Perogol Dalam Rumah


‘Perogol Dalam Rumah’ adalah tajuk Wacana Siri ke 51 yang dibuat oleh Pengarah Kempen Stop #Perogol dalam rumah, Abdja Zulkifli di Dewan Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam.

Namun pada hakikatnya masih ada lagi ibu yang tidak melindungi anak gadisnya daripada ‘diratah’ suami oleh kerana sibuk dengan komitmen lain sehingga anak terabai.

Menurut Abdja pendedahan dan penngakuan itu diperoleh hasil daripada kempen yang djialankannya selama ini.

Katanya, “masalah rogol mempunyai banyak peringkat. Setiap peringkat adalah berbeza. Ramai ibu yang takut untuk melindungi anak perempuannya daripada dirogol bapa kerana mereka takut hilangnya mata pencarian atau didera secara mental oleh suaminya.”

Malah ada juga sesetengah ibu yang merelakan dengan memaksa anaknya melayan nafsu serakah suami kerana terlalu sibuk fokus terhadap perkara lain, kata Abdja lagi.

“Para ibu perlu bangkit untuk memerangi jenayah rogol dalam rumah dan ibu bapa perlu tahu akan peranan masing-masing. Ibu atau mangsa sendiri juga perlu tahu saluran yang betul untuk mengadu jenayah rogol yang berlaku dalam rumah,” jelasnya. Sumber: Sinar Harian. Editor: Atila Atasha

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja