Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Video Nger Kena Baham Dengan 4 Ekor Harimau.

Imej
Seorang lelaki hampir maut selepas diserang oleh empat ekor harimau yang cuba untuk membaham mangsa yang berada di kawasan harimau. Video sekitar kejadian yang telah dikongsikan oleh Wartawan Jalanan di media sosial jelas menunjukkan mangsa yang cuba dibaham oleh empat ekor harimau. Walau bagaimana pun mangsa bernasib baik selepas sepasukan petugas yang dipertanggungjawabkan menjaga kawasan berkenaan telah melepaskan tembakan ke udara serta sekitar tempat kejadian. Tembakan tersebut adalah bertujuan bagi menakutkan harimau-harimau berkenaan supaya melepaskan mangsa yang kelihatan tidak mampu untuk mempertahankan diri disebabkan kecederaan yang dialaminya. Melalui video tersebut jelas meunjukkan ke empat-empat harimau tersebut yang melarikan diri selepas mendengar tembakan yang dilepaskan namun terdapat seekor harimau yang kelihatan menyerang kembali mangsa selepas beberapa saat tembakan dilepaskan. Tembakan terpaksa dilepaskan kembali bagi menakutkan harimau tersebut su

Sayang Ibu.. Anak Syurga Ibu

Imej
Seorang wanita telah memuat naik satu status yang menyentuh hati berserta gambar seorang bayi perempuan kecil yang dikatakan telah meninggal dunia telah tersebar baru-baru ini. Difahamkan, bahawa wanita tersebut baru sahaja melahirkan anak perempuannya namun telah pergi menghadap Ilahi. Anak syurga tersebut diberi nama Wan Nur Aisyah binti Wan Mohamad Jamil. Dia telah berkongsi kisah tersebut di laman sosial Facebook. Kisah tersebut telah mendapat ribuan likes dan komen daripada netizen. Rata-rata netizen mengucapkan takziah terhadap ibu kepada anak syurga tersebut. Dia dikatakan mengalami konstraksi pada awal subuh sebelum dihantarkan ke hospital dan dia telah dimasukkan ke wad bersalin pada jam 9 pagi. Namun selepas melahirkan Wan Nur Aisyah,  arwah dikatakan hanya mampu bertahan selama beberapa minit sahaja selepas diberikan oxygen. Tetapi yang membuatkan semua sebak apabila wanita terbabit hanya dapat memeluk anaknya selama beberapa minit sahaja selepas

Viral !!! Guru Sambut Jamuan Guna Duit PIBG

Imej
Baru-baru ini telah tersebarnya sekeping gambar yang mendakwa guru-guru di sebuah sekolah telah menganjurkan jamuan di sebuah resort menggunakan duit PIBG. Pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap mereka. Semua ini terjadi gara-gara guru di beberapa sekolah telah menganjurkan jamuan akhir tahun dan telah diadakan di resort justeru menimbulkan perasaan tidak berpuas hati oleh sesetengah netizen. Difahamkan seorang lelaki telah membuat dakwaan di laman sosial sehingga tular bahawa jamuan tersebut hanya meraikan guru semata-mata, sekali gus meminggirkan pelajar. Jelasnya, “Bagaimana dengan murid? Hanya duduk di dalam kelas sajakah? Kamu hanya tahu menghabiskan duit untuk kepentingan kamu.” Beliau juga turut memuat naik gambar sekumpulan guru tersebut di sebuah hotel terkemuka di Selangor sambil berkata, “sepatutnya duit itu digunakan untuk murid-murid, aktiviti luar kelas dan bermacam-macam perkara.” Namun timbul desas-desus yang mengatakan wang yang digunakan

Test Ilmu Kebal, 14 Orang Luka Parah

Imej
Seorang lelaki di Paku Haji daerah Tangerang, menunjukan kebolehan dengan mengetes kekebalan kepada mangsa. Didi mengalami kegagalan sehingga mangsa dimasukan ke hospital dan ada juga yang menemui ajal. Lelaki berasal dari lampung tersebut mengamalkan ilmu imuniti itu di rumah sewa milik Mansur di Kampung Rawa Kopi, Paku Haji Daerah Tangerang. Apabila disahkan, insiden itu dibenarkan oleh Polis Jenayah Metro Tangerang kota, AKBP Dedi Supriyadi.  Dia menjelaskan bahawa Didi membuat pengetesan ilmu kebal dengan dua peringkat, iaitu badan pesakit yang diiris dengan senjata tajam menggunakan parang dan mencuci tangan dengan asid. “Ujian kebal tahap pertama mengunakan senjata tajam, dimana mangsa di test dengan cara di hiris serta di tetak tetapi  mangsa tidak mengalami sedikit luka”.Kata dedi Ujian di tahap kedua menemuni kegagalan menurut Dedi, test tahap kedua mengunakan asid mengalami kegagalan sehingga mangsa mengalami kecederaan yang amat serius. Menurut Dedi, ma

Pucuk Muda, Diliwat Rakan Sebilik Dalam Penjara.

Imej
Kredit Photo Sinar Harian TERENGGANU - Seorang banduan dipercayai meliwat rakan sepenjara terbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun dan dikenakan lima sebatan  oleh Makhamah Seksyen Kuala Terengganu, hari ini. Hakim Azman Mustapha telah membuat keputusan itu selepas tertuduh, Che Muhammad Faris Che Abdul Roni yang berasal dari Tumpat, Kelantan mengaku bersalah terhadap tertuduh mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan sebagainya. Mengikut rekod, tertuduh dikatakan melakukan perbuatan terbabit ketika menjalani hukuman  penjara di atas kesalahan samun dan dibebaskan pada Khamis lalu. Namun tidak lama selepas itu, tertuduh telah dihantar semula selepas mangsa dikatakan mengadu sakit dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan. Doktor mengesahkan bahawa mangsa diliwat sebelum perkara terbabit dilaporkan kepada pihak berkuasa dan kemudianny

Tidak Wajar Penaja Tarik Diri Kerana Saya' - Tunku Ismail

Imej
KUALA LUMPUR - Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan bahawa setiap usaha dan sumbangan ke arah pembangunan bola sepak negara perlu diteruskan meskipun beliau tidak lagi menyandang jawatan itu pada masa depan. Tindakan penaja yang mahu menarik diri sekiranya beliau tidak lagi menduduki kerusi nombor satu badan induk itu disifatkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) adalah tidak wajar. Merujuk kepada hasrat Pengerusi Ampersand Sports Sdn Bhd, Tan Sri Vincent lee untuk menarik diri sebagai agensi yang memegang hak eksklusif mencari penajaan bagi saingan Liga Malaysia seandainya TMJ melepaskan jawatannya, demikian kata beliau. Katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FAM, ""saya tidak bersetuju jika saya tiada maka penaja mahu menarik diri. Tetapi semua penaja perlu faham iaitu penajaan kepada bola sepak negara adalah demi kepentingan nasional." Vincent berkata pembabitan syarikat berkenaan untuk membant

Pakaian Menjolok Mata, Adik Neelofa Ditegur Netizen

Imej
Sebelum ini adik kepada selebriti Neelofa iaitu Ameera Khan, pernah dikecam gara-gara dia membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab pada tahun lalu. Tetapi, dia hanya mengambil langkah berdiam diri dan menutup ruangan komen di Instagramnya. Ameera juga terkenal dengan sikap yang outspoken atau lantang bersuara dan gemar menggayakan pakaian yang menjolok mata. Namun terbaharu, dia telah mendapat perhatian netizen sekali lagi apabila dia bertindak memuat naik gambar memakai pakaian yang menjolok mata sehingga menampakkan baju dalamnya yang berwarna hitam. Dia telah betindak berani memuat naik gambar tersebut di dalam Instagramnya (@littlemisskhan) namun ada sesetengah netizen yang berpendapat tidak sesuai untuk gadis bawah umur berpakaian seperti itu. Editor: Atila Atasha

Wanita Berusia 43 Tahun Diperdaya Warga Nigeria

Imej
KUALA LUMPUR-  Nasib malang menimpa seorang pensyarah apabila dipercayai ratusan ribu ringgit dia ‘lebur’ selepas terjerat dengan ‘love scam’ lelaki Nigeria. Mangsa, seorang pensyarah di sebuah kolej swasta dipercayai berkenalan dengan suspek di laman sosial. Suspek memperkenalkan dirinya sebagai Walter Jack Hassan, dia juga mendakwa berdarah kacukan Mesir dan Kanada. Namun setelah berkenalan sejak 2013, suspek memberitahu kepada mangsa yang berusia 43 tahun itu bahawa kad kreditnya hilang dan perlu pulang ke Kanada untuk membuat kad baharu. Suspek memujuk mangsa untuk meminjam wang dan berjanji akan memulangkannya semula sebelum mangsa membuat transaksi kira-kira RM110,000, kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif. “Pada 6 November lalu, wang diberikan mangsa melalui beberapa transaksi akaun dan mangsa dihubungi suspek yang bertanyakan sama ada dia telah menerima bayaran wang tersebut atau belum. Katanya, “mangsa mena

Korea Utara Bertindak GIla, PBB Beri Amaran

Imej
NEW YORK – Pyongyang diarah menghentikan tindakan yang boleh mengancam kestabilan serantau oleh Ketua Hal Ehwal Politik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jeffrey Feltman. Berikutan susulan tindakan Korea Utara yang melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), Feltman menegaskan perkara itu ketika mengada pertemuan dengan Duta Korea Utara ke PBB, Ja Song Nam, semalam. Katanya, “ketika pertemuan itu, saya menegaskan bahawa tidak ada yang lebih bahaya mengancam keamanan dan keselamatan dunia dengan apa yang sedang berlaku di Semenanjung Korea ketika ini.” Ketika menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB, Feltman membentangkan perkara itu berikutan susulan tindakan Korea Utara melancarkan ICBM. Sumber: Reuters. Editor: Atila Atasha

Jenayah Pedofilia!!! Didikkan Awal Kanak Kanak

Imej
Kredit Photo Utusan Online MUAR – Titah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, golongan ibu bapa perlu memberi pendedahan berkaitan dengan pengetahuan seksual terhadap kanak-kanak seawal usia empat tahun sebagai langkah untuk menangani jenayah Pedofilia di sekeliling mereka. Pendidikan seksual asas, iaitu dengan memaklumkan bahagian anggota badan yang tidak boleh disentuh dan dilihat oleh seseorang adalah penting walaupun ahli keluarga sendiri, titah baginda. “Sebenarnya pendidkan seksual seperti ini perlu dihebahkan kepada anak-anak seawal usia empat atau lima tahun kerana dalam usia itu, mereka masih tidak dapat untuk menilai bentuk gangguan seksual.” Titah baginda, “oleh yang demikian, kita sebagai ibu bapa, penjaga atau guru perlu selalu mengingatkan anak-anak tentang menjauhi pelbagai bentuk gangguan seksual termasuklah cara menyelamatkan diri.” Seminar tentang Kesedaran Jenayah Pedofilia 2017 tersebut di adakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibr

Gurauan 5 minit Seorang Remaja Menemui Ajal,

Imej
Kredit Photo Berita Harian TUMPAT – Seorang remaja lemas selepas tenggelam selama kira-kira 5 minit apabila dia bertindak menerjun ke dalam sebuah kolam ikan terbiar. Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Bazli Seriumi, 16 bersama lima rakannya dikatakan ingin menarik bot yang menjadi kegunaan warga sekolah terbabit ke tebing di Pusat Tahfiz Asmaa Al-Ikhlas, Pulau Raja di sini. Rakan mangsa iaitu, Muhammad Anas Mohamed, 13, bersama empat lagi rakan menaiki bot dengan ditemani seorang guru, Abdul Rahman Zaidi, 21 yang berada di dalam air dan menolak bot ke tebing. “Namun bazli dikatakan tiba lewat dan ingin menaiki bot tersebut yang berada 50 meter dari tebing kolam. “Dia telah bertindak terus menerjun ke dalam kolam dan sangkakan dia hanya bergurau apabila melihat tangannya terkapa-kapai dan tenggelam timbul kerana dia pandai berenang,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tumpat. Abdul Rahman berenang ke lokasi Mohamad

Wanita Ditemui Rentung Dalam Kebakaran

Imej
KOTA BELUD – Seorang wanita ditemui rentung selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Tambilaung di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, meyebabkan seorang mangsa maut, Arimah Sagi, 55 manakala enam lagi ahli keluarga yang turut tinggal di rumah terbabit terselamat. Kebakaran tersebut telah mengaikbatkan rumah papan yang didiami mereka musnah 100 peratus, manakala tiga motosikal yang diletakkan di perkarangan kediaman terbabit turut hangus dijilat api. Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.09 pagi, kata Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah. Bomba telah menghantar enam anggota bersama sebuah jentera dan pacuan empat roda ke lokasi yang terletak 28 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud serta mengambil masa 36 minit untuk tiba di tempat kejadian, katanya. Katanya lagi, “kebakaran yang membabitkan sebuah rumah tidak kekal lama dan tiga motosikal musnah

MPV Bantu Ibu Dan Bayi Ketika Hujan

Imej
Di waktu kita berfikir nasib kita lebih malang, tanpa kita sedari ada yang lebih malang lagi dari kita. Namun perkara yang menyayat hati apabila sepasang suami isteri sanggup meredah hujan dengan menunggang motosikal bersama seorang bayi. Bersyukur masih ada yang berjiwa prihatin. Sebuah mpv polis tampil menghulurkan bantuan kepada pasangan tersebut. Anggota mpv mempelawa pasangan terbabit menaiki MPV untuk ke tempat yang ingin dituju. Di atas ehsan angota tersebut, pasangan terbabit sampai ke tempat yang di tuju dengan selamat. selagi ada insan yang bergelar manusia, selagi itu kita akan ada perwira. Tindakan anggota MPV tersebut telah mendapat pujian daripada pengguna laman sosial Facebook. Syabas dan tahniah kepada anggota PDRM yang menjalankan tugas membantu masyarakat. Editor: Atila Atasha

Wang Berjuta-Juta Ditemuai Imigresen

Imej
Kredit Photo Astro Awani KOTA KINABALU – Seorang lagi individu ditahan Jabatan Imigresen (JIM) berhubung penemuan wang tunai RM13.5 juta dalam serbuan di sebuah hotel bagi membantu siasatan yang disyaki membabitkan sindiket pelacuran baru-baru ini. Suspek wanita yang berusia 46 tahun itu telah ditahan oleh pasukan khas pada jam 12 tengah hari pada hari Selasa di sebuah rumah di Jalan Kompleks Api-Api di mana lokasi sebahagian wang tunai itu ditemui, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali. Katanya, “ wanita berkenaan juga merupakan isteri salah seorang daripada suspek yang dipercayai dalang utama di dalam kes penemuan wang jutaan ringgit tersebut. Kini, seramai empat orang dalang telah ditahan bagi penahanan terbabit. Imigresen telah menahan beberapa individu dan menjumpai wang tunai lebih RM11 juta dalam serbuan ‘Op Gegar’ di sebuah hotel di Kota Kinabalu “Lebih RM1.1 juta ditemukan di pangsapuri milik salah seorang daripada yang ditahan yang tidak

MPV Bantu Ibu Dan Bayi Keika Hujan

Imej
Di waktu kita berfikir nasib kita lebih malang, tanpa kita sedari ada yang lebih malang lagi dari kita. Namun perkara yang menyayat hati apabila sepasang suami isteri sanggup meredah hujan dengan menunggang motosikal bersama seorang bayi. Bersyukur masih ada yang berjiwa prihatin. Sebuah mpv polis tampil menghulurkan bantuan kepada pasangan tersebut. Anggota mpv mempelawa pasangan terbabit menaiki MPV untuk ke tempat yang ingin dituju. Di atas ehsan angota tersebut, pasangan terbabit sampai ke tempat yang di tuju dengan selamat. selagi ada insan yang bergelar manusia, selagi itu kita akan ada perwira. Tindakan anggota MPV tersebut telah mendapat pujian daripada pengguna laman sosial Facebook. Syabas dan tahniah kepada anggota PDRM yang menjalankan tugas membantu masyarakat. Editor: Atila Atasha

Cubaan Bakar Surau, Dua Lelaki Didakwa

Imej
PETALING JAYA – Dua lelaki mengaku tidak bersalah hari ini di atas pertuduhan melakukan khianat dengan api sehingga menyebabkan kebinasaan terhadap Surau Al-Huda di Makhamah Seksyen Petaling Jaya, pada 19 November lalu. Tertuduh, D Tibanraj dan rakannya, R Darshan mendakwa yang mereka mabuk pada ketika kejadian itu memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan. Kedua-dua mereka yang berusia 19 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Surau Al-Huda, Apartment Impian Damansara Damai, pada jam 6.10 pagi, 19 November lalu. Mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh. Namun bagaimanapun, peguam bela Melvinder Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon makhamah untuk membenarkan jaminan atas alasan surau itu tidak terbakar dan hanya mengalami sedikit ker

Perogol Dalam Rumah

Imej
‘Perogol Dalam Rumah’ adalah tajuk Wacana Siri ke 51 yang dibuat oleh Pengarah Kempen Stop #Perogol dalam rumah, Abdja Zulkifli di Dewan Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam. Namun pada hakikatnya masih ada lagi ibu yang tidak melindungi anak gadisnya daripada ‘diratah’ suami oleh kerana sibuk dengan komitmen lain sehingga anak terabai. Menurut Abdja pendedahan dan penngakuan itu diperoleh hasil daripada kempen yang djialankannya selama ini. Katanya, “masalah rogol mempunyai banyak peringkat. Setiap peringkat adalah berbeza. Ramai ibu yang takut untuk melindungi anak perempuannya daripada dirogol bapa kerana mereka takut hilangnya mata pencarian atau didera secara mental oleh suaminya.” Malah ada juga sesetengah ibu yang merelakan dengan memaksa anaknya melayan nafsu serakah suami kerana terlalu sibuk fokus terhadap perkara lain, kata Abdja lagi. “Para ibu perlu bangkit untuk memerangi jenayah rogol dalam rumah dan ibu bapa perlu tahu akan per

Kes Whatsapp Pertama Didakwa Di Makhamah

Imej
Kredit Photo BERNAMA SABAH – Seorang guru bahagian teknologi maklumat (IT) telah menjadi orang pertama dalam Malaysia yang dihadapkan ke makhamah di atas pertuduhan membabitkan perkhidmatan aplikasi Whatsapp secara berkumpulan. Tertuduh, Rafeah Buang, 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud di Makhamah Seksyen Tawau, di atas pertuduhan secara sedar semasa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi Whatsapp dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, tiga tahun lalu. Mengikut kertas pertuduhan, Rafeah yang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Semporna, didakwa telah memulakan penghantaran komunikasi palsu kepada kumpulan Whatsapp ‘KARPET KEMAS 189-SEMPORNA’ dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 11 Disember 2014 kira-kira jam 1 tengah hari di Hospital Semporna. Dia didakwa menghantar status berbentuk makluman agar berhati-hati dengan sebuah kereta Proton Hitam dengan nombor pendaftaran SAA6086T di

Ong Bak!!! Maut Dilibas Gajah

Imej
THAILAND – Phlai Ekasit, seekor gajar yang popular yang sering terlibat di dalam filem antarabangsa salah satunya ‘Ong Bak’ yang dibintangi oleh Tony jaa telah melibas penjaga sehingga mati dengan menggunakan belalainya pada pagi Isnin lalu. Mangsa, Somsak Riangngern yang berusia 55 tahun telah mengendalikan gajah yang kini berusia 32 tahun itu selama lebih dari satu dekat telah mati di tempat kejadian.   Riangngern tidak melakukan apa-apa selain melakukan tugasnya menyuapkan haiwan jagaannya itu dengan pokok pisang sambil mengajaknya berjalan ke kawasan mandi di zoo Chiang Mai, Thailand sebelum serangan itu berlaku, menurut saksi kejadian, lapor Thai PBS. Secara tiba-tiba, haiwan terkenal itu berpaling dan melibas Riangngern dengan belalainya berkali-kali, dakwa saksi. Lelaki tersebut meninggal dunia serta-mrta manakala isterinya, Jampa, hanya mampu melihat. Kemudian kakitangan zoo berjaya mengawal gajah tersebut namun mereka masih tidak pasti apa yang menyeb

6 Gambar, Banduan Rebut Gelaran Ratu Cantik Di Penjara.

Imej
RIO DE JANEIRO – Banduan-banduan wanita yang sedang menjalani hukuman penjara di Talavera Bruce telah mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik penjara serta menukar pakaian seragam mereka dan memakai gaun. Setelah siap bersolek dan didandan rambut mereka, 10 penghuni di pusat tahanan tersebut menyarung kasut tumit tinggi dan melakukan ‘catwalk’ untuk diadili dari segi kecantikan, daya tarikan dan sikap sambil disaksikan 440 penghuni dan ahli keluarga banduan yang bertepuk tangan tanda memberikan sokongan. Program ini dikawal ketat oleh pihak penjara dan bertujuan untuk meningkatkan tahap keyakinan wanita yang menjalani hukuman penjara. Program ini juga membuka peluang kepada mereka untuk bertemu dengan ahli keluarga masing-masing yang jarang ditemui. Kata salah seorang penghuni terbabit, Michelle Rangel, 28, “saya tidak rasa seperti berada di penjara sepanjang acara ini.” Kata Rangel yang juga merupakan pemenang untuk tahun lepas, “jiwa saya bebas.” Di

Seluar Dalam Kim Jong-nam Dipenuhi Najis Akibat Diracun

Imej
SHAH ALAM - Makhamah Tinggi di sini diberitahu oleh seorang pakar bahawa seluar dalam Kim Chol atau Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara yang didakwa mati akibat diracun agen saraf VX, dipeuhi dengan najis. Kesan najis yang banyak pada seluar dalam mangsa ada kaitan dengan tanda-tanda keracunan, kata Pakar Perunding Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Nurliza Abdullah, 52 yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat Kim Chol. Tanda-tanda keracunan dialami oleh Kim Chol adalah disebabkan keracunan agen saraf VX, kata saksi yang dalam kes berkenaan. Saksi berkata, kesan keracunan ke atas mangsa meyebabkan pergerakan otot beliau berkecamuk seterusnya menyebabkan najis terkeluar dengan sendiri, menjawab kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin semasa pemeriksaan utama. Katanya lagi, "mengikut pemahaman saya, keracunan yang membabitkan agen saraf menyebabkan seseorang individu mengalami 'cholinergic' iaitu pe

Suami Kantoi Curang, Isteri Roboh Rumah Hasil Kerja Di Luar Negara

Imej
JAWA TIMUR - Seorang isteri bertindak berang dengan merobohkan rumah mereka apabila medapat tahu suaminya berlaku curang semasa ketiadaannya di rumah. Wanita tersebut dikatakan berasal dari Jawa Timur dan telah bekerja sebagai tenaga kerja asing di luar negara, di Taiwan. Namun selepas penat membanting tulang di tempat orang, wanita itu pun kembali semula ke negaranya untuk bersama dengan suaminya. Tetapi pekara yang tidak dingini berlaku apabila dia dikejutkan dengan kecurangan suaminya dan yang lebih teruk rumah yang dibina hasil kerja wanita itu, kini menjadi rebutan antara dia dengan suaminya. Namun yang lebih menyulitkan apabila rumah mewah itu dibina di atas tanah milik mertuanya. Berang dengan kecurangan suaminya, wanita itu telah bertindak merobohkan rumah mereka sebagai tanda marah dan dendam terhadap suaminya. Hal ini terjadi kerana suaminya enggan mengosongkan rumah terbabit dan apabila diminta membayar ganti rugi, lelaki itu tidak mempunyai wang. Dia telah

Aku Merempat Di Negara Sendiri

Imej
Kredit Photo Harian Metro MELAKA – Kehidupan seorang wanita yang dikenali sebagai Ain, 23 menemui jalan buntu apabila dia mendapati dirinya tiada sebarang identiti mahupun mengetahui asal-usulnya. Jelasnya, “saya sebolehnya mahu berkeluarga, malah pada tahun depan saya juga merancang untuk bernikah. Calon suami pun sudah ada, tapi bagaimana mahu isi borang kalau saya sendiri tiada identiti.” Ketika ditemui di Bandar Hilir kelmarin, dia berkata, “kalau boleh saya mahu menjadi warganegara yang sah dan tidak lagi hidup di dalam ketakutan, namun sampai kini saya tidak tahu asal-usul atau mengenali siapa wanita yang melahirkan saya.” Sejak beberapa tahun yang lalu, dia pernah beberapa kali ke Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) termasuk di Putrajaya untuk memohon MyKad, namun tidak berjaya kerana tidak ada bukti yang boleh menyokong dia dilahirkan di negara ini, dakwa gadis itu. Dia berkata bahawa kehidupannya menjadi rumit dan dia boleh dilabelkan orang hanyut k

Pemilik Pasar Raya Dirompak Serta Dibunuh

Imej
Kredit Photo Berita Harian IPOH – Sekumpulan perompak disyaki memukul seorang pemilik pasar raya sehingga mati dengan kesan kecederaan di kepala sebelum melarikan wang tunai berjumlah kira-kira RM80,000 di tingkat atas sebuah pasar raya di Pusat Perdagangan Jelapang, awal pagi tadi. Anak kedua mangsa telah menemui bapanya, Sem Ah Yem, 69 mati dalam keadaan tangan dan kaki diikat serta kecederaan parah di kepala dipercayai akibat dipukul menggunakan senjata tumpul seawal jam 7.30 pagi tadi. Polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan daripada anak mangsa yang berumur  dalam lingkungan usia 20-an yang dikatakan menemui mayat ayahnya dalam sebuah bilik tingkat atas premis tersebut, kata Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tambi. “Mangsa dipercayai tidur berseorangan di salah sebuah bilik di tingkat atas ketika kejadian dan difahamkan mangsa tinggal berasingan daripada keluarga sejak tujuh tahun lalu, kata beliau ketika ditemui di lokasi keja

Elyana Dedah Punca Penyakit Kanser Peringkat Akhir.

Imej
Elyana yang juga merupakan bekas peserta Gegar Vaganza 4 (GV4) sebenarnya penghidap penyakit kanser tahap 4 peringkat akhir. Namun siapa sangka bahawa penyanyi yang berusia 30 tahun ini sedang berjuang melawan penyakit kanser Limfoma tahap 4. Pengumuman yang dibuat selepas diumumkan tersingkir pada minggu ke-5 telah mengejutkan semua penonton kerana mereka tidak menyangka di sebalik susuk tubuh yang nampak sihat  dan bertenaga itu sebenarnya sedang bertarung untuk melawan kansernya. Menurut doktor, Elyana ada masa lagi setahun sahaja lagi untuk meneruskan hidupnya dan dimaklumkan bahawa kanser tersebut kini sudah merebak di paru-paru dan beberapa organ yang lain. Elyana juga dikatakan telah bertarung menghidap penyakit kanser itu sejak 7 tahun yang lalu selepas melahirkan anak sulungnya itu. Difahamkan, kanser limfoma ini bermula daripada sel darah putih yang dipanggil lymphocytes. Lymphocytes adalah faktor penting terhadap sistem pertahanan badan. Ia juga bergerak da

Saya Melompat Keluar Apabila Pemandu Uber Meraba Saya

Imej
KUALA LUMPUR - Seorang pemandu Uber didakwa menunjukkan kemaluan dan meraba sehingga seorang penumpang terpaksa "melompat keluar daripada kereta". Dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi khamis lalu, mangsa, perunding kecantikan yang berusia 23 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Jalan Sungai Besi ke Taman Jaya, lapor China Press. Beliau terpaksa menaiki kereta seorang pemandu Uber yang mendapat 4.47 bintang itu kerana disebabkan tiada pemandu lain yang menerima tempahannya. Katanya ketika dihubungi akhbar semalam, "tempat duduk belakang kereta suspek sudah penuh, jadi saya terpaksa duduk di bahagian hadapan." Namun ketika sedang menjawab telefon, mangsa tiba-tiba ternampak suspek memandangnya sambil membuka zip seluar dan terus mengeluarkan kemaluannya. Disebabkan terkejut dengan tindakan pemandu tersebut, mangsa telah meminta suspek untuk menghentikan keretanya, namun sebaliknya lelaki terbabit bertindak mengunci pintu dan tingkap. Selepas

Setiap 10 Tahun Pendawaian Elektrik Wajib Diperiksa.

Imej
KUALA LUMPUR - Setiap 10 tahun pendawaian elektrik wajib diperiksa oleh semua rumah mulai tahun hadapan. Peraturan ini akan berkuatkuasa di bawah pindaan kepada Peraturan Elektrik 1991, kata Ketua Unit Pembangunan Keselamatan Elektrik Suruhanjaya Tenaga, Iffah Hannah Muluk. katanya pada Isnin lalu, semasa perbincangan keselamatan elektrik di Schneider Electrics, "sebelum ini kita tidak mempunyai peraturan seumpama itu tetapi oleh kerana kurangnya kesedaran tentang keselamatan elektrikal, orang ramai tidak memeriksa pendawaian hinggalah sesuatu perkara berlaku." Selepas beberapa insiden terutama yang berlaku membabitkan unit kediaman dan juga menyebabkan kemalangan jiwa baru peraturan dilaksanakan. 914 kes kebakaran dilaporkan, 50.5 peratus daripadanya membabitkan rumah kediaman sejak dari tahun 2002. 49 kes juga dilaporkan dengan separuh daripadanya melibatkan kemalangan jiwa bagi tahun ini. Kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia tentang keselamatan ele

Gara-Gara Isu Bulu Dada, Adun Semerah Mohd Ismail Roslan Ditegur Speaker

Imej
ISKANDAR PUTERI - Seorang wakil rakyat ditegur oleh Speaker Johor Tan Sri Mohamad Aziz kerana mendakwa seorang wanita warga emas di kawasannya berkahwin dengan seorang lelaki warga asing kerana 'bulu di dadanya'. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mohd Ismail Roslan diberitahu beliau bahawa perkahwinan pasangan itu tiada kena mengena dengan keadaan bulu pada dada lelaki itu. Katanya semasa sesi persidangan, "mungkin ini hanya berlaku di kawasan anda dan jika anda tiada soalan tambahan, sila duduk." Sebelum ini, Mohd Ismail pernah bertanya kepada jawatankuasa agama negeri, iaitu Mutalip Abd Rahman sama ada negeri itu mempunyai sebarang dasar mengenai perkahwinan antara wanita warga emas beragama Islam dengan lelaki warga asing. Jelasnya, "saya teringat kes di mana seorang wanita tempatan berusia 65 tahun berkahwin dengan lelaki warga asing yang berusia 35 tahun yang mempunyai bulu dada. Kata Mohd Ismail, "dia kini mempunyai sebuah kedai, dia