Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

8 Gambar Perkelahan Bertukar Tragedi

Imej
TAPAH: Seorang remaja lelaki dipercayai merupakan salah seorang penuntut di Kolej Profesional Mara di Seri Iskandar telah ditemui lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Air Terjun Lubuk Degong, Bidor, hari ini. Mangsa iaitu Wan Muhamad Izzad Wan Razani, 19, telah lemas selepas mangsa dikatakan telah terjun di kawasan lubuk air terjun berkenaan kira-kira pada jam 1.05 tengah hari sebelum mayatnya ditemui pada jam 2.05 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat. Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah datang ke kawasan berkelah terbabit bersama 10 orang rakannya. Mereka dikatakan memilih kawasan terbabit untuk berkelah dan mandi sebelum mangsa dipercayai terjun ke kawasan lubuk yang dalam. Sebaik sahaja terjun, mangsa dilihat terkapai-kapai oleh rakan-rakannya sebelum tenggelam dan hilang dari pandangan menyebabkan rakan-rakannya itu mula mendapatkan bantuan daripada orang awam sebelum bertindak menghubungi

Lima Warga British Ditahan Selepas Anjurkan Parti Seks.

Imej
Ini adalah gambar rumah sewa di Kemboja di mana pihak polis tempatan telah menyerbu kawasan kediaman terbabit dan menangkap lima lelaki dipercayai warga British di mana mereka dipercayai telah menjadikan tempat terbabit untuk menghasilkan gambar lucah. Berpuluh-puluh gelas bir kosong, botol air yang dibuang dan tuala kelihatan bersepah di sekitar lantai rumah yang terletak di pinggir Siem Reap. Tuala dan beberapa bola berwarna terang dapat dilihat di sekeliling kolam renang kecil dan sememangnya rumah itu telah menjadi tempat hiburan buat lelaki terbabit. Menurut laporan daripada MailOnline, mendapati rumah tersebut telah diserbu oleh 30 pegawai polis Kemboja yang bertindak menyelaraskan serbuan ke atas rumah yang didakwa telah disewa oleh Brit Daniel Jones dan dua rakannya.     Jones adalah antara lima lelaki British yang telah dipenjarakan di Siem Reap di atas dakwaan kerana telah mengeluarkan gambar lucah. Lima warga asing yang lain juga turut ditahan selepas serbuan

Gara-Gara Buah Mangga, Anak Sanggup Penggal Kepala Bapa.

Imej
ZIMBABWE: Seorang lelaki telah dihadapkan ke mahkamah selepas ditangkap kerana disyaki dia telah bertindak memenggal kepala bapanya sendiri dengan menggunakan kapak. Suspek dikatakan bertindak sedemikian gara-gara tidak tahan apabila dituduh mencuri buah mangga dan kejadian ini difahamkan telah berlaku pada hari Khamis yang lalu. Clemence Hove dari Fort Rixon, iaitu sebuah perkampungan di Zimbabwe telah bertindak merodok bapanya dengan menggunakan sebatang kayu sebelum memenggal kepala lelaki terbabit dengan menggunakan kapak selama beberapa kali. Menurut jiran kepada mangsa, suspek yang baru sahaja berusia 37 tahun itu dikatakan ‘naik hantu’ secara tiba-tiba setelah bertengkar mulut dengan bapanya. Bapanya iaitu mangsa dikatakan telah menuduh suspek mencuri buah mangga miliknya apabila dia mendapati bahawa mangganya itu hilang. Menurut laporan daripada Chronicle.co.zw, ketika pergelutan berlaku, bapanya Nicodimus Chibaro 73, sempat meminta cucunya untuk mendapatkan bantuan kerana Cl

3 Soalan Pelik Dan Lucu Daripada Ibu Mengandung.

Imej
Saat-saat apabila seorang wanita bergelar sebagai seorang ibu merupakan salah satu saat yang pastinya indah dan tidak dapat dilupakan. Sudah pasti ramai wanita telah melalui proses ini dan bagi sesetengah wanita yang belum melalui proses ini kemungkinan mereka akan berasa teruja serta tidak sabar menanti cahaya mata mereka dilahirkan. Pastinya segala persiapan sudah dibuat bermula daripada kelengkapan bayi serta peralatan yang lain yang dapat membantu untuk melancarkan proses untuk bergelar seorang ibu. Bagaimana pun, untuk bergelar ibu muda ataupun ibu yang belum mempunyai pengalaman, proses ini dianggap rumit dan susah. Melalui satu perkongsian di media sosial Facebook, rata-rata wanita yang bergelar ibu berkongsi cerita dan pengalaman mengandung masing-masing di mana mereka juga turut bertanyakan soalan yang tidak masuk akal dan tidak patut ditanya langsung. Perkongsian mengenai soalan ini diluahkan oleh seorang wanita mengenai kebimbangan yang dialaminya itu melalui sa

Rogol Wanita OKU Sebelum Tertidur.

Imej
SERDANG: Seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya dikatakan telah merogol seorang wanita yang mengalami kekurangan upaya atau OKU di rumah mangsa di Serdang, Bandar Baharu, semalam. Sudahlah merogol wanita OKU malah lelaki terbabit juga dikatakan turut tertidur di rumah mangsa hampir lima jam sebelum dia bertindak melarikan diri. Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada jam 4 pagi itu, mangsa yang berusia 36 tahun itu turut ditumbuk sebelum dirogol oleh suspek yang dipercayai berusia 50 tahun di dalam bilik tidur mangsa. Namun, selepas merogol mangsa, suspek yang mula mengalami keletihan turut tertidur sebelum melarikan diri sebaik tersedar. "Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada seorang lelaki yang tinggal di kawasan terbabit.” "Dia kemudian dibawa lelaki itu untuk membuat laporan di Balai Polis Serdang untuk tindakan selanjutnya," katanya. Bagaimana pun, pihak polis yang menerima maklumat itu kemudiannya bertindak mengesan suspek sebelum berjaya

Feeya Iskandar Selamat Melahirkan Putera Keduanya

Imej
Bekas penyampai radio Sinar Fm, Nor Shafiza Iskandar Azizan atau lebih mesra dikenali sebagai Feeya Iskandar ataupun Cik Piah itu telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara normal dengan berat 3.24 kg pada pukul 1.12 pagi. Ini merupakan anak kedua bagi pasagan sejoli ini. Anak sulungnya yang bernama Adam Malique dilahirkan pada 7 Februari 2017. Suaminya ,Nurashid Abd Wahab telah berkongsi kan berita gembira ini menerusi laman Instagram nya dan menulis : "Alhamdulilah syukur isteri saya Selamat melahirkan baby boy yang ke 2 kami pada pukul 1.12 pagi berat 3.24 kg lahir secara normal bersama Dr khamsiah dan tidak lupa kepada nurse dan Mak bidan yang Banyak membantu di dalam labour room segalanya berjalan dengan lancar #amanahallah #adikmalique #Nuharyyan,". Tahniah Cik Piah atas kelahiran putera kedua ini. Editor: Ila

5 Gambar Mayat Bayi Tidak Berdosa Ditemui Didepan Masjid.

Imej
KUBANG PASU: Sekumpulan jemaah yang masih belum sempat menunaikan solat Subuh dikejutkan dengan berita penemuan mayat seorang bayi yang tidak berdosa di Masjid Al-Faizin di Pulau Ketam, Jitra, pagi tadi. Bagaimana pun, keadaan bayi itu amatlah menyedihkan kerana mayatnya itu dipercayai sudah pun kembung dan juga membengkak dan kemungkinan mayat bayi itu dibiarkan terlalu lama di kawasan terbabit. Menurut Imam masjid berkenaan, Solahuddin Ishak memberitahu bahawa bayi itu ditemui oleh salah seorang jemaah berhampiran pintu pagar masjid kira-kira pada pukul 5.30 pagi ketika jemaah terbabit hendak memasuki kawasan masjid. "Ketika mahu membuka pintu pagar masjid, jemaah itu ternampak bungkusan plastik hitam berdekatan situ." "Menyangkakan bahawa plastik hitam itu berisi sampah, jemaah tersebut cuba mengangkat plastik itu untuk dibuang ke dalam tong sampah.” "Namun dia berasa pelik apabila 'sampah' itu terasa agak berat." "Apabila jemaah

4 Gambar Mayat Berulat Dijumpai Dalam Kereta.

Imej
KOTA BHARU: Seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an dan tidak diketahui identitinya itu telah ditemui dalam keadaan yang mendukacitakan apabila mayatnya dipercayai telah berulat di dalam sebuah kereta di sekitar kawasan Wakaf Mek Zainab. Mayatnya itu telah ditemui dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dipercayai berkunci dan difahamkan kenderaan itu sudah berada di lokasi terbabit sejak tiga hari yang lalu. Menurut saksi iaitu Baharuddin Che Mat, 60, berkata semasa menjalankan tugasnya sebagai anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di sekitar kawasan perumahan PRIMA yang terletak berhampiran dengan lokasi kira-kira pada jam 9.20 pagi tadi di mana beliau sudah menyedari kenderaan itu berada di lokasi sejak hari Ahad yang lalu. "Selalunya ramai pemikat burung dan pemancing yang datang parkir kenderaan di kawasan lapang itu dan saya menyangkakan mangsa adalah salah seorang daripada mereka.” "Saya tergerak hati memeriksa kenderaan itu dan