Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

Rogol Anak Tiri Ketika Mabuk, Lelaki Dipenjara 24 Tahun, 20 Sebatan

Imej
Seorang bapa tiri yang mengaku salah atas dua pertuduhan merogol anak perempuan tirinya hampir empat tahun lepas, akan meringkuk di penjara selama 24 tahun dan disebat 20 kali. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Umi Kalthum Abdul Majid mengembalikan semula sabitan hukuman penjara 12 tahun dan 10 kali sebatan yang dijatuhi terhadap lelaki berusia 50 tahun itu oleh Mahkamah Sesyen Kota Bahru bagi setiap kesalahan, yang akan berjalan berturut-turut. Beliau mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bahru yang menjatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 kali sebatan bagi setiap pertuduhan yang akan berjalan serentak, bermakna lelaki itu hanya akan menjalani hukuman penjara selama 15 tahun. Hakim Umi Kalthum membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen. Dua lagi hakim yang turut bersidang dalam panel itu ialah Harmindar Singh Dhaliwal dan Steven Chung Hian Guan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Faizal Moha

Cabul Pelajar Lelaki, Guru Sekolah Agama Direman

Imej
Seorang guru sains lelaki sebuah sekolah menengah agama di Melaka direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Ahad atas dakwaan melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap seorang pelajarnya. Suspek yang berusia 40 tahun itu dipercayai melakukan perkara songsang itu beberapa kali terhadap murid lelaki berusia 13 tahun sejak awal Januari lalu sebelum pelajar berkenaan membuat laporan polis. Perintah tahanan reman hingga 26 Januari ini dikeluarkan penolong pendaftar Mahkamah Melaka, Dorismah Mohd Idris bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377b Kanun Keseksaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN), Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata suspek telah ditahan semalam di kediamannya di Taman Jaya Alor Gajah selepas laporan berhubung kejadian dibuat oleh mangsa. Difahamkan, mangsa tinggal di asrama sekolah menengah agama berkenaan di mana suspek merupakan ward

Ini Jawapan 'Power' Tun Mahathir Di Oxford Selepas Dituduh Anti Yahudi Dan Israel

Imej
Meskipun mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama dari ASEAN yang dijemput berucap di Kesatuan Oxford, namun kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan dan tekanan daripada komuniti Yahudi di Oxford. Kumpulan itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan tidak berpuas hati dengan jemputan Kesatuan Oxford yang mengundang Dr Mahathir yang dilabelkan sebagai anti-Yahudi. Seperti diduga juga, Presiden Kesatuan Oxford, Daniel Wilkinson mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan pendirian Malaysia yang menghalang kemasukan atlet Israel daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia di Sarawak pada Julai dan juga pendapat Dr Mahathir mengenai Israel. Menurut Dr Mahathir, dia tidak peduli dilabelkan sebagai anti-semitik hanya kerana kelantangannya mengkritik Israel kerana ianya adalah haknya untuk menyatakan pendirian. “Saya tidak faham apabila kita bercerita mengenai kebebasan bersuara tetapi saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai Israel ataupun Yahudi. Kita akan dila

6 Gambar: Lelaki Ini Mengaku Tuhan Berusia 1,719 Tahun, Pengsan Ketika Ditahan

Imej
Seorang lelaki mengaku Tuhan dan berusia 1,719 tahun mengamuk dan tiba-tiba pengsan ketika mahu dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan mental. Semalam, masyarakat di Jawa Tengah digemparkan dengan tindakan seorang lelaki duduk di atas kitab suci al-Quran ketika berada di Masjid Agung, Sukabumi. Perbuatan lelaki tersebut sempat dirakam sekumpulan pelajar dan ia tular di media sosial. Susulan penularan klip video tersebut, polis Sukabumi menjejaki lelaki itu dan berjaya menahannya kira-kira 11 pagi (waktu tempatan) hari ini. "Semasa disoal siasat, dia mengaku sebagai Tuhan dan memperkenalkan diri sebagai Abud Lakum Dinukum Waliyadin. "Dia juga mengaku berusia ribuan tahun. Tapi selepas diasak dengan pelbagai soalan, dia akhirnya mengaku berumur 46 tahun. "Ketika kami mahu membawanya masuk ke dalam van ambulans, dia tiba-tiba mengamuk dan pura-pura pengsan. "Dia sebenarnya enggan ke hospital," kata Ketua Polis Kota Sukabumi, Asisten

Video Mabuk Di Kelab Malam Tersebar, Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee Ditarik

Imej
HANEESYA Hanee atau lebih mesra dengan panggilan Hanee yang ditemui selepas membuat penyerahan mahkota, trofi dan selempang kemenangan di pejabat Nu Ideaktiv, Shah Alam, sebentar tadi, akur dengan keputusan penganjur tersebut. “Saya ingin meminta maaf daripada hati atas apa yang telah terjadi ini. Saya akui ini merupakan salah saya dan akur dengan keputusan yang dibuat. “Saya anggap penarikan gelaran ini wajar kerana apa yang saya buat itu salah dan merosakkan nama Dewi Remaja. Sebenarnya saya juga sudah berhasrat untuk memulangkan sendiri gelaran ini,” jelas Hanee sebak. Tambah Hanee, dia berharap atas apa yang berlaku ini, ibunya tidak dilibatkan sama. “Saya juga memohon agar ibu saya tidak dilibatkan dalam hal ini yang mengatakan tidak pandai jaga anak dan sebagainya. Ini perbuatan saya sendiri dan tidak melibatkan ibu saya. Jangan libatkan ibu saya,” pintanya. Hanee juga memberitahu bahawa dia tidak akan berputus asa dan terus bangkit. “Saya akan perbaiki diri saya,

Suami Curang Punca Saya Terbabit Dadah

Imej
Kecewa dengan perceraian pada usia muda mendorong seorang ibu muda berusia 21 tahun dari Manggatal, di sini, terjebak dalam penagihan dadah jenis syabu. Kamalia, 21, (bukan nama sebenar) ketika ditemui BH, mengakui terbabit dengan syabu pada usia 19 tahun, selepas bercerai. “Perkahwinan saya hanya mampu bertahan lebih setahun sahaja. Suami curang dan saya tidak dapat menerima kenyataan itu (perceraian). Anak kami pun masih kecil pada masa itu. “Saya amat tertekan, murung dan sedih. Saya tidak menduga suami curang (ada perempuan lain) sebab usia perkahwinan kami masih baharu pada masa itu,” katanya yang mempunyai seorang anak perempuan berusia lebih setahun. Menceritakan awal pembabitannya dalam penagihan syabu, Kamalia yang baharu selesai menjalani pemulihan selama 13 bulan di Kelantan, berkata selepas bercerai dia bekerja di sebuah pasar raya di Kota Kinabalu dan tinggal menyewa bersama beberapa rakan. “Selepas habis bekerja, saya selalu menangis dan termenung, malah pe