Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2023

Video Wanita Ketuk Keranda Bangkit Semula Dari Mati

Imej
QUITO - Seorang wanita di Ecuador 'bangkit semula' dalam keranda ketika upacara pengebumiannya yang turut menjadi tular di media sosial. Gilbert Balberan yang merupakan anak kepada Bella Montoya, 76, memberitahu ibunya mengetuk keranda itu selepas 'kembali bernyawa' dan wanita tersebut kemudiannya dibantu oleh dua lelaki. Balberan menjelaskan dia terpaksa mendapatkan keranda yang didermakan untuk keluarga miskin selepas Hospital Awam Marin Icaza di bandar Babahoyo mengesahkan kematian ibunya pada Jumaat. "Pihak hospital turut memberikan sijil kematian kepada kami," katanya sambil menambah ibunya kini dirawat di hospital sama dan memberi tindak balas positif. Sebelum 'kematiannya', Montoya dimasukkan ke hospital kerana strok dan jantungnya dikatakan terhenti. Susulan insiden itu, Kementerian Kesihatan memaklumkan sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyiasat insiden tersebut selain menyelia perkembangan Montoya. - AFP

Video: Remaja Perempuan Bergaduh Di Bagan Serai Tular

Imej
Polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran video membabitkan pergaduhan antara dua remaja perempuan di Bagan Serai. Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kejadian berlaku pada 9 Jun lepas kira-kira jam 10 pagi melibatkan remaja perempuan berumur 12 hingga 17 tahun. Menurutnya, remaja yang terlibat telah dikenal pasti dan telah hadir bersama keluarga masing-masing ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian sekitar jam 6 petang semalam bagi membantu siasatan. "Hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua remaja yang terlibat dengan pergaduhan telah pun berdamai secara baik setelah selesai kejadian itu. "Kedua-dua remaja yang terlibat tidak mahu memanjangkan hal perkara tersebut termasuk pihak keluarga demi masa depan remaja yang terlibat dan satu laporan berhubung tidak mahu memanjangkan kes telah dibuat oleh pihak keluarga mangsa pada hari ini pada 7.21 malam," katanya dalam satu kenyataan semalam. Terdahulu pihak polis telah mengesan satu video berdurasi 48

Lelaki Ini Didakwa Rogol Anak Tiri Berusia 11 Tahun

Imej
  KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Khamis atas pertuduhan merogol anak tirinya yang berusia 11 tahun. Tertuduh yang berusia 63 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 11 tahun pada April lalu.   Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 5.30 hingga 6.30 pagi di sebuah rumah di daerah Kuala Terengganu. Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-din manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Astro AWANI

Dia Sempat Jerit Panggil Saya "Ayang" Tangannya Melambai Meminta Tolong Sebelum Hilang 😭

Imej
SEPANG - "Dia sempat menjerit memanggil saya. Tangannya melambai seperti meminta tolong. Itu kali terakhir saya lihat suami sebelum dia tinggalkan saya selamanya" hiba Nur Fatihah Mohamad Yusoff, 26. Kejadian di Pantai Bagan Lalang, di sini pada Ahad itu telah meragut nyawa Mohd Faizal Mahasan, 30, selepas cuba menyelamatkan dua beradik perempuan yang lemas. Menceritakan detik itu, Nur Fatihah berkata, dia datang ke Pantai Bagan Lalang berdua dengan suaminya (mangsa). "Sehari sebelum kejadian, suami mengajak saya untuk berjalan lihat sunset (matahari terbenam). "Dia kata jom kita honeymoon (bulan madu) berdua. Malam itu juga dia pergi beli tikar dan minta saya buat kuetiau goreng untuk makan sama ketika berkelah. "Keesokannya (hari kejadian) kami bertolak ke Pantai Bagan Lalang dari Puchong Perdana dan sampai kira-kira jam 1 tengah hari. Sebelum itu, suami sempat menjamah kuetiau goreng yang diinginnya," katanya dalam nada hiba ketika ditemui di lokasi ke

Suami Isteri Berusia 28 Dan 29 Tahun Ditahan Tengah Malam Di Rumah Mereka

Imej
Sepasang suami isteri dipercayai pengedar dadah antara tiga individu ditahan bersama lebih 7 kilogram (kg) heroin dan lebih 3kg ganja dalam dua serbuan berasingan di daerah Manjung dan Kampar, semalam. Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata suami isteri berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan pada 12.05 tengah malam di sebuah rumah di Sitiawan, Manjung. Beliau berkata hasil pemeriksaan di rumah tersebut, polis merampas dadah dipercayai heroin seberat 7.04kg dan ganja dianggar seberat 3.05kg bernilai RM64,570. “Polis turut merampas peralatan yang disyaki digunakan untuk membungkus dadah selain menyita sebuah kenderaan, tujuh rantai, enam cincin, empat anting-anting serta satu subang hidung yang kesemuanya dianggar berjumlah RM72,332,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Mohd Yusri kedua-duanya yang negatif terhadap dadah dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Mohd Yusri berkata siasatan menda