Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

"Orang Melayu Berbudi Bahasa, Orang Salah Ditegur, Gangster Bukan Budaya Kita.

Imej
Selepas kecoh di media sosial mengenai anak jati negeri Kedah yang mengamuk selepas merasa tidak berpuas hati dengan loghat yang di gunakan dalam drama Mak cun, Emma Fatimah telah tampil menmberikan penjelasan berhubung perkara terbabit. Menurut laporan mStar Online, pelbagai kritikan pedas diberikan terhadap semua barisan pelakon yang menganggap loghat utara disampaikan 'over' sehingga ia kedengaran menghina. Ekoran itu ada pula pihak yang ingin menampar muka Mak Cun kerana tidak berpuas hati. Pelakon dan pengarah, Erma Fatima ketika dihubungi mStar Online kesal dengan segelintir pihak yang menghemtam program itu sehingga ada yang hendak menampar mukanya! Kata Erma, dia sentiasa terbuka terhadap teguran dan kritikan membina bagi memperbaiki kelemahan yang ada pada Mak Cun namun biarlah ia kena dengan gayany "Kenapa pula hendak menampar saya? "Orang Melayu berbudi bahasa, orang salah ditegur, diajar...gangster bukan budaya kita. "Orang Kedah Semu

Kerana Ingin Popular, Lelaki Ini Maut Ditembak Kekasih Sendiri.

Imej
Seorang lelaki yang mahu popular di Internet maut selepas cuba merakamkan aksi menahan tembakan peluru pistol menggunakan buku. Pedro Ruiz III, 22, maut selepas peluru pistol yang ditembak kekasihnya, Monalisa Perez, 19, menembusi buku itu dan terus mengenai dadanya. kejadian berlaku di Saint Paul, Amerika Syarikat. Monalisa yang hamil anak kedua dilaporkan menembak Ruiz yang memegang buku tebal di dadanya menggunakan pistol Desert Eagle .50 pada Isnin lalu. Kejadian berkenaan turut disaksikan anak perempuan pasangan itu yang berusia tiga tahun. Ruiz berharap aksi itu yang dirakam dengan dua kamera tular di Internet sekaligus menarik ramai pengguna melanggan siaran YouTube miliknya. Monalisa Perez akan didakwa dengan bunuh tampa niat. Perez memberitahu pihak berkuasa, Ruiz ingin membuat video YouTube menembak peluru ke dalam buku yang dipegangnya di dada. menurutnya lagi dia menembak dari jarak kira-kira satu kaki (0.3 meter) jauhnya. Pihak berkuasa berkata Ruiz meningg

"Orang Kedah Semua Rasa Nak Tampaq Dia," - Nitezen

Imej
Orang Kedah mengamuk menganggap drama bersiri Mak Cun menghina cara percakapan dalam loghat terlalu over sehingga merosakkan gaya pertuturan orang di negeri utara tanah air itu. Menurut laporan mStar Online, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Fatenism meluahkan rasa tidak puas hati terhadap loghat Kedah yang digunakan menerusi program bual bicara Raya Sakan Mak Cun yang ditayangkan secara langsung pada 24 Jun lalu di TV3 bersempena Aidilfitri. "Kalau nak belajar cakap Kedah tengok TV3, dengar Farid Kamil cakap, bukan tengok Raya Sakan Mak Cun. "Orang Kedah semua rasa nak tampaq (tampar) dia," tulisnya. Amboi Fatenism, garangnya! Status yang dimuat naik pada Selasa lalu sehingga kini sudah pun mendapat hampir 16,000 ulang Tweet daripada pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Fatenism. Ramai daripada komen balas yang diberikan menganggap cara percakapan dalam loghat tersebut 'over' dan terlalu mencuba sehingga me

Hasrat Khalid Ali Bertemu Tunku Ismail Mungkin Tercapai.

Imej
Sebelum ini rata-rata peminat bola sepak tahu tentang Khalid Ali yang membidas Tunku Ismail ketika Tunku Ismail mahu bertanding kerusi presiden Persatuan Bola SepakMalaysia (FAM) dengan mengatakan Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak sesuai diangkat selaku Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Tapi kali ini Khalid Ali sedia bertemu Tunku Ismail untuk menyumbangkan idea berkaitan bola sepak negara. Menurut laporan Hasrat Bernama, legenda bola sepak negara, Khalid Ali untuk bertemu presiden Persatuan Bola SepakMalaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mungkin menjadi kenyataan. Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata jika bekas pemain era 80-an itu ikhlas untuk menyumbangkan idea berkaitan bola sepak negara, tiada sebarang masalah untuk mengadakan pertemuan tersebut. Hamidin berkata Khalid yang merupakan watak utama dalam kejayaan pasukan negara layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 mungkin mempunyai pandangan yang berguna dan t

Kakak Menjerit Sekuat Hati Melihat Adik Nyris Dirogol

Imej
Siapa sangka jeritan kuat seorang kakak berjaya menyelamatkan adik perempuannya dari menjadi mangsa rogol lelaki yang menceroboh rumah mereka. Kejadian yang berlaku di Kampung Wakaf Tanjung Hilir, Kedai Lalat, Jumaat lalu, membuatkan tiga beranak itu trauma. Menurut laporan Sinar Harian, Remaja berusia 18 tahun itu terlebih dahulu menjerit apabila lehernya dicekik dengan kuat oleh penjenayah yang masuk ke rumah mereka pada jam 2.50 pagi. Ibu mereka dikenali sebagai Azizah, 45, berkata, dia baru sahaja terlelap di sebelah anak keduanya itu di bahagian dapur rumah dalam keadaan televisyen yang masih terpasang. Katanya, anaknya yang juga penuntut sebuah kolej tersebut tiba-tiba menjerit dan sempat meronta lalu merangkul tubuh erat Azizah. “Saya bangun dalam gelap dan berpaling ke belakang serta ternampak samar-samar bayang seorang lelaki mengacu parang ke lehernya. Saya turut menjerit, namun suara kami tidak terlalu kuat kerana ketakutan,” katanya. Dalam masa yang sama, anak

PRU 14 Ramai Pemimpin Pembangkang Akan Ditahan - Tun M

Imej
Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini sering menyerang Datuk Seri Najib Razak isu 1MDB dan salah guna kuasa, menjangkakan Datuk Seri Najib Razak akan menahan pemimpin pembangkang ketika pilihan raya umum ke-14 nanti. Menurut laporan Malaysiakini, "Dari episod ini kita dapat jangkakan yang Najib akan bertindak untuk menghancurkan pembangkang dan menakutkan rakyat semasa pilihan raya umum ke-14. "Terdapat beberapa tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang. Penahanan pemimpin pembangkang akan mengucar-ngacirkan parti. "Memang tindakan itu akan menyebabkan rakyat marah tetapi ramai yang akan berasa takut untuk mengundi pembangkang. "Mereka percaya yang Najib akan dapat tahu dan tindakan akan diambil terhadap mereka. Tanpa pemimpin mereka tidak akan tahu apa yang harus dilakukan," kata beliau dalam blognya hari ini. Dalam keadaan begitu, kata Dr Mahathir, undi untuk pembangkang akan merosot. Semasa ketiadaan

Tragedi Di Hari Raya, Doktor Kerja 4 Hari Tanpa Henti Meninggal Dunia.

Imej
Jakarta – Sebagai seorang doktor sememangnya terpaksa berkorban tenaga serta masa dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit, namun begitu sampai satu tahap tubuh manusia juga perlukan rehat juga. Setiap kali musim perayaan pasti ramai doktor yang mengambil cuti dan doktor yang tidak bercuti akan bertindak sebagai doktor ganti serta akan bekerja melebihi masa, demi memastikan pesakit berada dalam keadaan yang baik mereka sanggup berkorban rehat mereka. Menurut daripada laporan dari Suara.TV, seorang pakar bius di sebuah hospital di sini meninggal dunia selepas bertugas selama empat hari tanpa henti kerana menggantikan rakannya yang bercuti menyambut Aidilfitri. Dr Stefanus Taofik dilaporkan meninggal dunia ketika sedang berehat di sebuah bilik di hospital Bintaro Jaya pada malam semalam. Media Indonesia melaporkan, Stefanus yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun meninggal dunia selepas bertugas selama empat hari tanpa henti. Stefanus tur

Wanita Tak Balik Raya, Bekas Suami Ugut Bunuh Anak-Anak.

Imej
Kecewa dengan bekas isterinya yang tidak mahu pulang melihat dua orang anak perempuan walaupun ketika hari raya, seorang lelaki mengamuk dan mengugut mahu membunuh dua anaknya di Kampung Suang Parai, Menggatal dekat Kota Kinabalu, Sabah, semalam. Menurut laporan Harian Metro, Dalam kejadian 5 petang itu, suspek berusia 30 tahun bertindak mengurung dua anak perempuannya berusia empat dan lima tahun dan mengacukan pedang di leher mereka. Seorang lelaki ditahan polis selepas mengamuk dan mengugut mahu membunuh dua anak perempuannya berusia empat serta lima tahun di sebuah rumah di Kampung Suang Parai, Menggatal dekat Kota Kinabalu, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, polis menerima laporan daripada sepupu suspek bahawa lelaki itu mengurung anaknya di sebuah bilik di tingkat atas rumah. "Suspek dipujuk sepupunya namun gagal. Dia kemudian terhidu bau asap dari bilik suspek dan ternampak lelaki itu membakar sesuatu di dalam bilik &

Baju Raya!!! Jubah Melentik Ikan Duyung Kecaman Netizen

Imej
Biasanya jubah dress dipakai oleh wanita yang inginkan kelihatan menggoda dan menawan menampakkan susuk badan mereka ketika memakai pakaian itu. Menurut laporan mStar Online, gambar seorang pemuda yang kini tular di media sosial, kerana memakai jubah potongan ikan duyung warna kuning jadi buah mulut nitezen di media sosial Jangan salah sangka kerana ia adalah jubah yang digayakan seorang pemuda ketika meraikan 1 Syawal, baru-baru ini. Tanpa segan silu, pemakainya menggayakan busana ‘jubah’ itu di tengah jalan, selain merakamkan penampilannya dengan bersandar pada sebuah kereta dengan gaya ‘melentik’. Menerusi beberapa gambar yang kini tular di media sosial, pemuda tersebut turut memakai satu lagi jubah potongan ikan duyung warna kuning. Gayanya yang sekali lagi 'melentik' dilihat berjalan bersama dua wanita yang ayu berbaju kurung moden, sekali pandang kesemuanya seperti srikandi 'Charlie's Angles'. Rekaan dan gaya pemuda tersebut mendapat kecaman neti

Lelaki Kemaruk Seks Menderita Selepas Memasukkan 15 Batang Jarum Ke Dalam kemaluan.

Imej
Beijing – Seorang lelaki mengalami kesakitan yang melampau di kemaluannya akibat daripada perbuatannya melakukan seks yang melampau. Menurut petikan Harian Metro, lelaki terbabit yang kemaruk dengan seks telah bertindak memasukkan 15 jarum jahit yang berkarat ke dalam kemaluannya, kononnya untuk mencapai keseronokan dan kepuasan lebih tinggi. Akibatnyadaripada perbuatannya itu menyebabkan kemaluannya dijangkiti kuman sehingga menyebabkan air kencingnya mengandungi darah. Lelaki berusia 35 tahun yang namanya tidak didedahkan itu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan jarum yang setiap satu sepanjang empat inci selepas di masukkan ke hospital minggu lalu. Doktor Cao Zhiqiang yang merawat pesakit itu di sebuah hospital di bandar Shenyang di wilayah Liaoning di timur laut China berkata, lelaki itu memasukkan jarum berkenaan satu per satu sepanjang tahun lalu. “Kesan daripada perbuatannya itu, dia mengalami jangkitan haematuria – darah dalam air kencing – dan kesakitan

Kami Bukan Orang Senang, Ayah Siapkan Rumah Sendiri.

Imej
Menurut Harian Metro - Seorang lelaki yang membina rumah banglonya sendiri dengan tuland empat kerat selama 6 bulan akhirnya siap pada malam raya. “KAMI bukan orang senang, tapi ayah bersungguh mahu menyiapkan rumah yang selesa untuk kami berteduh. Kasihan juga lihat dia angkat barang berat ketika panas terik. Demikian kata Siti Hajar Yahya, 28, mengenai kesungguhan bapanya, Yahya Omar, 57, menyiapkan banglo dengan tangannya sendiri tanpa mengupah sesiapa. “Tapi itulah ayah saya, dia begitu mementingkan kesempurnaan dan mahu siapkan rumah yang dibangunkan dengan tulang empat keratnya.” Siti Hajar berkata, rumah yang terletak di Pontian, Johor itu mula didiami pada Aidilfitri 2010. “Sebelum ini, kami tinggal di rumah datuk saya di kawasan sama. Tetapi rumah itu sudah lama dan banyak yang rosak. “Kebetulan rumah yang ayah bina hampir siap menjelang raya. Kami mula berpindah secara rasmi pada malam raya. Itu mungkin raya yang paling seronok kerana akhirnya kami dapat beray

Video : Selepas Dilanggar Bas Apa Yang Terjadi Kepada Lelaki Ini.

Imej
England -   Sebuah bas dikatakan telah hilang kawalan di satu selekoh sehingga menyebabkan dia melanggar seorang lelaki yang ketika itu sedang melintas jalan di laluan berkenaan. Detik-detik cemas lelaki berkenaan dilanggar telah sempat dirakamkan oleh salah satu CCTV yang berada di sana. Walau bagaimanapun mangsa yang dilanggar oleh bas terbabit mampu bangun semula dan berjalan seperti biasa sebelum memasuki sebuah pub selepas dia dilanggar oleh bas terbabit. Menurut laporan yang dipetik dari Mail Online, ketika kejadian tersebut mangsa Simon Smith, 53 tahun dikatakan sedang melintas jalan di Reading, selatan England sebelum sebuah bas hilang kawalan lalu melanggarnya dari arah belakang. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah bas bernombor 17 telah merempuh sebahagian hadapan sebuah kedai sehingga mengakibatkan serpihan berterbangan di Gun Street di bandar Berkshire, Sabtu lalu. Rempuhan itu turut mengenai Smith yang berada di hadapan kedai, namun dia kemu

Barang Kami Dicampak Keluar, Diugut Oleh Budak Ayahanda Kedah

Imej
IPOH, PERAK – Setiap kali tiba musim perayaan tidak kira hotel mahupun rumah penginapan pasti penuh dengan pelanggan yang datang dari serta pelusuk negeri yang pulang ke kampung. Almaklumlah, kalau balik kampung pasti keadaan rumah itu padat serta tak mampu nak tampung semua sanak-saudara yang berhimpun jadi nak kata tak berapa selesa menyebabkan mereka akan memilih tempat-tempat penginapan lain untuk bermalam. Namun begitu kegembiraan sebuah keluarga yang pulang beraya di kampung bertukar menjadi pilu apabila satu kejadian membabitkan hotel tempat mereka menginap telah menghumbankan barangnya mereka keluar ketika mereka tiada di dalam bilik berkenaan. Perbuatan pihak hotel terbabit seakan tidak memperdulikan mereka yang merupakan pelanggan mereka serta tidak memperdulikan maruah mereka sekeluarga. “Apa hak pihak hotel boleh sentuh barang peribadi kami?” demikian kata pelanggan hotel yang mendakwa mereka dianiaya seperti tiada maruah. Dalam kejadian awal pagi har

Video Detik Rakaman Budak 11 Tahun Diliwat Sebelum Dibunuh.

Imej
Abu Dhabi - Susulan kejadian yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki yang dibunuh serta di liwat ketika pulang dari Masjid selepas Solat Asar. Kejadia tersebut merupakan detik dimana seorang lelaki yang menyamar dengan memakai burka telah memperdaya seorang budak lelaki berusia 11 tahun dam menyebabkan kematiannya. Azan Majid Janjua dirogol dan dibunuh selepas diperdaya oleh seorang lelaki di masjid di Abu Dhabi semasa dia pergi menunaikan solat pada bulan Ramadan dua minggu lalu. pembunuh dipercayai menyamar sebagai seorang wanita untuk memperdaya Azan untuk mengikutnya ke bumbung bangunan kerana dia tahu anak itu tidak akan mengikuti seorang lelaki tanpa memberitahu ibu bapanya, lapor Gulf News. CCTV menunjukkan suspek yang membawa beg tangan dan berjalan ke lif dengan seorang anak muda. Polis percaya lelaki itu adalah seorang pendatang Pakistan yang membawa Azan ke bumbung blok apartmen di mana dia kemudian merogol dan mencekik kanak-kanak itu. Mejar Jeneral Maktoum Al S

Video Lembu Betina Melawan Anaconda Yang Cuba Membaham Anaknya.

Imej
Paraguay - Merupakan salah satu tempat yang turut didiami hidupan liar yang sukar dikawal serta menjadi satu ancaman kepada manusia mahupun haiwan yang lebih lemah. Itulah yang berlaku kepada beberapa orang petani di Paraguay yang terkejut dengan kehadiran seekor ular anaconda yang telah membunuh seekor anak lembu yang baru dilahirkan. Mereka telah cuba untuk menyelamatkan anak lembu berkenaan dengan cara mengikat ular berkenaan menggunakan tali di seluruh badannya serta menariknya agar menjauhi anak lembu tersebut dalam usaha menyelamatkannya daripada menjadi makanan kepada ular terbabit. Namun begitu kudrat mereka masih tidak cukup untuk melawan ular anaconda tersebut walaupun mereka telah berusaha dengan gigih sedangkan ular itu masih berkemampuan untuk terus membuka mulutnya dengan tujuan menelan seluruh badan anak lembu terbabit. Ibu lembu terbabit yang masih setia berdiri di sisi anaknya yang telah mati akibat daripada serangan ular tersebut masih berdiri teguh seperti

Dibuang Adik Beradik Kerana Harta, Tidur Di Kubur Ibu Sambut Aidilfitri

Imej
Seorang gelandangan yang ditemui berkongsi pengalamannya terpaksa tidur di kubur ibu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri selepas dibuang ahli keluarga. "Hanya kerana harta peninggalan arwah ayah dan ibu adik-beradik halau saya keluar dari rumah menyebabkan saya terpaksa tidur di kubur ibu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri" Along berusia 42 tahun, berkata, apabila tidur di kubur ibunya dia dapat melupakan perbuatan jahat adik beradik membuangnya dari keluarga hanya kerana berebutkan harta peninggalan arwah ibu bapa. “Sudah hampir 3 tahun saya tidak mempunyai rumah. Sebelum ini saya tinggal di rumah peningalan arwah ibu saya bersama adik-adik. “Tetapi segalanya hancur apabila adik beradik saya sendiri buang saya keluar kerana harta. Saya sedih dan pernah tidur di kubur ibu di Alam Damai Cheras lebih kurang sebulan. Saya tidak boleh terima, saya sangat sedih,” katanya yang merupakan anak pertama dalam keluarganya ketika ditemui di Pusat Transit Gelandangan

Di Tengah-Tengah Sarang Pelacur Di KL, Ada Sebuah Surau.

Imej
KUALA LUMPUR: Siapa sangka di tengah-tengah sarang maksiat di Chow Kit terdapat sebuah surau yang di bina untuk menghalang aktiviti maksiat yang berlaku di sekitar itu. Menurut laporan Free Malaysia Today, di siang hari, Chow Kit menjadi tumpuan warga kota mencari barang segar dan hasil tani. Apabila mentari berlabuh, pasar basah terbesar di kota raya Kuala Lumpur ini berubah wajah – sarang si gersang mencari mereka yang berdagang tubuh. Mungkin itu kebenarannya 10-20 tahun lalu. Hari ini, peniaga dan pengunjung berkata sejak terbinanya Surau Al-Hijrah di Lengkok Raja Laut 2 tahun lalu, semakin hari semakin berkurang jumlah pekerja seks di situ. “Tapak surau ini dulu tempat maksiat,” kata bilal surau, Awang Daud Wan Embun kepada FMT. Lebih selesa dipanggil Pak Wan, Awang berkata dulu di celah-celah bangunan sekitar surau ini dipenuhi bapa ayam dan pekerja seks. “Tapi adanya surau ini mereka nak buat maksiat pun rasa malu.” Dahulunya lorong-lorong kecil di belakang rumah

Bayi Bertangan Dan Berkaki Empat Meninggal

Imej
India - seorang bayi perempuan dilahirkan dengan satu kepala, dua tubuh, empat tangan dan empat kaki. di sebuah hospital di kota Lakshirai, Bihar, India, baru-baru ini Menurut laporan Suara.TV, ratusan orang berkerumun di luar sebuah hospital  selepas bayi malang itu meninggal dunia pada Jumaat lalu. Menurut ibunya, Savita Devi, dia sangat terkejut kerana kehilangan bayi yang baru saja dilahirkan. “Namun, saya yakin apapun yang terjadi maka itu demi kebaikan. Jika bayi saya hidup dengan keadaan itu maka setiap hari kehidupannya akan sama dengan kematian,” katanya. Sementara suaminya pula, Suresh berkata, selama isterinya mengandung, dia telah berusaha melakukan yang terbaik untuk merawat isteri. “Kami berharap dapat memiliki bayi yang sihat. Namun, takdir memiliki rencananya sendiri,” kata Suresh. Manakala Dr Mukesh Kumar yang membantu proses kelahiran bayi itu memaklumkan anak Suresh dan Savita itu tidak dapat diselamatkan kerana perkembangannya belum sempurna. “Janin

Siang Sentuh Perempuan, Malam Minta Ampun - Shamsul Ghau Ghau

Imej
Pelakon serta pelawak Shamsul Ghau Ghau merupakan seorang yang cukup di kenali dengan karektornya tersendiri yang mampu mencuit hati para penonton, namun begitu beliau telah lama tidak kelihatan di pentas hiburan. Perkara tersebut bermula apabila beliau mula mendalami ilmu Islam pada 2013, dia tidak lagi muncul dalam mana-mana drama sehingga ada pihak membuat spekulasi dia sudah meninggalkan industri seni. Namun, Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin, 49 tahun, memberitahu pada tahun ini dia baharu diberi peluang untuk kembali aktif dalam dunia lakonan. "Selepas saya mengambil keputusan untuk mendalami ilmu Islam, saya tidak mempunyai kerja dan hanya fokus kepada kelas-kelas agama sahaja selama lima tahun. "Kehidupan saya sekeluarga hanya bergantung dengan duit simpanan sahaja. Tapi duit itu bukan selama-lamanya ada. Saya perlu mencari rezeki untuk menampung isteri dan anak-anak. "Alhamdulillah, tahun ini saya diberi tawaran berlakon dalam beber

5 Gambar Doktor Beli Patung Seks Atasi Kesunyian Hidup.

Imej
Hidup berseorangan sememangnya akan membuatkan kita semakin kesunyian apatah lagi jika selama ini ada sesorang di sisi kita yang amat kita sayangi yang kemudiannya telah pergi meninggalkan kita, kesannya pasti amat d rasai. Itulah yang berlaku kepada seorang bekas doktor yang telah kehilangan isteri tercintanya akibat daripada penyakit yang di hidapi oleh isterinya itu. Selepas kematian isterinya akibat kanser pankreas pada Ogos tahun lepas, hidup seorang warga emas, Zhang Wenliang, 70tahun, menjadi tidak keruan, apatah lagi sepanjang 40 tahun perkahwinan dengan isterinya itu, mereka tidak mempunyai anak. Mengikut laporan dari Suara.TV, bagi mengatasi kesunyiannya, Zhang, yang merupakan bekas doktor dan berasal dari Chongzhou, China itu, telah membeli patung seks berharga £1,833 bagi menggantikan isterinya. “Saya membantu orang ramai dalam merawat penyakit mereka tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa dengan isteri saya,’’ katanya. Selepas sebulan kematian isterinya, Zhang

Akibat Nak Jadi 'Ahli Sihir’ Cat Hijau Diwajah Gagal Ditanggalkan.

Imej
Halloween merupakan satu perayaan tradisi yang di sambut pada tiap-tiap tahun dimana ketika perayaan ini kita dapat melihat pelbagai kostum seram serta pelik di gayakan oleh kanak-kanak yang akan mengetuk setiap pintu rumah untuk mendapatkan gula-gula. Namun begitu di samping kegembiraan tersebut dalam menyambut perayaan terbabit, seorang kanak-kanak dikatakan mungkin terpaksa menanggung malu untuk beberapa minggu kerana watak ahli sihir yang di gayakan olehnya di perayaan berkenaan. Menurut laporan dari Suara.TV, kanak-kanak perempuan tersebut yang berusia lima tahun menjadi `Incredible Hulk’ selepas cat muka berwarna hijau yang disapu di muka sempena parti Halloween, tidak boleh ditanggalkan walaupun selepas dibasuh berulang kali. Amelia Ball pada mulanya mahu kelihatan seperti ahli sihir namun ia bertukar menjadi watak Hulk, iaitu lelaki gagah yang berwarna hijau, akibat penggunaan warna berkenaan yang dibelinya di Rushden, Northamptonshire. Warna itu dikatakan mengambil m

Video Pelanggan Berang Tunggu Depan Kedai, Baju Raya Tak Siap Jahit

Imej
Tiap-tiap tahun ada saja kes baju raya tak siap di jahit oleh tukang jahit. tapi kali ini lain pulak kes dia, bukan saja tak siap, malah di tipu oleh tukang jahit tersebut. Meurut laporan mStar Online, kejadian baju tempahan tidak siap dijahit menjelang lebaran menjadi 'mimpi ngeri' yang ingin dielakkan oleh para pelanggan, lebih-lebih lagi apabila tiada bajet lain untuk membeli baju raya sampingan. Insiden yang berlaku sehari sebelum Syawal itu membuatkan beberapa warga Singapura berang kerana tempahan baju raya yang dijanjikan oleh pemilik premis jahitan di Larkin, Johor Bahru gagal disiapkan. Lebih buruk lagi, pemilik kedai berkenaan dipercayai sengaja menutup premisnya untuk mengelak daripada diserbu oleh para pelanggan. Video yang berdurasi 7 minit 18 saat itu tular setelah dikongsikan oleh beberapa laman Facebook. Rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki yang belum diketahui identitinya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan jahitan di premis