Video: Remaja Perempuan Bergaduh Di Bagan Serai Tular


Polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran video membabitkan pergaduhan antara dua remaja perempuan di Bagan Serai.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kejadian berlaku pada 9 Jun lepas kira-kira jam 10 pagi melibatkan remaja perempuan berumur 12 hingga 17 tahun.

Menurutnya, remaja yang terlibat telah dikenal pasti dan telah hadir bersama keluarga masing-masing ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian sekitar jam 6 petang semalam bagi membantu siasatan.

"Hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua remaja yang terlibat dengan pergaduhan telah pun berdamai secara baik setelah selesai kejadian itu.

"Kedua-dua remaja yang terlibat tidak mahu memanjangkan hal perkara tersebut termasuk pihak keluarga demi masa depan remaja yang terlibat dan satu laporan berhubung tidak mahu memanjangkan kes telah dibuat oleh pihak keluarga mangsa pada hari ini pada 7.21 malam," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu pihak polis telah mengesan satu video berdurasi 48 saat yang tular di media sosial memaparkan sekumpulan remaja perempuan berkumpul dan terdapat pergaduhan antara dua remaja perempuan.

Juna berkata kes diselesaikan secara baik dan kedua-dua belah pihak sudah berdamai namun siasatan akan diteruskan dengan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap video yang tular mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Mana-mana individu dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video yang tular ini hingga boleh menimbulkan kegusaran awam.

"Sekiranya masih terdapat penyebaran maklumat palsu di media sosial, individu yang terlibat boleh dihukum dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. - Bernama

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja