Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

Penceramah Bebas Skandal Isteri Orang???

Imej
Gambar Hiasan Seorang penceramah bebas yang berasal dari Negeri Sembilan didakwa mempunyai hubungan sulit bersama isteri orang kini sedang disiasat polis. Penagdu telah mengadukan perkara demikian di balai polis Johor Bahru dan pihak polis di Negeri sembilan telah sedia maklum mengenai kes tersebut dan akan menjalkankan siasatan mengenainya. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pihaknya tidak boleh membuat kesimpulan sama ada laporan yang dibuat pengadu itu betul atau tidak sebaliknya harus siasat untuk mengesahkannya. "Kita belum sempat dapatkan keterangan lanjut pengadu kerana dia ada di Johor, tetapi siasatan lain telah pun dilakukan." "Selagi siasatan mendalam mengenainya belum dibuat, kita tak boleh pastikan sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya, kerana tidak semestinya apa yang dikatakan itu betul dan yang diam itu adalah salah. Tunggu sehingga siasatan dilakukan,"katanya. Kata Muhamad Zaki, pihaknya akan memanggi

Penemuan Mayat Lelaki Dalam Longkang Akhirnya Terjawab

Imej
Semalam tular di laman facebook mengenai penemuan mayat lelaki yang ditemui dalam sebuah longkang bersama motosikalnya di Taman Daya berdekatan Lebuhraya Pasir Gudang. Sejurus menerima maklumat pada 10.56 pagi semalam, pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan penyelamat Tebrau bergegas ke lokasi bagi membantu pihak polis mengangkat mangsa keluar dari longkang tersebut. Mangsa Mohamad Fakruddin Mohd A'asari ditemui di lokasi pada jam 10.14 pagi bersama motosikalnya. Difahamkan, sebelum penemuan mayat itu satu laporan polis dibuat mengenai kehilangan mangsa yang dibuat oleh rakan serumahnya di Balai Polis Tampoi pada 10.48 malam, 18 Mac kerana tidak pulang kerumah sejak sehari sebelum laporan itu di buat. Pencarian mangsa turut dibuat melalui laman facebook oleh rakan-rakannya namun persoalan mereka terjawab apabila tular penemuan mayat mangsa dan motosikalnya di dalam longkang. Pihak polis telah mengesahkan motosikal yang ditunggang mangsa terbabas dengan sendiri bukan kerana lang

Lelaki Penjawat Awam Ditahan Kerana Berkahwin Gadis Bawah Umur

Imej
Pihak polis berjaya memberkas seorang penjawat awam yang berkahwin dengan seorang pelajar bawah umur di selatan Thailand pada awal tahun ini. Suspek yang berusia 52 tahun ditahan pada tengahari kelmarin susulan dari laporan polis yang dibuat oleh ahli keluarga mangsa yang berusia 16 tahun. Berdasarkan siasatan suspek telah menjalin hubungan sulit dengan mangsa bermula pada Ogos 2016 dan pernah membawa mangsa kedalam sebuah bilik hotel terkemuka pada 5 Ogos 2016 dan mengadakan hubungan intim atas dasar suka sama suka. Ketika itu mangsa berusia 15 tahun dan bersekolah di sebuah sekolah menengah konowit. Pada 14 Mac lalu, nenek mangsa yang berusia 63 tahun membuat satu laporan polis bahawa cucunya telah hilang selepas mangsa melarikan diri dari rumah. Namun lebih mengejutkan pengadu, cucunya itu pulang semula ke rumah selepas dihantar suspek pada selasa lalu dan mendakwa mereka telah berkahwin di selatan Thailand. Suspek turut memberitahu mereka bernikah mengikut ajaran islam Narathi

Fakta Pelik Tapi Benar Yang Membuatkan Anda Tersenyum Apabila Membacanya

Imej
Terdapat banyak fakta yang menarik yang sentiasa dikongsikan melalui media sosial di mana ia mampu menarik ramai pengguna untuk membacanya. Ada juga beberapa fakta yang dianggap pelik dan sangat sukar untuk dipercayai namun ada juga fakta yang menarik. Mungkin fakta-fakta yang dibawah ini akan membuatkan anda berfikir sejenak sebaik sahaja mengetahuinya dan dapat membuatkan hari-hari anda menjadi lebih ceria serta mampu mengukir senyuman di wajah anda. Tahukah anda bahawa apabila 350ml air yang telah diambil dari sinki dan kemudiannya anda menuangkannya ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang baharu yang dinamakan sebagai air masak. Ya, sudah pasti perkara ini benar kerana dengan air yang diambil dan dipanaskan di atas api mampu menghasilkan air masak yang boleh anda minum sekiranya dahaga. Fakta yang berikutnya adalah percayakah anda bahawa air sirap itu m

Ibu Tunggal Mangsa Samun Ditumbuk Di Kepala dan Diikat

Imej
Seorang wanita yang bergelar ibu tunggal terpaksa menanggung kerugian sebanyak rm5000 dan turut mengalami kecederaan selepas ditumbuk di kepala dalam kejadian samun yang berlaku di rumahnya di Kampung Juasseh Tengah, Kuala Pilah, semalam. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 petang ketika mangsa, Junaidah Maarof, 51, sedang mengunci pintu pagar rumah untuk ke Kuala Pilah bagi membeli barangan keperluan dapur. Secara tiba-tiba mangsa dihampiri seorang lelaki dan merampas beg tangannya lalu berlari ke belakang rumah. Mangsa mengejar suspek berkenaan untuk mengambil semula begnya lalu berlaku pergelutan antara mereka. Ketika sedang bergelut, lelaki itu sempat meragut dua rantai leher dan gelang yang dipakai mangsa serta menumbuk kepalakanya sehingga terjatuh. “Lelaki itu kemudiannya mengikat kedua-dua tangan saya menggunakan tali ampaian dan mulut saya diikat menggunakan tudung yang dipakai sebelum melarikan diri bersama Proton Wira milik saya menghala ke Pelangai,” katanya. Junaidah b

Gempar!! Wanita Bersalin Dalam Tandas Hospital

Imej
CHALCO – MEXICO- Zuleima Maldonado, 38, dari Miraflores tiba di unit kecemasan pada khamis lalu di Hospital Awam Chalco ditemani kakaknya kerana mahu bersalin kira-kira jam 5 pagi namun tiada seorang pon kakitangan hospital tersebut mengendahkannya. Selepas tiada sesiapa yang mahu menerima dan mendaftar namanya, Zuleima buat keputusan untuk pulang ke rumah. Menurut saksi kejadian itu, sebelum pulang, Zuleima masuk ke tandas hospital itu dahulu. “Saya mendengar tangisan bayi tidak lama selepas dia masuk ke tandas. Serentak itu, ahli keluarganya yang lain segera datang membantunya.” katanya Doktor hanya datang memberi bantuan selepas berulang kali dipanggil. Bayi itu dibawa ke unit kecemasan (ICU) dan keadaannnya dilaporkan stabil setelah diperiksa. Salah seorang kakitangan hospital membuat pengakuan mereka terpaksa menolak pesakit itu kerana kekurangan ubatan dan tidak mempunyai peralatan pembedahan yang lengkap. Tambahnya lagi, walaupun telah memaklumkan kepada pengarah hospital Irm

Bintang Porno Bakal Disaman Oleh Peguam Donald Trump

Imej
AMERIKA SYARIKAT: Seorang bintang porno yang dikaitkan dengan Presiden Donald Trump berkemungkinan bakal disaman kerana telah melanggar perjanjian yang dipersetujui. Peguam kepada Trump menyatakan bahawa Stormy Daniels boleh disaman sehingga AS$20 juta (RM78.18 juta) kerana telah mendedahkan hubungan sulitnya kepada perhatian umum. Seorang peguam daripada syarikat Essential Consultants yang membayar Daniels sebanyak AS$130,000 (RM508,169.81) mengikut perjanjian itu, bagaimana pun bertindak untuk memfailkan dakwaan terhadap Daniels. Perkara ini dibuat kerana Daniels dilaporkan telah melanggar perjanjian terbabit sebanyak 20 kali dan bertindak menghentam Trump serta turut mendedahkan kecurangan presiden berkenaan. “Perjanjian Penyelesaian membenarkan ganti rugi kerosakan sebanyak satu juta dolar (RM3.91 juta) bagi setiap pelanggaran.” Terdahulu, Daniels didakwa telah menandatangani satu perjanjian secara tertutup bagi merahsiakan hubungannya dengan Trump sebelum berlakunya pilihan raya

Kanak-Kanak Lemas Ketika Memetik Bunga Di Tepi Sungai.

Imej
KOTA SAMARAHAN: Seorang kanak-kanak telah meninggal dunia gara-gara lemas selepas tergelincir daripada tebing sungai ketika hendak memetik bunga. Mayat kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Sherry Ak Jimbat yang baru sahaja berumur 3 tahun itu bagaimanapun telah berjaya ditemui. Pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa itu bergegas ke tempat kejadian sejuru panggilan diterima. APM bagaimanapun telah berjaya menemui mayat kanak-kanak terbabit yang terapung tidak jauh daripada tempatnya yang tergelincir itu. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak keluarga sebelum dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Editor: S

Datin Dera Amah Terlepas Hukuman Penjara, Membuatkan Peguam Terkejut.

Imej
PETALING JAYA - Seorang datin terlepas hukuman penjara selepas mahkamah menghukum bon berkelakuan baik telah mengejutkan peguam kerana kesalahan yang dilakukan itu adalah serius di bawah Kanun Keseksaan. Menurut laporan media, suspek, Rozita Mohamed Ali didakwa menggunakan sebilah pisau, sebatang mop, sekaki payung dan penyangkut baju untuk menyerang mangsa menyebabkan kecederaan pada kepala, tangan, kaki dan organ dalaman Suyanti Sutrinso yang merupakan pembantu rumahnya. Ramkarpal Singh berkata Mahkamah Sesyen membuat kesilapan menjatuhkan hukuman ke atas Rozita. “Undang-undang tidak lagi menyediakan bon berkelakuan baik dalam kes-kes melibatkan kesalahan serius, yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan sebagai kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun atau lebih.” Berhubung kes ini, Rozita dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan di mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun kerana ditakrif “kesalahan serius”. Pada Dise

Suami Didakwa Kerana Kentut di Muka Isteri.

Imej
AMPANG: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di atas satu tuduhan kerana sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya. Lelaki terbabit dalam pada masa yang sama juga turut bertindak di luar jangkaan apabila dia dikatakan terlebih dahulu telah membuang angin di hadapan muka isterinya. Suspek iaitu Mohd. Nizam Uri, 33, didakwa telah melakukan perbuatan itu terhadap isterinya Alimaton Ali, 40, di kediaman mereka di Jalan 2/7, Taman Dagang, kira-kira pukul 11.30 pagi pada 1 Januari tahun lalu. Berdasarkan laporan yang diterima, pihak pendakwaan pada mulanya mencadangkan supaya suspek membayar wang jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin. Namun suspek yang tidak diwakili oleh mana-mana peguam merayu agar wang jaminan dikurangkan kerana dia merupakan penanggung tunggal keluarga. Oleh kerana itu, Majistret Haslinda A. Raof, telah membenarkan suspek diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 9 April ini bagi sebutan semula kes. Terdahulu, tertu

Ibu Tunggal Dirogol Dan Dikurung Selama 10 Jam

Imej
PETALING JAYA: Seorang ibu tunggal dipercayai telah menjadi mangsa rogol bekas kekasihnya serta turut dikurung di dalam sebuah bilik stor selama 10 jam. Kejadian tersebut telah berlaku di Kelana Jaya apabila wanita terbabit telah di bawa ke suatu tempat oleh bekas teman lelakinya sebelum dia dirogol. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, kejadian tersebut telah berlaku pada jam 7 petang semalam. Sebelum kejadian tersebut berlaku, mangsa yang sedang bersiar-siar telah dihampiri sebuah kereta lalu suspek bertindak melarikan mangsa dan dibawa ke sebuah stor terpencil. Selain itu, mangsa yang turut mempunyai seorang anak itu juga dikatakan telah dipukul beberapa kali, selain kaki dan tangannya juga turut diikat. “Setiba di stor terbabit, mangsa dipercayai dirogol bekas kekasihnya itu dan dikurung kira-kira selama 10 jam.” “Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri pada 6 pagi sebelum meminta bantuan orang awam,” katanya. Hasil daripada siasatan

Ngeri!!! Mangsa Kemalangan Melekat Pada Cermin Kereta Selamat 30 Minit

Imej
Seorang individu penunggang motosikal melekat hampir 30 minit pada cermin hadapan sebuah kereta selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu, hari ini. Kejadian tersebut berlaku pada jam 1.30 pagi ketika mangsa, Adline Asline, 20 membuat pusingan U di hadapan bangunan pusat beli belah berhampiran hotel, manakala kereta PERODUA Myvi dari bulatan Wawasan menuju ke Waterfront. Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kedua-dua kenderaan terbabit bertembung menyebabkan mangsa terpelanting dan tersepit pada hadapan cermin kereta. Sejurus dari kemalangan itu, orang awam menelefon pihak bomba supaya datang ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit pada rekahan cermin kereta terbabit. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, selepas menerima panggilan pada 1.50 pagi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu diarahkan pergi ke lokasi yang terletak tiga kilometer dari balai. “Seba

Video Lelaki Peras Ugut Pemilik Restoran

Imej
Satu video telah menjadi viral di media sosial baru-baru ini menunjukkan seorang wanita yang sedang mengamuk serta memarahi beberapa orang lelaki. Difahamkan kejadian ini berlaku apabila sekumpulan lelaki terbabit dikatakan datang ke kedai wanita terbabit lalu meminta wang perlindungan daripada mereka. Kejadian ini dipercayai berlaku di sebuah restoran yang terletak di Taman Nusa Bestari. Menurut beberapa sumber, lelaki terbabit seramai tiga orang telah datang ke kedai terbabit dengan menaiki sebuah kereta Proton Iswara berwarna merah. Lelaki terbabit kemudiannya dikatakan masuk ke dalam kedai berkenaan dan meminta wang perlindungan sebanyak RM 300 sebulan serta RM 3600 untuk setahun. Oleh kerana keengganan wanita terbabit untuk menyerahkan wang tersebut, lelaki tersebut bertindak dengan mengugut wanita berkenaan bahawa pihak mereka akan menghantar orang untuk membuat kacau di kedai terbabit. Dapat dilihat melalui video berkenaan yang wanita terbabit mengamuk dengan menjerit sekuat h

Rumah Dalam Filem 'The Hobbit' Dan 'Lord Of The Rings' Di Dunia Realiti.

Imej
Sudah pasti anda semua pernah menonton filem The Hobbit atau Lord Of The Rings di bawah arahan J.R.R. Toliens. Pastinya anda berasa kagum menyaksikan kedua-dua filem ini kerana ianya memaparkan mengenai suatu tempat yang tidak dapat terjangkau oleh akal fikiran kerana pemandangan tempat yang dipaparkan itu pasti akan membuatkan anda semua tercengang. Namun, berita baik buat anda semua adalah tempat penggambaran bagi kedua-dua filem tersebut ternyata bukanlah fantasi semata-mata. Semua ini adalah realiti yang pasti akan membuatkan anda sendiri tidak percaya kerana lokasi penggambaran terbabit benar-benar wujud di dunia ini. Ianya bukanlah lukisan mahupun ilustrasi kerana difahamkan kini anda boleh melawat kawasan penggambaran terbabit yang terletak di Tomich, Scotland di mana anda dapat melihat sendiri keindahan kediaman tersebut. Pemilik kediaman terbabit, Stuart Grant yang mencipta kediaman tersebut merasakan bahawa kediamannya itu mampu menarik peminat filem terbabit dan ternyata

Pakaian Seksi Fasha Dikecam

Imej
Nama pelakon Fasha Sandha tidak lagi asing dalam kalangan rakyat Malaysia kerana lakonannya yang hebat. Rata-rata netizen memuji lakonannya kerana menurut mereka Fasha pandai membawa watak yang diberikan tanpa kelihatan cela. Pelakon drama syurga yang kedua itu memuat naik beberapa gambar malam berinai pelakon Elvina yang mana dia mengenakan pakaian Saree. Pakaian Fasha mendapat kecaman daripada netizen kerana sangat ketat sehingga menampakkan lurah di bahagian dadanya dan mereka menyuruh Fasha memadam post di Instagramnya kerana tidak elok pada pandangan mereka. Mereka juga menasihati Fasha supaya memikirkan ahli keluarganya termasuk anak-anak sekira mahu melakukan apa-apa sahaja.   Walaupun dikecam, ada juga yang memujinya cantik seperti anak dara kerana tubuh badannya yang lansing. Sumber: Instagram Fasha Sandha , Editor:Anna