Jururawat Gugur Ditendang Oleh Isteri VIP
Hong Kong - Seorang pegawai kanan pengurusan bandar di
tengah China telah dipecat selepas isterinya didapati menyerang seorang
jururawat hamil yang merawat kanak-kanak itu melalui rakaman video.
Jururawat berkata dia diserang oleh ibu seorang budak lelaki
berusia 4 tahun ketika dia cuba memberi suntikan kepada anaknya di sebuah
hospital di daerah Tongshan, Hubei, pada hari Jumaat, surat kabar tempatan
Chutian Metropolis Daily melaporkan.
Dalam video yang disebarkan secara dalam talian, kedua-dua
wanita itu dilihat mengherdik serta kelihatan menarik rambut jururawat
tersebut.
Jururawat itu berusia 38 tahun, kandungan dia berusia kira
kira enam minggu pada masa itu. Akibat serangan ibu kepada anak tersebut,
jururawat rebah di lantai dan menyebabkan dia keguguran, jururawat segera di
bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Ibu kanak-kanak itu marah selepas jururawat memberitahu
anak dia untuk berhenti mengerakkan tangan nya sambil dia menyiapkan peralatan
serta ubatan untuk di suntikan pada anak nya”, Katanya.
Sewaktu memberi suntikan, kanak-kanak itu menjerit kesakitan
membuatkan ibu kepada anak tersebut memarahi jururawat, kedua-dua wanita itu
mula berdebat tetapi ibu kepada anak itu menolak jururawat serta menendang di bahagia perut, kata laporan itu.
Suami kepada ibu itu di kenali sebagai xu lianglu adalah
ketua pasukan Chengguan Tongshan (Pasukan Pengurusan Bandar). Walaupun dia
tidak terlibat dalam insiden tersebut, beliau dibuang kerja, pegawai daerah
mengumumkan dalam satu kenyataan pada hari Ahad. Pegawai tersebut tidak
mengulas lanjut mengenai isu tersebut.
Didalam laporan ibu tersebut di nyatakan tetapi dia kenal
pasti oleh pengguna media sosial dan kini menjadi suspek siasatan polis,
katanya dalam kenyataan itu. Sumber : The Star Online, Editor : Mib
Ulasan
Catat Ulasan