Video Lelaki Peras Ugut Pemilik Restoran


Satu video telah menjadi viral di media sosial baru-baru ini menunjukkan seorang wanita yang sedang mengamuk serta memarahi beberapa orang lelaki.

Difahamkan kejadian ini berlaku apabila sekumpulan lelaki terbabit dikatakan datang ke kedai wanita terbabit lalu meminta wang perlindungan daripada mereka.

Kejadian ini dipercayai berlaku di sebuah restoran yang terletak di Taman Nusa Bestari.

Menurut beberapa sumber, lelaki terbabit seramai tiga orang telah datang ke kedai terbabit dengan menaiki sebuah kereta Proton Iswara berwarna merah.

Lelaki terbabit kemudiannya dikatakan masuk ke dalam kedai berkenaan dan meminta wang perlindungan sebanyak RM 300 sebulan serta RM 3600 untuk setahun.

Oleh kerana keengganan wanita terbabit untuk menyerahkan wang tersebut, lelaki tersebut bertindak dengan mengugut wanita berkenaan bahawa pihak mereka akan menghantar orang untuk membuat kacau di kedai terbabit.

Dapat dilihat melalui video berkenaan yang wanita terbabit mengamuk dengan menjerit sekuat hati kerana marahkan kesemua lelaki terbabit serta menyatakan kepada orang ramai yang melalui kawasan terbabit bahawa lelaki-lelaki itu ingin merompaknya.

Melihatkan keadaan wanita tersebut, kesemua lelaki kelihatan mula menaiki kereta semula kerana ingin melarikan diri.

Pihak polis yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut melakukan siasatan terhadap perkara ini dan akhirnya kesemua suspek telah berjaya diberkas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja