Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kemalangan

Video: Kanak-Kanak Disahkan Maut Digilis Van Sekolah

Imej
“SEDIH tengok atuk dia peluk bawak masuk rumah,” kata netizen mengenai kejadian tragis membabitkan kanak-kanak perempuan yang maut digilis sebuah van sekolah di hadapan rumah keluarganya di Jalan Temenggung 4, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, semalam. Insiden menyayat hati itu dikongsikan Facebook (FB) Khas Penduduk Skudai hari ini, termasuk video berdurasi 1 minit dan 37 saat. Video itu memperlihatkan babak memilukan bermula daripada kanak-kanak terbabit, Janiss Yeoh Zi Xuan, turun dari van sekolah sebelum dia dilanggar pemandu van dan badannya digilis. Panik dengan situasi itu, pemandu van wanita mendapatkan keluarga mangsa sebelum dia masuk ke dalam kenderaan untuk mengundurkan vannya ke belakang. Seorang wanita dipercayai nenek kepada kanak-kanak itu kemudian dilihat keluar dari pagar rumah dan mengangkat cucunya masuk ke dalam rumah. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kejadian berlaku pada 12 tengah hari semalam ...

Video: Pemandu Lori Menggila Pandu lawan Arus

Imej
SUNGAI BUAYA - Dua lori bertembung di Kilometer 432 Lebuh Raya Utara Selatan dekat susur masuk Tol Sungai Buaya, di sini, pagi tadi. Pertembungan berlaku apabila salah satu lori itu dipandu melawan arus sejauh tiga kilometer di lorong tengah lebuh raya berkenaan. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kemalangan membabitkan lori tiga tan jenis Isuzu dan sebuah lagi lori bersaiz panjang jenis yang sama pada jam 9.15 pagi. “Pemandu lori panjang berusia 48 tahun itu dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur dan berada di lorong tengah. Pemandu berkenaan nampak lori tiga tan itu dipandu melawan arus di hadapannya dan cuba mengelak tetapi tidak sempat. “Perlanggaran berlaku di sebelah kiri namun kedua pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. Menurutnya, semakan mendapati pemandu lori yang melawan arus berusia 37 tahun itu mempunyai satu rekod lampau dan dihukum atas kesalahan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencu...

Penemuan Mayat Lelaki Dalam Longkang Akhirnya Terjawab

Imej
Semalam tular di laman facebook mengenai penemuan mayat lelaki yang ditemui dalam sebuah longkang bersama motosikalnya di Taman Daya berdekatan Lebuhraya Pasir Gudang. Sejurus menerima maklumat pada 10.56 pagi semalam, pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan penyelamat Tebrau bergegas ke lokasi bagi membantu pihak polis mengangkat mangsa keluar dari longkang tersebut. Mangsa Mohamad Fakruddin Mohd A'asari ditemui di lokasi pada jam 10.14 pagi bersama motosikalnya. Difahamkan, sebelum penemuan mayat itu satu laporan polis dibuat mengenai kehilangan mangsa yang dibuat oleh rakan serumahnya di Balai Polis Tampoi pada 10.48 malam, 18 Mac kerana tidak pulang kerumah sejak sehari sebelum laporan itu di buat. Pencarian mangsa turut dibuat melalui laman facebook oleh rakan-rakannya namun persoalan mereka terjawab apabila tular penemuan mayat mangsa dan motosikalnya di dalam longkang. Pihak polis telah mengesahkan motosikal yang ditunggang mangsa terbabas dengan sendiri bukan kerana lang...

Ngeri!!! Mangsa Kemalangan Melekat Pada Cermin Kereta Selamat 30 Minit

Imej
Seorang individu penunggang motosikal melekat hampir 30 minit pada cermin hadapan sebuah kereta selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu, hari ini. Kejadian tersebut berlaku pada jam 1.30 pagi ketika mangsa, Adline Asline, 20 membuat pusingan U di hadapan bangunan pusat beli belah berhampiran hotel, manakala kereta PERODUA Myvi dari bulatan Wawasan menuju ke Waterfront. Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kedua-dua kenderaan terbabit bertembung menyebabkan mangsa terpelanting dan tersepit pada hadapan cermin kereta. Sejurus dari kemalangan itu, orang awam menelefon pihak bomba supaya datang ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit pada rekahan cermin kereta terbabit. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, selepas menerima panggilan pada 1.50 pagi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu diarahkan pergi ke lokasi yang terletak tiga kilometer dari balai. “Seba...

Pesakit Tidur Berbantalkan Kakinya Yang Telah Dipotong

Imej
INDIA: Telah viral baru-baru ini apabila beberapa keping gambar mengenai seorang lelaki yang menjadikan kakinya sendiri sebagai bantal untuk tidur semasa mendapatkan rawatan kemalangan di sebuah hospital. Kejadian ini dipercayai telah berlaku di India di mana lelaki terbabit yang berusia 28 tahun itu telah terbabit dalam satu kemalangan sehingga menyebabkan kakinya itu dipotong. Akibat daripada tularnya perbuatan tersebut, seorang pegawai perubatan kecemasan, seorang doktor dan dua jururawat di Hospital Kolej Perubatan Maharani Laxmibal, Jhansi, India telah digantung tugas buat sementara waktu. Mangsa yang dikenali sebagai Ghanshyam Singh itu mengalami kecederaan parah selepas bas sekolah yang dipandunya terbabas dan terbalik apabila dia cuba untuk mengelak sekawan lembu yang tiba-tiba melintas. Kemalangan tersebut telah menyebabkan 25 orang pelajar dari sebuah sekolah awam di Mauranipur turut mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut. Bagaimana pun, menurut pengetua kolej perub...

Ajal Sebelum Mengambil Keputusan SPM

Imej
KOTA BHARU: Seorang bekas pelajar yang ketika dalam perjalanan untuk mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia selepas motosikal yang dinaikinya telah merempuh sebatang pokok. Kejadian ini dipercayai berlaku di Jalan Padang Melintang, Kelantan pada pagi tadi iaitu sebelum keputusan peperiksaan tersebut diumumkan. Mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Iqbal Hafiz Mohamad Kauli, 17, itu dipercayai maut di tempat kejadian akibat kerana parah di bahagian kepalanya. Mayat mangsa kemudiannya terus dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat. Ibu kepada mangsa, Nastura Abdul Ghani, 45, memberitahu bahawa anaknya itu telah keluar dari rumah di Kampung Cherang Melintang, Bachok, pada jam 7.30 pagi untuk ke sekolah bagi mengambil keputusan peperiksaan SPM di Sekolah Menengah (SMU) Maahad Amir Indera Petra. “Namun, Iqbal tidak sempat sampai ke sekolahnya yang jaraknya kira-kira satu kilometer (km) selepas motosikal j...

Badan Lelaki Ini Terbakar Gara-gara Putung Rokok

Imej
PENSACOLA - Seorang lelaki mengalami kecederaan yang serius apabila terbakar di bahagian badan angkara putung rokok yang dibuang oleh seorang pemandu kereta melalui tingkap. Mangsa yang bernama Caleb Dunn, 24, berkata ketika sedang menunggang motosikalnya menuju ke rumah dia merasa panas yang teramat sangat dan apabila toleh ke belakang dia melihat api di sekitar leher dan jaketnya. Kemudian mangsa mendekati bahu jalan dan melompat turun dari motosikalnya dan menanggalkan jaket tersebut. Dunn berkata dia tidak pernah mengalami kesakitan yang dahsyat seperti itu seumur hidupnya. Dia mengalami kecederaan akibat terbakar di bahagian separuh badannya sebanyak 25 peratus dan dan kini sedang menjalani rawatan intensif.di pusat perubatan Universiti South Alabama. Para perokok dinasihat supaya tidak membuang rokok keluar tingkap sesuka hati ketika sedang memandu kerana boleh menimbulkan bahaya. Kini badan Dunn dilindungi oleh oleh kulit tiruan yang dikenali sebagai Integra yang mana membant...

Video Rempuhan Kereta Dan Lori Penyelenggaran Jalan

Imej
Satu rakaman yang diambil oleh seorang pemandu berdurasi 6 saat menunjukkan satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan dua buah lori. Melalui rakaman terbabit dapat dilihat dua buah lori yang sedang menjalankan penyelenggaraan  di bahagian sebelah kanan jalan di mana turut kelihatan juga beberapa penghadang jalan yang dilengkapi lampu turut diletakkan. Lampu-lampu terbabit berserta beberapa buah kon telah diletakkan di kawasan yang sememangnya boleh dilihat. Namun, saat-saat terakhir dapat dilihat sebuah kereta berwarna hitam melanggar lori penyelenggaraan terbabit sehingga bahagian hadapan keretanya itu remuk. Tidak dapat dipastikan sama ada pemandu terbabit langsung tidak menyedari keadaan tersebut ataupun dia mengantuk semasa memandu. Tempat kejadian ini berlaku serta identiti pemandu terbabit tidak dapat dipastikan lagi. Keadaan pemandu tersebut sama ada dia selamat ataupun tidak juga langsung tidak didedahkan. Editor: Sara

Video Kemalangan Ngeri Trak Rempuh Kereta

Imej
Satu rakaman yang dirakam di dalam sebuah kereta yang berdurasi 1 minit 27 saat menunjukkan satu kemalangan ngeri yang berlaku. Lokasi kemalangan tersebut tidak dapat dipastikan tetapi kejadian tersebut telah berlaku pada waktu siang. Menerusi video tersebut, kelihatan jalan yang dilalui oleh pemandu terbabit menjadi sesak daripada kedua-dua arah. Namun, beberapa saat selepas itu, kelihatan sebuah trak yang laju dan penuh muatan telah merempuh kereta yang berada di hadapan. Berkemungkinan, sistem brek trak tersebut gagal berfungsi sehinggakan dia tidak dapat memberhentikan trak yang dipandunya itu. Kereta yang dirempuh kelihatan habis berkecai dan berkemungkinan besar mangsa juga turut digilis dengan trak terbabit. Turut kelihatan sebuah kereta terbalik di tengah-tengah jalan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian terbabit datang membantu mangsa yang mengalami kecederaan. Editor: Iera

Video Langgar Lembu Ketika Sedang Memandu

Imej
Satu rakaman selama 48 saat yang dirakam di dalam sebuah kereta menunjukkan satu kejadian di mana seekor lembu dilihat sedang melintasi jalan yang penuh dengan kereta yang dipandu laju. Lembu terbabit dilihat datang daripada laluan yang bertentangan di mana lembu terbabit sedang berlari melintasi jalan. Namun, seorang pemandu yang merakamkan aksi tersebut tanpa sempat mengelak terus melanggar lembu terbabit kerana peristiwa tersebut berlaku sangat pantas. Kejadian ini dikatakan berlaku di jalan raya berhampiran Felda Adela, Kota Tinggi, Johor di mana lembu terbabit kelihatan langsung tidak diikat oleh tuannya.  Peristiwa ini telah menyebabkan kereta tersebut mengalami remuk di bahagian hadapan manakala lembu terbabit tidak diketahui nasibnya. Editor: Iera

Video Penunggang Motosikal Dilanggar Lari

Imej
Satu rakaman oleh seorang pemandu yang berdurasi 26 saat menunjukkan saat-saat genting yang terpaksa dihadapi oleh seorang penunggang motosikal. Kejadian ini dipercayai telah berlaku di Thailand di satu jalan yang sesak dengan pengguna yang menaiki kereta dan motosikal. Video tersebut memaparkan seorang penunggang wanita yang sedang yang sedang melalui satu jalan yang sempit di mana terdapat banyak kereta di kawasan terbabit. Penunggang motosikal tersebut kelihatan cuba melalui jalan terbabit namun tanpa dia sedar sebuah kereta Honda datang daripada arah hadapan dan merempuhnya. Dia yang panik dengan kejadian tersebut berusaha menyelamatkan dirinya terlebih dahulu kerana takut dilanggar oleh kereta terbabit. Namun pemandu kereta terbabit cuba mengundur keretanya dan terus merempuh motosikal terbabit sehingga hancur. Turut kelihatan bahagian hadapan kereta terbabit juga remuk serta motosikal milik mangsa juga hancur kerana dirempuh. Bagaimana pun, penunggang motosikal itu yang hanya t...

Lelaki Maut Gara-Gara Topi Keledar

Imej
Satu kemalangan maut telah berlaku di mana seorang pemandu kereta kancil dipercayai telah merempuh sebuah bas kilang. Kejadian ini dikatakan telah berlaku di Sungai Rawa, bagan Serai, Perak di mana lelaki terbabit menaiki sebuah kereta Perodua jenis Kancil dengan nombor pendaftaran ADS 489. Difahamkan, kejadian itu telah berlaku di mana pemandu kereta terbabit yang dikenali sebagai Lee Jin Wah dikatakan cuba mengelak daripada sebiji topi keledar yang jatuh daripada sebuah motosikal di atas jalan raya.  Namun, dia tidak menyangka bahawa perkara itu menyebabkan kenderaan yang dipandunya itu terbabas lalu merempuh sebuah bas pekerja di bahagian hadapan. Menerusi gambar, kereta kancil tersebut kelihatan remuk di bahagian hadapan di mana pemandu ataupun mangsa terbabit kelihatan tersepit di dalam kereta. Pihak bomba yang dimaklumkan mengenai kejadian terbabit tiba di tempat kejadian dan mencuba sedaya upaya untuk mengeluarkan mangsa daripada kereta tersebut. Mangsa bagaimana pun dik...

Video Dua Penunggang Motosikal Dirempuh Sebuah Kereta

Imej
Satu video berdurasi 44 saat menunjukkan situasi di mana dua orang penunggang motosikal dirempuh oleh sebuah kereta yang memandu secara laju dan berbahaya. Tempat kejadian ini tidak dinyatakan namun melihat lokasi kejadian tersebut, kemalangan ngeri ini dikatakan berlaku di luar negara. Melalui video tersebut, dapat dilihat dua orang wanita yang sedang memandu motosikal untuk menyeberang jalan tanpa melihat ke sebelah kiri dan kanan sebelum bertindak. Mereka yang lengkap memakai topi keledar itu bagaimana pun tidak sempat mengelak apabila sebuah kereta yang dipandu terlalu laju bertindak melanggar kedua-dua wanita terbabit sehingga mereka berdua melambung ke udara. Berkemungkinan besar, kedua-dua penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan parah mahupun meninggal dunia. Namun, itu semua tidak dapat dipastikan kerana berdasarkan video itu, rempuhan yang mereka alami itu sangatlah kuat dan boleh meragut nyawa. Berdasarkan video tersebut juga, dapat dilihat bahawa jalan tersebut ...

Video Longkai Bergaduh Berebut Kereta Kemalangan

Imej
Satu kejadian berlaku di Pasar Borong Selangor di mana dua orang penarik kereta telah bergaduh sesama sendiri kerana mahu berebut sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan. Akibat daripada pergaduhan yang berlaku di atas jalan raya itu, lalu lintas di sekitar pasar borong terbabit menjadi sesak. Video yang berdurasi selama 24 saat memaparkan lelaki yang memakai baju hijau dan hitam sedang bertengkar sambil menolak sesama sendiri. Terdapat beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian cuba menenangkan mereka dan video ini telah dirakam oleh seseorang yang turut berada di tempat kejadian. Menurut sumber yang menyaksikan pergaduhan ini kejadian itu telah mendatangkan kecederaan kepada lelaki yang berbaju warna hijau kerana telah dipukul dengan teruk. Editor:Anna

Langgar Tembok Batu Selepas Majlis Hari Lahir

Imej
SHAH ALAM: Dua orang wanita dipercayai telah meninggal dunia selepas kereta yang dinaikinya telah melanggar satu tembok batu berhampiran dengan Plaza Tol Batu Tiga semalam selepas mangsa dikatakan selesai menyambut hari lahirnya yang ke 27 tahun. Ketika kejadian itu berlaku, mangsa dan juga kawannya dipercayai dalam perjalanan pulang sejurus sahaja majlis selesai dan apabila sampai ke tempat kejadian kereta yang dipandunya mulai hilang kawalan dan terbabas. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, kejadian terbabit dijangka berlaku pada jam 12.55 tengah malam tadi di mana mangsa iaitu Noor Hidayah Mohamed Rezmi, 27 dan kawannya Fathurezza Khoirul Huda Halimsuyto, 31, berada dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur untuk menghala ke Shah Alam. "Siasatan awal mendapati, Fathurezza Khoirul Huda dipercayai memandu secara laju dan gagal mengawal kenderaan terbabit lalu merempuh tembok tol itu." "Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihanta...

3 Gambar Tapir Jantan Maut Dilanggar.

Imej
RAUB: Kerana dilanggar oleh sebuah kereta, seekor tapir jantan dewasa ditemui mati di Jalan Budu-Dong, dekat Kampung Tualang Padang semalam. Tapir adalah salah satu haiwan yang dikategorikan sebagai terancam itu, dianggarkan seberat 250 kilogram (kg) dan dipercayai melintas jalan sebelum dilanggar kenderaan terbabit. Kejadian itu dikatakan hanya disedari oleh penduduk kampung kira-kira pada jam 1.50 tengah hari yang kebetulan melalui jalan tersebut sebelum dia bertindak menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Menurut orang kampung, jalan berkenaan adalah jalan yang sunyi dan jarang dilalui penduduk berikutan ianya agak terpencil dan jauh daripada penempatan. Sebaik sahaja dihubungi, tujuh kakitangan daripada PERHILITAN Raub dan Lipis bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan bangkai haiwan yang mempunyai nama saintifik iaitu Tapirus Indicus. Menurut Pengarah PERHILITAN Pahang, Ahmad Azhar Mohammed, berdasarkan pemeriksaan ...

7 Gambar Bas Sekolah Rempuh Belakang Lori, 2 Maut 1 Parah

Imej
BINTULU: Kemalangan melibatkan dua orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun maut selepas bas sekolah dinaiki mereka merempuh sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 12 Jalan Pesisir Bintulu Miri berhampiran Ladang Sebubu, Samalaju, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6.12 pagi itu, bas sekolah berkenaan melanggar bahagian belakang lori membawa muatan besi paip yang diletakkan di bahu jalan. Difahamkan, kesemua mangsa adalah anak-anak pekerja sebuah ladang sawit di Samalaju dan perjalanan ke sekolah mereka yang terletak di pusat bandar. Pemandu bas, Ramnelan Samat, 50, mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala, manakala penumpangnya, Nurnadia Syakila, 9, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Empat lagi murid sekolah yang turut menaiki bas berkenaan turut cedera, dengan seorang daripadanya dilaporkan kritikal dan diletakkan di bawah pengawasan rapi pasukan perubatan di Hospital Bintulu. KEADAAN...