Fakta Pelik Tapi Benar Yang Membuatkan Anda Tersenyum Apabila Membacanya


Terdapat banyak fakta yang menarik yang sentiasa dikongsikan melalui media sosial di mana ia mampu menarik ramai pengguna untuk membacanya.

Ada juga beberapa fakta yang dianggap pelik dan sangat sukar untuk dipercayai namun ada juga fakta yang menarik.

Mungkin fakta-fakta yang dibawah ini akan membuatkan anda berfikir sejenak sebaik sahaja mengetahuinya dan dapat membuatkan hari-hari anda menjadi lebih ceria serta mampu mengukir senyuman di wajah anda.

Tahukah anda bahawa apabila 350ml air yang telah diambil dari sinki dan kemudiannya anda menuangkannya ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang baharu yang dinamakan sebagai air masak.

Ya, sudah pasti perkara ini benar kerana dengan air yang diambil dan dipanaskan di atas api mampu menghasilkan air masak yang boleh anda minum sekiranya dahaga.


Fakta yang berikutnya adalah percayakah anda bahawa air sirap itu merupakan salah satu bahan asas yang sangat diperlukan dalam pembuatan sebuah helikopter.

Melalui satu kajian yang telah dibuat, seorang pembina helikopter sangat memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan dan dahaganya semasa membuat helicopter di mana tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak akan dapat disiapkan.


Fakta pelik tapi benar yang seterusnya adalah sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta tersebut dipandu daripada arah yang bertentangan.

Tahukah anda bahawa jurugambar dikenali sebagai paparazzi di dalam bahasa Inggeris dan juga Itali.

Perkataan itu dipercayai telah diambil daripada watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang telah diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960.

Manakala dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang kanak-kanak yang bernama Razzi juga turut dikenali dengan nama papa Razzi.

Adakah anda tahu bahawa bendera negara Denmark telah dicipta pada 700 tahun yang lampau, di mana ia telah menjadikan bendera tersebut antara bendera yang paling lama digunakan di dunia dan lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

Seterusnya, fakta yang menarik tapi pelik ini adalah tahukah anda yang magnet ialah sejenis logam digelar sebagai besi berani.

Ini kerana, magnet adalah sejenis besi yang mampu menarik butir-butir besi yang lain kearahnya.

Walaubagaimanapun orang yang telah diupah untuk menarik kereta yang rosak bukanlah disebut sebagai magnet.


Tahukah anda bahawa cicak akan bertindak dengan memutuskan ekornya apabila dia diganggu. Namun begitu, apabila cicak tersebut menyedari bahawa dia sedang diekori oleh sesuatu benda, dia akan bertindak dengan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak lagi mengekorinya dengan alasan bahawa tanpa mempunyai ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Adakah anda tahu bahawa seorang manusia yang dalam keadaan yang normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri dengan menggunakan siku.



Burung akan dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadang kala sehingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat ataupun silap walaupun tanpa menggunakan alat bantuan kompas.

Perkara ini berlaku kerana setiap sarang burung sudah mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


Tahukah Anda bahawa bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir serupa walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tetapi bagi orang yang sudah kena tempeleng dia masih lagi boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

Tahukah anda gunung berapi yang sudah berusia tiga ratus tahun telah disahkan masih aktif untuk meletus.

Tetapi berdasarkan kajian daripada ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


Adakah anda tahu bahawa terdapat orang yang tidak pernah kisah tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


Tahukah anda bahawa ahli sains di seluruh dunia telah bersepakat bahawa jika nasi ayam dimakan sewaktu kita sedang lapar, perut kita akan mengalami satu tindak balas iaitu kekenyangan.

Namun apa yang lebih menarik adalah nasi ayam juga boleh digunakan sebagai salah satu ubat untuk menggembirakan hati kita apabila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca sekarang sedang mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. hehehehehhehehehehehe.........Sentuh la telinga anda dengan siku sehingga ianya kena.....Kalau anda sedang melakukannya itu adalah tanda bahawa anda tidak normal.

Semoga perkongsian ini dapat menceriakan hari-hari anda. Walaupun ianya kelihatan sedikit pelik tetapi ianya pasti dapat membuat anda tergelak buat seketika. Editor: Ira

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja