Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel berita dalam negara

Sedih!! Nasib Pelajar Cemerlang Berakhir Ke Tali Gantung

Imej
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi adalah peribahasa yang selalu kita dengar dikaitkan dengan kelakuan anak-anak yang bermaksud segala tingkah laku dan sikap anak-anak datang dari hasil pembentukan ibu bapa itu sendiri. Mungkin ada yang setuju dengan kenyataan di atas dan ada juga yang tidak bersetuju. Berikut adalah satu kisah sedih dan menyayat hati apabila hayat seorang pelajar cemerlang yang mana sepatutnya mempunyai masa depan yang cerah berakhir ke tali gantung akibat pengaruh dadah dan penceraian ibu bapa. Seperti diceritakan oleh seorang doktor, beberapa tahun lalu ada seorang pelajar cemerlang, SPM dapat 10A, dapat jurusan perubatan namun sesuatu berlaku apabila dia terjebak dengan ketagihan dadah. Puan Nadiah Yusof menceritakan bagaimana pelajar cemerlang ini tersalah pilih jalan yang akhirnya membawa diri ke tali gantung “Kes remaja yang membakar tahfiz mengingatkan saya kejadian lapan tahun lepas ketika saya masih seorang pelatih. Saya terima seorang pesakit awal 20-...

Gambar Suspek Utama Liwat Pelajar Tahfiz Tersebar

Imej
Berita yang tular di media sosial berikutan kejadian pelajar tahfiz diliwat oleh seorang sukarelawan di Bukit Route telah ditahan oleh pihak polis. Berhubung dengan kes berkenaan, gambar suspek yang dikenali sebagai Nasrul, 41 telah tersebar di mana gambar dia bersama pelajar tahfiz berkenaan ketika sedang memberi sumbangan. Nasrul dikenali sebagai seorang yang baik dan selalu datang ke madrasah berkenaan untuk memberi bantuan serta merupakan seorang pegawai kepada seorang kerabat. Ramai yang tidak menyangka suspek sanggup melakukan perbuatan jijik tersebut kerana kerana akaun media sosial milik suspek cukup popular dengan gambar-gambar dimana suspek membantu madrasah terbabit. Bermula semalam hingga 19 Mac suspek ditahan reman dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat. Sumber:Eberita , Editor:Anna

Anggota polis Ditetak Ketika Menjalankan Siasatan

Imej
Seorang anggota polis menerima kecederaan apabila ditetak ketika sedang menjalankan siasatan bagi operasi bersepadu dadah di Bukit Chapong, semalam. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 7 petang ketika mangsa, 22 bersama rakannya menuju ke Kampung Peralla untuk menjalankan siasatan tersebut. Setibanya di loksai berkenaan, mangsa melihat lima orang lelaki disyaki sedang menjalankan urusan jual beli dadah lalu mangsa dan rakannya berhenti di kawasan lelaki-lelaki tersebut untuk menahan seorang pengedar. Ketika sedang menahan suspek, secara tiba-tiba kepala mansa diketuk daripada belakang dengan sebilah parang oleh seseorang dan dipercayai beliau adalah bapa kepada mangsa. Anggota polis tersebut turut mengalami luka di bahagian jari telunjuk sebelah kanan akibat terkena tetakan parang lelaki itu. Mangsa melepaskan tangkapan ke atas suspek kerana mahu menyelamatkan diri namun mereka berdua telah dikejar oleh 3 orang lelaki yang terlibat dengan urusan jual beli dadah tersebut dengan ...

Isteri Pertama Suami Izreen Diceraikan

Imej
Pelakon Izreen Azminda pernah dihambat kontroversi apabila berkahwin bersama suami orang secara senyap, Ude Wahid yang bekerja sebagai seorang pemuzik. Dia dikecam teruk kerana berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama. Lebih mencetuskan kemarahan orang apabila rumah tangga Ude dan Intan berentakkan sejak mengahwini Izreen. Sebentar tadi, Ude Wahid telah melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya Intan Liana di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada jam 2.30. Izreen Azminda sebagai isteri kedua berkata tidak mahu memberi apa-apa komen kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan dan beliau juga menjelaskan tidak pernah mencampuri urusan pasangan itu. “Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belit dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahkan. Saya tidak pernah bertanya mengenai mereka berdua” “Saya rasa itu jalan terbaik mengelak konflik. Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya ...

Peniaga Online Culik Remaja Kerana Bengang Dikecam

Imej
KUALA TERENGGANU -  Seorang wanita yang merupakan peniaga atas talian di media sosial telah bertindak untuk menculik seorang remaja perempuan yang mengecamnya di laman facebook. Suspek yang bengang akan kecaman tersebut telah dibantu oleh enam rakannya untuk menculik mangsa bagi membalas dendam. Suspek yang dikenali dengan nama ‘Ailin’ 26 tahun, bersama rakannya dikatakan menyerang mangsa ketika sedang melalui Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu pada jam kira-kira 12.30 malam. Mangsa yang merupakan seorang remaja 19 tahun telah di larikan lebih 20 kilometer dari tempat dia di culik. Ketika kejadian, mangsa sedang menaiki sebuah kereta bersama tiga rakannya telah ditahan dan mangsa telah ditarik keluar dari kereta tersebut. Semasa berada di dalam kereta suspek, muka mangsa telah ditutup dengan kain serta kaki dan tangannya diikat. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, kesemua suspek yang terlibat telah memukul mangsa dan meningga...

Wartawan Disamun, Beg Tangan Dilarikan Serta Luka Di Tangan Dan Muka

Imej
Seorang wartawan berbahasa cina, Lee Pei Pei daripada akhbar Kwong Wah Yit Poh di Pulau Pinang menjadi mangsa samun di Taman Impian Indah, Machang Bubok, Bukit Mertajam pada Isnin, 26 Februari. Kejadian yang berlaku pada jam 12 tengah hari itu menyebabkan mangsa luka di bahagian lengan dan lebam di muka kerana bergelut dengan dua orang penyamun tersebut dalam usaha menyelamatkan begnya. Dalam kejadian tersebut beg tangan milik Pei Pei berjaya dilarikan oleh dua orang penyamun terbabit. Ketika kejadian berlaku, Pei Pei dalam perjalanan menuju ke rumah rakannya untuk keluar makan tengahari namun ketika memandu kenderaannya penyamun tersebut menghampiri mangsa dengan menaiki sebuah motosikal. Salah seorang daripada dua penyamun tersebut telah memecahkan cermin tingkap di tempat duduk penumpang bahagian depan secara tiba-tiba dengan menggunakan sebatang besi yang diubah seuai dengan palam pencucuh dan mencapai beg tangan mangsa. Mangsa cuba untuk menghalang tindakan penyamun tersebut unt...

Lelaki Ditemui Maut Akibat Terkena Renjatan Elektrik

Imej
TUMPAT - Orang awam telah menemui seorang mayat lelaki berusia 41 tahun yang dipercayai mati akibat terkena renjatan eletrik pada petang semalam di Kampung Nyior, Palekbang. Mangsa ditemui dalam keadaan baju terbakar terbaring di dalam semak berhampiran tiang elektrik Orang awam turut menemui sebatang playar bersama dompet berisi kad pengenalan mangsa. Penemuan mayat tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud. Punca kematian masih dalam siasatan dan mayat dibawa ke hospital Tumpat untuk di bedah siasat. Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi sendiri kerana kes masih dalam siasatan dan punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan. Editor:Anna

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahitnya Hampir Buta Di Sebabkan Kanta Lekap

Imej
Kecantikkan dan wanita tidak dapat dipiasahkan lagi. Wanita mana yang tidak mahu tampil cantik dan bergaya di mata setiap lelaki. Bagi wanita kecantikkan seperti kawan karib mereka untuk membuatkan mereka merasa yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. Tidak lepas juga yang ingin kelihatan cantik dengan menggunakan kanta lekap dimata mereka.Selalunya kanta lekap digunakan untuk orang yang semamangnya rabun dan rimas untuk menggunakan cermin mata.Namun tidak kurang juga yang menggunakan kanta lengkap untuk kelihatan cantik semata-mata. Sebenarnya pengguanaan kanta lengkap tidak asing lagi negara kita, namaun ada juga segelintir daripadanya tidak langsung menitik beratkan soal kebersihan penjagaan kanta lekap ini. Satu pengkongsian melalui laman Facebook iaitu dari Nur maisaraa yang telah berkongsikan pengalaman pahitnya mengguanakan kanta lekap. Matanya menjadi rabun sebelah dan tidak nampak pada jarak jauh apabila dilihat pada jarak dekat objek tersebut menjadi kabur pada pandang...

Konstable Polis Raba Dan Memeras Ugut Pasangan Kekasih Di Tahan

Imej
Seorang Konstabel polis yaang berusia 29 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan mengenai dakwaan bahawa dia mencabul dan memeras ugut sepasang kekasih di Seri Iskandar. Anggota polis tersebut bertugas di Balai Polis Parit itu telah ditahan sejuru satu laporan yang dibuat oleh pasangan kekasih tersebut. Suspek telah ditahan pada pukul 9 malam. Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, berkata, pihak nya telah menerima laporan daripada psangan kekasih yang berusia 20 tahun didakwa telah diperas ugut oleh polis terbabit sebanyak RM700 selain turut mencabul pelajar wanita pasangan kekasih mudah ini. Menurut laporan yang diterima,pasang kekasih berkenaan dipercayai berdua-duaan di dalam kereta dalam keadaan yang mencurigakan. Hasil siasatan awal mendapati anggota polis terbabit dikatakan telah habis bertugas pada waktunya dan tidak memakai pakaian seragam telah melalui kawasan berkenaan dan telah bertindak memeriksa pasangan ini. Disebabkan me...

Jururawat Bawa Dadah Ditahan Polis

Imej
Seorang jururawat wanita yang berusia 27 tahun telah ditahan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan dadah di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, semalam. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek di tahan di tepi jalan di hadapan rumah di Jalan Wangsa Budi 11, kira-kira 9 pagi. "Ketika pemeriksaan terhadap suspek, anggota polis menemui beg kertas yang dipegang oleh suspek mengandungi lapan ketulan mampat serta leraian daun-daun kering yang disyaki dadah jenis ganja. "Ia dianggarkan seberat 255.49 gram bernilai lebih kurang RM850, suspek kemudian ditahan untuk ujian saringan air kencing dan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan. Menurut Roy, keputusan ujian air kencing suspek didapati positif dadah jenis THC. "Selain daripada lapan ketulan dipercayai ganja yang ditemui pada suspek, polis turut menemui satu botol kaca berwarna kuning, papan plastik warna putih ...

Surat Terakhir, Remaja Bunuh Diri Dituduh Curi iPhone.

Imej
GEORGE TOWN- Seorang remaja yang bersekolah di salah sebuah sekolah di Pulau Pinang telah meninggal dunia awal pagi semalam, 1 Februari, akibat kecederaan otak selepas cubaan bunuh diri kerana dituduh mencuri telefon bimbit gurunya. Berita itu disampaikan oleh Presiden Tamiliar Kular Malaysia, David Marshel Pakianathan selepas melawat jenazah M Vasanthapiriya di Hospital Seberang Jaya. “Kita harap mendiang akan menerima keadilan,” kata David dalam video dimuat naik di Facebook. “Kita harap perkara ini tidak akan berlaku pada mana-mana murid sekolah di Malaysia. Saya harap semua pelajar dan belia jangan mengambil keputusan untuk membunuh diri. Segala masalah kita boleh selesaikan, jika kita berkongsi masalah kita dengan pihak yang betul. “Hari ini kita kehilangan disebabkan beberapa faktor, salah satunya sekolah tidak mengamalkan SOP yang sepatutnya,” tambah David, yang juga ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Menurut David, Vasanthapiriya mengalami t...

Aliff Syukri Nafi Mungkir Janji?? - “Takkan Kena Bagi RM20,000 Pula”

Imej
Nama usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri pernah menggemparkan media sosial berikutan kejadian kecurian yang melibatkan pembantu rumahnya. Terdahulu, Aliff Syukri pernah memberi kenyataan akan memberikan pampasan sebanyak RM5,000 kepada sesiapa yang berjaya menjejaki pembantu rumah beliau yang didakwa telah mencuri wang tunai dan barangan kemas. Baru-baru ini, dua orang bekas pembantu rumah yang dipercayai terlibat dalam kecurian itu telah berjaya ditahan polis. Seorang lelaki yang bernama Abu yang dikatakan berjaya menjejaki suspek meluahkan rasa kecewanya kerana mendakwa Aliff Syukri memungkiri janji dengan hanya memberinya wang tunai saguhati sebanyak RM300 berbanding RM5000 seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini. Aliff Syukri menafikan dakwaan lelaki tersebut kerana menurutnya RM5000 tersebut akan diberikan kepada mereka yang memberi maklumat terawal sahaja iaitu merujuk kepada dua pembantu rumahnya yang ditangkap sebelum ini. ...

Remaja Maut Terbabas, Rempuh Penghadang Pejalan Kaki

Imej
TAWAU- Satu kemalangan jalan raya yang mengakibat kan seorang penunggang motosikal maut dipercayai terbabas dan telah merempuh penghadang pejalan kaki.  Kejadian di laporkan berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi semalam berhampiran jejantas Balung, Tawau. ACP Fadil Marsus,Ketua Polis Daerah Tawau,berkata siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 21 tahun ini, menunggang motosikal jenis Lagenda hilang kawalan lalu terbabas sebelum mangsa melanggar besi penghadang laluan pejalan kaki dan telah tercampak lebih kurang 31 meter daripada lokasi kejadian. Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Bandar Tawau menghala ke arah rumah mangsa di Kampung Inderasabah, Tawau. Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Motosikal yang dipandu mangsa hanya mengalami kerosakan pada bahagian hadapan. Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Editor: Ila

Lelaki Maut Cuba Elak Kucing

Imej
TERENGGANU- Akibat cuba mengelak daripada terlanggar seekor kucing yang melintas jalan, seorang polis bantuan di Universiti Teknologi Mara (UITM) Dungun dipercayai maut digilis oleh sebuah kereta di Jalan Gong Pasir-Balai Besar, Dugun pada hari ini. Kemalangan yang meragut nyawa itu berlaku kira-kira pukul 6.45 pagi, mangsa Lans Koperal Ros Shaari Abdullah,34, tinggal di Kampung Paya Balai Besar, Dungun dipercayai maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala. Mangsa dikatakan menunggang motosikal didalam perjalanan dari rumah untuk ke tempat kerjanya. Mangsa dipercayai cuba mengelak seekor kucing yang melintas jalan terbabit sebelum motosikal yang ditunggang nya itu terbalik lalu mangsa tercampak ke atas jalan raya . Bagaimana pun kereta yang dipandu penolong pegawai farmasi yang berada di belakang mangsa gagal mengelak lalu menggilis mangsa. Wan Zuhaimira Wan Mohamed, 34,isteri mangsa ,berkata ,berita yang mengejutkan itu sukar untuk diterima. ...

9 Gambar: Lelaki Temui Ajal Di Belit Ular Sawa

Imej
BANTING- Seorang lelaki yang maut dipercayai akibat dibelit seekor ular sawa di Jalan Haji Ibrahim pada awal pagi tadi. Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri ,berkata mangsa yang dikenali sebagai Zaim Khalis Kosnan,35,telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. "Pihak kami telah menerima panggila kecemasan pada jam 4.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian selepas panggilan kecemasan itu diterima. "Sebaik sahaja pasukan penyelamat kami sampai di lokasi kejadian, kami menemui seekor ular sawa sepanjang 2.4 meter dan sudah pun mati akibat dipukul oleh orang awam,"katanya. Menurut laporan,mayat mangsa kini masih berada di Hospital Banting untuk proses bedah siasat. Editor: Ila