Barang Kami Dicampak Keluar, Diugut Oleh Budak Ayahanda Kedah
IPOH, PERAK – Setiap kali tiba musim perayaan tidak kira hotel mahupun rumah penginapan pasti penuh dengan pelanggan yang datang dari serta pelusuk negeri yang pulang ke kampung.
Almaklumlah, kalau balik kampung pasti keadaan rumah itu padat serta tak mampu nak tampung semua sanak-saudara yang berhimpun jadi nak kata tak berapa selesa menyebabkan mereka akan memilih tempat-tempat penginapan lain untuk bermalam.
Namun begitu kegembiraan sebuah keluarga yang pulang beraya di kampung bertukar menjadi pilu apabila satu kejadian membabitkan hotel tempat mereka menginap telah menghumbankan barangnya mereka keluar ketika mereka tiada di dalam bilik berkenaan.
Perbuatan pihak hotel terbabit seakan tidak memperdulikan mereka yang merupakan pelanggan mereka serta tidak memperdulikan maruah mereka sekeluarga.
“Apa hak pihak hotel boleh sentuh barang
peribadi kami?” demikian kata pelanggan hotel yang mendakwa mereka dianiaya
seperti tiada maruah.
Dalam kejadian awal pagi hari raya ketiga, Ucu Baah berkata,
ini merupakan kali ketiga mereka menginap di hotel berkenaan dan tidak
menyangka dilayan sebegitu rupa.
“Sedih kami, sedih. Di awal subuh pagi raya ketiga, nasib
yang menimpa kami.
dan bersepah-sepah seperti menjatuhkan maruah kami.
“Apa hak pihak hotel boleh sentuh barang peribadi kami?
Pelanggan yang booking sebelum ini mengarahkan pekerja hotel itu mengeluarkan
barang-barang dan diletakkan di luar tanpa menunggu kami pulang dari beraya.
“Yang sedihnya adik ipar hilang duit raya sebanyak RM1,000
untuk diberikan kepada anak-anak saudara. Yang paling sedih pekerja hotel telah
menghubungi pemilik hotel dan dia enggan membayar ganti rugi serta tidak mahu
bertanggungjawab di atas kehilangan kami.
“Datang ke hotel untuk selesaikan masalah pun tidak. Lagi
menambahkan masalah adalah,” katanya yang juga berharap orang ramai
berhati-hati jika mahu menginap di hotel berkenaan.
Dalam post itu juga, ucu memuat naik screenshot mesej ugutan
dari seorang individu yang mendakwa abang kepada adik angkatnya yang bekerja di
hotel berkenaan.
Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai anak buah kepada Ayah
Harun, Ayahanda Pekida Kedah itu kononnya adik angkat dan rakan sekerjanya itu
tidak bersalah.
“Aku dengar cerita la dari mulut adik angkat aku sendiri
cerita sebenarnya. Baik kau cari duit tu elok-elok dan jangan tuduh orang
sesuka hati je. Entah-entah kau yang salah letak duit itu dekat mana lepas tu
nak tuduh adik aku dengan kawan sekerja dia,” katanya yang juga mendakwa adik
angkatnya itu tidak tahu apa-apa mengenai kehilangan duit RM1,000 itu.
Dalam mesej itu, lelaki itu memberi amaran pertama kepada
Amir agar tidak menimbulkan sebarang masalah kerana dia sagat dikenali di
kawasan Ipoh dan Kuala Lumpur. Malah mengajak Amir untuk bertemu di Chow Kit
yang merupakan kawasan jajahannya.
“Kalau kau langgar tempat aku, kau akan mati. Chow Kit,
Putrajaya dekat jambatan dan satu lagi kawasan Bukit Aman, jangan sesekali kau
buat tahi dekat tempat aku.
“Lagi sekali aku dapat tau kau tidur dekat hotel bajet
mana-mana, lepas itu duit kau hilang berapa ribu ke, juta ke, billion ke, kalau
kau buat kecoh, siap kau. Kau tunggu aku cari kau dengan keluarga kau sampai
dapat.
“Agak-agaklah bro. Takat RM1,000 ala sikit je bro. Uncle aku
Dato’ Aliff Syukri orang gaji dia dari Jakarta Indonesia curi duit hampir
setengah juta tak buat kecoh pun. Uncle saya buat report polis dan biar polis
selesaikan perkara sebenar,” katanya.
Bagaimanapun lelaki itu meminta Amir tidak membalas mesejnya
itu kerana nombor yang digunakannya itu
adalah nombor adik angkatnya. Malah menegaskan tiada kepentingan untuk Amir
menghubunginya.
“Kau bukan orang kaya pun dan kau bukan orang setaraf dengan
aku pun,” katanya sebelum meminta Amir menjaga keluarganya baik-baik dan
meminta maaf kerana menganggu.
Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa geli
hati membaca mesej yang dianggap ditulis oleh budak BBNU serta ada beberapa
netizen menghantar mesej ke nombor tersebut yang memintanya untuk turun ke Chow
Kit dengan kadar segera bagi melihat siapa sebenarnya lelaki yang mengaku
dirinya berkuasa sehingga orang di Ipoh dan Kuala Lumpur mengenalinya.
Bagaimanapun, mesej itu tidak berbalas sehingga kini.-Suara.TV
Ulasan
Catat Ulasan