Rogol Wanita OKU Sebelum Tertidur.


SERDANG: Seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya dikatakan telah merogol seorang wanita yang mengalami kekurangan upaya atau OKU di rumah mangsa di Serdang, Bandar Baharu, semalam.

Sudahlah merogol wanita OKU malah lelaki terbabit juga dikatakan turut tertidur di rumah mangsa hampir lima jam sebelum dia bertindak melarikan diri.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada jam 4 pagi itu, mangsa yang berusia 36 tahun itu turut ditumbuk sebelum dirogol oleh suspek yang dipercayai berusia 50 tahun di dalam bilik tidur mangsa.

Namun, selepas merogol mangsa, suspek yang mula mengalami keletihan turut tertidur sebelum melarikan diri sebaik tersedar.

"Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada seorang lelaki yang tinggal di kawasan terbabit.”

"Dia kemudian dibawa lelaki itu untuk membuat laporan di Balai Polis Serdang untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Bagaimana pun, pihak polis yang menerima maklumat itu kemudiannya bertindak mengesan suspek sebelum berjaya menahannya di kawasan Serdang kira-kira sejam selepas mangsa membuat laporan polis.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Baruddin Wariso ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa.

Tambahnya lagi, dia juga turut memaklumkan yang suspek kini sudah ditangkap dan di reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 (2) (K) Kanun Keseksaan. Sumber: Harian Metro, Editor: Amira

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja