Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Berita Menarik

Habis 1 juta Untuk Jadi Seperti Doll Dan Barbie.

Imej
KUALA LUMPUR: Dalam tempoh lima tahun dia mendakwa sudah berhabis kira-kira RM1 juta semata-mata mahu kelihatan seperti anak patung popular Barbie. Bagi Izubiela Rasi atau Bella, 29, atau lebih dikenali dengan nama Instagram @izubielazaffmarekan setiap kali memuat naik fotonya di Instagram mahupun Facebook, pasti ada di antara pengikutnya menyamakan dirinya seperti doll atau anak patung. Ada yang beranggapan foto dimuat naik Bella melalui proses suntingan yang keterlaluan untuk kelihatan seperti patung bernyawa. Namun, peluang bertentang secara empat mata dengan wanita ini, memang begitulah rupa paras dan fizikalnya di luar. “Maaf bukan mahu meninggi diri, tetapi jujur memang selalu ada yang menyapa saya kelihatan seperti doll dan Barbie. “Ada juga yang minta untuk bergambar,” kata Bella membuka bicara. Ujar Bella lagi, patung Barbie gambaran wanita yang sempurna. Semetri wajah menawan, berambut lebat dan bertubuh langsing, membuatkan wanita obses untuk menjadi sepert...

Kecoh Najib Buat 'Cameo' Dalam Drama Korea.

Imej
MEDIA sosial kecoh beberapa hari ini selepas kelibat bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, membuat penampilan cameo dalam sebuah drama bersiri Korea, Terius Behind Me. Walaupun hanya penampilan dalam televisyen semasa satu babak antara watak Kwon Young-Shil dan Kim Bon, ia tetap menarik perhatian ramai. Hanya beberapa saat penampilan itu namun netizen sempat merakam saat itu dan memuat naiknya ke laman sosial. Akaun Twitter @eggsoo_ antara yang terawal memuat naik tweet bergambar, dan ia kemudiannya menerima lebih 13,000 retweet. Rakaman yang disiarkan di televisyen itu dikatakan rakaman ketika Najib hadir memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - Astro AWANI

Penduduk Yang Serang Saya Dulu.

Imej
“APA yang tersebar di laman sosial menerusi video itu adalah secebis daripada kejadian asal kerana ada beberapa bahagian mengenai penutupan jalan tidak disebarkan,” dakwa EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee berkaitan klip video yang tular beliau bertelagah dengan penduduk kampung. Beliau menganggap video yang tular adalah tindakan untuk memburukkan dirinya. Norhizam yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Batu akur dengan tersebarnya video itu kerana sudah sedia maklum sifat manusia yang lebih terarah menggali keburukan, berbanding mengangkat kebaikan. “Yang disebarkan hanyalah sisi buruk, sisi saya mendengar, memuji atau membantu penduduk kampung tidak pula disebarkan,” katanya melalui kenyataan media petang ini. Norhizam mendakwa, kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu ketika dia tiba di lokasi kejadian dan sedang bersalaman dengan penduduk di Taman Akasia, di Melaka sebelum didatangi sekumpulan individu yang ber...

Isteri Tipu Suami Dan Ibu Mertua Dakwa Kandungan Dicuri Geng Pemerdangan Organ

Imej
Bogota: Seorang wanita berpura-pura mengandung selama sembilan bulan sebelum berlakon diculik geng pemerdangan organ pada hari dia sepatutnya melahirkan anak, semata-mata kerana tidak mahu suami meninggalkannya. Antonela Milena Padilla, 37, mendakwa diculik sekumpulan orang yang melarikannya menaiki van sebelum memberinya dadah dan memotong perutnya untuk mengeluarkan bayinya. Namun, kisahnya itu akhirnya terdedah sebagai penipuan, apabila dia sebenarnya menggunakan kusyen sepanjang tempoh ‘kehamilan’ untuk memastikan suaminya tidak meninggalkannya. Setiap bulan dia membesarkan ‘kandungannya’ dengan mengisi kusyen berkenaan menggunakan kain, selain mencetak gambar imbasan ultrabunyi dari Internet untuk ditunjukkan kepada keluarga dan rakannya, lapor The Mirror. Suaminya tidak pernah mengesyaki sesuatu tidak kena, malah amat teruja bakal bergelar bapa untuk kali pertama. Penipuannya terbongkar pada hari dia dijadualkan menjalani pembedahan Caesarean di hospital tempatan. D...

2 Gambar Nora Danish Botakkan Kepala.

Imej
Pelakon Nora Danish mengejutkan pengikut Instagramnya apabila memuat naik sekeping foto dia berkepala botak. Namun, jangan salah sangka! Sebenarnya Nora sedang menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Hingga Jumpa Lagi. Naskhah yang menggandingkan Nora dengan Kamal Adli itu menampilkan dimensi berbeza Nora yang belum pernah dilihat oleh peminatnya sebelum ini. "Saya Eva, saya ada cancer rahim stage 4. "Saya redha dan saya beruntung mempunya suami yg sangat penyayang.... "Tapi , saya tak nak dia terus begini, saya tak nak menyusahkan dia. "Kalau boleh, saya nak turn back time, biar dia tak jumpa dengan saya. Biar dia kahwin dengan orang lain... Saya tak nak dia terseksa," tulisnya di entri terbabit. Namun, perkara yang mengejutkan apabila imej dan kesan solekan khas itu telah menyentuh hati pesakit kanser yang berdepan situasi sebenar seperti watak Nora dalam drama terbabit. "I baru je habiskan kemoterapi sebab kanser rahim final ...

Dua Acara Rasmi Sempena Ulangtahun Yang di-Pertuan Agong Dibatalkan

Imej
Istana negara membatalkan dua acara rasmi bersempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang dijadual pada 9 Sept depan iaitu istiadat hari keputeraan rasmi dan jamuan teh diraja. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan malam ini. Menurutnya, Sultan Muhammad V juga menitahkan agar peruntukan perbelanjaan untuk kedua-dua acara berkenaan dikembalikan semula kepada kerajaan untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia. "Manakala acara-acara rasmi sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda yang lain tetap diteruskan seperti mana yang telah dirancang. "Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri yang telah merancang acara-acara rasmi sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi baginda bagi tahun 2...

Penceramah Bebas Skandal Isteri Orang???

Imej
Gambar Hiasan Seorang penceramah bebas yang berasal dari Negeri Sembilan didakwa mempunyai hubungan sulit bersama isteri orang kini sedang disiasat polis. Penagdu telah mengadukan perkara demikian di balai polis Johor Bahru dan pihak polis di Negeri sembilan telah sedia maklum mengenai kes tersebut dan akan menjalkankan siasatan mengenainya. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pihaknya tidak boleh membuat kesimpulan sama ada laporan yang dibuat pengadu itu betul atau tidak sebaliknya harus siasat untuk mengesahkannya. "Kita belum sempat dapatkan keterangan lanjut pengadu kerana dia ada di Johor, tetapi siasatan lain telah pun dilakukan." "Selagi siasatan mendalam mengenainya belum dibuat, kita tak boleh pastikan sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya, kerana tidak semestinya apa yang dikatakan itu betul dan yang diam itu adalah salah. Tunggu sehingga siasatan dilakukan,"katanya. Kata Muhamad Zaki, pihaknya akan memanggi...

Fakta Pelik Tapi Benar Yang Membuatkan Anda Tersenyum Apabila Membacanya

Imej
Terdapat banyak fakta yang menarik yang sentiasa dikongsikan melalui media sosial di mana ia mampu menarik ramai pengguna untuk membacanya. Ada juga beberapa fakta yang dianggap pelik dan sangat sukar untuk dipercayai namun ada juga fakta yang menarik. Mungkin fakta-fakta yang dibawah ini akan membuatkan anda berfikir sejenak sebaik sahaja mengetahuinya dan dapat membuatkan hari-hari anda menjadi lebih ceria serta mampu mengukir senyuman di wajah anda. Tahukah anda bahawa apabila 350ml air yang telah diambil dari sinki dan kemudiannya anda menuangkannya ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang baharu yang dinamakan sebagai air masak. Ya, sudah pasti perkara ini benar kerana dengan air yang diambil dan dipanaskan di atas api mampu menghasilkan air masak yang boleh anda minum sekiranya dahaga. Fakta yang berikutnya adalah percayakah anda bahawa air sirap itu m...

Gempar!! Wanita Bersalin Dalam Tandas Hospital

Imej
CHALCO – MEXICO- Zuleima Maldonado, 38, dari Miraflores tiba di unit kecemasan pada khamis lalu di Hospital Awam Chalco ditemani kakaknya kerana mahu bersalin kira-kira jam 5 pagi namun tiada seorang pon kakitangan hospital tersebut mengendahkannya. Selepas tiada sesiapa yang mahu menerima dan mendaftar namanya, Zuleima buat keputusan untuk pulang ke rumah. Menurut saksi kejadian itu, sebelum pulang, Zuleima masuk ke tandas hospital itu dahulu. “Saya mendengar tangisan bayi tidak lama selepas dia masuk ke tandas. Serentak itu, ahli keluarganya yang lain segera datang membantunya.” katanya Doktor hanya datang memberi bantuan selepas berulang kali dipanggil. Bayi itu dibawa ke unit kecemasan (ICU) dan keadaannnya dilaporkan stabil setelah diperiksa. Salah seorang kakitangan hospital membuat pengakuan mereka terpaksa menolak pesakit itu kerana kekurangan ubatan dan tidak mempunyai peralatan pembedahan yang lengkap. Tambahnya lagi, walaupun telah memaklumkan kepada pengarah hospital Irm...

Pakaian Seksi Fasha Dikecam

Imej
Nama pelakon Fasha Sandha tidak lagi asing dalam kalangan rakyat Malaysia kerana lakonannya yang hebat. Rata-rata netizen memuji lakonannya kerana menurut mereka Fasha pandai membawa watak yang diberikan tanpa kelihatan cela. Pelakon drama syurga yang kedua itu memuat naik beberapa gambar malam berinai pelakon Elvina yang mana dia mengenakan pakaian Saree. Pakaian Fasha mendapat kecaman daripada netizen kerana sangat ketat sehingga menampakkan lurah di bahagian dadanya dan mereka menyuruh Fasha memadam post di Instagramnya kerana tidak elok pada pandangan mereka. Mereka juga menasihati Fasha supaya memikirkan ahli keluarganya termasuk anak-anak sekira mahu melakukan apa-apa sahaja.   Walaupun dikecam, ada juga yang memujinya cantik seperti anak dara kerana tubuh badannya yang lansing. Sumber: Instagram Fasha Sandha , Editor:Anna

Gara-gara Tidak Membawa Tanah Kompos, Pelajar Dihukum Jilat Mangkuk Tandas Oleh Guru

Imej
Dunia pendidikan akan tercemar sekiranya terdapat guru yang tidak berperikemanusiaan seperti yang terjadi kepada salah seorang guru yang dikenali sebagai M yang bertugas di Sekolah Dasar Negeri (SDN) 104302 Desa Cempedak Lobang, Kecamatan Seirampah Kabupaten Serdang Bedagai, Sumatera Utara memberi hukuman kepada pelajarnya menjilat mangkuk tandas. Ibu Bapa kepada pelajar yang dikenali sebagai MB itu tersangat marah ke atas kes tersebut kerana anaknya diberi hukuman seperti itu hanya gara-gara tidak membawa tanah kompos. Menurut Ibu pelajar tersebut anaknya itu disuruh menjilat mangkuk tandas sebanyak 12 kali, tetapi baru empat kali dia sudah muntah. Dia mendengar berita itu daripada kawannya lalu suaminya iaitu bapa perlajar tersebut pergi ke sekolah berjumpa dengan guru berkenaan. Ibu bapa mana yang tidak marah jika anak mereka diberi hukuman seperti itu seperti sudah tidak ada hukuman lain. Kalau mahu disuruh bersihkan tandas sekalipun tiada masalah tetapi jangan disuruh jilat kera...

Bayi Ditinggalkan 4 Jam Dalam Kereta Disahkan Meninggal Dunia

Imej
Akibat kecuaian seorang wanita, bayi kecil berusia 2 bulan meninggal dunia selepas 4 jam ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya. Ibu mangsa merupakan tenaga pengajar di sebuah kolej kemahiran di Port Dickson dikatakan membawa anaknya pergi ke tempat kerja. Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu, ibu mangsa dikatakan terlupa yang bayinya ada di dalam kereta tersebut dan meninggalkan bayi itu selepas meletakkan kenderaannya. Pada jam 1 tengahari barulah wanita itu menyedari yang bayinya tertinggal di dalam kereta dan bergegas untuk mendapatkan anaknya itu namun bayi kecil itu sudah tidak sedarkan diri. Wanita berkenaan membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia, kemudian kes itu dirujuk ke Hospital Port Dickson. Sumber:Harian Metro, Editor:Anna

Pilu!! Pengorbanan Seorang Nenek Tua Menjaga Anak yang Derita Stroke Dan Cucu Lumpuh

Imej
Kehidupan sebuah keluarga sungguh meruntun jiwa apabila seorang wanita yang sudah terlalu tua dikenali sebagai Katemah harus menjaga anak dan cucu yang sedang sakit di Desa Kori, Kecamatan Sawoo, Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur. Anak perempuannya Mistun derita akibat stroke hanya boleh berjalan menggunakan tongkat. Sementara cucu lelakinya, Misnanto yang kebiasaannya bekerja mencari nafkah untuk mereka kini hanya terbaring kerana lumpuh. Misnanto menerima kecederaan 7 bulan yang lalu ketika sedang bekerja apabila tubuh badannya ditimpa dinding batu bata yang telah roboh. Misnanto menerima jahitan di bahagian punggung kerana cedera akibat ditimpa batu bata tersebut. Katemah yang sudah terlalu tua juga mengalami kesulitan untuk berjalan kerana tubuhnya sudah membongkok terpaksa memasak makanan untuk mereka sekeluarga. Mereka kini bergantung hidup hasil pemberian orang ramai yang prihatin terhadap mereka. Sumber:Tribunnews.com , Editor:Anna 

Kejam!! Suami Sanggup Halau Dan Baling Kerusi Pada Isteri

Imej
Seorang suami bukan sahaja tidak menghargai pengorbanannya malah bersikap kejam kerana telah menghalau isteri dan turut membaling kerusi ke arah isterinya sehingga lebam di bahagian paha kanannya dalam kejadian di Permyjaya, Miri, tengah hari kelmarin. Mangsa yang berusia 48 tahun itu bekerja sebagai tukang cuci telah banyak berkorban untuk keluarga termasuk membayar sewa rumah. Punca kejadian itu dikatakan kerana suami bersikap panas baran pulang dalam keadaan mabuk dan mengamuk secara tiba-tiba. Suami mangsa secara tiba-tiba membaling kerusi menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu terkena paha kanan mangsa. Suspek turut mengugut mahu mencederakannya menggunakan parang selain menghalau keluar namun mangsa tidak mahu keluar kerana dia yang membayar sewa. Kejadian seperti itu bukan kali pertama berlaku malahan sudah berulangkali setiap kali suaminya pulang dalam keadaan mabuk. Mangsa yang tidak tahan dengan sikjap suaminya telah membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri ...

Video Anjing Diikat Dan Diseret Penunggang Motosikal

Imej
Satu video berdurasi 1 minit dan 40 saat menunjukkan satu peristiwa di mana seekor anjing telah diikat dan di bawa lari oleh dua orang penunggang motosikal saat anjing tersebut sedang berehat di atas tangga. Pada awalnya, kelihatan dua orang lelaki yang menaiki motosikal meninjau kawasan terbabit berulang kali di mana mereka juga turut meninjau kawasan sekitarnya. Namun pada saat-saat akhir, dua ekor anjing mulai kelihatan namun hanya seekor sahaja anjing yang berada di tempat kejadian. Kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan kampung di mana tiada orang awam yang melalui kawasan terbabit serta kawasan tersebut juga kelihatan sangat sunyi. Rakaman ini dirakamkan melalui satu rakaman cctv di sebuah rumah di mana saat-saat akhir video ini menunjukkan dua lelaki terbabit mendekati anjing tersebut dan mula menjerut kepalanya dengan menggunakan tali. Sebaik sahaja berjaya menangkapnya, lelaki terbabit terus membawa lari anjing terbabit dengan menggunakan motosikal. Editor: Iera

Tanda-Tanda Bahawa Anda Mengalami Tekanan Melalui Tubuh Badan

Imej
Norma kehidupan apabila seseorang itu menghadapai tekanan setelah penat bekerja dan menguruskan rutin seharian. Walaubagaimanapun, jika tekanan ini terus mengganggu anda untuk jangka masa panjang, anda mesti ambil perhatian yang serius kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan. Ramai doktor mendakwa ia boleh menyebabkan penyakit yang berlainan. Berikut adalah beberapa penyakit yang menunjukkan tubuh anda dipengaruhi oleh tekanan yang berlebihan. Penyakit pertama adalah penyakit kulit. Psoriasis, jerawat dan penyakit kulit lain adalah mungkin disebabkan tekanan yang dihadapi. Penyelidikan telah dilakukan kepada golongan pelajar oleh para saintist dan hasil menunjukkan tahap tekanan psikologi dan kulit mempunyai sambungan yang tinggi. Hasil Experimen ke atas seekor tikus juga hampir sama kerana haiwan lebih cenderung untuk hadapi tekanan tinggi yang lebih mudah terdedah kepada jangkitan kulit. Kesan kedua adalah perubahan berat badan yang ketara. Anda mungkin pernah menga...

Para Wanita Sila Ambil Perhatian!! Tanda-Tanda Awal Kanser Serviks Yang Mungkin Anda Tak Tahu.

Imej
Kanser pangkal rahim atau dikenal sebagai kanser serviks merupakan penyakit kedua paling tinggi akan berlaku kepada wanita di Malaysia. Penyakit ini terdapat sel-sel kanser di dalam pangkal rahim seseorang wanita itu. Servik pula dirujuk sebagai satu struktur yang berbentuk seperti leher. Ianya merupakan sebahagian daripada rahim yang merupakan saluaran menghala ke arah faraj seseorang wanita. Pangkal rahim terbahagi kepada dua jenis sel yang pertamanya bahagian luar pangkal rahim dan yang kedua dalam bahagian servik. Di antaran kedua-dud jenis sel inilah terdapat satu persimpangan yang dipanggil sebagai zon transformasi atau zon pertukaran. Pada kawasan inilah sampel ujian PAP akan diambil dan disinilah akan dapat dikenal pasti sama ada seseorang itu menghidapi kanser pangkal rahim ataupun tidak. Kanser serviks dikategorikan kepada empat peringkat. Pada mula nya doktor akan menentukan jenis rawatan.Berikut merupakan tanda-tanda awal kanser serviks. ...