Video Wanita Terjatuh Dalam Lubang Lantai Stesen Subway

China - Seorang wanita telah ditelan oleh satu lubang yang secara tiba-tiba muncul ketika dia memijak lantai di hadapan sebuah eskalator untuk keluar daripada stesen subway.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika mangsa sedang berjalan bersama seorang lelaki menuju ke eskalator untuk keluar daripada sebuah stesen subway di China.

Video rakaman tersebut yang berdurasi 30 saat tersebut berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di stesen metro Cuizhu di Shenzhen City, Selatan China jelas menunjukkan bagaimana secara tiba-tiba dia ditelan oleh lubang yang secara tiba-tiba muncul.

Melalui rakaman video tersebut yang telah menjadi tular di media sosial jelas menunjukkan kelibat wanita tersebut bersama seorang lelaki sedang berjalan menuju eskalator sebelum secara tiba-tiba panel lantai yang dipijak mangsa secar tiba-tiba runtuh menyebabkan mangsa jatuh ke dalam lubang berkenaan.

Lelaki yang bersama dengan mangsa ketika menyedari kejadian yang menimpa mangsa kemudiannya berusaha sedaya upaya untuk membantu mengeluarkan mangsa daripada lubang terbabit sebelum di bantu oleh beberapa orang awam yang bergegas menghulurkan tangan membantu mengeluarkan mangsa bersama-sama.

Walau bagaimanapun mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius melainkan hanya mengalami kecederaan ringan di kaki dan tangan mangsa oleh doktor yang merawat mangsa di hospital berdekatan tempat kejadian.

Merujuk kepada kenyataan yang di keluarkan oleh Shenzen Metro memberitahu bahawa panel lantai tersebut kini sedang berada dalam proses pembaik pulih serta pihak mereka mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan pantas kepada mangsa.

Namun begitu pihak berkuasa masih lagi sedang menjalankan siasatan susulan kejadian ini serta masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenaio jumlah pampasan yang bakal diterima oleh mangsa selepas apa yang berlaku kepadanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja