Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Video Luar Negara

Video Bapa Sewa Wanita Untuk Tampil Di Sambutan Ulang Tahun Ke 12 Anaknya

Imej
AMERIKA SYARIKAT: Ini adalah detik-detik rakaman yang mana menunjukkan seorang bapa yang bergelar ‘jutawan’ telah menyewa beberapa orang wanita untuk tampil di majlis hari jadi anak lelakinya yang berusia 12 tahun. Rakaman video yang dirakam sempena pesta ulang tahun tersebut dipercayai berlaku di Amerika Syarikat yang mana memperlihatkan dua orang wanita cantik mula menggoda anak jutawan terbabit dengan menari penuh ghairah. Dalam satu segmen pendek, kanak-kanak itu kelihatan tidak selesa ketika dua penari menari untuknya dan turut menggosok payudara mereka terhadap mukanya. Menurut laporan daripada LaVanguardia.com, ayah kepada kanak-kanak terbabit merupakan salah seorang jutawan yang terkenal namun setakat ini identitinya masih tidak dapat diketahui. Dalam video terbabit juga turut kelihatan kelibat lelaki terbabit yang sedang duduk manakala dua gadis itu sedang asyik menari di hadapannya. Namun, rakaman tersebut kurang jelas kerana kawasan terbabit berada dalam keadaan...

7 Gambar Dan Video Pesawat Boeing 737-800 Tergantung Di Tepi Tebing

Imej
TURKI: Seramai 168 penumpang, dua juruterbang dan empat anak kapal bagaikan mati hidup semula selepas selepas pesawat Boeing 737-800 yang dinaiki mereka tergantung di tepi tebing selepas terbabas dari landasan ketika hendak berlepas dari Lapangan Terbang Trabzon, Turki, hari ini. Menurut laporan daripada Daily Mail, pesawat milik Pegasus Airlines itu dipercayai telah tersangkut tayar di bahagian belakang pesawat yang menyebabkan ianya tergantung tinggi di tepi tebing. Bagaimanapun, pesawat terbabit terselamat kerana ianya tidak terus terjunam ke dalam Laut Hitam. Reuters dalam pada masa yang sama turut melaporkan bahawa pihak Pegasus Airlines telah mengesahkan kejadian itu dalam kenyataan yang dikeluarkan pihak mereka. Setakat ini, tiada kecederaan jiwa yang dilaporkan, manakala dua juruterbang dan empat anak kapal yang berada dalam pesawat berjaya dikeluarkan. Menerusi rakaman yang diambil, sejurus sahaja kejadian berlaku, para penumpang, termasuk wanita dan kanak-kanak yang menan...

Wanita Halang Kereta Api Berangkat Dari Stesen Kerana Menunggu Suami

Imej
BEIJING: Seorang wanita baru-baru ini menjadi tular di laman sosial tempatan selepas satu video dimuatnaik di mana dia menghalang satu kereta api yang dinaikinya. Kejadian difahamkan berlaku di Hefei, Wilayah Anhui di mana wanita berkenaan cuba menahan pintu kereta api laju apabila dia mahu memanggil suaminya untuk memasuki kereta api berkenaan. Difahamkan, suami wanita terbabit telah memberitahunya bahawa pintu kereta api telah ditutup namun apabila wanita tersebut menafikan sekerasnya kereta api terbabit masih ada dan dia berusaha untuk menghubungi suaminya itu supaya datang ke kereta api berkenaan. Wanita terbabit dikenali sebagai Luo, cuba menghentikan pintu kabin dari tertutup dengan menggunakan badannya sambil disaksikan oleh orang ramai dan kejadian tersebut dipercayai berlaku pada Jumaat yang lalu. Kereta api berkenaan dikatakan memulakan perjalanan dari Hefei ke Guangdong dan akibat daripada perbuatan wanita terbabit, jadual perjalanan telah tergendala. Dalam video terbabi...

Disangka Senjata Berbahaya, Rupanya 'Zakar Panjang'

Imej
AMERIKA UTARA: Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa tempatan selepas dipercayai bertindak diluar jangkaan dengan menakutkan pekerja sebuah hotel di sini tersipu malu gara-gara pihak polis menyangka dia memiliki 'senjata berbahaya'. Walaubagaimanapun, selepas pegawai polis terbabit meraba 'senjata' berkenaan, polis terbabit menyedari bahawa ia adalah alat sulit suspek.  Satu rakaman telah diambil dan ia agak memalukan di mana suspek hanyalah memakai seluar dan tidak berbaju ditahan pihak berkuasa selepas melakukan kekecohan di hadapan kaunter menyambut tetamu hotel terbabit. Hasil daripada rakaman terbabit, suspek kelihatan menundukkan kepalanya semasa pihak polis sedang memeriksa badannya, sebelum menemui ‘objek’ yang meragukan itu.  Pegawai terbabit kemudiannya turut memeriksa sekitar poket kiri lelaki terbabit dan meraba ‘sesuatu’ beberapa kali. Namun, mereka mula menyedari ‘objek’ tersebut adalah zakar milik suspek yang disifatkan 'panjang'. ...

Kekasih Curang Di Tangkap Ketika Bersama Lelaki Lain.

Imej
Curang ataupun tidak setia merupakan salah satu faktor terjadinya perbalahan di antara lelaki dan juga wanita. Curang boleh berlaku disebabkan atas beberapa sebab seperti, kebosanan, keperluan yang tidak dipuaskan, keseronokan ataupun hanya mahu membalas dendam sahaja. Hubungan sulit ini juga turut menjadi penyebab kepada keretakan perhubungan apabila ianya membawa kepada perasaan tidak selamat, perasaan tidak amanah, tidak menghormati, komunikasi satu hala, dan juga pergaduhan yang berterusan. Terdapat pepatah mengatakan bahawa “kepercayaan ini adalah seperti kertas, sekali ia remuk, ia tidak boleh dibaiki”. Mungkin ini adalah penyebab mengapa ramai pasangan berakhir dengan perpisahan. Gambar-gambar di bawah menunjukkan bagaimana seorang lelaki yang mengesyaki pasangannya curang dengan lelaki lain. Keadaan ini membuatkan lelaki terbabit meminta Dennis Cee dan ahli pasukan untuk membantu dia mendapatkan jawapan sama ada syak wasangkanya adalah betul ataupun sekadar maina...

Dapat Hadiah Krismas Berbungkus Simen, Bukanya Susah Payah, Tapi Isinya???

Imej
FILIPINA: Perayaan Krismas merupakan satu perayaan yang disambut hampir di seluruh dunia dan melalui perayaan ini pastinya tidak lengkap tanpa adanya acara menukar hadiah. Sudah pastinya acara ini diraikan mengikut perbezaan masyarakat di sesuatu tempat. Ketika perayaan ini dijalankan, satu kejadian berlaku dan hangat di mana seorang lelaki telah memuat naik satu video mengenai hadiah Krismas yang diterimanya dan ianya telah menjadi viral di laman sosial. Kebiasaanya, hadiah yang dibungkus pastinya cantik dan sesetengah daripadanya akan menjadikan hadiah tersebut kreatif. Namun, hal ini tidak terjadi kepada lelaki yang berasal dari Filipina ini di mana dia menerima hadiah yang agak melucukan sempena perayaan Krismas yang lepas. Lelaki tersebut dikenali dengan nama Isko Anzures Santiago telah memuatnaik hadiah Krismas yang diterimanya di laman sosial Facebook pada Selasa yang lepas. Difahamkan hadiah misteri itu diterima daripada temannya yang bernama Lem...

Video Aksi 'Panas' Murid Sekolah

Imej
INDONESIA: Baru-baru ini telah tular dua rakaman video yang menunjukkan adegan ranjang di antara seorang wanita dewasa dengan murid sekolah rendah sehingga menyebabkan siasatan polis dijalankan secara meluas untuk menyiasat perkara ini. Berdasarkan laporan daripada media, salah satu rakaman tersebut menunjukkan seorang wanita melakukan hubungan seks dengan seorang budak lelaki yang dipercayai berada di bawah umur. Sementara itu, satu lagi rakaman turut menunjukkan aksi panas di antara wanita terbabit yang mana turut melibatkan budak lelaki yang sama serta turut kelihatan seorang lagi budak lelaki didalam rakaman tersebut. Dalam rakaman video tersebut, difahamkan turut kedengaran mereka sedang bercakap dalam bahasa Sunda, iaitu bahasa ibunda bagi majoriti masyarakat di Jawa Barat lalu mendorong polis di sana untuk melakukan siasatan lanjut mengenai kes yang berlaku ini. Hasil siasatan awal yang dijalankan, video tersebut telah dipercayai dirakam beberapa bulan yan...

Video Rambut Kanak-Kanak Perempuan Tersangkut Di Escalator.

Jururawat Gugur Ditendang Oleh Isteri VIP

Imej
Hong Kong - Seorang pegawai kanan pengurusan bandar di tengah China telah dipecat selepas isterinya didapati menyerang seorang jururawat hamil yang merawat kanak-kanak itu melalui rakaman video. Jururawat berkata dia diserang oleh ibu seorang budak lelaki berusia 4 tahun ketika dia cuba memberi suntikan kepada anaknya di sebuah hospital di daerah Tongshan, Hubei, pada hari Jumaat, surat kabar tempatan Chutian Metropolis Daily melaporkan. Dalam video yang disebarkan secara dalam talian, kedua-dua wanita itu dilihat mengherdik serta kelihatan menarik rambut jururawat tersebut. Jururawat itu berusia 38 tahun, kandungan dia berusia kira kira enam minggu pada masa itu. Akibat serangan ibu kepada anak tersebut, jururawat rebah di lantai dan menyebabkan dia keguguran, jururawat segera di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. “Ibu kanak-kanak itu marah selepas jururawat memberitahu anak dia untuk berhenti mengerakkan tangan nya sambil dia menyiapkan peralatan serta ...

Video Lelaki Tolak Wanita Jatuh Di Landasan Kereta Api.

Imej
Hong Kong - Seorang lelaki ditahan oleh pihak polis kerana menolak seorang pekerja transit wanita di landasan kereta api bawah tanah jatuh di landasan berkenaan. Merujuk kepada rakaman keselamatan CCTV menunjukkan kedudukan mangsa yang sedang berdiri di tepi landasan tersebut sebelum seorang lelaki yang berjalan meliuntasi mangsa di belakang secara tiba-tiba bertindak menolak mangsa jatuh ke landasan terbabit. Melalui rakaman CCTV berkenaan jelas menunjukkan kelibat lelaki berkenaan yang menolak wanita tersebut sambil berjalan tanpa sebab yang munasabah pada sekitar jam 10.30 pagi. Lelaki tersebut yang mengenakan kemeja berwarna hijau dan seluar coklat serta memakai topi dikatakan melakukan perbuatan tersebut dengan sengaja sehingga mendatangkan kecederaan terhadap wanita tersebut. Melalui rakaman CCTV tersebut dapat dilihat keadaan wanita tersebut yang tidak sempat mengelak mahupun berbuat apa-apa apabila ditolak secara mengejut oleh lelaki tersebut. Selepas melakukan per...

Ibu Tembak Mati Bakal Menantu Selepas Tahu Anak Hamil Luar Nikah

Imej
Myanmar - Seorang lelaki maut selepas ditembak oleh bakal ibu mertuanya sendiri sebanyak 3 kali di bahagian belakang. Wanita tersebut yang dikenali sebagai Paw dikatakan bertindak menembak mati bakal menantunya yang dikenali sebagai Nyatole Eh selepas mengetahui bahawa anak perempuannya telah pun hamil luar nikah. Menurut laporan Nextrshark, anak Paw yang dikenali sebagai Madaya Be yang baru berusia 18 tahun telah pun hamil luar nikah sebelum dia berkahwin dengan tunangnya itu. Menurut sumber, Paw yang berasal daripada Myanmar dikatakan merasa sangat sedih serta marah selepas mendapat tahu berita kehamilan anaknya itu. Selain itu juga turut diberitahu bahawa Madaya serta tunangnya Nyatole telahpun bercadang untuk berpindah ke Wisconsin selepas berkahwin bagi memulakan hidup baru. Akibat marah dengan keputusan Madaya tersebut akhirnya Paw bertindak pergi ke kedai pajak gadai sebelum membeli sepucuk pistol selepas mereka anak beranak bertengkar di rumah yang mereka duduki sek...

Video Pelayan Restoran Tersimbah Sup Panas Pada Kanak-Kanak.

Imej
YANGZHOU: tular di media sosial seorang anak kecil yang sedang menjamu selera di sebuah restoran tersimbah sup panas di Yangzhou City di China. Dalam satu rakaman CCTV yang viral di media sosial, budak lelaki itu kelihatan leka bermain telefon bimbit apabila tiba-tiba tersimbah sup panas yang dibawa seorang pelayan restoran. Menurut laporan Astro AWANI, pelayan restoran yang pada ketika itu sedang membawa satu periuk sup panas tiba-tiba tergelincir dipercayai akibat lantai yang licin. Malangnya, periuk yang dibawa itu pula terjatuh di atas meja menyebabkan sup panas itu tersimbah pada tubuh anak kecil tersebut. Wanita dipercayai ibu kepada mangsa yang duduk bersebelahan dengan segera mendukung kanak-kanak malang itu. Menurut Metro.co.uk, media tempatan melaporkan bahawa keluarga tersebut menyalahkan restoran itu kerana tidak membersihkan minyak di lantai yang dipercayai telah menyebabkan pelayan itu tergelincir. Keluarga tersebut juga berkata bahawa periuk besar berisi su...

Video Ngeri Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Diserang Sekumpulan Anjing.

Imej
India - Seorang kanak-kanak lelaki maut dalam keadaan berlumuran darah selepas diserang oleh sekumpulan anjing liar. Kanak-kanak lelaki tersebut yang dikenali sebagai Praveen Kumar berusia 4 tahun telah diserang oleh sekurang-kurangnya 17 ekor anjing liar di kawasan rumahnya di Guntur, Selatan India. Mangsa dikatakan telah keluar dari rumah bersama-sama dengan kakaknya untuk bermain bersama dengan rakan-rakan mereka yang lain pada hari Khamis yang lalu. Malangnya, mangsa telah diserang oleh sekumpulan anjing liar menyebabkan dia telah digigit di bahagian leher, muka, tangan, dada, bahu dan kaki dalam kejadian yang berlaku lebih dari 30 minit. Melihat kepada rakaman video, mangsa telah ditinggalkan oleh kumpulan anjing tersebut dalam keadaan separuh bernyawa dengan keadaan berlumuran darah di atas tanah sambil menangis meminta pertolongan. Ibu bapa mangsa mendakwa, jiran-jiran berhampiran hanta mendengar kejadian yang menimpa mangsa namun tiada sebarang percubaan yang dilaku...

Video Wanita Mengamuk Selepas Kantoi Khalwat Dalam Kereta.

Imej
Indonesia - Seorang wanita mengamuk selepas dia telah ditangkap ketika sedang asyik memadu asmara di dalam sebuah kereta bersama kekasihnya. Video yang menunjukkan reaksi seorang wanita yang ditangkap khalwat telah menjadi tular di media sosial selepas wanita tersebut dikatakan mengamuk selepas dia kantoi melakukan perbuatan terkutuk bersama kekasihnya. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Palembang, Indonesia. Melalui video yang berdurasi 29 saat tersebut jelas menunjukkan wanita tersebut memberontak dengan cara menjerit-jerit ketika orang ramai memintanya supaya keluar daripada kereta selepas perbuatan terkutuknya terbongkar. Wanita tersebut dikatakan merupakan seorang mahasisiwi di sebuah kolej terkemuka di Palembang manakala kejadian tersebut dikatakan berlaku di kawasan tempat letak kereta kolej berkenaan. Video tersebut menunjukkan wanita tersebut bertindak menjerit-jerit sambil menutup mukanya dengan menggunakan baju ketika dipaksa keluar daripada kereta oleh oran...

Video Detik-Detik Akhir Ibu Hamil Tak Tahan Sakit Sebelum Bunuh Diri.

Imej
Tidak tahan menanggung sakit bersalin selama berjam-jam dan ditambah rayuan untuk dibedah ditolak.  Seorang wanita hamil berusia 26 tahun bertindak bunuh diri dengan terjun dari tingkat lima sebuah hospital di Hospital Pertama Yulin di China. Wanita dan suaminya itu dikatakan mahu bersalin secara normal, malah sekali doktor mengesahkan beliau tidak boleh bersalin secara normal dan perlu melakukan pembedahan,  Doktor tidak membenarkan dia bersalin secara normal kerana kandungannya dilihat sangat besar, menyebabkan beliau bertindak nekat terjun dari banggunan hospital itu

Video Lelaki Ditendang Selepas Menggesel Kemaluannya Di kaki Wanita Dalam Bas

Imej
China - Seorang lelaki ditangkap ketika melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang wanita sewaktu berada di dalam bas. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di dalam sebuah bas di Luoyang, Wilayah Henan china. Lelaki tersebut pada mulanya sedang duduk di salah satu bangku di dalam bas tersebut sebelum dilihat bangun daripada tempat duduknya dan berdiri di hadapan seorang wanita yang sedang duduk secara bersendirian sambil bermain telefon bimbitnya. Lelaki tersebut kemudiannya bertindak menggeselkan kemaluannya di kaki wanita tersebut, menyedari perbuatan lelaki tersebut menyebabkan wanita itu marah serta bertindak menendang kemaluannya. Pihak polis yang tiba di tempat kejadian setelah di hubungi oleh wanita terbabit kemudiannya telah menahan lelaki tersebut atas perbuatannya. Lelaki tersebut di laporkan akan ditahan selama lima hari bagi kesalahan mencabul di tempat awam.

Punca Ibu Dan Anak Dipukul Polis

Imej
China - Seorang pegawai polis telah dihukum atas kesalahannya yang bertindak mengasari seorang wanita yang sedang mendukung seorang kanak-kanak sehingga mendatangkan kecederaan terhadap kedua-duanya. Pegawai polis terbabit dikatakan telah menjatuhkan wanita tersebut ke tanah tanpa memikirkan keselamatan kanak-kanak yang turut berada dalam dukungan wanita tersebut sehingga menyebabkan kanak-kanak tersebut turut jatuh bersama wanita tersebut yang merupakan ibunya. Walau bagaimanapun, pegawai polis tersebut telah pun di jatuhkan hukuman oleh Jabatan Polis Shanghai atas perbuatannya selepas rakaman video sekitar kejadian yang di muat naik di media sosial telah mencetuskan kritikan yang hebat dikalangan netizen. Kejadian yang dikatakan berlaku pada hari Jumaat yang lalu membabitkan seorang pegawai polis Shanghai yang dikenali sebagai Zhu yang ketika itu sedang menjalankan tugasnya telah mengeluarkan saman terhadap wanita tersebut, Zhang kerana meletakkan kenderaan di kawasan laranga...

Video Wanita Lahir Anak Di Tepi Jalan

Imej
Seorang wanita berusia 30-an telah melahirkan anak di jalan raya selepas pulang membeli sayur-sayuran di bandar Yunfu, Guangdong, China pada Sabtu lalu. Memetik laporan Malaysiakini, video yang dirakam menjadi tular di media sosial menunjukkan air ketuban wanita itu tiba-tiba pecah sewaktu dia sedang berjalan. Kelihatan wanita itu tidak tahu bagaimana mahu mengendalikan situasi kelahiran anaknya. Beberapa orang awam yang melihat kejadian itu bertindak membantu wanita berkenaan dengan menyediakan kerusi dan memanggil pekerja perubatan untuk menangani insiden itu. Setelah diperiksa, wanita itu tidak mengalami tanda-tanda komplikasi kelahiran. Kemudian, dia dilihat berjalan kaki dengan beg yang berisi makanan sambil memegang bayinya. - Malaysiakini

Video Penyanyi Duo Serigala Buat Aksi Melampau Lagi.

Imej
Indonesia - Dua orang penyanyi dangdut telah menimbulkan kontroversi baru dengan menayangkan aset mereka ketika membuat rakaman video tarian mereka. Penyanyi dangdut kontroversi tersebut yang lebih dikenali sebagai Indonesia Duo Serigala sememangnya lebih dikenali kerana sering menimbulkan kontroversi yang melampau. Video tersebut yang telah dimuat naik oleh mereka sendiri di media sosial ternyata amat mengejutkan netizen kerana dianggap melampaui batasan. Walaupun sebelum ini kedua penyanyi berkenaan telah diberikan amaran daripada jabatan agama di Indonesia supaya tidak melakukan aksi goyang yang melampau namun ternyata kedua mereka masih tetap melakukannya malah semakin melampaui batasan seperti mahu mencabar jabatan agama. Melalui klip video berkenaan kelihatan Dinar dan Pamela yang sedang bergoyang dengan salah seorang dari mereka tanpa segan-silu telah menaikkan separuh daripada bajunya sehingga menampakkan aset buah dadanya. Walaupun video tersebut telah dilihat juta...

Video Anak Pukul Kekasih Ayah Di Tengah Jalan Raya

Imej
China - Seorang lelaki tergamak membelasah perempuan simpanan ayahnya di tengah-tengah jalan tanpa belas kasihan sehingga wanita tersebut pengsan akibat dibelasah. Kejadian tersebut dipercayai berlaku sehari sebelum Perayaan Hari Valentine Cina atau dipanggil hari Cina Qi Qiao Jie. Satu rakaman video yang telah di muat naik di media sosial menunjukkan seorang lelaki Henan telah menarik rambut seorang wanita dipercayai perempuan simpanan ayahnya ke tengah jalan sebelum bertindak menendang wanita berkenaan di perutnya. Lelaki tersebut yang ternyata masih tidak berpuas hati dengan wanita tersebut kemudiannya telah memukul kepala sambil menghina wanita berkenaan ketika berada di tengah jalan. Selepas berbuat demikian lelaki tersebut kemudiannya bertindak mengheret wanita itu semula ke tepi jalan dengan cara menarik rambutnya. Malang bagi wanita itu kerana walaupun terdapat ramai orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut namun tiada sesiapa yang kelihatan tampil bagi mengh...