Remaja 16 Tahun Di Bawa Lari Anggota Polis



PAHANG – Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub. Pelajar perempuan berusia 16 tahun dipercayai dilarikan seorang lelaki mengaku anggota polis bernama Faiz di rumahnya, semalam.


Sebelum kejadian Ibu mangsa Wan Maziah Wan Mat, 37, berkata Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi keluar menaiki motosikal kira-kira jam 11 pagi semalam, jarak perjalanan dari rumah ke sekolah adik nya itu hanya tiga kilometer.


Nur Syaminn yang juga salah seorang dari pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ruan singgah membeli pisang goreng yang di pesan oleh ibu nya di kedai berdekatan simpang Ulu Gali,ketika perjalanan pulang ke rumah.


“Di situ dia bertemu seorang lelaki mengaku anggota polis meminta tolong untuk membawa balik motosikal yang didakwa baru dibelinya di kedai di Sungai Ruan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Ibu mangsa Wan Maziah berkata, lelaki itu kemudian mengikut anaknya pulang ke rumah mereka untuk memberitahu hajat lelaki tersebut.


“Dia memperkenalkan diri sebagai Faiz, seorang anggota Polis yang bertugas di Balai Polis Sungai Ruan.


“Lelaki berpenampilan kemas berusia lingkungan 20-an itu menaiki kereta berwarna perak, dia mahu meminta tolong anak saya mengambil motosikal baru dibelinya. Tanpa syak wasangka saya membenarkan Nur Syaminn mengikutnya,” katanya.


Lebih kurang jam 3 petang dia mendapat panggilan telefon daripada anaknya mengatakan berada di Gua Musang, Kelantan.


“Sambil menangis dia memberitahu gelang emas dipakainya telah diambil lelaki tersebut, sebelum talian terputus,” katanya.


Menurutnya, beliau telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Ruan pada 4 petang semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, ketika dihubungi, mengesahkan bahawa telah menerima laporan dari ibu mangsa dan memaklumkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihaknya. Sumber: Berita Metro – Editor: Amylea Nazrul









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kanak-Kanak 7 Tahun Gila Akibat Terlalu Banyak Belajar

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Video Wanita Ketuk Keranda Bangkit Semula Dari Mati