Video: Pemandu Lori Menggila Pandu lawan Arus


SUNGAI BUAYA - Dua lori bertembung di Kilometer 432 Lebuh Raya Utara Selatan dekat susur masuk Tol Sungai Buaya, di sini, pagi tadi.

Pertembungan berlaku apabila salah satu lori itu dipandu melawan arus sejauh tiga kilometer di lorong tengah lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kemalangan membabitkan lori tiga tan jenis Isuzu dan sebuah lagi lori bersaiz panjang jenis yang sama pada jam 9.15 pagi.

“Pemandu lori panjang berusia 48 tahun itu dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur dan berada di lorong tengah. Pemandu berkenaan nampak lori tiga tan itu dipandu melawan arus di hadapannya dan cuba mengelak tetapi tidak sempat.

“Perlanggaran berlaku di sebelah kiri namun kedua pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, semakan mendapati pemandu lori yang melawan arus berusia 37 tahun itu mempunyai satu rekod lampau dan dihukum atas kesalahan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Suspek tidak memiliki lesen memandu tetapi mempunyai 64 saman yang belum selesai selain 36 waran tangkap dan 15 kes N/C. Dia negatif saringan ujian air kencing namun dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan alkohol dalam darah

“Dia kini ditahan reman dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” katanya. - Sinar Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja