Simpanlah La Vida Coin Awak Itu. Jangan Ingat Orang Yang Tak Kaya Macam Awak Tak Ada Maruah


PENYANYI, Aishah mendedahkan satu kenyataan laporan penyelidikan rasmi berhubung seutas rantai berlian pemberian Datuk Seri Vida, semalam.

Menurut Wan Aishah Wan Ariffin, dia terpaksa tampil membuka mulut kerana sudah tidak tahan dengan kutukan netizen kononnya dia tidak faham apa itu susut nilai.

“Banyak sebenarnya video yang kami rakam dan belajar mengenai intan permata. Tapi panjang ceritanya.

“Tapi inilah hasil penyelidikan rasmi dari gemotologist yang bertauliah. Sebagai orang ditipu saya rasa tertekan bila orang kutuk tak tentu fasal.

“Inilah dia penilaian dari gemotologist bertauliah untuk menjawab kata-kata yang mengatakan saya tak faham susut nilai berlian dan mengatakan saya tipu dan hanya ingin mengaibkan orang,” luahnya.

Dalam perkongsian sama, juara GGV 4 itu turut menegur kepada DSV agar golongan artis tidak diperlakukan seumpama itu.

“Bacalah report ini baik-baik DSV, saya keluarkan ini bukan nak aibkan awak, cuma saya minta janganlah buat kami golongan artis begini.

“Ya mungkin ALLAH bagi awak jadi kaya raya tapi itu tak membenarkan awak menipu kami. Saya tak nak apa-apa daripada awak sekadar mohon maaf di atas penipuan ini.

“Simpanlah La Vida coin awak tu. Jangan ingat orang yang tak kaya macam awak tak ada maruah,” katanya lagi. – Sinar

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.