Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kes Rogol

Rogol Dan Amang Seksual Gadis 14 Tahun, 4 Lelaki Didakwa

Imej
  JOHOR BAHRU - Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja berusia 14 tahun pada pertengahan bulan ini. Muhammad Sobri Muhammad Anuar, 25, Muhammad Rasyid Musa, 29, Muhammad Fikeri Mohd Sohad, 28, dan Nazreen Ashraf Nordini, 30, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Noraida Sulaiman. Tertuduh, Muhammad Anuar, Muhammad Rasyid dan Muhammad Fikeri didakwa merogol seorang perempuan berusia 14 tahun tiga bulan di Lot 2173, Kampung Oren Baru, Ulu Tiram di sini pada jam 1 pagi, 14 Mei lalu. Ketiga-tiga tertuduh yang didakwa melakukan kesalahan tersebut boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan. Kesalahan berkenaan memperuntukkan hukuman penjara antara 10 sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Sementara Nazreen Ashraf, melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di lokasi dan hari yang sama pa...

Kanak-kanak 11 Tahun Hamil Akibat Dirogol Lelaki Tua

Imej
GUJARAT- NDTV melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mengandung dipercayai akibat dirogol oleh jirannya yang merupakan warga emas di Rajkot. Suspek terdiri daripada dua orang iaitu Nanji Javiya, 67 dan jirannya Arving Kubawat, 60 dipercayai memperdayakan suspek dengan menawarkan sejumlah wang. Berhubung dengan kejadian tersebut, kanak-kanak itu merahsiakan sehingga kandungannya mencecah 8 bulan. Mangsa mengadu kepada ibunya lalu mereka membuat laporan polis lalu tidak lama kemudian tangkapan ke atas suspek berjaya dibuat. Bapa kepada mangsa dikatakan tidak bekerja kerana sakit manakala ibunya bekerja sebagai pembantu rumah. Kedua-dua suspek itu ditahan atas tuduhan merogol di bawah peruntukan perlindungan kanak-kanak dari Akta Kesalahan Seksual.Editor:Anna

Lelaki Terima Hukuman Penjara 16 Tahun Atas Tuduhan Merogol Dan Mencabul Ibu Kandung

Imej
Mahkamah Tinggi Singapura -  Seorang lelaki berusia 34  sebelum ini mengaku tidak bersalah telah dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 18 sebatan atas tuduhan merogol dan mencabul ibu kandungnya sendiri yang berusia 53 tahun ketika kejadian berlaku pada 2013. Ketika dakwaan dibuat lelaki itu berkata tuduhan itu palsu kerana ibu kandung dan bapa tirinya ingin menghalau dia keluar dari rumah flat yang mereka diami. Pesuruhjaya Kehakiman, Foo Chee Hok berkata k es berkenaan menimbulkan tanda tanya yang merunsingkan  kerana sanggupkah seorang ibu menuduh anaknya sebagai perogol dan sanggupkah seorang anak merogol ibunya. Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan adalah benar tanpa keraguan terhadap tiga pertuduhan membabitkan rogol dan cabul. Mangsa yang kini berusia 58 tahun ketika kejadian berlaku pada 4 oktober 2013 sedang tidur keseorangan sebelum anaknya pulang ke flat mereka melakukan gangguan seksual. Pada tahun 2016, ketika...

Remaja Disahkan Hamil Sembilan Minggu Selepas Dirogol Sembilan Askar

Imej
KLUANG: Seorang remaja telah disahkan mengandung sembilan minggu selepas dia mengakui bahawa dia telah dirogol oleh sembilan orang anggota askar dalam satu kejadian yang berlaku di Johor. Perkara ini dipercayai telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Johor iaitu Datuk Mohd Khalil Kader Mohd baru-baru ini apabila dia diminta untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara ini. Menurutnya lagi, suspek utama bagi kes rogol ini adalah salah seorang daripada kenalan mangsa manakala suspek yang lain adalah rakan kepada suspek utama yang turut terlibat di dalam kes ini. Bagaimana pun, kesemua suspek telah berjaya ditangkap dan kesemuanya mereka sedang di reman sehingga 1 Mac. “Polis Johor sedang melengkapkan siasatan berhubung tangkapan sembilan anggota tentera yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 17 tahun dalam kejadian Disember tahun lalu." “Semua mereka berusia antara 19 hingga 24 tahun itu masih ditahan reman sehingga 1 Mac ini dan laporan siasatan akan dirujuk ke peja...

Kejam! Pakcik Rogol Anak Sedara Bakal Di Hadapkan Ke Mahkamah Atas 564 Pertuduhan

Imej
KUALA LUMPUR- Seorang lelaki yang di gelar "Pakcik" oleh anak saudaranya telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Ampang atas 200 pertuduhan telah merogol anak saudara yang berusia 5 tahun. Manakala 364 pertuduhan yang lain turut akan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Seksyen,Mohamad Kamil Nizam. Suspek juga akan didakwa di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap anak saudara nya. Walau bagaimana pun suspek telah di bawa masuk ke mahkamah pada pukul 10.50 pagi. Suspek kelihatan agak tenang semasa pertuduhan dibacakan oleh pegawai mahkamah. Suspek juga tidak mengaku bersalah di atas semua pertuduhan yang telah dibacakan. Hakim mahkamah telah membacakan sebanyak 40 pertuduhan terlebih dahulu di hadapan suspek dan perbicaraan telah di tangguhkan kepada pukul 2.30 petang. Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu di sebuah flat di kawasan Ampang di antara 20 Januari dan Mei 2013.Editor: Ila

Derita Kanak-kanak Yang Menjadi Mangsa Liwat Dan Dibakar Hidup-hidup Akhirnya Berakhir

Imej
Seorang kanak-kanak lelaki yang telah menjadi mangsa liwat dan dibakar hidup-hidup telah mendapat keadilan setelah kejadian itu belaku selepas 17 tahun. Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang bernama Robbie Middleton berusia 8 tahun iaitu pada tahun 1998 di mana mangsa diikaat dan dibakart di sebuah hutan di belakang rumahnya di Splendora, Texas. Robbie telah meninggal dunia akibat kanser kulit yang disebabkan oleh luka kesan terbakar lalu selepas 13 tahun menderita. Robbie yang ketika itu hanya berbaring di atas tempat tidur dengan luka yang serius akibat terbakar telah menyebut nama suspek yang telah meliwat dan membakarnya. Daily mail melaporkan, Robbie telah menyebut nama Donald Collins sebagai suspek yang membuat penyeksaan ke atas dirinya. Pengakuan Robbie telah dirakam dalam satu video yang kemudiannya ditayangkan di mahkamah pada tahun 2011 di mana ketika itu Robbie berusia 21 tahun dan masih belum mendapat keadilan. Robbie yang ketika itu hanya berbaring di atas temp...

Isteri Tak Sangka Suaminya Sanggup Merogol Bayi 8 Bulan

Imej
Seorang suri rumah tangga yang bernama Hema Kohli, 22, mendakwa suaminya sanggup melakukan perkara di luar jangkaannya apabila merogol bayi 8 bulan yang merupakan sepupunya sendiri. Hema telah berkahwin dengan suaminya selama 3 tahun dan sangat mencintai lelaki itu, namun lebih rela melihat suaminya itu mendapat hukuman sekiranya dia terbukti bersalah. "Aku masih tidak percaya dia sanggup melakukan ini," kata Hema "Aku tidak percaya aku telah jatuh cinta dengan lelaki seperti itu. Jika dia benar terbukti bersalah, aku mahu lihat dia digantung di depan mataku." Hema Kohli, isteri kepada lelaki yang merogol bayi 8 bulan (Gambar:Mirror) Suraj Kohli, 26, adalah suami Hema yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah syarikat. Pada 29 Januari, suspek telah ditahan atas tuduhan merogol ketika sedang mabuk di rumahnya di Delhi, India. Ketika kejadian berlaku, bayi itu tinggal bersama kakaknya yang berusia 2 tahun dan ibu saudaranya kerana ibu bapanya sedang bek...

Rogol Wanita OKU Sebelum Tertidur.

Imej
SERDANG: Seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya dikatakan telah merogol seorang wanita yang mengalami kekurangan upaya atau OKU di rumah mangsa di Serdang, Bandar Baharu, semalam. Sudahlah merogol wanita OKU malah lelaki terbabit juga dikatakan turut tertidur di rumah mangsa hampir lima jam sebelum dia bertindak melarikan diri. Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada jam 4 pagi itu, mangsa yang berusia 36 tahun itu turut ditumbuk sebelum dirogol oleh suspek yang dipercayai berusia 50 tahun di dalam bilik tidur mangsa. Namun, selepas merogol mangsa, suspek yang mula mengalami keletihan turut tertidur sebelum melarikan diri sebaik tersedar. "Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada seorang lelaki yang tinggal di kawasan terbabit.” "Dia kemudian dibawa lelaki itu untuk membuat laporan di Balai Polis Serdang untuk tindakan selanjutnya," katanya. Bagaimana pun, pihak polis yang menerima maklumat itu kemudiannya bertindak mengesan suspek sebelum berjaya ...

Video - Gadis 11 Tahun Di Perkosa Pengawal Keselamatan

Imej
CHINA- Seorang pelajar cemerlang yang berusia 11 tahun, di perkosa oleh seorang pegawai keselamatan sekolahnya beberapa kali dalam tempoh dua tahun, menurut pihak polis. Suspek bernama Liu Baoming yang tinggal di bandar yang sama dan bekerja di sekolah Lele sebagai pengawal keselamatan. Malah suspek sudah pun berkahwin dan berusia didalam lingkungan 50-an ,telah pun ditangkap oleh pihak polis Biyang kerana disyaki merogol gadis dibawah umur. Keluarga mangsa tidak mengetahui bahawa dia mengandung. Kandungannya kini sudah pun genap lima bulan.Selain itu keluarga mangsa juga telah mengaturkan satu temu janji bersama doktor untuk proses pengguguran bayi nya. Keluarga Lele tidak sedar bahawa anak gadisnya telah dirogol di sekolah sehingga keadaan fizikal menunjukkan dia mengandung menurut sebuah saluran berita yang bergabung dengan Jawatan kuasa Kerja Perintis Muda China. Ibu mangsa yang melihat anak nya itu seperti tidak bermaya membawanya ke klinik untuk pemeriksaan p...

Video - Gadis 11 Tahun Di Perkosa Pengawal Keselamatan

Imej
CHINA- Seorang pelajar cemerlang yang berusia 11 tahun, di perkosa oleh seorang pegawai keselamatan sekolahnya beberapa kali dalam tempoh dua tahun, menurut pihak polis. Suspek bernama Liu Baoming yang tinggal di bandar yang sama dan bekerja di sekolah Lele sebagai pengawal keselamatan. Malah suspek sudah pun berkahwin dan berusia didalam lingkungan 50-an ,telah pun ditangkap oleh pihak polis Biyang kerana disyaki merogol gadis dibawah umur. Keluarga mangsa tidak mengetahui bahawa dia mengandung. Kandungannya kini sudah pun genap lima bulan.Selain itu keluarga mangsa juga telah mengaturkan satu temu janji bersama doktor untuk proses pengguguran bayi nya. Keluarga Lele tidak sedar bahawa anak gadisnya telah dirogol di sekolah sehingga keadaan fizikal menunjukkan dia mengandung menurut sebuah saluran berita yang bergabung dengan Jawatan kuasa Kerja Perintis Muda China. Ibu mangsa yang melihat anak nya itu seperti tidak bermaya membawanya ke klinik untuk pemeriksaan pada 15 Jan...

Suami Dipaksa Melihat Isteri Dirogol Dan Diseksa, Sebelum Dibunuh.

Imej
BRAZIL- Sepasang suami isteri di Brazil telah dibunuh dan isterinya dirogol bergilir-gilir di hadapan suaminya sebelum mangsa diseksa. Mangsa dipotong tangan dan sebahagian organ dalamannya termasuk rahim  hilang kerana dimakan oleh pembunuhnya. Mangsa, Cristina Amaral, 44, telah dirogol suaminya, Juvenal,57, dan dipaksa untuk melihat seksaan itu dipercayai berpunca akibat mangsa enggan memberitahu lokasi wang yang disembunyikan sebanyak 70,000 reais (RM83,276) milik pasangan itu. Mayat pasangan ini telah ditemui tertanam di belakang rumah mereka di Camaçari,utara Brazil, pada 9 Januari lalu. Menurut Daily Mail,polis telah berjaya menahan Daniel Santos Neves, 29, dan Carlos Alberto Neres, 25, bersama tiga remaja lagi berusia 13, 14 dan 16 tahun. Ketua Detektif Maria Tereza Santos berkata: "Kami yakin bahawa kumpulan penjenayah itu telah mengamalkan kanibalisme.” “Kami tidak menemui anggota tubuh mangsa yang hilang itu. Daging lembut dilapah daripada tulang man...

Guru Paksa Pelajar Melakukan Hubungan Seks.

Imej
COLOMBIA: Seorang guru sekolah menengah telah memaksa beberapa orang pelajar sekolah untuk mengadakan seks dengan semata-mata untuk mendapatkan markah yang bagus. Kejadian ini difahamkan berlaku di salah sebuah sekolah di Colombia. Suspek iaitu Yokasta M, 40, telah memaksa remaja lelaki dan turut mengancam mereka untuk tidur bersamanya di sebuah kawasan sekolah yang dirahsiakan identitinya di Medellin, Colombia. Bagaimanapun, tindakan guru terbabit diketahui apabila pelajar tersebut menceritakan pengalaman pahitnya itu kepada ibu bapanya dan dia ditangkap pihak berkuasa sebaik sahaja laporan dibuat. Yokasta bakal berdepan hukuman penjara selama 40 tahun jika dia disabitkan kesalahan. Taktik yang digunakan oleh suspek untuk melakukan seks itu adalah dengan mendekati remaja lelaki dia dalam kelasnya di mana dia akan memberitahu bahawa dia akan menolong mereka di dalam pelajaran dan turut meminta nombor telefon daripada mereka. Menurut laporan daripada Canal 4, kejadian ini dikata...

9 Hari Dikurung, 3 Kali Sehari Dipaksa Puaskan Nafsu Teman Lelaki

Imej
SIBU: Seorang remaja yang dipercayai berusia 23 tahun telah berjaya melepaskan diri daripada menjadi mangsa pemuas nafsu teman lelakinya. Mangsa dikatakan telah dikurung selama Sembilan hari di dalam sebuah bilik sewa di Jalan Empelam di Sibu sebelum berjaya melarikan diri pada petang semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, sebaik sahaja mangsa berjaya melepaskan diri, mangsa terus ke balai polis untuk membuat laporan supaya tindakan lanjut dapat diambil. Sebaik sahaja laporan tersebut dibuat, polis berjaya menahan suspek yang berusia 30 tahun di bilik sewa berkenaan sekitar jam 1.30 pagi. “Mangsa mendakwa dikurung suspek sejak 15 Januari lalu di bilik sewa suspek dan dipaksa melakukan hubungan seks sebanyak tiga kali sehari.” “Suspek memukul, menendang dan mengugut mencederakan gadis itu dan keluarganya jika kemahuannya tidak dipenuhi atau mangsa cuba melarikan diri,” katanya. Namun, mangsa akhirnya berjaya melarik...

Ayah Bagi Handphone Pada Adik. Adik Main Handphone, Belakang Adik Ayah Cabul Dan Rogol Saya

Imej
Seorang ayah yang sepatutnya menjadi pelindung untuk anaknya namun tidak menjalankan tanggungjawab malah telah melalukan perbuatan sumbang dan keji terhadap anak perempuannya. Ayah tersebut dipercayai telah merogol dan mencabul anak-anak perempuannya di rumah mereka. Walaupun mangsa telah membuat aduan kepada ibunya namun lansung tidak diendahkan. "Ayah pass phone dia pada adik. Adik amik handphone and main handphone. Belakang adik, ayah mencabul dan rogol saya." kata mangsa Kejadian telah pon berlaku selama lima tahun sehingga anak itu sudah tidak ada perasaan walaupun  Kejadian itu berlaku  di hadapan semua adik beradiknya. Namun perkara itu tetap menyakitkan kanak-kanak itu malahan semua kanak-kanak sekiranya menjadi mangsa rogol bapa sendiri. Setelah mangsa memasuki sekolah menengah, dia cuba membuat aduan kepada seorang guru dan guru tersebut telah menghubungi seorang pemuda yang bernama syed Azmi yang mana terkenal kerana kerja amalnya dalam komuniti dan ...

Pelik Anak Tak Berhenti Menangis, Rupanya Pertanda Isteri Mati Dibunuh

Imej
INDONESIA - Kebahagiaan pasangan suami isteri diragut apabial si isteri telah meninggal dunia akibat dibunuh. Mayat Mangsa yang dikenali sebagai Laiga, 19 ditemui dalam keadaan menyayat hati dikebun jagung milik mereka di Aceh Darussalam. Keadaan menjadi bertambah pilu apabila suami mangsa sendiri yang menemukan mayat isterinya terbaring dalam keadaan menyayat hati di tepi kebun jangung milik mereka dengan wajahnya lebam-lebam dan tidak berpakaian. Menurut suami mangsa, Bustami 33, mula merasakan sesuatu yang buruk akan terjadi apabila anak mereka yang berusia satu tahun lima bulan terus menangis tanpa henti. Bustami bergegas ke kebun dengan segera untuk mencari isterinya yang jaraknya 1 kilometer dari rumah mereka dan menemui mayat isterinya. Pihak polis berkata, hasil siasatan mendapati mangsa di rogol sebelum dibunuh dan suspek masih belum ditemui. Bustami dan Laiga dimaklumkan berkahwin selepas empat bulan berkenalan. Mereka mulai berkenalan apabila Bus...

Trauma Di Rogol Rakan Baru

Imej
ZAMAN sekarang zaman siber semua di hujung jari, jadi kenalah berhati-hati tidak kira di mana juga. Semua orang boleh tertipu dan terpedaya dengan mudah. Sepertimana nasib yang menimpa seorang remaja perempuan di Kabupaten Pelalawan. Niat dihati hanya ingin tolong kawan yang baru kenal di laman sesawang (facebook). Tetapi malang tidak berbau, DM nama samara 18 tahun, telah di perkosa oleh kawan barunya itu. Laporan telah di buat pada dua hari lepas iaitu hari Rabu 3.1.2018. Mangsa mengaku yang beliau telah di perkosa oleh suspek yang baru kenal  di dalam facebook. Rupa-rupanya suspek itu sudah ada niat dari awal untuk melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek itu telah menggunakan akaun, gambar dan butiran-butiran palsu di facebooknya untuk memperalatkan mangsa. Akibat kejadian itu, mangsa hingga kini masih dalam keadaan trauma dengan apa yang telah terjadi ke atas dirinya itu. “Kejadian berlaku jam 5.30 petang dua minggu  lepas dan tempat kejadian di dalam keb...

Bapa Sanggup Rentap Dara Anak Sendiri

Imej
RUSIA: Sepasang suami isteri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol anak perempuan mereka sendiri, yang berusia 12 tahun.  Pasangan terbabit didakwa selepas mereka ditangkap atas kesalahan pedofilia iaitu selepas memaksa mangsa untuk menjadi ‘hamba seks’ mereka. Dalam pada masa yang sama, suspek juga turut didakwa melakukan gangguan seksual secara berterusan terhadap mangsa iaitu antara Disember 2016 dan Mac 2017. Menurut laporan daripada The Daily Mail, ayah mangsa, yang identitinya tidak didedahkan, dituduh merogol anaknya sendiri dan pada kebiasaannya, isterinya akan berada di katil yang sama. Ibu mangsa juga turut didakwa kerana melakukan penderaan seksual termasuk memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa. Berdasarkan pengakuan daripada ibu mangsa, dia juga memberitahu bahawa dia sendiri pernah dirogol sejak berusia 13 tahun. Disebabkan oleh perkara itu, pasangan itu bersetuju “untuk melatih anak perempuan mereka lebih awal mengenai hubungan seksual,” katanya kepada pi...

Pilu Hati Si Ibu Melihat Anak Diratah Bapa Tiri

Imej
KEDAH - Polis telah menahan seorang pemandu lori syarikat konsesi berusia 47 tahun tengah hari semalam kerana dipercayai merogol dua anak tirinya berusia 13 dan 15 tahun di rumah mereka di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak Disember tahun lalu. Isterinya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) semalam, selepas dia melihat sendiri perbuatan terkutuk dilakukan suspek di dalam bilik tidur mereka. Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abd Hamid berkata, berdasarkan laporan pengadu, suspek dikatakan merogol kedua-dua anak mereka sejak Disember 2017. Malah katanya, suspek turut mengugut supaya kejadian itu tidak diceritakan kepada sesiapa. "Kedua-dua mangsa pernah menceritakan perbuatan suspek walaupun pada mulanya ibu mereka tidak mempercayai cerita disampaikan. "Hinggalah wanita itu melihat sendiri suaminya meraba kedua-dua anak perempuannya sebelum cuba merogol mangsa,” katanya. Ketika suspek sedang memandu lori sekitar Amanjaya, Sungai Peta...