Video Lelaki Tolak Wanita Jatuh Di Landasan Kereta Api.


Hong Kong - Seorang lelaki ditahan oleh pihak polis kerana menolak seorang pekerja transit wanita di landasan kereta api bawah tanah jatuh di landasan berkenaan.

Merujuk kepada rakaman keselamatan CCTV menunjukkan kedudukan mangsa yang sedang berdiri di tepi landasan tersebut sebelum seorang lelaki yang berjalan meliuntasi mangsa di belakang secara tiba-tiba bertindak menolak mangsa jatuh ke landasan terbabit.

Melalui rakaman CCTV berkenaan jelas menunjukkan kelibat lelaki berkenaan yang menolak wanita tersebut sambil berjalan tanpa sebab yang munasabah pada sekitar jam 10.30 pagi.

Lelaki tersebut yang mengenakan kemeja berwarna hijau dan seluar coklat serta memakai topi dikatakan melakukan perbuatan tersebut dengan sengaja sehingga mendatangkan kecederaan terhadap wanita tersebut.

Melalui rakaman CCTV tersebut dapat dilihat keadaan wanita tersebut yang tidak sempat mengelak mahupun berbuat apa-apa apabila ditolak secara mengejut oleh lelaki tersebut.

Selepas melakukan perbuatan tersebut lelaki terbabit terus berjalan berlalu daripada tempat terbabit dengan berjalan secara laju tanpa menoleh kebelakang lagi.

Orang ramai yang terkejut dengan tindakan lelaki tersebut etrus menuju ke arah wanita terbabit bagi melihat keadaan mangsa yang terjatuh di landasan terbabit.

Bagaimanapun menurut laporan South China Morning Post, pihak polis telah berjaya menahan lelaki terbabit dengan sabit kesalahan kerana mendatangkan ancaman membahayakan nyawa seorang individu dengan sengaja.

Mangsa yang mengalami kecederaan pada rahangnya telah dimasukkan ke Hospital Pok Oi bagi mendapatkan rawatan.- Shanghaiist

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja