Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Penipuan

Simpanlah La Vida Coin Awak Itu. Jangan Ingat Orang Yang Tak Kaya Macam Awak Tak Ada Maruah

Imej
PENYANYI, Aishah mendedahkan satu kenyataan laporan penyelidikan rasmi berhubung seutas rantai berlian pemberian Datuk Seri Vida, semalam. Menurut Wan Aishah Wan Ariffin, dia terpaksa tampil membuka mulut kerana sudah tidak tahan dengan kutukan netizen kononnya dia tidak faham apa itu susut nilai. “Banyak sebenarnya video yang kami rakam dan belajar mengenai intan permata. Tapi panjang ceritanya. “Tapi inilah hasil penyelidikan rasmi dari gemotologist yang bertauliah. Sebagai orang ditipu saya rasa tertekan bila orang kutuk tak tentu fasal. “Inilah dia penilaian dari gemotologist bertauliah untuk menjawab kata-kata yang mengatakan saya tak faham susut nilai berlian dan mengatakan saya tipu dan hanya ingin mengaibkan orang,” luahnya. Dalam perkongsian sama, juara GGV 4 itu turut menegur kepada DSV agar golongan artis tidak diperlakukan seumpama itu. “Bacalah report ini baik-baik DSV, saya keluarkan ini bukan nak aibkan awak, cuma saya minta janganlah buat kami golongan ar...

Kes Agent Coway, Selesai Cara Baik Dengan Perbincangan Kedua-Dua Belah Pihak.

Imej
Baru-baru ini tersebarnya satu kes penipuan  di media sosial di mana seorang wanita yang dikenali sebagai Dekmoy Queen telah memuatnaik status di laman Facebooknya menyatakan bahawa dia telah ditipu oleh agent Coway bernama Eimran. Walaubagaimanapun, agen Coway terbabit baru sahaja memberitahu pihak kami bahawa semua ini hanyalah salah faham sahaja. Menerusi status yang dimuatnaik, Eimran menyatakan permohonan maafnya terhadap isu terbabit dan turut meminta Dekmoy Queen memadam status bekenaan. Kes ini telah berjaya diselesaikan dengan baik melalui perbincangan daripada kedua-dua belah pihak. Eimran dalam pada masa yang juga turut meminta agar tiada pihak lain yang menyebarkan perkara ini lagi supaya namanya sebagai agen Coway yang berdaftar tidak busuk begitu sahaja. Kenyataan Eimran Di Face

Seorang Warga Emas Di Tipu Dengan Dua Orang Warga Indonesia

Imej
GUA MUSANG: Seorang warga emas telah ditipu oleh dua lelaki yang dikatakan berwarganegara Indonesia yang telah menyamar sebagai bomoh di Bandar Gua Musang pada 10.45 pagi semalam. Warga emas terbabit dipercayai telah mengalami kerugian sebanyak RM15,000 selepas barang kemas yang dimilikinya dilarikan dua lelaki terbabit. Mangsa iaitu Hasnah Draman, 63, yang berasal dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Jeram Tekoh, berkata, sebelum kejadian itu berlaku dia dikatakan berada di hadapan sebuah kedai berhampiran pasar minggu bandar terbabit. Menurut keterangannya, dia telah didatangi oleh dua lelaki yang berusia 30 dan 40 tahun di mana kedua-duanya menggunakan dialek Indonesia untuk bertanyakan lokasi kedai buku agama. "Mereka kemudian bertanya sama ada mak cik ada menghidap apa-apa penyakit kerana dilihat seperti keletihan. Mak cik hanya beritahu menghidap penyakit asma dan sakit urat sebelum salah seorang lelaki memintanya menggenggam objek hitam yang diberikan....

Tertarik Tawaran Harga Murah, 15 Ditipu Pasangan Suami Isteri

Imej
PUTRAJAYA : Seramai 15 orang penduduk di Putrajaya mendakwa ditipu oleh sepasang suami isteri yang menawarkan pakej pemasangan kabinet dapur dan almari dengan harga murah tetapi gagal menyiapkan kerja tersebut dan menyebabkan penduduk mengalami kerugian ribuan ringgit. Kebanyakan mangsa yang terdiri dari kakitangan awam yang baru saja mampu memilki kediaman sendiri di Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Presint 6, Presint 11 dan Presint 17. Kerugian mangsa di anggarkan antara RM7,000 hingga RM10,000 bergantung kepada permintaan serta pakej pemasangan yang dibuat di rumah mereka. Salah seorang mangsa yang hanya ingin di kenali sebagai Imah 34 berkata, beliau membuat carian di internet terlebih dahulu berkenaan khidmat pasangan suami isteri tersebut dan tidak melihat apa-apa komen atau aduan mengenai syarikat berkenaan, setelah itu barulah beliau membuat keputusan untuk berurusan dengan pasangan tersebut. "Selepas itu, saya berurusan dengan isteri kontrakt...

'Datuk' Tipu Pensyarah

Imej
LIMBANG: Seorang pensyarah universiti awam didakwa telah mengalami kerugian sebanyak RM100,000 selepas dikatakan terpedaya dengan tawaran seorang lelaki yang mengaku bergelar 'Datuk'. 'Datuk' terbabit dipercayai mempelawa mangsa untuk menjadi rakan kongsi pelaburan dengan menjanjikan pulangan yang lumayan iaitu di antara 18 hingga 20 peratus sebulan. Pensyarah lelaki yang berusia 47 tahun itu dikatakan berkenalan dengan suspek yang dalam pada masa yang sama turut memperkenalkan diri sebagai pemilik sebuah syarikat pelaburan dan menawarkan keuntungan selama 10 tahun pada Jun tahun lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Limbang, suspek juga turut meyakinkan mangsa dengan menjanjikan tawaran melancong dengan pakej yang menarik. Katanya lagi, mangsa yang yakin dengan penampilan suspek bertindak menyerahkan wang tunai RM100,000 dengan memindahkan wang ke akaun syarikat suspek pada Jun lalu. Namun selepas lebih tiga bulan menunggu, keuntungan yang dijanjikan tidak diperoleh, Sel...

Gadis Terima Padah Berjumpa Kekasih Yang Baru Kenal Seminggu.

Imej
PADAH percaya pada pasangan yang baru kenal seminggu, seorang remaja perempuan telah ajak mangsa berjumpa. Pada mulanya berkenalan hanya di laman sosial facebook, mesej - mesej biasa, tidak merancang pun untuk berkenalan lebih mendalam pasal diri dia, tetapi lama kelamaan hati ini ingin tahu serba sedikit pada si dia. Dalam perbualan itu sama - sama bersetuju untuk berjumpa dan mangsa telah beri waktu dan nama tempat untuk berjumpa. Pada permulaan pertemuan baik - baik sahaja,tiada masalah tetapi setelah kali ke dua pertemuan saya merasa curiga pada si dia. Si dia telah isi sesuatu ke dalam air minuman saya. Sedar - sedar sahaja saya sudah berada di tepi kedai. Mangsa telah mengalami kerugian sebanyak RM 500 termasuk sebuah motosikal, jam dan telefon bimbit (HP). Remaja berkenaan telah di perdaya pada malam tersebut dan telah membawa padah ke atas dirinya sehinggakan mengalami kerugian akibat kehilangan motosikalnya. Dengan sekelip mata sahaja semua hilang macam itu ...

Syabas Pihak Polis Kerana Telah Berjaya Menumpaskan Sindiket Pekerja Asing

Imej
SEPANG : Digelar sebagai Harun 2.0 ditahan petang semalam kerana terbabit dalam sindiket membawa pekerja asing secara haram ke negara ini, dua lelaki warga Bangladesh ditahan. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kedua-dua suspek yang berusia lewat 30-an ditahan selepas sepasukan Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan melakukan serbuan ke atas sebuah premis di Pandan Indah, Ampang, Selangor. "Bertindak atas maklumat orang awam, kita berjaya menumpaskan sindiket membawa pekerja asing secara tidak sah berselindung di sebalik syarikat perniagaan yang diusahakan mereka bersama warga tempatan. "Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita menemui sebanyak 258 pasport Bangladesh; dua pasport Indonesia, 26 keping E-Kad dan 11 cop getah kedutaan asing yang disyaki palsu digunakan suspek dalam menjalankan sindiket ini," katanya. Mustafar berkata, dalam serbuan kira-kira 5.30 petang itu, pihaknya turut menemui pelbagai d...

Sebab Duit Ejen Pelancongan Direman

Imej
PELAKON Den Wahab dan pengarah filem Aziz M Osman di percayai telah di tipu oleh seorang wanita yang menyamar sebagai ejen pelancongan, berhubung percutian di Korea Selatan. Telah  di reman selama dua hari bermula hari ini. Ahli perniagaan berusia 36 tahun itu di reman selepas perintah dikeluarkan terhadapnya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu. Den Wahab memberi tempoh seminggu kepada wanita itu untuk memulangkan semula bayaran wang percutian dia dan keluarga Aziz ke Korea dianggarkan RM90,000. Den berkata, dia masih sabar menanti janji wanita berkenaan yang mahu memulangkan semua jumlah bayaran namun belum menerima satu sen pun sehingga hari ini. Disebabkan dia tidak menepati janji, Den bersama Aziz dan 18 lagi individu membuat laporan di balai polis berasingan Terdahulu, wanita berbaju lokap dan di iringi anggota polis ke dewan mahkamah pada 10.45 pagi untuk prosi...

Di Hukum Penjara 13,275 Tahun Kerana Menipu

Imej
BANGKOK - Mahkamah di Thailand menjatuhi hukuman penjara 13,275 tahun ke atas Phudit Kittitradilok kerana menipu 570 juta Baht (kira-kira RM73 juta) daripada lebih 2,500 orang melalui satu skim pelaburan palsu. Bagaimanapun, mengikut undang-undang  tempoh penjara yang sebenar, lelaki berumur 34 tahun itu akan menjalani hukuman maksimum 20 tahun. Hari ini satu Media tempatan hari ini melaporkan, , lelaki terbabit, Phudit Kittitradilok didapati bersalah berhubung penipuan awam dan pengubahan wang haram dengan skim pelaburan yang didalanginya dari Ogos 2015 sehingga September 2016. Walaupun tempoh hukuman penjara yang panjang dijatuhi ke atas lelaki itu oleh Mahkamah Jenayah Thailand, ia masih jauh daripada rekod pada 1989 apabila sebuah lagi mahkamah menjatuhi hukuman penjara 141,078 tahun ke atas seorang bekas pekerja Pihak Berkuasa Petroleum Thailand, Chamoy Thipyaso. disabitkan kesalahan penipuan korporat. Berikutan waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahk...

Remaja 16 Tahun Di Larikan Anggota Polis

Imej
PAHANG – Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub. Pelajar perempuan berusia 16 tahun dipercayai dilarikan seorang lelaki mengaku anggota polis bernama Faiz di rumahnya, semalam. Sebelum kejadian Ibu mangsa Wan Maziah Wan Mat, 37, berkata Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi keluar menaiki motosikal kira-kira jam 11 pagi semalam, jarak perjalanan dari rumah ke sekolah adik nya itu hanya tiga kilometer. Nur Syaminn yang juga salah seorang dari pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ruan singgah membeli pisang goreng yang di pesan oleh ibu nya di kedai berdekatan simpang Ulu Gali,ketika perjalanan pulang ke rumah. “Di situ dia bertemu seorang lelaki mengaku anggota polis meminta tolong untuk membawa balik motosikal yang didakwa baru dibelinya di kedai di Sungai Ruan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Ibu mangsa Wan Maziah berkata, lelaki itu kemudian mengikut anaknya pulang ke rumah mereka untuk memberitahu hajat lelaki tersebut. “Dia memperkenalkan diri sebagai Faiz, seora...

Remaja 16 Tahun Di Bawa Lari Anggota Polis

Imej
PAHANG – Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub. Pelajar perempuan berusia 16 tahun dipercayai dilarikan seorang lelaki mengaku anggota polis bernama Faiz di rumahnya, semalam. Sebelum kejadian Ibu mangsa Wan Maziah Wan Mat, 37, berkata Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi keluar menaiki motosikal kira-kira jam 11 pagi semalam, jarak perjalanan dari rumah ke sekolah adik nya itu hanya tiga kilometer. Nur Syaminn yang juga salah seorang dari pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ruan singgah membeli pisang goreng yang di pesan oleh ibu nya di kedai berdekatan simpang Ulu Gali,ketika perjalanan pulang ke rumah. “Di situ dia bertemu seorang lelaki mengaku anggota polis meminta tolong untuk membawa balik motosikal yang didakwa baru dibelinya di kedai di Sungai Ruan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Ibu mangsa Wan Maziah berkata, lelaki itu kemudian mengikut anaknya pulang ke rumah mereka untuk memberitahu hajat lelaki tersebut. “Dia memperkenalkan diri sebagai F...

Macau Scam Digempur Bukit Aman

Imej
KUALA LUMPUR - Pihak polis dari Unit Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, berjaya menumpaskan satu sindiket Macau Scam dan judi dalam talian menerusi serbuan besar-besaran dengan kerjasama Polis China, baru-baru ini. Dalam kejadian jam 3 petang pada 12 Disember lalu, serbuan serentak yang membabitkan lokasi yang dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang serta dua lagi wilayah China, iaitu di Guandong dan Yunan. Datuk Amar Singh Ishar Singh selaku Pengarah JSJK Bukit Aman berkata, seramai 146 warga China yang berusia 20 hingga 45 tahun ditahan, termasuk 71 yang beroperasi dari negara ini dalam serbuan berkenaan. "Difahamkan, serbuan dibuat berdasarkan dari maklumat salah seorang mangsa di China, dan Polis China bekerjasama dengan kami bagi memberkas rangkaian sindiket berkenaan yang dikatakan beroperasi dari negara ini. Katanya pada sidang media , "mereka dipercayai membuat sindiket dengan menipu menyamar sebagai pegawai po...

Bella Nazari Menjadi Mangsa Pelakon Kasanova

Imej
Perkenalan di laman media sosial telah membuatkan Bella Nazari hampir menjadi mangsa tipu seorang pelakon lelaki kasanova.  Pelakon lelaki tersebut telah menghantar satu pesanan di laman media sosial  instagram Bella dan mengatakan ingin berkenalan dengan lebih serius. Bella turut berani bertukar nombor telefon dengan pelakon tersebut selepas pelakon kasanova  itu mengaku bahawa dia juga seorang pelakon.   Setelah bertukar nombor telefon, mereka mula berhubung melalui aplikasi WhatsApp dan menurut Bella mereka masih lagi berhubung sehingga ke hari ini. Apabila terlalu kerap menghubunginya, Bella merasa curiga dengan pelakuan pelakon ini dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena.  Pelakon kasanova ini dikatakan turut menipu beberapa lagi orang artis dan golongan lembut juga pernah menjadi mangsanya. Bella mengulas lebih lanjut mengenai aktiviti penipuan membabitkan seorang aktor kasanova berusia 30-an memggunakan janji-janji m...

PPIM : Kes Pelaburan Kucing

Imej
Perbincangan Kes Perlaburan Kucing yang viral di laman media sosial, pemilik tampil memberi keterangan kepada pembeli yang merasa ditindas dan ditipu oleh pemilik berlangsung di ibu pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Ramai yang tampil untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap program pelaburan kucing yang dikendalikan oleh syarikat Imadi Pet Global Sdn Bhd, di miliki Ismail Mohd Ali. PPIM, Pengerusi Biro Undang-Undang diketuai oleh Hishamuddin Hashim yang sedang di dalam perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian konflik di antara mereka. Video berdurasi selama 43 minit 15 saat itu dimuat naik oleh PPIM di laman Facebook. semasa perbincangan berlangsung, peserta peserta yang terlibat dalam program Pelaburan Kucing tersebut menyatakan penipuan yang di lakukan serta jumlah penipuan yang mereka alami. Anrata kronologi yang berlaku di perbincangan tersebut, Ismail menyatakan "perniagaan dia jatuh di sebabkan oleh kisah viral yang berlaku pada bulan la...

Pengasas Skim Pelaburan Hadapi 26 Tuduhan!!! Mecca Fund Global/Hotel Al Safwa Royal Orchid Mekkah

Imej
KUANTAN-  Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman, 44, dari Kampung Sungai Soi, dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kuantan hari ini   menghadapai 26 pertuduhan yang melibatkan transaksi berjumlah lebih RM1 juta. Pengasas skim pelaburan Islam itu mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali. Tertuduh telah diwakili peguam S M Karunathan dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya,  Idamasliza Maarof.  dan  Antara tahun 2015 hingga 2016, tertuduh didakwa menggunakan wang berjumlah rm689,280 bagi membeli dua unit lot kedai di Kuala Kuantan dan dipercayai melakukan wang pengubahan haram sebanyak rm100,968.04 dimilikinya didalam akaun semasa. Permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya,  Idamasliza Maarof untuk memindahkan kes ke Mahkamah Seksyen Jenayah di Kuala Lumpur memandangkan tertuduh turut didakwa di mahkamah berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan ...

Bayi Demam Angkara Susu Formula Tiruan

Imej
Foto Berita Harian MELAKA -  Seorang bapa yang dikenali sebagai Koh, 33 telah mendedahkan anak tunggalnya mengalami demam dan ruam kemerahan di badan sejak diberi minum susu formula bermula September lepas. Melihat pada siptom-simptom yang dialami oleh anaknya, isteri Koh memaklumkan tentang kewujudan susu formula tiruan yang makin meluas di pasaran. Setelah diteliti perbezaan susu formula original dan susu formula tiruan yang sedang tular di media sosial, Koh yakin bahawa susu formula yang dibelinya adalah susu tiruan dari segi garisan lipatan pada susu formula yang dibelinya. Koh juga mendakwa kesihatan anaknya merosot apabila dia mula memberikan susu yang dibeli di sebuah kedai ubat di Bachang. Hal ini sangat membimbangkan ibubapa apabila susu formula tiruan makin banyak berada di pasaran dan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi sekaligus juga melibatkan nyawa. Ahad yang lepas, rampasan sebanyak 200 ribu kotak susu formula bayi yang dipercayai tiruan telah...

Muka Cantik Tapi Sayang Tipu Jual iPhone 7

Imej
GUA MUSANG - Seorang gadis berusia 20 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di atas pertuduhan menipu seorang pelajar membabitkan wang sebanyak RM2,000 untuk membeli Iphone 7 melalui laman Mudah,My pada Mei lalu. Yusnani Mohd Yusof, 20 mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Rosly Mohamed Nawi. Yusnani yang berasal dari Kuantan, Pahang didakwa memperdaya Noratirah Adila Muhairi, 17, yang beralamat di Nombor 30, Perumahan Banjir Kampung Tiong di sini supaya menyerahkan wang sebanyak RM2,000 kepadanya melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN). Difahamkan, wang tersebut bertujuan untuk pembelian telefon Iphone 7 yang tidak wujud pada 6 dan 7 Mei lalu melalui laman Mudah.My. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Waffiy Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Tertuduh yang juga bekerja sebagai jurujual dan masih bujang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksi...

14 Gambar Peniaga Online Dituduh Menipu Dan Jual Barang Fake

Imej
Seorang pengguna media sosial bernama Shaf Fiqz Mikael telah memuat naik beberapa keping gambar mengenai seorang penjual produk kosmetik yang dituduh menjual barangan tiruan. Penjual produk kosmetik yang dikenali sebagai Muhd Irfan Abdullah atau nama panggilannya Sifu telah dituduh menjual produk barangan tiruan dan dikatakan membuat 'contest emas' palsu. Ramai pembeli yang dikatakan tertipu dengan penjual terbabit yang kononnya membuat 'jualan runtuh'. Terdapat banyak komen dari rata-rata netizen mengenai penipuan tersebut. Salah satu daripadanya ialah Nurul Nuratiekah, katanya, "saya juga salah seorang yang tertipu dengan membeli make up 'fake', salah diri sendiri juga sebab termakan tipu daya kononnya buat harga runtuh." Dan ramai juga yang tidak berpuas hati mengenai 'contest emas' kerana mendakwa ianya penipuan semata-mata. Difahamkan, laporan polis dan KPDNKK sudah dibuat dan dikatakan lelaki terbabit sedang giat memadamka...