Pemuda Maut Terperosok Di Bawah Treler

Seorang penunggang motosikal maut selepas kenderaan yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum terperosok di bawah treler kontena yang berhenti di bahu jalan di Kilometer 42 Jalan Klang – Telok Intan, Assam Jawa, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Shahrin Hasan Azhari, 22, yang datang dari arah Klang menghala ke Telok Intan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, siasatan awal pihaknya mendapati motosikal ditunggang mangsa terbabas sebelum terperosok di bawah treler tersebut.

“Mangsa mengalami kecederaan di beberapa anggota badan dan meninggal di tempat kejadian manakala pemandu treler kontena tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja