Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Berang Putuskan Hubungan, Lelaki Dera Kekasih Secara Seksual.

Imej
Akibat tidak dapat menerima cinta yang dijalin berakhir di tengah jalan,seorang lelaki memilih untuk membuat perkara gila dengan sekuat tenaga dia mencabut bulu kemaluan teman wanitanya. Zaky 25 tahun yang ditahan oleh pihak polis solo semalam menyatakan bahawa motif dia membuat perkara itu kerana dia berang dengan perangai teman wanita yang dia kenali sejak 8 bulan lalu. Selama 8 bulan mereka menjalin hubungan cinta pada awalnya baik-baik sahaja, namun selepas beliau di buang kerja bulan lalu, kekasihnya itu mula menunjukkan perangai yang selalu membuatkan di marah. Meskipun demikian Zaky sudah beberapa kali cuba mencari kerja namun belum berjaya mendapatkan kerja baru. Disangka pemalas, teman wanitanya yang berusia 22 tahun memutuskan hubungan cinta mereka melalui Pesanan ringkas. Tak boleh  menerima kenyataan, lelaki ini sudah beberapa kali memujuk untuk mempertahankan hubungan mereka namun tetap saja gagal. Beberapa hari kemudian beliau membuat akaun face

Lagi Video Mirip Pemimpin Pembangkang Tersebar

Imej
PETALING JAYA: Kelibat lelaki mirip seorang Ahli Parlimen pembangkang sekali lagi dirakamkan menerusi video bersama wanita yang bukan isterinya. Rakaman berkenaan merupakan rentetan daripada beberapa video yang turut tersebar sebelum ini membabitkan lelaki yang sama dengan wanita berbeza dalam tiga situasi berasingan. Video tidak bertarikh itu dimuat naik di laman Facebook Penang Kini pada Ahad. Berdasarkan video berdurasi 20 saat itu, kelihatan lelaki berkenaan berjalan sambil tersenyum dan berpegangan tangan dengan wanita muda di kaki lima deretan kedai. Pengendali laman itu mendakwa video tersebut dirakamkan di Kuching semasa pilihan raya Sarawak tahun lalu. Ahli Parlimen itu diketahui telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.-mStar Online

Kelantan Tidak Akan Lepaskan Ghaddar.

Imej
KELANTAN memberi isyarat penyerang import sensasi mereka, Mohammed Ghaddar tidak akan dilepaskan, sebaliknya dia akan terus setia menyarung jersi pasukan itu bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Pengerusi Konsortium Al-Hamra, Tan Sri Annuar Musa dipetik menerusi laman sosialnya semalam mengesahkan, sekalipun Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mendapat tawaran daripada pasukan lain dengan tawaran tertentu namun penjaring terbanyak Liga Super itu akan kekal bersama Kelantan. “Kafa tidak harus memandang wang dalam soal ini. Mohammed Ghaddar, saya bawa secara berjimat, tanpa (bayaran) yuran kepada ejen dan kita berjaya menjimatkan ratusan ribu. “Bukan sahaja Mohammed Ghaddar terus bersama kita, malah dia bakal bergandingan dengan kembar baru, tetapi itu akan hanya diputuskan selepas menentang Pahang, 6 Mei ini,” katanya. Penyerang skuad kebangsaan Lubnan itu cetus sensasi apabila tiga kali melakukan hatrik ketika bertemu Perak, T-Team dan P

Selalu Dibuli, Gadis Ini Berubah 360 Darjah Membuatkan Orang yang Pernah Membulinya Ternganga.

Imej
Kalau kau orang perasan, bila masuk kolej atau Universiti, mesti ada seorang yang kau orang nampak sangat-sangat menyampah dan bila tengok muka dia saja rasa nak rendam dengan klorox, ada kan ? kan ? ambil inspirasi perempuan ini, dari mangsa buli dia nekad merubah penampilan dan akhirnya, dengan wajah dan tubuh badan yang MELETOP, dia berjaya membuatkan air liur semua kaki-kaki buli yang pernah membulinya meleleh, perhhhh… Kamu yang ketika ini sudah menyambung pelajaran ke menara gading atau sudah kerja, pernah tak kamu berjumpa semula kawan-kawan sekolah yang dulunya tidak pernah kamu ambil peduli kewujudannya kerana penampilannya yang (sorry) teruk dan kamu rasa meluat. Kalau kamu tidak pernah ada pengalaman ini, faktanya sememangnya ada orang yang mampu berubah hingga hampir 180 darjah. Pernah dengar nama Aleksis Corbi belum? Kebelakangan ini gadis tersebut telah menjadi viral kerana dikatakan banyak memuat naik kata-kata seperti “dear, bekas kekasih maafkan aku ya

Kanak-Kanak 5 Tahun Koma, Tempurung Kepala Pecah Jatuh Ketika Bermain Inflatable Bouncer

Imej
GEORGE TOWN – Seorang kanak-akan berusia lima tahun kini koma selepas terjatuh dari ketinggian hampir mencecah 10 meter ketika bermain inflatable bouncer, lapor Harian Metro. Dalam kejadian di kediaman mereka di Persiaran Sungai Gelugor, Ahad lalu, Syarul Ariel Fifqi Mohd Azriq, 5, terjatuh ketika bermain inflatable bouncer yang disewa khas daripada sebuah syarikat katering. Ibu mangsa, Norsyaliza Yahaya, 32, berkata, dia mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk bapanya dan menyewa peralatan permainan berkenaan untuk kanak-kanak yang dipasang di hadapan rumah mereka oleh pekerja katering pada jam 3 petang. Kemudian Syarul Azriel bersama sepupu yang lain bermain peralatan gelongsor berkenaan. “Bagaimanapun setengah jam selepas itu, anak saya terjatuh kerana alat permainan itu terbalik dan kepalanya terhentak di atas tar dan menyebabkan dia tidak sedarkan diri. “Dalam keadaan kelam kabut itu, saya terus membawa anak ke hospital dan dia menjalani ujian MRI sebelum dok

Pelajar UMT Maut Digilis Bas Bakal Berkahwin

Imej
Marang: Impian seorang lelaki menikahi wanita pilihan hati tidak lama lagi tak kesampaian apabila bakal isterinya maut digilis bas ekspres akibat terjatuh selepas motosikal ditunggangi terbabas dalam kemalangan di Kampung Rhu Rendang, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 6.20 petang, Amira Farhana Abdul Rahman, 24, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan teruk di kepala. Penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Azmi Safuan Ahmad, 23, berkata, walaupun kehilangan tunangnya secara mengejut, dia reda dengan ketentuan Allah. Menurutnya, dia dan pasangannya yang juga bekas Setiausaha Kerja Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) Kebangsaan bertunang sembilan bulan lalu sebelum merancang bernikah Mac tahun depan. “Kami sepatutnya bersama hari ini (semalam) untuk mengendalikan program bersama anak yatim di Asrama Anak Yatim Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) d

Dipenjara Tiga Setengah Tahun Kerana Bermain Pokemon Go

Imej
MOSCOW – Pendakwa raya di sebuah mahkamah Rusia meminta hakim memenjarakan seorang penulis blog tempatan selama tiga setengah tahun kerana bermain Pokemon Go di dalam gereja. Tertuduh iaitu Ruslan Sokolovsky didakwa cuba menyemai hasutan kebencian yang berbaur sentimen agama apabila sengaja memburu raksasa permainan itu, kata seorang pegawai kehakiman kepada agensi berita Reuters. Blogger itu, pada Ogos 2016 menuat naik rakaman video dirinya bermain Pokemon Go dengan telefon pintarnya dalam gereja di Yekaterinburg, sebuah bandar raya di Sverdlovsk Oblast, kira-kira 1,788 kilometer dari Moscow. Rumah ibadat suci penganut Kristian Ortodok itu dibangunkan pihak pemerintah tempatan sempena dengan lokasi tempat kaisar terakhir maharaja Rusia dan seluruh anggota kerabatnya dibunuh tentera merah Soviet pada 1918. Menerusi video berdurasi selama lebih dua minit itu, yang berisi dengan kata-kata kasar mengejek agama tersebut, Sokolovsky turut menyamakan Jesus Christ sebagai su

Mayat Wanita Separuh Bogel Dijumpai Di Pantai

Imej
Miri – Mayat wanita separuh bogel dan hanya memakai coli dijumpai terapung di tepi batu Tanjung Lobang malam tadi. Mayat wanita berusia lewat 30an tanpa dokumen itu dijumpai jam 11.55 malam oleh orang awam. Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, pemeriksaan awal terhadap fizikal mangsa mendapati berlaku kecederaan di lopak mata sebelah kanan, kesan calar dan lebam di kedua-dua pergelangan tangan dan jari. “Terdapat juga kesan lebam di bahagian kepala kiri dan kanan, kesan lebam di tengah dada. Tiada kesan kecederaan diakibatkan objek tajam,” katanya hari ini. Beliau berkata, mangsa berkaki ayam dan tiada sebarang kesan kecederaan di bahagian lain badan. Katanya, siasatan tempat kejadian dijalankan didapati keadaan mayat masih segar. Beliau berkata, tiada saksi yang melihat kejadian ini dan polis belum menerima kehilangan individu. Mayat mangsa dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Miri. – BH Online

Bunuh Tunang Didepan Bakal Ibu Martua

Imej
Tiada yang lebih sedih bagi seorang ibu, apabila anak gadisnya maut dibunuh di depan matanya sendiri. Nuryatmi melihat sendiri anak gadisnya yang berusia 19 tahun maut di tikam di bahagian perut sebanyak 4 kali oleh bakal menantunya itu. Dalam kejadian yang berlaku di Kota Palembang petang semalam dimaklumkan mangsa yang baru balik dari pada universiti dipaksa oleh suspek ke rumah kononnya membincang sesuatu yang penting. Selepas sampai, mangsa sempat menghubungi ibunya untuk datang mengambilnya dirumah tunangnya itu. Entah bagaimana mereka mula bergaduh dalam rumah tersebut, tidak lama selepas itu ibu mangsa datang meleraikan pergaduhan pasang itu. Namun suspek bertindak ganas apabila mengheret mangsa masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Di dalam bilik tersebut suspek memukul dan menikam perut mangsa menggunakan pisau 4 kali. Menurut ibu mangsa Nuryatmi ketika beliau berjaya membuka pintu bilik itu, dia dapat melihat suspek menusukkan pisau ke bahagi

Madrasah Tampil Merungkai Pertanyaan Orang Ramai Mengenai Kejadian Kes Thaqif

Imej
KOTA TINGGI – Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) tempat belajar Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi pertama kalinya tampil dalam satu kenyataan sekali gus merungkai segala pertanyaan orang ramai ekoran kejadian yang berlaku. Menerusi kenyataan dikeluarkan jemaah pengurusan di Facebook rasmi madrasah berkenaan dipetik berkata, seperti mana yang dipersoalkan orang ramai, pihak madrasah mengakui maklum tentang rekod jenayah lampau dimiliki pembantu warden berkenaan. Menurutnya, pembantu warden tersebut telah mengaku sendiri tentang sejarah lamanya setelah diterima berkerja di madrasah sekali gus membuatkan pihak madrasah memahaminya yang cuba bersikap jujur untuk membaiki kehidupan. “Kerana kami maklum, dia telah diberi parol dan dibebaskan awal kerana berkelakuan baik. “Rentetan daripada itu, kami berpendapat, andainya pengarah penjara mengakui beliau sedang berubah dan layak diberi kebebasan awal, apakah kami sebagai ahli masyarakat tidak boleh memberi peluang

Suami Mengaku Tiduri Pelajar Berusia 15 Tahun

Imej
TENNESSEE – AMERIKA SYARIKAT. Seorang guru, Tad Cummins yang dituduh ‘menculik’ pelajarnya berusia 15 tahun, mengaku kepada isterinya bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan gadis tersebut. Memetik laporan New York Post, perkara menjijikkan itu didedahkan isterinya, Jill selepas satu perbualan telefon dengan suaminya di penjara sejurus selepas penahanan lelaki terbabit pada 20 April lalu. “Saya bertanyakan kepada suami saya, adakah awak tidur dengan gadis terbabit? Dia menjawab…Ya,” katanya. Jill memfailkan perceraiannya bulan lalu selepas bekas suaminya itu menghilangkan diri bersama gadis terbabit. Kehilangan mereka menyebabkan pencarian besar-besaran di seluruh negara, sebelum pasangan terbabit muncul di sebuah pekan kecil berhampiran Utara California. Ekoran itu, Tad ditahan atas dakwaan menculik dan jika disabit salah akan berdepan hukuman penjara 10 tahun.-Sinar

Pemuda Maut Terperosok Di Bawah Treler

Imej
Seorang penunggang motosikal maut selepas kenderaan yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum terperosok di bawah treler kontena yang berhenti di bahu jalan di Kilometer 42 Jalan Klang – Telok Intan, Assam Jawa, di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Shahrin Hasan Azhari, 22, yang datang dari arah Klang menghala ke Telok Intan mati di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, siasatan awal pihaknya mendapati motosikal ditunggang mangsa terbabas sebelum terperosok di bawah treler tersebut. “Mangsa mengalami kecederaan di beberapa anggota badan dan meninggal di tempat kejadian manakala pemandu treler kontena tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Video: Robot Wanita Gagal Wawancara TV Dihantar ‘Bersekolah’ Semula

Imej
HEBEI – Satu robot dihantar balik ke ‘sekolah’ selepas ia terlupa di mana Tembok Besar China terletak. Robot yang dicipta untuk boleh bercakap, Jia Jia, tergagap ketika diwawancara dalam bahasa Inggeris menerusi televisyen secara langsung. Jia Jia ‘terlupa’ perkataan dan frasa asas dalam wawancara dengan wartawan Amerika Syarikat, Kevin Kelly. Kelly, pengasas bersama majalah teknologi ‘Wired’ melakukan wawancara itu menerusi Sykpe dari Universiti Sains dan Teknologi China di Hefei. Bagaimanapun, Jia Jia yang dipakaikan rambut palsu dan pakaian tradisional gagal bertindak balas terhadap soalan mengenai jumlah huruf dalam abjad Inggeris. Dan apabila di tanya di mana terletaknya Tembok Besar China, ia tergagap sebelum berkata ‘China.’ Kelly, pakar robotik dan kecerdikan buatan juga bertanya robot itu mengenai sama ada ia boleh memberitahu sesuatu mengenainya. Jawapannya merepek-repek. Penyelidik di Universiti Hefei menghabiskan masa kira-kira tiga tahun

‘Ya, Saya Janda Gila Glamor’ - Elly Mazlein

Imej
Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein tidak kisah kritikan negatif yang dilemparkan kepadanya oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Malah Elly turut mengiyakan sahaja tanggapan itu kerana enggan mengulas lanjut mengenai kritikan tersebut. “Bila ada pihak yang memberikan kejian serta kritikan yang tidak membina, saya jadi malas. Ada yang mengatakan saya suka menjaja cerita sama sahaja, saya hanya mengiyakan sahaja. “Bila ada pihak yang mengatakan saya sebagai janda gila glamor, saya pun mengiyakan sahaja. Bagi saya, mengiyakan apa yang mereka kata lebih mudah. Saya tak mahu komen dengan lebih lanjut. “Apa yang penting, saya kini mahu menumpukan sepenuh fokus dalam karier dan mencari rezeki untuk anak dan bapa saya. Alhamdulillah, perkembangan karier saya semakin bagus selepas saya menyertai Gegar Vaganza,” katanya, lapor Astro Gempak. Memberikan fokus kepada dunia nyanyian, Elly juga tidak melupakan terus bidang lakonan. “Syukur kerana jadual persemba

Segelintir Wanita Malaysia Mudah Terpedaya Jerat Cinta Militan IS

Imej
KUALA LUMPUR – Atas nama jihad, segelintir wanita tempatan sanggup bergadai harta dan wang tunai sebelum ditinggalkan terumbang-ambing di luar negara gara-gara terperangkap dengan cinta anggota kumpulan militan Daesh (militan IS) tempatan. Impian untuk berjuang dan mencari cinta di Syria sebaliknya hanya janji kosong apabila harta mereka mencecah jutaan ringgit itu diperah anggota kumpulan militan berkenaan sebelum dilesapkan entah ke mana. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lebih daripada 20 wanita tempatan telah diperdaya anggota militan Daesh dengan dijanjikan cerita dan masa depan yang indah di Syria sebaik sahaja mendirikan rumah tangga di sana. Jelas beliau, semua maklumat tersebut diperoleh daripada pendedahan beberapa wanita yang ditahan di negara ini dan Turki ke­rana merancang untuk menyertai kumpulan pengganas itu di Syria. “Sebab cinta juga mereka sanggup menggunakan wang pe

Kacang Tumbuh Dalam Telinga Budak Berusia 6 Tahun

Imej
Beijing – Seorang budak lelaki berusia enam tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas sebutir kacang tersangkut di dalam telinganya tanpa disedari, malah sudah bercambah sebelum berjaya dikeluarkan. Kacang itu ditemui ibunya, dikenali sebagai Peng, ketika cuba membersihkan telinga kanak-kanak itu, Haohao, pada 24 April lalu. Doktor mengesahkan butiran di dalam telinga Haohao memang kacang yang sudah bercambah di dalam saluran telinganya. Pakar telinga, hidung dan tekak Dr Zhang Xiao Chun berkata, dia terkejut melihat kacang berkenaan jauh di dalam rongga telinga kanak-kanak itu. “Mungkin ia termasuk ke dalam telinganya tanpa disedari ketika Haohao bermain pasir atau mungkin juga rakannya memasukkannya ke situ tanpa disedarinya,” katanya. Menurutnya, kacang itu berjaya dikeluarkan selepas pembedahan selama 30 minit. Dr Zhang berkata, keadaan suhu di dalam telinga sekitar 37 darjah Celsius dan lembap amat sesuai untuk pembesaran kacang. Haohao kini semakin

Runion Punca Warga Emas Bercerai, Suami Jalin Kembali Cinta Monyet Di Zaman Persekolahan Dulu.

Imej
Nostalgia lama yang buatkan seseorang itu jadi gila, cinta monyet yang memberi kesan sampai ketua dengan bekas kekasih masa zaman persekolahan dulu mengundang padah apabila hubungan Rasid 61 dan isterinya Masnah 58 yang terpaksa berakhir dengan penceraian. Setelah 43 tahun terpisah, cinta monyet Rasid kepada seorang wanita kembali bersemi gara-gara Reunion setahun lalu. Semenjak Pertemuan Rasid dengan janda yang enggan namanya dinyatakan itu, hubungan mereka semakin rapat hingga mereka mengikat janji untuk kembali bersatu. Bagaimanapun rancangan itu telah diketahui oleh isteri Rasid dan semenjak itu hubungan mereka mula tidak tenteram. Rasid berkata cintanya kepada isteri dan anak-anak sangat mendalam, namun dia tidak berdaya apabila mengenang nostalgia bersama kekasih lamanya itu. Beliau juga mengaku hidupnya tidak tenteram selama ini kerana pernah berjanji dengan wanita itu untuk hidup bersama. Bagaimana pun selepas menceritakan semua itu kepada isteriny

Perkahwinan Dibatalkan Gara-Gara Tak Hidang Daging

Imej
Muzaffarnagar – Seorang lelaki bertindak membatalkan perkahwinannya selepas berang apabila keluarga perempuan tidak menyediakan hidangan daging ketika jamuan di majlis itu. Kejadian berlaku Rabu lalu di kampung Kulhedi di Uttar Pradesh apabila rombongan bakal pengantin lelaki kecewa selepas mendapati hanya menu sayuran dihidangkan kepada mereka. Keluarga perempuan tidak dapat menyediakan hidangan daging akibat krisis kekurangan bekalan daging di Uttar Pradesh selepas kerajaan mengharamkan rumah penyembelihan. Pihak perempuan cuba berbincang dan menjelaskan kepada bakal pengantin lelaki tetapi mereka tetap tidak mahu meneruskan majlis perkahwinan itu. Majlis perkahwinan itu akhirnya berjaya diselamatkan apabila seorang tetamu tiba-tiba tampil dan terus melamar pengantin perempuan berkenaan. Wanita itu menerima lamarannya dan mereka dikahwinkan selepas dipersetujui keluarga. Perkahwinan pasangan berkenaan juga mendapat kebenaran majlis ketua kampung di daerah i

Kantoi Menjalin Hubungan Sulit Dengan Isteri Jiran, Lelaki Dibelasah Sehingga Sesak Nafas.

Imej
Global: Rantau panjang, seorang lelaki mengalami gangguan pernafasan serta lebam di seluruh muka dan badan akibat meminum susu isteri jiran tetangganya sendiri. Kejadian itu berlaku pada minggu lalu, namun baru semalam dihebahkan kepada media. Mangsa bernama Andi 30 tahun itu di tangkap oleh suami wanita itu sendiri kira-kira jam 12 malam selepas dia balik daripada kerja menangkap ikan. Marah kerana melihat Andi dalam keadaan mengaibkan dengan isterinya, lelaki itu nekad membelasah Andi sehingga tidak sedarkan diri sebelum di sedari oleh penduduk setempat. Bagaimanapun pihak polis Rantau Panjang Kampung Sungai Mati, Ahmad Taulani membenarkan kejadian dan sudah menangkap suspek, sementara itu Andi masih lagi dirawat di hospital. Menurut Ahmad Taulani pihak mereka telah menerima aduan dari penduduk kampung kira-kira jam 12:30 pagi, selepas sampai ke lokasi yang dimaklumkan mangsa sudah pun tidak sedarkan diri dan suspek telah melarikan diri. Dan kami berjaya mena

Gambar Kejadian Sejadah Dan Kain Telekung Berdiri Seperti Sedang Solat Di Kedah

Imej
Sudah lama kita tidak mendengar kejadian kain sejadah berdiri kan? Tapi hari ini, kejadian yang sama dikatakan berlaku di Kampung Tok Aris Jeneri Sik, Kedah sebagaimana yang dilaporkan oleh seorang pengguna Facebook. Mohamad Syafiq berkongsi kejadian itu bersama beberapa keping gambar di Facebook. Menurut Syafiq, kejadian itu berlaku di rumahnya sendiri ketika ibunya sedang bersiap-siap untuk solat. “Subhanallah, ujian buat kami sekeluarga. Maha Suci Allah, kejadian (yang berlaku) di rumah saya. “Mula-mula, masa mak nak solat, (dia) ambil kain telekung. Lepas itu tengah kelam-kabut jadi dia letak balik kain telekong atas sejadah. “Lepas itu, mak patah balik nak solat, tengok-tengok kain telekung dan sejadah satu lagi berdiri macam tengah solat. “Allahuakbar.. Subhanallah.. keadaan sejadah ikut qiblat.. Semoga keluarga kami dalam lindungan Allah.” tulis Syafiq. Bersama kisah itu, Syafiq turut memuat naik beberapa keping gambar kejadian. Selain itu, turut k

Video: Kena Selalu Kunci Pintu Kalau Taknak Perkara Seperti Ini Berlaku

Imej
Zaman sekarang ni dah macam-macam perkara pelik berlaku. Boleh dikatakan, Negara kita sudah tidak selamat lagi. Disebabkan itu, kita kena sentiasa berjaga-jaga walau kemana kita pergi. Khusus buat kaum wanita, jagalah keselamatan korang terutama ketika berhenti di lampu merah. Seperti video yang ingin kami kongsikan ini, seorang wanita sempat merakam aksi pendatang asing kanak-kanak yang berkeliaran di lampu merah untuk meminta derma dengan cara paksaan. Mereka hingga berani ingin membuka pintu kereta untuk meminta wang daripada orang yang sedang menunggu di lampu isyarat. Jadikan sebagai peringatan okay!- Oleh Feyra Nasrom Sumber Hasrida Ishak

Donald Trump Merungut Tidak Dapat Layanan Adil Dari Arab Saudi

Imej
WASHINGTON – Presiden Donald Trump menyifatkan Arab Saudi tidak melayan Amerika Syarikat (AS) dengan adil dan Washington kehilangan ‘sejumlah besar wang’ dalam mempertahankan negara itu. Dalam temubual dengan Reuters, Trump mengesahkan pentadbirannya sedang berbincang mengenai kemungkinan mengadakan kunjungan ke Arab Saudi dan Israel pada pertengahan Mei ini. Beliau dijangka membuat lawatan pertamanya ke luar negara sebagai presiden untuk menghadiri sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussels dan mungkin ke beberapa negara lain. “Secara jujur, Arab Saudi tidak melayan kita dengan adil, kerana AS memperuntukkan sejumlah besar wang dalam mempertahankan negara itu,” katanya. Kritikan terhadap negara pengeksport minyak terbesar dunia itu cuma mengulangi retorik kempennya pada 2016 apabila menuduh Riyadh tidak berkongsi membayar kepada perlindungan diberikan AS. “Tiada siapa berani cari pasal dengan Arab Saudi kerana kita menjaga mereka.

Isteri Gunting Kemaluan Suami Kerana Kaki Perempuan

Imej
Kita sering membaca kisah mengenai suami curang dan isteri cuma hanya mampu tengok dah tidak berbuat apa-apa. Namun bagi seorang wanita dari Filipina ini,  Tidak tahan dengan sikap suami yang kaki perempuan, seorang isteri nekat memotong kemaluan suaminya menggunakan gunting. Ketika itu Mark Betita 33, sedang tidur di kediamannya di bandar Carles filipina  isterinya Leizel bertindak memotong waktu Maek sedang tidur. Leisel kini ditahan di balai polis di bandar Carles sementara menunggu perbicaraan kes yang difailkan terhadapnya kerana mencederakan suami. “Saya tidak menyesal kerana memotong kemaluannya. Ini sebagai hukuman kepadanya kerana kaki perempuan. Saya bersedia berdepan apa-apa kemungkinan kerana tindakan saya ini,” kata Liezel dipetik inquirer.net Pegawai polis Carles, Alexis Bataga berkata, siasatan menunjukkan Liezel bersama-sama dengan suaminya yang juga penyelia pembinaan minum pada malam kejadian. “Apabila suaminya mabuk, mereka masuk ke bilik t

10 Gambar: Baru 3 Jam Berkahwin, Pengantin Lelaki Dihukum Penduduk Kampung.

Imej
INDIA – Seorang suami diceraikan tiga jam selepas berkahwin dan kepalanya dicukur sebagai hukuman, selepas isterinya mendakwa lelaki itu tamak dan telah berkahwin dengan lelaki lain pada hari yang sama, lapor Daily Mail. Rubana Parveen, 18, berkahwin dengan Muntaj Ansari, 26, pada pagi Rabu di kampung Chandwa, barat India. Namun selepas selesai perkahwinan yang dilangsungkan mengikut adat muslim itu, pemandu beca roda tiga (auto) itu mula menuntut mahar yang besar dan berkeras mahu membeli sebuah motosikal mahal. Bapa pengantin perempuan, Bashir-ud-din Ansari, 58, yang memiliki sebuah hotel bagaimanapun telah membelikannya sebuah motosikal, tetapi Muntaz tidak berpuas hati dan meminta dibelikan motosikal jenama yang lebih bagus. “Orang ramai meminta pengantin lelaki bertenang dan memujuknya menerima motosikal yang diberikan itu. Tetapi dia terus mengugut mahu keluar rumah tanpa isterinya. “Pengantin lelaki dan bapa Rubana bertengkar dan keadaan menjadi tidak terk

Mufti Sahkan Pelaksanaan GST Haram.

Imej
SHAH ALAM – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan pada masa kini telah menimbulkan banyak masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan rendah. Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai rakyat adalah haram kerana bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam seperti diperintahkan oleh ALLAH SWT kepada kerajaan untuk menegakkannya. “Seperti yang semua sedia maklum, memang kita sering mendengar rungutan terhadap sistem percukaian sedemikian (GST) sejak awal ia diperkenalkan lagi. “Secara umum, saya bersetuju. GST seperti dilaksanakan pihak kerajaan telah menimbulkan masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan kecil,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Kelmarin, Dewan Ulamak Pas melalui ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, GST perlu dihapuskan kerana kaedah pencukaiannya adalah haram dan tidak menepati syariat Islam. Ol

Video Jupe Pernah Diramal 3 Tahun Lalu Bakal Didatangi Makhluk Bersayap

Imej
Sangat mengejutkan apabila Julia perez yang kini dalam keadaan sakit teruk pernah di ramal oleh seorang wanita 3 tahun lalu. Ramalan itu seolah-olah menjadi kenyataan memandangkan keadaanJjupe sekarang yang kian membimbangkan. Dalam video tersebut, wanita pertama yang meramal Jupe tidak sanggup untuk mengungkapkan apa yang di lihat selepas membaca kad nasib ramalan yang di pegang oleh Jupe. Namun suami wanita itu turut datang membantu membacakan ramalan tersebut sehingga menimbulkan kesedihan ramai pihak. Pada awalnya Jupe nampak seolah tidak mengambil peduli, namun selepas ramalan itu di bacakan, air mata Jupe mula mengalir hingga tak sanggup untuk berkata-kata. Bagaimanakah ramalan tersebut? berikut videonya.

Pelajar Perempuan Berusia 15 Tahun Dipaksa Minum Racun Serangga

Imej
Gambar Hiasan Kuala Lumpur – Seorang pelajar tingkatan 3 sebuah sekolah menengah di Nilai, Negeri Sembilan, mendakwa nyaris maut selepas dipaksa minum racun serangga oleh sekumpulan pelajar lelaki sekolah lain Bandar Lama Nilai, Rabu lalu. Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, mangsa terlihat sekumpulan pelajar yang memakai seragam sekolah sedang menghidu gam berhampiran sebuah pasar raya sebelum bertindak menegur mereka. Kumpulan pelajar terbabit kemudian menahan mangsa serta memegang tangan dan kakinya sebelum bertindak memasukkan cecair berwarna hijau ke dalam mulut mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri. Mangsa yang tersedar sekitar jam 6 petang kemudian menuju ke tempat kerja ibunya di sebuah kedai pakaian berhampiran dan memaklumkan dia diracun. Sehari kemudian, ibu mangsa membawanya ke klinik selepas pelajar berkenaan mengadu sakit tekak dan perut sebelum dia dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Mangsa dirawat di Unit Kecemasan Zon Me

Remaja Berusia 17 Tahun Didakwa Rogol Dan Liwat Gadis Berusia 15 Tahun.

Imej
Ayer Keroh – Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tiga tuduhan merogol dan meliwat seorang gadis bawah umur, pada Februari hingga Mac lalu. Tertuduh yang berusia 17 tahun lapan bulan membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Analia Kamaruddin. Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun 10 bulan di bawah pokok tepi sawah di Jalan Pulau Gadong, jam 2 pagi, pada 17 Februari lalu dan di bawah pokok berhampiran Muzium Kapal Selam Klebang, jam 1.30 tengah hari, awal Mac lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Pertuduhan terakhir, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap mangsa sama di sebuah rumah di Batu 2, Pokok Mangga, Malim, jam 9 pagi, pada 17 Mac lalu. Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksye

Ibu Mohamad Thaqif Amin Dipanggil Beri Keterangan Kepada Pihak Polis

Imej
Kota Tinggi – Ibu pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang meninggal dunia selepas kedua-duanya kakinya dipotong akibat dijangkiti kuman selepas dilaporkan dipukul pembantu warden madrasah itu, telah dipanggil memberi keterangan kepada polis di sini, Jumaat. Bapa Allahyarham, Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, berkata keterangan isterinya Felda Wani Ahmad, 40, itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi pada sebelah pagi. Ia bagi membantu siasatan kes kematian anaknya itu yang kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh, katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah bapanya di Felda Bukit Aping Timur di sini, Jumaat. Kata Mohd Gaddafi, dia dan anggota keluarganya sudah reda dengan pemergian Allahyarham namun masih merinduinya. “Saya juga ada berasa tidak puas hati kerana ada sesetengah pihak yang menyalahkan saya dan ibunya. Nasib baik masa arwah sakit, dia sempat memberi keterangan kepada polis dan doktor tentang kesakita

Diam-diam Menabung Untuk Berkahwin Dengan Kekasih, Tetapi Niat Tidak Kesampaian Apabila Mereka Terpisah.

Imej
Tiada siapa yang tahu bagaimana kisah kedua pasangan ini bermula, namun kisah cinta ini berakhir dengan duka. Sebahagian orang yang berusaha dalam hubungan cinta berjaya mencapai ke jinjang pelamin dan hidup bahagia. Namun ada pula yang berusaha sebaik yang dia mampu tapi akhirnya tetap berpisah, perkara inilah yang di alami oleh lelaki benama Fizai. Kisah cinta Fizai tular dilaman media sosial facebook sejak semalam apabila memuat naik status yang mengatakan dirinya telah menabung secara diam-diam untuk menampung perbelanjaan perkahwinannya dengan wanita pilihan hati tidak seperti yang dia harapkan. Menurut Fizai selama hubungan mereka 3 tahun, dia telah berusaha dengan sebaik mungkin menjaga hubungan mereka agar tetap kekal. Dalam diam-diam dia telah mengasingkan gajinya sedikit demi sedikit untuk belanja majlis perkahwinan mereka akan datang sejak dua tahun lalu namun sayang wanita yang dia percaya selama ini lebih memilih lelaki lain. “Saya sudah  ada nia