Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Video

Video Wanita Ketuk Keranda Bangkit Semula Dari Mati

Imej
QUITO - Seorang wanita di Ecuador 'bangkit semula' dalam keranda ketika upacara pengebumiannya yang turut menjadi tular di media sosial. Gilbert Balberan yang merupakan anak kepada Bella Montoya, 76, memberitahu ibunya mengetuk keranda itu selepas 'kembali bernyawa' dan wanita tersebut kemudiannya dibantu oleh dua lelaki. Balberan menjelaskan dia terpaksa mendapatkan keranda yang didermakan untuk keluarga miskin selepas Hospital Awam Marin Icaza di bandar Babahoyo mengesahkan kematian ibunya pada Jumaat. "Pihak hospital turut memberikan sijil kematian kepada kami," katanya sambil menambah ibunya kini dirawat di hospital sama dan memberi tindak balas positif. Sebelum 'kematiannya', Montoya dimasukkan ke hospital kerana strok dan jantungnya dikatakan terhenti. Susulan insiden itu, Kementerian Kesihatan memaklumkan sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyiasat insiden tersebut selain menyelia perkembangan Montoya. - AFP

Video: Remaja Perempuan Bergaduh Di Bagan Serai Tular

Imej
Polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran video membabitkan pergaduhan antara dua remaja perempuan di Bagan Serai. Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kejadian berlaku pada 9 Jun lepas kira-kira jam 10 pagi melibatkan remaja perempuan berumur 12 hingga 17 tahun. Menurutnya, remaja yang terlibat telah dikenal pasti dan telah hadir bersama keluarga masing-masing ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian sekitar jam 6 petang semalam bagi membantu siasatan. "Hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua remaja yang terlibat dengan pergaduhan telah pun berdamai secara baik setelah selesai kejadian itu. "Kedua-dua remaja yang terlibat tidak mahu memanjangkan hal perkara tersebut termasuk pihak keluarga demi masa depan remaja yang terlibat dan satu laporan berhubung tidak mahu memanjangkan kes telah dibuat oleh pihak keluarga mangsa pada hari ini pada 7.21 malam," katanya dalam satu kenyataan semalam. Terdahulu pihak polis telah mengesan satu video berdurasi 48...

Video Najib Mengamuk Tinggalkan Wawancara Al Jazeera

Imej
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan sesi wawancara bersama Al Jazeera selepas ditanya mengenai pelbagai tuduhan terhadapnya. Pengacara program 101 East, Mary Ann Jolley meminta Najib menjawab pelbagai tuduhan daripada isu 1MDB, berlian merah jambu milik isterinya Datin Seri Rosmah Mansor kepada kes pembunuhan Altantuyaa Shaaribu, Hussain Najadi dan Kevin Morais. Najib yang kelihatan bengang akhirnya meminta Jolley beralih kepada soalan ekonomi, tetapi apabila pengacara itu tidak berbuat demikian, beliau bangun dan mengancam untuk meninggalkan sesi wawancara itu. "Bolehkah kita pergi ke ekonomi? Kita telah habiskan terlalu banyak masa, jika tidak, saya akan keluar - tak lagi, tak lagi, tolonglah. Itu saja, saya sudah selesai," katanya sambil berdiri. "Jika anda mahu bercakap mengenai ekonomi, saya akan duduk," katanya. Apabila Jolley bertegas untuk meneruskan wawancara itu, Najib, yang sedang berdiri meninggikan suaranya. ...

Video: Kanak-Kanak Disahkan Maut Digilis Van Sekolah

Imej
“SEDIH tengok atuk dia peluk bawak masuk rumah,” kata netizen mengenai kejadian tragis membabitkan kanak-kanak perempuan yang maut digilis sebuah van sekolah di hadapan rumah keluarganya di Jalan Temenggung 4, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, semalam. Insiden menyayat hati itu dikongsikan Facebook (FB) Khas Penduduk Skudai hari ini, termasuk video berdurasi 1 minit dan 37 saat. Video itu memperlihatkan babak memilukan bermula daripada kanak-kanak terbabit, Janiss Yeoh Zi Xuan, turun dari van sekolah sebelum dia dilanggar pemandu van dan badannya digilis. Panik dengan situasi itu, pemandu van wanita mendapatkan keluarga mangsa sebelum dia masuk ke dalam kenderaan untuk mengundurkan vannya ke belakang. Seorang wanita dipercayai nenek kepada kanak-kanak itu kemudian dilihat keluar dari pagar rumah dan mengangkat cucunya masuk ke dalam rumah. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kejadian berlaku pada 12 tengah hari semalam ...

Video 'Apa Hak Awak Tanya Soalan Ini?'

Imej
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut mengenai status beliau sebagai presiden Umno yang kini menghadapi 45 pertuduhan di mahkamah. "Apa hak awak nak tanya soalan ini," kata Zahid kepada pemberita yang menanyakan soalan sama ada beliau akan mempertimbangkan untuk bercuti sementara dari jawatnnya sebagai presiden parti keramat melayu itu. Semalam bernama melaporkan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu dijangka membincangkan kedudukan Presiden parti itu Ahmad Zahid pada mesyuarat Majlis Tertinggi bulan hadapan. Jumaat lalu Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di atas 45 pertuduhan pecah amanah, menerima wang rasuah dan pengubahan wang haram dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Malaysiakini

2 Video Pemilihan PKR Gombak Bergaduh

Imej
GOMBAK - Pemilihan PKR Cabang Gombak kecoh selepas berlaku ketegangan jam 12 tengah hari tadi. Difahamkan insiden berpunca salah faham antara dua ahli dalam kem berbeza sebelum menjadi serius selepas campur tangan pihak ketiga. Insiden bermula apabila seorang ahli membawa kertas cai ke dalam pusat pengundian sebelum disedari ahli parti kem berbeza. Sejurus ditarik keluar, berlaku insiden perang mulut sebelum pergaduhan dan tolak-menolak kurang dua minit. Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal selepas pergaduhan dileraikan dan mereka terlibat ditarik keluar pagar.

Video - Yusuf Tegur YB Norhizam

Imej
Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia Yusuf Azmi menegur Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee berhubung video tular perang mulut dengan penduduk Kampung Nibong di Ayer Molek, Melaka sehingga bertukar kecoh. Beliau berkata demikian dalam sebuah video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini. Terdahulu, Norhizam sedar akan tanggungjawab dan sentiasa menjaga tingkah laku, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bagaimanapun, dalam wawancara Melaka TV, Norhizam berkata beliau memohon maaf sekiranya ada kekasaran berlaku dalam insiden video tular berhubung perbincangan bagi menghalang sekumpulan penduduk menggunakan laluan alternatif di hadapan Taman Akasia kerana ia merbahayakan penduduk. Dalam pada itu, Norhizam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus menabur fitnah dan cuba mencemar namanya menerusi video tular baru-baru ini. - Malaysiakini

Video: Ibu Sebat Anak Perempuan Di Khalayak Ramai

Imej
GUATEMALA CITY: Seorang ibu memberi pengajaran paling sakit dan memalukan kepada anaknya apabila menyebat anak perempuannya di khalayak ramai selepas dituduh mencuri pakaian daripada sebuah kedai di timur Guatemala. Menurut laporan Daily Mail yang memetik media tempatan, Tomasa Tzoc Tipaz, 35, dipaksa melutut di khalayak ramai di kampung San Antonio Ilotenango sebelum disebat 15 kali oleh ibunya dan datuk bandar tempatan. Dia sebelum itu ditangkap kerana didakwa mencuri, enggan mendedahkan siapa rakan subahatnya kepada pihak berkuasa yang kemudian mengarahkan hukuman sebat terhadapnya. Tomasa dibawa ke padang bola dan penduduk dipanggil untuk menyaksikan hukuman itu dilaksanakan. Rakaman video menunjukkan dia membongkok dan mengangkat baju ke atas kepala. Ibunya menyebat belakang Tomasa lima kali dengan ranting kayu sebelum disambung Datuk Bandar, Maria Lucas. Selepas dirotan, Tomasa yang menangis memeluk ibunya sambil meminta maaf sebelum diarahkan berpindah ke band...

Video: Pemandu Lori Menggila Pandu lawan Arus

Imej
SUNGAI BUAYA - Dua lori bertembung di Kilometer 432 Lebuh Raya Utara Selatan dekat susur masuk Tol Sungai Buaya, di sini, pagi tadi. Pertembungan berlaku apabila salah satu lori itu dipandu melawan arus sejauh tiga kilometer di lorong tengah lebuh raya berkenaan. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kemalangan membabitkan lori tiga tan jenis Isuzu dan sebuah lagi lori bersaiz panjang jenis yang sama pada jam 9.15 pagi. “Pemandu lori panjang berusia 48 tahun itu dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur dan berada di lorong tengah. Pemandu berkenaan nampak lori tiga tan itu dipandu melawan arus di hadapannya dan cuba mengelak tetapi tidak sempat. “Perlanggaran berlaku di sebelah kiri namun kedua pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. Menurutnya, semakan mendapati pemandu lori yang melawan arus berusia 37 tahun itu mempunyai satu rekod lampau dan dihukum atas kesalahan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencu...

Video: Selewen 300 Kampit Baja Subsidi

Imej
MELAKA - Kerajaan negeri berjaya membongkar dua setor simpanan dipercayai menempatkan baja subsidi kerajaan yang diseleweng, di Kampung Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, Jasin dekat sini, awal pagi tadi. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee berkata, pihaknya membuat serbuan itu bersama pasukan polis kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi. Menurutnya, kedua-dua stor simpanan itu berjaya dipecahkan pada pukul 5.30 pagi selepas lebih tujuh jam menunggu namun penjaganya enggan memberi kerjasama membuka tempat simpanan tersebut. "Hasilnya, kita menemukan lebih 300 kampit baja subsidi yang ditempatkan di kedua-dua stor berkenaan. "Daripada rekod yang kita miliki, baja-baja ini adalah bahan subsidi kerajaan terdahulu yang tidak diserahkan kepada penerima sepatutnya seperti diarahkan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merlimau," katanya dalam satu kenyataan di sini petang ini. Dalam pa...

Video- Pelajar Panik Melihat "Sesuatu "Yang Menyeramkan Memasuki Ruang Bilik Darjah.

Imej
Suasana sebuah bilik darjah yang pada mulanya sunyi dan para pelajar nya sedang sibuk mengulang kaji pelajaran tiba-tiba bertukar menjadi riuh dan sangat bising. Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah sekolah SMAN 8 Margomulyo,Balik Papan Barat.Semasa kejadian tersebut ramai pelajar berada di dalam bilik darjah itu. Para pelajar yang panik terus berlari ke arah belakang bilik darjah. Peristiwa ini dapat dirakam oleh litar tertutup CCTV yang telah dipasang didalam bilik darjah tersebut. Video rakaman ini juga telah di muat naik didalam laman Facebook oleh Portal BalikPapan.Rakaman ini juga telah mendapat lebih daripada 13 ribu tontonan,186 perkongsian serta 400 "like". "Sesuatu" yang membuatkan kejadian menjadi riuh di dalam bilik darjah itu bukan lah kerana kehadiran guru ke dalam bilik tersebut. Jika kehadiran guru ke dalam bilik itu sudah pasti ia nya menjadi satu keadaan yang tenang dan sepi, namun keadaan ini menjadi sebalik nya. Para pelajar ini menjadi pan...

Video Kekasih Bagi Alasan Tidak Masuk Akal Selepas "Kantoi" Curang

Imej
AMERIKA - Seorang lelaki dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan anak patung seks dan cuba menyembunyi kan nya dari pengetahuan kekasihnya. Lelaki ini yang tidak dinyatakan nama nya berasal dari Amerika Syarikat. Aksi bersama patung seks nya yang sedang menari-nari itu telah dirakam oleh seorang wanita melalui tingkap rumah nya. Patung seks itu seolah-olah sama seperti manusia dengan memakai pakaian yang sangat seksi,bentuk badan seperti wanita asli serta rambut berambut panjang. Selepas kejadian itu, kekasih nya itu mendapat tahu bahawa lelaki itu mempunyai hubungan dengan wanita lain. Lelaki tersebut berulang kali menyatakan bahawa itu adalah patung seks nya bukan wanita lain seperti yang didakwa oleh kekasihnya itu. Lelaki tersebut turut memberikan bukti kepada kekasih nya bahawa dia tidak pernah curang. Semasa wanita itu menyerang lelaki tersebut di rumahnya dan berkata "Apa yang berlaku di sini? Siapa wanita ini,?" Lalu lelaki itu menjawab "Ini adal...

Video- Kerana "Harta" Ibu Bapa Pengatin Lelaki Restu, Anaknya Berkahwin Dengan Wanita Tua

Imej
CHINA- Video sepasang pasangan yang dikatakan baru sahaja mendirikan rumah tangga telah menjadi tular di media sosial kerana perkahwinan mereka di anggap bukan sahaja luar biasa malah sebuah perkahwinan yang begitu mewah dan meriah. Jangan terkejut pengantin wanita ini berumur 38 tahun dan merupakan seorang janda yang kaya dan berharta. Suaminya yang jauh lebih muda daripadanya berusia 23 tahun.Perbezaan mak mertua dengan menantunya hanya setahun sahaja. Perkahwinan yang meriah ini berlansung pada 10 Januari lalu di Qionghai, Hainan, China.Turut meriah dihadiri oleh rakan-rakan rapat kedua-dua belah mempelai.Tak kurang juga yang merasakan perkahwinan mereka ini tidak padan dengan usia mereka. Pengantin perempuan itu dikatakan telah mengandung dan kemudiannya mereka bercadang untuk berkahwin dalam masa yang terdekat. Awal nya ibu bapa pengantin lelaki menentang perkahwinan mereka kerana jarak usia mereka adalah 15 tahun dan dikatakan seperti anak dan ibu. Pengantin perempua...

Heboh Video Pelajar Dalam Keadaan Tidak Senonoh Dalam Pusat Karaoke

Imej
INDONESIA- Seorang pelajar yang didakwa melakukan aksi yang tidak senonoh di sebuah pusat karaoke di Tulungagung, Jawa Tengah, dengan tidak memakai baju ketika dia sedang menyanyi bersama seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki nya pada hari Rabu lepas. Video yang berdurasi 20 minit itu dikatakan telah tular di media sosial. Ketua Polis Tulungagung AKP Mustijat Priambodo,berkata pihak nya sudah berjaya memperoleh identiti perakam video tersebut dan lokasi sebenar pusat karaoke tersebut. "Nama pelajar yang tidak berpakaian itu serta lokasi sudah pun kami perolehi. Sekarang kita fokus pada siapa penyebar rakaman tersebut," kata Mustijat. Pihak polis masih belum dapat memastikan idenitit perakam dan penyebar rakaman sama ada orang yang sama atau orang yang berlainan. Menurutnya,perakam mahupun penyebar video itu adalah seorang pelajar.Manakala seorang lagi yang sedang menyanyi bersama teman lelakinya tidak memaki baju. Pelajar ini boleh didakwa di bawah Akta Perlindunga...

Video Gadis Menyanyi Sambil Riba Lelaki Dikecam Netizen.

Imej
Baru-baru ini telah viral di laman sosial Twitter apabila seorang gadis dilihat sedang menyanyi untuk teman lelakinya yang dilihat sedang tidur di atas riba gadis tersebut. Bagaimana pun, video tersebut telah menjadi viral dan rata-rata netizen telah mengecam tindakan yang dilakukan oleh gadis tersebut. Ada juga dalam kalangan netizen menyatakan bahawa perbuatan gadis itu banyak ditiru daripada cerita-cerita cinta yang dipaparkan di televisyen dan juga media yang lain seperti Facebook dan sebagainya. Gadis tersebut yang tidak diketahui identitinya juga turut dilabelkan sebagai ‘budak Wechat’ kerana perbuatannya yang telah mendendangkan lagu kepada teman lelakinya itu sambil dirakam oleh kawan-kawannya. Perbuatan tersebut juga turut dianggap sebagai perbuatan yang tidak bermoral dan memalukan. Di dalam rakaman tersebut, dapat dilihat teman lelaki gadis tersebut hanya tidur sambil mendengar nyanyian gadis tersebut . Sebaik sahaja rakaman ini tersebar, netizen melemparkan berbagai komen...

Video: Ternyata Suara Upiak Power Bila Nyanyi Lagu Dangdut.

Imej
Sudah pasti ramai yang meminati lagu Aku Belum Mandi Tak Tun Tuang yang telah menjadi viral di media sosial baru-baru ini. Pemilik kepada lagu tersebut iaitu Upiak adalah penyanyi yang berasal dari Indonesia dan dia mula mendapat tempat di hati para peminat muzik apabila lagu ini menjadi viral bukan hanya di Indonesia sahaja tetapi di Malaysia dan juga di Thailand. Upiak atau nama sebenarnya adalah Silvia Nanda, orangnya yang kecil dan molek dan dipercayai agak manja dan dia sangatlah mudah untuk didekati. Baru-baru satu video nyanyian Upiak menyanyi telah menjadi tular di media sosial. Ternyata, Upiak bukan sahaja boleh menyanyi lagu bahasa ibundanya tetapi dia juga boleh menyanyi lagi versi dangdut. Suaranya itu amatlah sedap didengar dan ianya mantap walaupun Upiak hanya menyanyi lagu tersebut dengan hanya bersahaja. Walaupun Upiak merupakan penyanyi yang baru tetapi dia sangatlah pandai membawakan lagu dangdut tersebut dan ramai yang meminati lagu yang dibawa oleh Upiak. Ini kera...

Video Penuh Punca Cikgu Mengamuk Dalam Bilik Mesyuarat.

Imej
KULIM- Seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Choi Min,Kulim,Kedah telah di sahkan mengalami masalah mental namun beliau masih mengajar di sekolah berkenaan. Oleh kerana tiada sebarang laporan atau tindakan yang dibuat kepadanya dia masih lagi mengajar di sekolah ini. Sepatutnya jika seseorang itu telah disahkan sakit mental dia tidak boleh lagi menjadi tenaga pengajar di mana-mana sekolah. Guru ini dikatakan berang kerana mendengar perkataan 'Melayu'. Setiap kali mendengar perkataan ini pasti dia akan mengamuk dan menjerit-jerit memaki hamun orang yang berada di sekeliling nya. Malah seorang guru yang merakam kejadian ini juga ,turut dimarahinya kerana merakam gambar nya menggunakan telefon bimbit. Diharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru berkenan kerana bimbang akan keselamatan tenaga pengajar dan murid-murid di sekolah ini. Editor: Ila

Video Bapa Sewa Wanita Untuk Tampil Di Sambutan Ulang Tahun Ke 12 Anaknya

Imej
AMERIKA SYARIKAT: Ini adalah detik-detik rakaman yang mana menunjukkan seorang bapa yang bergelar ‘jutawan’ telah menyewa beberapa orang wanita untuk tampil di majlis hari jadi anak lelakinya yang berusia 12 tahun. Rakaman video yang dirakam sempena pesta ulang tahun tersebut dipercayai berlaku di Amerika Syarikat yang mana memperlihatkan dua orang wanita cantik mula menggoda anak jutawan terbabit dengan menari penuh ghairah. Dalam satu segmen pendek, kanak-kanak itu kelihatan tidak selesa ketika dua penari menari untuknya dan turut menggosok payudara mereka terhadap mukanya. Menurut laporan daripada LaVanguardia.com, ayah kepada kanak-kanak terbabit merupakan salah seorang jutawan yang terkenal namun setakat ini identitinya masih tidak dapat diketahui. Dalam video terbabit juga turut kelihatan kelibat lelaki terbabit yang sedang duduk manakala dua gadis itu sedang asyik menari di hadapannya. Namun, rakaman tersebut kurang jelas kerana kawasan terbabit berada dalam keadaan...

Video Ibu Tergamak Mengheret Anaknya Sendiri.

Imej
CHINA: Seorang kanak-kanak lelaki telah diikat ke sebuah motosikal oleh ibunya sendiri sebelum ibunya bertindak mengheretnya sepanjang jalan di selatan China. Ibu iaitu suspek kepada kes ini memberitahu bahawa dia bertindak sedemikian adalah kerana ingin menghukum anaknya yang nakal itu. Seorang saksi yang menyaksikan kejadian tersebut merasakan tindakan itu agak menakutkan dan dia juga bertindak memberhentikan tindakan ibunya itu. Tetapi tindakan saksi tersebut tidak berjaya malahan ibu kepada mangsa juga memberitahu bahawa di sudah melakukan perbuatan seperti ini sejak beberapa hari yang lepas. Difahamkan, ibu dan anaknya itu telah ditemui di sepanjang jalan Zhaotong, iaitu di wilayah Yunnan. Mangsa yang tidak dapat diketahui umurnya dilihat berbaring di atas tanah dengan kedua-dua tangannya diikat di belakang motosikal yang dinaiki ibunya. Sebaik sahaja ibunya mengheret, kanak-kanak tersebut menangis sekuat hati dan turut meminta ibunya untuk melepaskan ...

Video Pekerja Pasaraya NSK Dipukul Pelanggan.

Imej
Salah seorang pelanggan berang lalu menampar seorang pekerja di pasaraya NSK Seremban 2. Mangsa Qayyim Kalamudin, 18, bekerja di pasaraya NSK S2 bahagian potong ayam. Di ikutkan cerita mangsa ," Pelanggan ( orang yang menampar) ambil order ayam dengan pekerja nama Shidi, selepas menunggu pelanggan itu bertanya sama ada pesanan tadi sudah siap atau belum pada si mangsa (qayyim)". Jika di lihat pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) 39 saat itu, pada masa kejadian terdapat dua orang pelanggan yang datang melulu ke tempat kawasan larangan itu. Mangsa yang tidak tahu apa- apa perkara yang berkaitan dengan perasan (order) telah di marahi dan di maki oleh pelanggan itu, lalu terus menarik kepala serta rambut dan terus menampar di pipi kiri mangsa. Mangsa dengan serta merta terus meninggal kan tempat kejadian Mangsa berasa tidak puas hati lalu mangsa telah buat laporan dengan majikan kerana kelonggaran sistem keselamatan yang menyebabkan pelanggan dapat masuk ke kawasan lara...