Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Harga Barang Akan Naik Kerana SST - Najib

Imej
RAKYAT dijangka akan terbeban dengan kenaikan berganda harga barangan apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mula dilaksanakan, esok. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ada beberapa barangan dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus, turut disertai dengan cukai perkhidmatan enam peratus, menyebabkan kesan rantaian kenaikan harga kepada rakyat. “Ada sesetengah barang impaknya berganda, maknanya 10 peratus bagi barangan, tapi servis, contohnya perkhidmatan lori dikenakan enam peratus, akhirnya rakyat akan tanggung kenaikan agak besar kesannya. “Tayar pula jika sebiji kira-kira RM400 hingga RM500, kalau 10 peratus (cukai jualan) dah RM50, pasang pula kena enam peratus (cukai perkhidmatan), kalau empat biji tayar berapa?," katanya pada sidang media selepas Majlis Tahlil dan Solat Hajat Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Ke-61 di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur, malam tadi. Turut hadir, Presiden Pemantau Malaysia

Video: Selewen 300 Kampit Baja Subsidi

Imej
MELAKA - Kerajaan negeri berjaya membongkar dua setor simpanan dipercayai menempatkan baja subsidi kerajaan yang diseleweng, di Kampung Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, Jasin dekat sini, awal pagi tadi. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee berkata, pihaknya membuat serbuan itu bersama pasukan polis kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi. Menurutnya, kedua-dua stor simpanan itu berjaya dipecahkan pada pukul 5.30 pagi selepas lebih tujuh jam menunggu namun penjaganya enggan memberi kerjasama membuka tempat simpanan tersebut. "Hasilnya, kita menemukan lebih 300 kampit baja subsidi yang ditempatkan di kedua-dua stor berkenaan. "Daripada rekod yang kita miliki, baja-baja ini adalah bahan subsidi kerajaan terdahulu yang tidak diserahkan kepada penerima sepatutnya seperti diarahkan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merlimau," katanya dalam satu kenyataan di sini petang ini. Dalam pa

Simpanlah La Vida Coin Awak Itu. Jangan Ingat Orang Yang Tak Kaya Macam Awak Tak Ada Maruah

Imej
PENYANYI, Aishah mendedahkan satu kenyataan laporan penyelidikan rasmi berhubung seutas rantai berlian pemberian Datuk Seri Vida, semalam. Menurut Wan Aishah Wan Ariffin, dia terpaksa tampil membuka mulut kerana sudah tidak tahan dengan kutukan netizen kononnya dia tidak faham apa itu susut nilai. “Banyak sebenarnya video yang kami rakam dan belajar mengenai intan permata. Tapi panjang ceritanya. “Tapi inilah hasil penyelidikan rasmi dari gemotologist yang bertauliah. Sebagai orang ditipu saya rasa tertekan bila orang kutuk tak tentu fasal. “Inilah dia penilaian dari gemotologist bertauliah untuk menjawab kata-kata yang mengatakan saya tak faham susut nilai berlian dan mengatakan saya tipu dan hanya ingin mengaibkan orang,” luahnya. Dalam perkongsian sama, juara GGV 4 itu turut menegur kepada DSV agar golongan artis tidak diperlakukan seumpama itu. “Bacalah report ini baik-baik DSV, saya keluarkan ini bukan nak aibkan awak, cuma saya minta janganlah buat kami golongan ar

Sharnaaz Ahmad Kongsi Wajah Bayi Sulungnya

Imej
Pelakon utama siri Cinta Bukan Kristal, Sharnaaz Ahmad, 33, buat pertama kalinya mendedahkan wajah putera sulungnya seberat 3.1 kilogram yang dilahirkan pukul 9.01 pagi tadi di laman Instagram miliknya. Difahamkan, bayi lelaki yang dilahirkan menerusi kaedah caesar di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota itu berada dalam keadaan sihat termasuk ibunya, Nabila atau Noor Nabila Mohd. Noor, 33. Terdahulu, berita gembira mengenai kelahiran bayi yang diberi nama panggilan Baby J itu dikongsikan oleh ibu Nabila, Noorkartini di media sosial milik mereka sebaik ia dilahirkan. Lebih menarik, tarikh kelahiran Baby J sama dengan sambutan ulang tahun Sharnaaz dan menganggap anak sulungnya itu sebagai hadiah paling bermakna sepanjang hidupnya. Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Nabila yang juga kakak kepada pengacara popular Neelofa itu pada 31 Mac 2017. - UTUSAN ONLINE

SST: Harga Rokok Akan Naik

Imej
KUALA LUMPUR: JT International Bhd (JTI Malaysia) hari ini mengumumkan harga rokok bagi semua jenama yang diedarkannya di Malaysia akan meningkat susulan penguatkuasaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September. “Pengenalan cukai jualan pada 10 peratus bagi produk tembakau di Malaysia akan bermakna peningkatan bagi semua jenama rokok kami, dengan mengambil kira perbezaan kadar kenaikan daripada kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilevikan ke atas rokok,” kata Pengarah Urusan JTI Malaysia, Cormac O’Rourke dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata harga rokok tidak disemak semula selepas GST berkadar sifar pada Jun 2018 susulan arahan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan. O’Rourke berkata syarikat itu kecewa kerajaan tidak kembali semula kepada cukai jualan lima peratus yang dikenakan daripada sebelum pengenalan GST dan menambah peningkatan harga ini akan memberi kesan negatif dalam merapatkan jurang harga antara rokok yang dijual sec

Dua Acara Rasmi Sempena Ulangtahun Yang di-Pertuan Agong Dibatalkan

Imej
Istana negara membatalkan dua acara rasmi bersempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang dijadual pada 9 Sept depan iaitu istiadat hari keputeraan rasmi dan jamuan teh diraja. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan malam ini. Menurutnya, Sultan Muhammad V juga menitahkan agar peruntukan perbelanjaan untuk kedua-dua acara berkenaan dikembalikan semula kepada kerajaan untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia. "Manakala acara-acara rasmi sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda yang lain tetap diteruskan seperti mana yang telah dirancang. "Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri yang telah merancang acara-acara rasmi sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi baginda bagi tahun 2

Saya Tak Campur Hal Umno Lepas Berundur - Najib

Imej
Bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata gesaan supaya menjarakkan diri dengan parti itu tidak timbul. Katanya, sejak meletakkan jawatan, beliau tidak pernah campur tangan dalam urusan parti. “Zahid amat bebas untuk membuat keputusan. “ Sebagai contoh, berhubung pelantikan penjawat parti dan calon (pilihan raya) Sungai Kandis dan semua itu,” katanya. “Saya dukung dia sebagai presiden dan berikan kerjasama penuh,” kata Najib kepada pemberita di luar Dewan Rakyat hari ini. Beliau mengulas kenyataan bekas menteri Umno Datuk Seri Nazri Aziz semalam bahawa Najib patut ke tepi dan membenarkan Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi mengemudi Umno ke depan. Semalam Nazri yang dianggap lantang mahu Najib supaya menjarakkan dirinya dari Umno bagi memberi ruang kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugas sebagai presiden parti. Menurut anggota parlimen Padang Rengas itu, Najib seharusnya mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyerahkan tugas kepada Tun

Hubungan Tun Mahathir Dan Anwar Sangat Baik

Imej
Pemuda Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yakin hubungan baik di antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu menjernihkan kekeruhan yang membelit PKR sekarang. Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keyakinan itu lahir berlandaskan permuafakatan yang dibina kedua-dua kepimpinan tertinggi parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) itu. “Pada Jumaat lepas saya sempat jumpa dengan Datuk Seri Anwar dan (diberitahu) hubungan beliau dengan Dr Mahathir sangat baik. “Malah, beliau sendiri tekankan, permuafakatan itu harus diperkukuhkan. "Selepas pertemuan itu kami bersama-sama ke Putrajaya bagi bertemu dengan Dr Mahathir,” katanya pada sidang media selepas sesi perjumpaan bersama kepimpinan Majlis Belia Malaysia, di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau mengulas kenyataan calon anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Abdullah Sani Abdul Hamid dalam satu kempen kumpulannya yang mendakwa Anwar tidak akan menjadi perdana menteri jika Dat

Periksa Alat Sulit Sebelum Masuk Tandas

Imej
KANGAR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) memeriksa alat sulit mereka terlebih dahulu sebelum memasuki mana-mana tandas. Mohd Asri berkata, kekeliruan golongan LGBT ketika ini dilihat semakin parah sehingga membawa kepada kekeliruan dalam memilih tandas untuk dimasuki mengikut jantina. "Ramai betul yang bertanya saya soalan mengenai tandas mana LGBT patut masuk? Entah mengapa tiba-tiba soalan seperti ini pun boleh muncul? "Saya ingin mencadangkan jika kekeliruan ini terjadi kepada mana-mana individu, disyorkan dia berjumpa pakar untuk memeriksa dirinya semasa dia membuang air kecil di saluran mana air itu keluar," katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, di sini, hari ini. Beliau berkata, seandainya air kecil yang keluar itu melalui alat sulit lelaki, golongan itu mestilah memasuki tandas lelaki. "Jika (air kecil) keluar melalui alat sulit wanita, sila ke tandas w

Kerana Cemburu Pergelangan Tangan Isteri Putus

Imej
PULAU PINANG - Seorang suami bertindak kejam menetak hingga putus pergelangan tangan kanan isterinya gara-gara cemburu. Mangsa ditetak berpunca rasa cemburu selepas suaminya mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku 1 pagi hari ini di Pangsapuri Bayu Nyaman, Bayan Lepas. Dalam kejadian itu, isterinya yang berusia 24 tahun, dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan akibat cedera parah putus pergelangan tangan. Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan berkata, selepas menerima laporan, pihak polis bertindak pantas berjaya menahan suami mangsa. Polis berjaya menahan suspek yang berusia 39 tahun di sebuah surau di Georgetown, kira-kira tiga jam selepas suspek menetak putus tangan isterinya. Menurut A A Anbalagan lagi, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di tingkat tiga kawasan parkir pangsapuri Bayu Nyamant. “Kita dapati kejadian berpunca daripada rasa cemburu s