Pilu Hati Si Ibu Melihat Anak Diratah Bapa Tiri
Isterinya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) semalam, selepas dia melihat sendiri perbuatan terkutuk dilakukan suspek di dalam bilik tidur mereka.
Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abd Hamid berkata, berdasarkan laporan pengadu, suspek dikatakan merogol kedua-dua anak mereka sejak Disember 2017.
Malah katanya, suspek turut mengugut supaya kejadian itu tidak diceritakan kepada sesiapa.
"Kedua-dua mangsa pernah menceritakan perbuatan suspek walaupun pada mulanya ibu mereka tidak mempercayai cerita disampaikan.
"Hinggalah wanita itu melihat sendiri suaminya meraba kedua-dua anak perempuannya sebelum cuba merogol mangsa,” katanya.
Ketika suspek sedang memandu lori sekitar Amanjaya, Sungai Petani sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah berjaya menahannya dan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan lanjut.
"Suspek kemudian direman sehingga 23 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan,” katanya Sumber:Mymetro , Editor:Farhana

Ulasan
Catat Ulasan