Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Lans Koperal Maut Ditetak Dan Ditembak Dalam Balai.

Imej
Kuala lumpur: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas ditetak serta ditembak ketika sedang menjalankan tugas. Mangsa yang dikenali sebagai Valentino Mesa ditemui maut kira-kira pukul 3.30 pagi, kejadian tersebut berlaku di Balai Polis Pinggiran USJ. Menurut laporan daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata ketika kejadian mangsa dikatakan sedang bertugas di kaunter pertanyaan dan hasil siasatan yang dilakukan oleh Unit Forensik Selangor turut menemui kesan tetakkan pada mangsa. "Namun begitu tiada sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut kerana siasatan masih lagi sedang dijalankan di lokasi sekitar kejadian bagi mendapatkan maklumat sebenar serta motif sebenar pembunuhan tersebut dilakukan. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor memberitahu bahawa sidang media akan dibuat di lokasi kejadian. Pada 18 Ogos yang lalu, seorang anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap Bukit Aman,

ZurinJundi Tidak Bayar Saya - Katerer

Imej
Petaling Jaya - Selepas kecoh di media sosial yang membabitkan perancang perkahwinan Zurin Jundi yang melakukan penipuan, kini beliau tampil pula dengan kenyataan baru yang mengaitkan pengusaha katering atas dakwaan penipuan terhadapnya. Pemilik pengusaha katerer yang dikenali sebagai Puan Fad ketika ditemui memberitahu bahawa dia telah pun menelefon kepada keluarga dan pasangan pengantin pada Selasa yang lalu bagi menerangkan perkara sebenar yang berlaku ketika majlis perkahwinan mereka berlangsung. Walaupun beliau sendiri mengakui bahawa pasangan pengantin tersebut teraniaya namun dia telah pun menyelesaikan masalah yang melibatkan mereka dan malah mereka juga turut dapat menerima penjelasan saya dan tidak akan memanjangkan isu ini ke tengah. "Malah saya juga turut tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas mereka kerana menviralkan nama dan nombor telefon saya, saya tahu pihak pengantin telah teraniaya dan saya pun tidak akan menganiayai mereka lagi, saya cuma ingin membe

Video Anak Pukul Kekasih Ayah Di Tengah Jalan Raya

Imej
China - Seorang lelaki tergamak membelasah perempuan simpanan ayahnya di tengah-tengah jalan tanpa belas kasihan sehingga wanita tersebut pengsan akibat dibelasah. Kejadian tersebut dipercayai berlaku sehari sebelum Perayaan Hari Valentine Cina atau dipanggil hari Cina Qi Qiao Jie. Satu rakaman video yang telah di muat naik di media sosial menunjukkan seorang lelaki Henan telah menarik rambut seorang wanita dipercayai perempuan simpanan ayahnya ke tengah jalan sebelum bertindak menendang wanita berkenaan di perutnya. Lelaki tersebut yang ternyata masih tidak berpuas hati dengan wanita tersebut kemudiannya telah memukul kepala sambil menghina wanita berkenaan ketika berada di tengah jalan. Selepas berbuat demikian lelaki tersebut kemudiannya bertindak mengheret wanita itu semula ke tepi jalan dengan cara menarik rambutnya. Malang bagi wanita itu kerana walaupun terdapat ramai orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut namun tiada sesiapa yang kelihatan tampil bagi mengh

Video: Saya Kecewa, Namun Bangga Dengan Apa Kita Ada - TMJ

Imej
KUALA LUMPUR: Kekecewaan yang di rasai oleh skuad bola sepak B-22 turut dirasai dengan di iringi titisan hujan yang seakan mengerti kesedihan yang melanda mereka sehingga menggegarkan seluruh Stadium Shah Alam pada malam tadi. Namun begitu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim tetap tenang serta menunjukkan sikap realistik beliau yang langsung tidak menyalahkan skuad pemain B-22 tahun itu malah hanya memikirkan kejayaan bag jangka masa yang panjang. "Tiada siapa pun yang sukakan kekalahan malah kita juga tidak suka kalah," mengulas ucapan beliau kepada para pemain. TMJ yang merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memberikan kata-kata semangat kepada para pemain ketika beliau menyampaikan amanat beliau selepas skuad tersebut menempa kekecewaan dalam perlawanan penentuan pingat emas apabila Malaysia tewas kepada Thailand. "Sebagai Presiden FAM saya sememangnya kecewa dengan kekalahan ini tetapi dalam masa yang sama saya beras

Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy Bakal Bertunang Oktober Ini.

Imej
KUALA LUMPUR - Pelakon Elfira Loy, 23, mengesahkan bakal bertunang dengan kekasihnya, Sufian Suhaimi yang merupakan seorang penyanyi pada Oktober ini. Menurut laporan Astro AWANI, Elfira ditemui selepas sidang media Maydan yang memperkenalkan dia, Fazura dan Fattah Amin sebagai duta di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Menurut Elfira, Sufian telah menghantar rombongan merisik Elfira beberapa bulan lalu. Terdahulu menerusi ruangan pojok sebuah akhbar tempatan mengatakan pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada Oktober ini. "InsyaAllah saya dan Sufian akan melangsungkan pertunangan pada Oktober ini di kediaman keluarga saya. "Namun pihak keluarga kami masih belum menetapkan tarikh sebenar majlis tersebut. "Saya hanya menyerahkannya kepada keluarga saya untuk menetapkan tarikh itu nanti. "Bagaimanapun, sehingga kini saya belum membuat apa-apa persiapan untuk majlis tersebut tapi saya dan ibu akan mula menguruskannya tidak lama lagi," katanya k

Pemilik ZurinJundi Wedding Planner Ditahan Polis

Imej
Selepas kecoh di media sosial mengenai kisah Zurin Jundi Wedding Planner yang dikatakan telah menipu pelanggan-pelanggannya sehingga laporan polis terpaksa di buat oleh mangsa terhadap beliau berhubung penipuan yang dilakukan olehnya. Malah pemilik Zurin Jundi juga telah ditahan semalam selepas dia telah dikepung oleh sekumpulan mangsa penipuan beliau yang rata-ratanya melahirkan amarah mereka kerana apa yang di harapkan tidak seperti yang di ingini malah pengantin serta keluarga terpaksa menanggung malu akibat daripada perbuatannya itu. Sejak semalam telah tular video mengenai Zurin Jundi yang seperti menganiayai pasangan pengantin yang memberitahu bahawa beliau telah pun mengambil duit daripada pihak mereka namun amat memalukan apabila para tetamu yang hadir terpaksa pulang dengan perut kosong apabila makanan katering yang di pesan tidak jua kunjung tiba. Tidak cukup dengan masalah katering, pelanggan tersebut turut menyuarakan ketidakpuasan hati apabila pelamin yang ditempah

Video Wanita Terjatuh Dalam Lubang Lantai Stesen Subway

Imej
China - Seorang wanita telah ditelan oleh satu lubang yang secara tiba-tiba muncul ketika dia memijak lantai di hadapan sebuah eskalator untuk keluar daripada stesen subway. Kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika mangsa sedang berjalan bersama seorang lelaki menuju ke eskalator untuk keluar daripada sebuah stesen subway di China. Video rakaman tersebut yang berdurasi 30 saat tersebut berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di stesen metro Cuizhu di Shenzhen City, Selatan China jelas menunjukkan bagaimana secara tiba-tiba dia ditelan oleh lubang yang secara tiba-tiba muncul. Melalui rakaman video tersebut yang telah menjadi tular di media sosial jelas menunjukkan kelibat wanita tersebut bersama seorang lelaki sedang berjalan menuju eskalator sebelum secara tiba-tiba panel lantai yang dipijak mangsa secar tiba-tiba runtuh menyebabkan mangsa jatuh ke dalam lubang berkenaan. Lelaki yang bersama dengan mangsa ketika menyedari kejadian yang menimpa mangsa kemudiannya

Bendera Bertabur Pada Paparan Pungutan Pingat

Imej
Petaling Jaya - Belum pun surut isu mengenai bendera yang dicetak secara terbalik kini isu baru pula timbul mengenai bendera berterabur tanpa mengikut aturan negara yang sepatutnya pada paparan pungutan pingat Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang di siarkan di saluran TV2 tidak sepatutnya berlaku. Datuk Abu Bakar Ab Rahim yang juga merupakan Ketua Pengarah Penyiaran memberitahu bahawa dia tidak menolak kemungkinan individu yang bertanggung jawab atas kesilapan ini akan berdepan dengan tindakan digantung kerja. Namun menurut laporan mStar Online, beliau turut memberitahu bahawa tindakan tersebut hanya akan diambil selepas melihat sejauh mana berat serta seriusnya kesalahan yang dilakukan oleh individu terbabit. Menurutnya lagi siasatan dalaman tersebut sedang dijalankan oleh satu jawatankuasa, malah tindakan tatatertib terhadap individu berkenaan juga akan dibuat berdasarkan peraturan kerajaan selepas hasil siasatan secara menyeluruh diperolehi.. Ketika ditanya mengenai kemung

Pengasuh Hina Ibu Serta Anak Jagaannya, Duit Nak Tapi Tanggungjawab Tak Nak.

Imej
Zaman sekarang ini dengan taraf hidup yang semakin meningkat serta dengan keadaan ekonomi yang pasang surut ini amat memerlukan komitmen yang tinggi buat sesebuah keluarga dalam menampung perbelanjaan sekeluarga. Maka dengan secara tidak langsungnya  memerlukan kedua-dua belah pihak suami isteri keluar bekerja dalam memenuhi keperluan hidup apatah lagi jika yang mempunyai anak sudah pasti memerlukan bajet yang secukupnya dalam memastikan tiada kekurangnya buat insan tersayang. Keperluan hidup memaksa pasangan suami isteri keluar bekerja mencari nafkah buat keluarga sehinggakan anak yang masih kecil terpaksa di tinggalkan di rumah pengasuh dan dalam hati amat berharap orang yang kita percayai untuk menjaga anak kita akan menjaganya seperti mana kita menjaga mereka. Namun segala kepercayaan meninggalkan anak bersama pengasuh kadang kalanya bukan semuanya yang baik, terdapat segelintirnya melakukan pekerjaan tersebut semata-mata kerana mahukan pendapatan dan tiada keikhlasa

“UTUSAN Kebal Dengan Berita Putar Belit" - Zainudin Maidin

Imej
Tan Sri Zainuddin Maidin yang merupakan bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu hari ini telah tampil membidas akhbar yang pernah berada di bawah pimpinannya itu. Beliau melalui akaun Twitter miliknya mendakwa bahawa sebenarnya Utusan malaysia sememangnya "kebal dengan berita putar belit, bias, fabricated (direka-reka) dan melanggar etika kewartawanan bertamadun". Apa yang menjadi persoalannya mengenai akhbar Umno sekarang ini adalah "Siapa Pemiliknya?" Melalui ulasan beliau mengenai serangan yang dilakukan Utusan terhadap Malaysiakini semalam yang mendakwa bahawa portal ini sentiasa memainkan sentimen berbahaya dan dengan cara terpilih telah menyiarkan kebanyakkan komentar netizen yang liar termasuklah mencabar keputusan pihak mahkamah. Menurut dakwaan Utusan, Malaysiakini seolah-olah dengan sengaja mengambil kesempatan melalui komen netizen yang diguna pakai sebagai alat bagi membangkitkan suasana menjelikkan dalam kalangan masyarakat dengan mengg

Kubur Michael Jackson Kosong, Ibu Bimbang Mayat Dicuri Peminat

Imej
Los Angeles - Walaupun kematian raja pop dunia, Michael Jackson telah mencecah lapan tahun namun kisahnya tetap terus menarik perhatian seluruh dunia dengan cerita yang terbaru mengenainya. Terkini adalah kisah di sebalik kubur lagenda raja pop tersebut yang terletak di tanah perkuburan Forest Lawn di Los Angeles yang telah dilaporkan kosong. Menurut laporan Aceshowbiz, ibunya Katherine mendedahkan bahawa sebenarnya ketika majlis pengebumian tersebut kerana Michael sememangnya kosong dan mereka terpaksa merahsiakan kewujudan makam pelantun hit "Beat It" daripada pengetahuan orang ramai. "Kebanyakkan orang menyangka bahawa Michael telah dikebumikan di Forest Lawn tetapi kenyataan sebenarnya adalah tidak sama sekali. Menurut keluarga Michael perkara tersebut terpaksa di rahsiakan daripada pengetahuan orang luar atas faktor keselamatan serta bagi mengabulkan permintaan terakhirnya ynag meminta agar perkara tersebut dilakukan. "Namun begitu Katherine dikatak

Video Bezza Halang Honda City Dari Memotong Siap Tunjuk Isyarat Lucah.

Imej
Ipoh, Perak  - Seorang lelaki mendakwa bahawa dia telah menjadi mangsa buli jalanan oleh seorang pemandu wanita yang bertindak menghalangnya daripada memotong. Satu rakaman video yang menjadi tular di media sosial menunjukkan seorang pemandu kereta Honda City yang dipandu oleh seorang lelaki telah di halang daripada memotong oleh seorang pemandu wanita yang memandu kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru. Video yang berdurasi 1minit 39 tersebut telah di muat naik di media sosial dan kejadian dipercayai berlaku pada pukul 7.41 pagi tadi yang menunjukkan kelakuan pemandu wanita tersebut yang enggan memberikan laluan kepada pemandu lelaki berkenaan namun punca sebenar kejadian tidak dinyatakan. Video tersebut menunjukkan sebuah kereta berwarna biru yang dengan sengaja telah menghalang sebuah kereta daripada memotong keretanya di lebuh raya dua lorong. Melalui rakaman video tersebut turut didengari perbualan yang dipercayai milik pemandu yang memandu kereta berwarna biru tersebu

Remaja Maut Akibat Pil Perancang.

Imej
Pil KB merupakan pil perancang kehamilan yang sering digunakan oleh golongan wanita bagi mengelakkan kehamilan bagi merancang jarak antara anak yang sedia ada mahupun bagi mencegah kehamilan bagi golongan wanita yang tidak ingin hamil serta bagi golongan remaja yang melakukan seks bebas. Pil KB telah menjadi satu amalan yang dilakukan tidak kira peringkat umur apatah lagi dengan gejala sosial yang semakin tidak mampu dibendung lagi pada zaman era moden ini. Itulah yang berlaku terhadap seorang remaja yang dikenali sebagai Abbey berusia 21 tahun yang maut secara mengejut dipercayai akibat daripada amalannya yang terlampau mengamalkan pemakanan pil KB tersebut. Abbey dikatakan sedang menjalinkan hubungan bersama dengan kekasihnya yang agak berumur serta merupakan salah seorang staf di sebuah syarikat milik kekasihnya itu. Menurut laporan Daily Mail, ibu mangsa ketika ditemui memberitahu bahawa anaknya itu ada memberitahunya sehari sebelum kematiannya bahawa dia ada mengalami sa

Video Majikan Paksa Pembantu Rumah Lakukan Hubungan Intim Tular Di Media Sosial.

Imej
Arab Saudi - Seorang wanita telah menjadi mangsa gangguan seksual oleh majikannya sendiri apabila dia dikatakan telah dipaksa untuk melakukan hubungan intim bersamanya. Kejadian tersebut telah menjadi topik hangat di laman media sosial selepas rakaman video wanita tersebut dipaksa oleh majikannya itu untuk melakukan hubungan intim telah tersebar secara meluas di laman sesawang. Mangsa yang merupakan rakyat warga Indonesia telah merakamkan kejadian yang menimpanya itu serta telah memuat naik rakaman tersebut di media sosial sebagai bukti kejadian yang menimpanya itu. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Mekah, Arab Sausi pada Jumaat yang lalu malah mangsa juga turut memberitahu bahawa ini bukanlah kejadian pertama yang menimpanya tetapi telah beberapa kali. Akibat tidak tahan kerana menjadi mangsa gangguan seksual oleh majikannya itu dia kemudiannya telah merakamkan serta menyebarkan rakaman kejadia yang menimpanya di laman media sosial bagi tujuan meminta bantuan supaya dia

Video Katering Tak Kunjung Tiba, Pelamin Seperti Reban Ayam, Pemilik Zurin Jundi Diserbu Pelanggan Yang Tertipu.

Imej
Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian mereka yang tersendiri bagi melayari hari bahagia yang penuh bersejarah namun begitu tidak semuanya yang dirancang berjalan dengan lancar. Seperti yang berlaku kepada beberapa pasangan pengantin semalam apabila mereka terpaksa meyambut hari bersejarah mereka dengan penuh memalukan apabila ditipu oleh sebuah syarikat wedding planner. Zurin Jundi Wedding Planner yang merupakan salah sebuah syarikat yang dikenali ramai melalui laman media sosial hari ini telah di serbu oleh pelanggan yang di tipu olehnya apabila segala pembayaran telah di buat tetapi yang di pesan semua tiada. Ke semua pelanggannya yang menyambut hari bahagia mereka semalam terpaksa menanggung malu apabila katering yang di pesan tidak kunjung tiba di majlis perpepsi mereka serta pelamin berharga RM 10,000 yang di tempah oleh mereka hanya di buat ala kadar yang di umpamakan seperti reban ayam oleh pelanggan yang tidak berpuas hati.

Datuk Seri Vida Didenda RM4,800, Takut Nak Keluar TV Lagi

Imej
Akibat menyiarkan iklan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyebabkan Datuk Seri Vida dikenakan denda sebanyak RM4,800 oleh Mahkamah Majistret Petaling jaya selepas beliau mengaku bersalah atas kesalahannya itu. Beliau yang lebih dikenali dengan nama DS Vida juga turut diarahkan menjalani hukuman tambahan iaitu penjara lima bulan oleh Majistret Mohd Azali Ibrahim sekiranya beliau didapati gagal menjelaskan denda yang dikenakan ke atas beliau. Walau bagaimanapun DS Vida yang merupakan Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu bahawa dia telah pun melunaskan denda tersebut. DS Vida telah didakwa kerana  telah menyiarkan iklan berhubung produk Pamoga di sebuah Syarikat penyiaran televisyen melalui rancangan Jom Singgah bagi tujuan mempengaruhi pengguna. Iklan tersebut memaparkan produk Pamoga yang dikatakan sebagai satu ubat yang mampu menyembuh serta merawat kulit melecur, meredak

Sedia Bermati-Matian Berdepan Thailand Esok

Imej
Shah Alam - Perlawanan bola sepak bawah 22 (B-22) di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) semakin mendebarkan rakyat Malaysia yang rata-ratanya tidak sabar meyaksikan perlawanan akhir acara tersebut. Skuad bola sepak lelaki Bawah 22 (B-22) dikatakan telah pun membuat persedian untuk berjuang secara bermati-matian bagi menentang lawannya Thailand di perlawanan akhir bagi acara tersebut. Muhammad Adib Zainuddin yang mengetuai skuad bola sepak lelaki B-22 memberitahu bahawa motivasi rakan sepasukkannya berada pada tahap yang tertinggi menjelang perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada hari Selasa ini. Kekalahan di pusingan kelayakkan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-22 2018 di Bangkok kepada negara jiran dengan kekalahan 0-3 bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan ukuran kepada aksi mereka kerana di sini Malaysia merupakan tuan rumah kepada temasya KL2017 ini. "Saya amat berharap agar emosi serta semangat mereka yang luar biasa tersebu

Netizen Puji Suami Ummi Nazeera Jaga Aurat Isteri

Imej
Seorang suami pasti menginginkan yang terbaik buat isterinya yang tercinta dan tanggung jawab suami bukan sahaja sekadar memberikan nafkah zahir serta batin malah turut bertanggung jawab membimbing isteri ke jalan yang diredhai. Menjaga maruah serta aurat isteri juga merupakan tanggung jawab seorang suami yang perlu dilakukan yang semakin di abaikan oleh rata-rata masyarakat sekarang ini. Walau bagaimanapun pelakon bernama Ummi Nazeera yang selamat di ijab kabulkan pada 23 Julai yang lalu bersama pasangannya Dr. Mohd. Izzar Anwari dikatakan amat bertuah kerana memiliki seorang suami yang pandai menjaga aurat isterinya. Rata-rata netizen memuji sikap Izzar yang telah menyunting gambar bahagian pergelangan tangan isterinya itu yang memperlihatkan auratnya ketika memandu sebelum memuat naik gambar yang disunting berkenaan di akaun Instagram miliknya. Izzar dikatakan telah menghitamkan pergelangan tangan Ummi yang dikatakan sedikit terdedah ketika sedang memandu kereta. Gambar

Video Budak Perempuan 12 Tahun Hampir Putus Tangan

Imej
Pahang - Seorang kanak-kanak perempuan hampir putus tangan selepas terlibat dalam satu kemalangan yang ditunggang oleh ibunya. Kemalangan yang membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun tersebut dikatakan berlaku di Taman Tunas Mahkota Batu 11, Kuantan, Pahang. Mangsa dikatakan hampir putus pergelangan tangannya apabila motosikal yang di naikinya itu terbabas sehingga menyebabkan tangannya termasuk di dalam sporket motor. Video berdurasi dua minit 20 saat yang sempat dirakamkan jelas menunjukkan anggota bomba yang bertungkus lumus cuba menyelamatkan mangsa yang terbaring lemah di pangkuan ibunya sambil diberikan rawatan kecemasan oleh pihak bomba. Video Budak Perempuan 12 Tahun Hampir Putus Tangan pic.twitter.com/uaKmvjP519 — Wartawan Jalanan (@W_Jalanan) 27 Ogos 2017

Bunuh Kekasih Kerana Di Ejek Lemah Tenaga Batin

Imej
Thailand - Seorang wanita ditemui maut dengan kesan kelar di leher dipercayai telah disembelih oleh teman lelakinya sendiri. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah ladang getah akibat daripada ketidak puasan hati teman lelakinya itu yang dikecam oleh mangsa. Teman lelakinya yang juga merupakan warga Thailand dikenali sebagai Natthan Raknui, 23 tahun telah mengelar leher mangsa Jiraporn Theppaya yang merupakan kekasih yang dikenalinya melalui laman media sosial facebook. Suspek telah membunuh mangsa dipercayai adalah kerana bermotifkan ketidak puasan hati dengan kata-kata mangsa yang seakan menghina suspek dengan mengatakan bahawa suspek tidak pandai melakukan hubungan intim atau mati pucuk. Hasil siasatan pihak polis mendapati suspek hanya baru beberapa bulan mengenali mangsa menerusi media sosial facebook serta hanya menjalinkan hubungan cinta jarak jauh sebelum bertemu buat kali pertama pada pertengahan bulan Ogos. Suspek yang dikatakan tidak memiliki duit bagi men

Roberto Carlos Ke Penjara Kerana Gagal Bayar Nafkah.

Imej
Rio De Janeiro - Seorang bekas pemain bola sepak Brazil dan Real Madrid telah dijatuhi hukuman penjara selepas dikatakan gagal membayar nafkah anak-anaknya. Menurut laporan agensi berita China Xinhua, Roberto Carlos, 44 tahun telah dijatuhi hukuman tersebut oleh mahkamah keluarga di sini apabila dia di dapati gagal membayar tuntutan nafkah sebanyak 61,000 reais iaitu bersamaan kira-kira US$20,000 kepada bekas isterinya Barbara Thurler. Carlos dikatakan mempunyai sembilan orang anak dan dua daripadanya adalah merupakan hasil perkongsian hidupnya bersama dengan Barbara. Menurut hakim Mayane De Castro , keluarga bekas isterinya itu telah menolak permintaan Carlos yang meminta untuk membayar jumlah yang tertugak itu dengan cara ansuran. Fernando Pittner yang merupakan peguam kepada Carlos membertahu bahawa perkara itu sebenarnya boleh diselesaikan tanpa memerlukan Carlos dipenjarakan namun kini ianya menjadi semakin rumit. Carlos merupakan bekas pemain bola sepak yang pernah be

Petua Untuk Mengesan Berita Palsu Di Facebook.

Imej
Dengan lambakkan berita-berita palsu di laman media sosial seperti facebook sering kali kita lihat dan kadang-kalanya mengelirukan pengguna facebook yang benar dengan yang palsu. Kini facebook telah melakukan usahanya yang terbaru dalam mengekang penularan berita palsu yang semakin banyak kelihatan di facebook dengan mengongsikan beberapa petua yang boleh di guna pakai bagi mengetahui kesahihan sesuatu berita yang tular di media sosial. Di sini kami sertakan 10 petua yang telah dikongsikan oleh facebook dalam usahanya menghentikan penularan berita palsu di facebook, pertua itu kami kongsikan di bawah ini buat pengguna facebook semua  : 1) Sentiasa berasa sangsi dengan tajuk utama.  Cerita berita palsu sering mempunyai tajuk utama yang menarik dengan semua huruf besar berserta tanda baca seruan. Jika berita mengejutkan dalam tajuk utama sukar dipercayai, ia mungkin palsu. 2) Lihat dengan teliti pada URL.  URL palsu atau kelihatan serupa mungkin merupakan amaran tentang ber

Pelajar Sekolah Merokok Selepas Pulang Dari Sekolah.

Imej
Sebagai seorang ayah sepatutnya mendidik anak-anak serta memberitahu betapa bahayanya merokok itu terhadap kesihatan tubuh badan serta orang sekeliling tetapi berbeza pula dengan yang ini. Melalui gambar yang telah di muat naik oleh seorang pengguna facebook jelas menunjukkan seorang pelajar sekolah menengah yang tanpa rasa bersalah menghisap rokok ketika mebonceng motosikal bersama dengan seorang lelaki. Namun tidak diketahui apakah lelaki tersebut merupakan ayahnya atau bukan tetapi rata-rata netizen memberikan tindak balas kurang menyenangkan ketika melihat gambar ini. Ada sesetengah netizen memberitahu bahawa penunggang tersebut merupakan ayah kepada remaja terbabit namun tidak diketahui kesahihan tersebut. Dapat di lihat di ruangan komen yang rata-rata melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan remaja tersebut yang dengan bersahaja menghisap rokok tanpa rasa bersalah manakala penunggang tersebut yang dikatakan ayah remaja itu langsung tidak memarahi mahu

Masuk Rumah Orang Mengaku Kastam Putrajaya Untuk Tarik Kereta

Imej
Kelantan - Satu laporan polis dibuat terhadap tiga lelaki kerana melakukan penyamaran sebagai penjawat awam serta pergi ke rumah mangsanya dengan alasan nak tarik kereta. Laporan polis tersebut telah di buat oleh warga emas bernama Abdullah selepas rumahnya telah didatangi oleh tiga lelaki yang mengaku serta memperkenalkan diri mereka sebagai Pegawai Kastam dari Putrajaya. Mereka memberitahu bahawa tujuan mereka datang adalah untuk menarik kereta milik mangsa yang dikatakan merupakan kereta klon. Kejadin ini telah di muat naik ke laman media sosial oleh seorang individu dikenali sebagai Fina Muhammad melalui postingnya yang menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati jika secara tiba-tiba didatangi oleh individu seperti ini. Melalui laporan polis yang di buat boleh mangsa memberitahu bahawa ketika kejadian sekitar pukul 8.28 pagi ketika dia berada di rumah secara tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu pagar. Ketika dia keluar dari rumah dia melihat seorang lelaki telah mema

'Datuk Kabi' Didapati Bersalah Menipu Kes Pajakan Kenderaan

Imej
KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun, dua sebatan dan denda RM10,000 oleh Majistret Kuala Lumpur hari ini selepas didapati melakukan penipuan. Ahli perniagaan tersebut yang lebih dikenali sebagai 'Datuk Kabi' telah dijatuhkan hukuman selepas didapati bersalah menipu seorang lelaki berkaitan urusan jual beli kereta mewah berjumlah RM85,000 tiga tahun yang lalu. Majistret Rahni Kartini Abd Rahim menjatuhkan hukuman tersebut terhadap 'Datuk Kabi' atau nama sebenarnya C Kamaleshwaran, 38 tahun, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Sekiranya tertuduh gagal membayar denda yang ditetapkan, mahkamah turut memerintahkan agar hukuman penjara tambahan selama lima bulan dikenakan kepada tertuduh. Walau bagaimanapun tertuduh dibenarkan ikat jamin serta hukuman penjara dan sebat ditangguhkan sementara menunggu rayuan selepas mahkamah telah meluluskan permohonan peguam K Thiru

Rupanya Inilah Bahan Yang Digunakan Untuk Membuat Roti Gardenia Lembut Dan Sedap.

Imej
Setiap penggemar roti potong gardenia pasti tertanya-tanya apa sebenarnya ramuan yang di gunakan bagi membuat roti tersebut yang lembut serta lazat sehingga digemari oleh setiap peringkat umur. Kini telah viral mengenai bahan asas yang di gunakan untuk membuat roti ala gardenia yang lembut dan sedap itu di media sosial. Sungguh tak sangka bahawa amat mudah untuk membuat roti ala gardenia tersebut dan bahan-bahannya boleh diperolehi dengan mudah dari mana-mana pasaraya berhampiran. Bagi suri rumah yang ingin mencuba membuatnya di rumah bolehlah mengikut resepi yang telah di kongsikan oleh seorang pengguna facebook yang dikenali sebagai Angah Izan di bawah ini. Roti Asas Ala Gardenia BAHAN: 1 Peket yis kering 2 1/4 cawan air panas suam 1 sudu teh garam 1/4 cawan gula  Disatukan dan dimixer/blend. # 2 sudu besar butter or margerin # 5 ke 6 1/2 cawan tepung gandum diayak 1. Masukkan bahan ## ke dalam adunan.  Uli sehingga lembut. Tutup dengan wrapping plastik. 2.

4 Penyokong Myanmar Dipukul Dan Disamun Selepas Tamat Perlawanan.

Imej
Shah Alam - Satu kejadian cubaan samun telah dilakukan sekumpulan individu terhadap empat orang warga Myanmar selepas tamat perlawanan bola semalam. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di kawasan tempat letak kereta di kawasan stadium Shah Alam berkenaan ketika ke empat-empat warga Myanmar tersebut sedang berjalan di kawasan terbabit bagi menuju ke bas. Ketika sedang berjalan secara tiba-tiba mereka telah diserang dan di pukul oleh sekumpulan penyokong Malaysia dari arah belakang. Menurut sumber Shareel Eizwan, kejadian tersebut merupkan satu cubaan samun kerana beg dompet serta telefon bimbit milik mangsa telah di ambil oleh kumpulan tersebut. Beberapa individu yang melihat kejadian tersebut cuba untuk menghulurkan bantuan kepada mereka berempat namun disebabkan bilangan mereka yang lebih ramai menyebabkan mereka turut dibelasah oleh sekumpulan penyokong terbabit yang kemudiannya melarikan diri selepas berjaya mengambil beg dompet serta telefon bimbit warga Myanmar tersebut.

Tolong Viralkan Agar Suami Saya Ditangkap, Cabul Anak Perempuan Sendiri

Imej
Pahang - Seorang wanita telah bertindak menviralkan suaminya sendiri selepas perbuatan terkutuk suaminya itu ke atas anak perempuan mereka telah di ketahui. Suaminya itu menjadi buruan polis selepas dia telah dilaporkan telah mencabul anak perempuannya sendiri di sini. Lelaki tersebut yang di kenali sebagai Hasrol Rizal Bin Hassan Nasri dikatakan telah memukul serta mencabul anak perempuannya yang masih di bawah umur. Menurut isteri mangsa Hanifah Wan melalui laman media sosial memberitahu bahawa suaminya telah melarikan diri selepas perbuatannta telah diketahui serta terdapat dua laporan polis di buat ke atasnya di IPD Maran, Pahang. Hanifah melalui postingnya di media sosial memberitahu bahawa tanpa rasa malu dia memohon kepada semua sahabat facebooknya supaya menviralkan suaminya sendiri sehingga tertangkap kerana terdapat dua waran tangkap telah dikeluarkan atas namanya. Sesiapa yang ada melihat suspek di mana sahaja bolehlah melaporkan perkara tersebut di ba