkan tenaga mencukupi dan pengairan air penting untuk pembangunan kawasan dominasi Kurdis di tenggara negara itu. Semua tinggalan sejarah terbabit akan dipindahkan menerusi projek mega yang menyamai projek pemindahan artifak bersejarah dari era Firaun di Mesir apabila empangan Aswan dibina pada 1960-an. Bagaimanapun, projek berkenaan menimbulkan kebimbangan penduduk setempat terhadap kemungkinan ia p