Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

Tumbuk Dinding Mahkamah Selepas Dijatuhkan Hukuman.

Imej
Ayer Keroh – Seorang wanita muda bertindak berang dengan menumbuk dinding selepas Mahkamah Sesyen, selapas hakim menjatuhan hukuman. Hakim menjatuhkan hukuman denda RM70,000 terhadapnya atas tuduhan menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen di Bukit Katil, Januari lalu. Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, dari Alor Setar, Kedah selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil, jam 10.15 malam, pada 25 Januari lalu. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut subseksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya. Terdahulu, Timbalan P

Video: Polis Buru Penunggang Motor Langgar Lari Wanita Melintas Jalan.

Imej
Video rakaman sepanjang 29 saat itu tular di media sosial sejak semalam menunjukkan seorang wanita melintas jalan sebelum dilanggar penunggang motosikal. Kerana sikap tidak bertanggungjawab itu, penunggang motosikal berkenaan kini telah menjadi buruan pihak polis. Penunggang motosikal yang melarikan diri selepas terlanggar seorang wanita yang melintas jalan dalam kejadian di Sungai Nibong, Georgetown, pada petang Isnin lalu. Akibat rempuhan itu, wanita itu tercampak dan penunggang terbabit hanya melihat beberapa ketika sebelum meninggalkan tempat kejadian. Beberapa pemandu kereta turut tidak membantu mangsa sebelum wanita itu bangun dan berjalan dalam keadaan kesakitan. Orang ramai yang memiliki maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau balai polis berhampiran. - Harian Metro

Mahkamah Sahkan Pernikahan Joy Dan Bekas Suami.

Imej
SHAH ALAM: Kontroversi isu pernikahan usahawan kosmetik, Joy Revfa dengan bekas sah mengikut syarak. Menurut laporan Berita Harian Online, Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini, mengesahkan pernikahan usahawan kosmetik, Joy Revfa dengan suami terdahulunya, sah mengikut syarak. Hakim Syarie, Salehan Yatim memutuskan pernikahan Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, dan Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand, empat tahun lalu adalah sah mengikut hukum syarak. Beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua dokumen, keterangan lisan dan hujahan bertulis yang dikemukakan kedua-dua pihak kepada mahkamah. "Mahkamah berpuas hati dengan keterangan plaintif dan responden, saksi-saksi, dokumen-dokumen yang diserahkan selain pernikahan itu menggunakan wali hakim dan saksi. "Mahkamah mensabitkan bahawa pernikahan kamu berdua pada 10 Januari 2013 di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand adalah sah mengi

Saya Tak Akan Buka Tudung, Nak Kecam Kecamlah

Imej
Selepas dikecam netizen pelakon dan pengacara televisyen Neelofa menegaskan dia tidak akan sesekali membuka tudung di luar negara. Neelofa menegaskan dia tidak akan sesekali membuka tudung walaupun dilantik menjadi duta jenama antarabangsa. Menurut laporan Astro AWANI, Neelofa Kata hijab telah membawa dia menjadi dirinya sekarang dan kejayaan yang diraih hari ini bermula daripada niatnya untuk bertudung sejak tiga tahun lalu. "Saya tidak terfikir dan tidak akan sesekali membuka tudung walau sesaat. Hijab ini membawa siapa saya sekarang. "Ketika di New York untuk MiSK-UNPD Youth Forum baru-baru ini, saya menjadi salah seorang speaker wanita muda bertudung dari negara yang asing bagi mereka dan alhamdulillah imej ini yang membuka mata mereka. "Saya juga pernah bertanya kenapa Swarovski mahukan saya, jawab mereka saya mewakili wanita muslim dalam usaha meluaskan promosi mereka kepada individu berbeza-beza. "Kemudian, di Boston pula nanti saya diminta menj

Kelayakan Piala Asia Antara Malaysia-Korea Utara Ditunda Lagi

Imej
PUTRAJAYA: Aksi yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminta boleh sepak antara Malaysia dan Korea Utara bakal ditangguhkan sekali lagi. Menurut Astro AWANI, Perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di antara Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang pada 5 Oktober ini nampaknya bakal ditangguhkan, selepas Kementerian Luar Negeri mengeluarkan arahan sekatan perjalanan ke negara itu berkuat kuasa serta-merta. Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, rakyat Malaysia dikenakan larangan sekatan perjalanan ke Korea Utara sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Keputusan itu diambil selepas melihat kepada ketegangan yang makin memuncak susulan beberapa siri ujian peluru berpandu oleh Korea Utara. Sekatan perjalanan itu akan dikaji semula sebaik situasi di semenanjung Korea kembali normal. "Rancangan kami adalah untuk dua perlawanan. Kini situasi adalah fokus hanya untuk satu perlawanan. Saya perlu pragmatik, kalau perlu menentang Korea Utara di Hong Kong. Kami haru

Lelaki Didakwa 'Masukkan Jari' Dan Cederakan Wanita Berusia 40 Tahun

Imej
AYER KEROH: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang wanita berusia 40 tahun. Suspek yang berkerja sebagai cuci kereta bukan saja memasukkan jari ke dalam kemaluan wanita terbabait malah turut mencederakan mangsa pada minggu lalu. Menurut laporan Astro AWANI, tertuduh Abdul Rauf Singaravelu, 28 tahun membuat pengakuan itu sejurus kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail. Mengikut pertuduhan pertama di bawah seksyen 377(CA) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat. Manakala, bagi pertuduhan kedua dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa yang sama dan bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun dan denda jika sabit kesalahan. Kesemua perbuatan itu dilakukan tertuduh di se

Selepas Boy Iman, Datuk Red Pula Dituduh Tipu Jual Tanah .

Imej
Akhirnya Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu tampil memberi penjelasan isu syarikat menipu urusan jual beli tahah. Menurut laporan mStar Online, penipuan penjualan rumah harga murah yang kecoh sejak kebelakangan ini memasuki episod baharu apabila suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu pula dituduh melakukan kegiatan sama. Sebuah blog pada Isnin lalu mendedahkan perbuatan Adnan menerusi syarikat ADN Properties Sdn Bhd yang turut memuat naik video sidang media Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM) membongkar kegiatan penipuan penjualan tanah. Menerusi video berdurasi enam minit itu turut menyelitkan keratan artikel mendakwa Adnan atau Datuk Red terlibat dalam penipuan itu walaupun sidang media dilakukan oleh Pengarah, Unit Tindakan Khas, PPIM iaitu Yusof Azmi itu tidak memperincikan secara jelas siapa dalang sebenar. Adnan ketika dihubungi mStar Online pada Khamis mengakui terkejut dengan penyebaran fitnah terhadap dirinya dan menegaskan dia tidak a

Video Suami Ditangkap Oleh Orang Awam, Pukul Isteri Kerana Dadah.

Imej
Video tular di media sosial kejadian berlaku pagi tadi di Pasar Tani Sungai Petani Kedah berpunca darpada suami datang minta duit pada isteri untuk beli dadah. Menurut laporan Harian Metro, lelaki memukul isterinya, 30an dan anak lelaki berusia tiga tahun di kawasan Pasar Tani Sungai Petani untuk mendapatkan wang membeli dadah mengundang padah apabila ditahan orang ramai sebelum menyerahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda hari ini. Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, penagih dadah berusia 30an itu bertindak merampas beg tangan mangsa menyebabkan berlaku pergelutan. Pengarah AADK Kedah Mahadzir Elias berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kemudian menahan suspek sebelum menghubungi AADK. Menurutnya, siasatan mendapati suspek sebelum ini pernah ditahan beberapa kali akibat pengaruh dadah sehingga bertindak agresif terhadap keluarga. “Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis marijuana dan methamphetamine. “Siasatan lanjut ak

Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’ Dikecam Netizen.

Imej
Iklan untuk isteri jadi kontroversi, iklan yang dilihat berunsur lucah itu mula tular di media sosial sejak semalam, iklan tersebut turut dikecam oleh netizen. Menurut laporan mStar Online, walaupun tiada adegan separuh bogel atau mengghairahkan, tetapi dialog yang digunakan dalam iklan tersebut berbaur lucah. Selain dialog, terdapat juga adegan dan audio yang membawa konotasi seks yang tidak sesuai ditonton dan diperdengarkan untuk lapisan umum. Iklan berdurasi kira-kira 1 minit dan 22 saat yang memaparkan dua pelakon sebagai suami isteri itu dikatakan mempromosikan produk yang kononnya dapat membantu membesarkan alat sulit lelaki. Ia bermula dengan pertengkaran pasangan itu apabila si isteri tidak puas hati dengan tenaga batin suaminya sehingga menemui produk yang dikatakan mampu membantu menyelesaikan masalah mereka. Terdapat adegan si suami dipaksa tidur di luar bilik selepas pertengkaran itu, disusuli narator yang berkata: “Suami sering tertekan sehingga buah menjadi p

Waris mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Akur Perintah Mahkamah

Imej
KUALA LUMPUR: Hari ini beberapa waris keluarga mangsa yang terbabit dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, dua minggu lalu tiba di bangunan mahkamah di sini hari ini. Menurut laporan Berita Harian Online, waris keluarga mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang hadir ke mahkamah untuk mengikuti prosiding pertuduhan akur perintah mahkamah yang mengarahkan hanya waris suspek boleh berada dalam kamar mahkamah. Bapa kepada Mohd Shahir, mangsa yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Sharifuddin Musa, 45, berkata dia akur walaupun dia mahu mendengar pertuduhan dibacakan. "Saya hadir untuk mendengar pertuduhan, ikut perancangan saya ingin menghadiri keseluruhan prosiding perbicaraan. "Bagaimanapun mahkamah memerintahkan supaya hanya waris suspek berada dalam mahkamah, walaupun saya ingin mengetahui perincian kes, saya akur dan serahkan kepada mahkamah untuk melaksanakan tugas mereka,"

Punca Dan Kronologi Gadis Dirata Sebelum Dibunuh.

Imej
JAWA TIMUR: Polis berjaya menahan suspek utama  yang rogol dan bunuh Eka Yuniarti di pondok ladang sawah. Penemuan mayat gadis berusia 17 tahun Eka Yuniarti di percayai mangsa rogol dan bunuh akhirnya menemui jawapam selepas suspek utama di tahan polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu. Suspek utama di kenali sebagai Muhammad Madinatul Huda, 17 tahun yang merupakan kawan baik Eka Yuniarti mendalangi pembunuhan itu. Selain Muhammad Madinatul Huda, tiga rakannya juga ditahan pihak polis masing-masing berusia 14, 14 dan 13 tahun mereka masih dalam siasatan lanjut. Berdasarkan hasil siasatan dan keterangan suspek utama yang mengaku akhinya pihak polis  mengungkap punca kejadian kes rogol dan bunuh itu. Sebelum kejadian suspek bersama enam rakannya termasuk mangsa dikatakan tengah minum minuman keras (arak) sekitar jam 21.00 malam pada 25 September 2017 lalu. Ketika sedang minum minuman keras mereka melihat kereta polis sedang melakukan rondaan di kawasan itu. Untuk tidak

Pusat Tahfis Terbakar Lagi Kali Ini Di Rembau.

Imej
SEREMBAN: Hari ini kita dikejutkan lagi dengan satu kebakaran pusat tahfiz yang berlaku di Rembau Negeri Senmbilan Menurut laporan Astro AWANI, Sebuah asrama penginapan pelajar perempuan Maahad Tahfiz As Sofa di Rembau terbakar awal pagi tadi. Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata kebakaran ke atas asrama yang menempatkan 37 pelajar itu berlaku kira-kira 1.50 pagi dan memusnahkan 60 peratus bangunan asrama, lapor Bernama. Bagaimanapun kesemua pelajar terselamat kecuali tiga orang yang mengalami asma akibat terhidu asap. "Ketiga-tiga pelajar ini telah dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut," kata Norazam. Beliau berkata punca kebakaran belum dikenal pasti. Anggota bomba dan penyelamat tiba 10 minit kemudian selepas menerima panggilan kecemasan dan ketika  sampai api sedang marak pada separuh bangunan asrama itu. Bagaimanapun api berjaya dikawal 15 minit kemudian dan dipadam sepenuhnya setengah jam kemudian, katanya. Kebakaran di p

Gambar Detik-Detik Rakan Mati Lemas

Imej
BANGALORE - INDIA. Siapa yang sangka hari yang sepatutnya bergembira bertuka menjadi mimpi ngeri dalam hidup mereka, ketika mereka bergambar rakan mereka mati lemas di belakang. Menurut laporan Sinar Harian, seorang pelajar kolej lemas ketika kawan-kawannya mengambil gambar kenangan, Ahad lepas. Kejadian berlaku semasa mangsa, Vishwas G dan pelajar dari kolej Jayanagar beriadah di kolam berhampiran kuil Gundanjaneya. Salah seorang pelajar, Sumanth A mengatakan keadaan mangsa hanya disedari selepas gambar tersebut diambil. "Salah seorang pelajar melihat kembali gambar dan terus memberitahu seorang pensyarah, profesor Girish. Profesor Girish dan beberapa pelajar lain kemudian kembali ke kolam tersebut dan gagal menemui mangsa. Mayat mangsa kemudian ditemui oleh polis dan keluarga mangsa tiba di tempat kejadian. Ibu bapa mangsa kemudian membawa mayat mangsa ke hadapan kolej sebagai tanda protes dan mendakwa pihak kolej cuai. Jurucakap kolej Jayanagar memberitahu,

Tuan Rumah Pegang Pedang Samurai, Pencuri Kantoi Pecah Rumah.

Imej
JOHOR: Tular satu rakaman video yang dilihat sorang lelaki dipukul dipecayai ditangkap setelah cuba mencuri dalam rumah tersebut. Video yang berdurasi 1 minit 53 saat itu di muat naik oleh milosuam.net di laman YouTube pada 27 September 2017, kejadian itu dipecayai berlaku semalam. Menurut milosuam.net, kejadian dipercayai berlaku pada waktu subuh 27 September 2017 di sekitar Daerah Batu Pahat, Johor. Seorang lelaki yang berjaya ditangkap selepas "kantoi" ketika menceroboh bilik sebuah rumah penduduk dipukul dengan sebatang kayu. Lelaki itu juga terpaksa berdepan dengan tuan rumah yang sedang pegang pedang samurai di tangannya. Apa yang melucukan dalam video ini apabila lelaki itu yang mengaku berasal dari Rengit, memberikan alasan tidak masuk akal apabila ditanya oleh tuan rumah tentang apa tujuannya masuk sampai ke bilik. "Pasal apa kau nak masuk bilik aku? Kau dah sampai dalam bilik tau," soal tuan rumah kepada lelaki yang ditangkap itu. Dia membe

Video Parodi Akak Girl Dapat 'WOW' Dari Shah Rukh Khan.

Imej
Siapa sangka video parodi boleh mendapat perhatian Dato Shah Rukh Khan, itu yang terjadi kepada Akak Girl apabila video parodinya dikongsi Dato Shah Rukh Khan di laman twitternya. Menurut laporan Astro AWANI, bintang parodi tempatan, Akak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan nampaknya telah berjaya menarik perhatian legenda Bollywood, Shah Rukh Khan menerusi video parodi terbaharu beliau. Menerusi laman Twitter, Shah Rukh memuji persembahan parodi (gerak bibir) Nur Amira bagi lagu hindi, Bole Chudiya - sebuah lagu petikan dari filem Kabhi Khushi Kabhi Gham lakonan Shah Rukh. Dalam video parodi itu, Nur Amira turut menampilkan suaminya, Mohd Hafizi Marzuki, 26, yang sedang memandu dengan wajah yang selamba. Nur Amira kemudian berkongsi tweet Shah Rukh itu dan menyatakan harapannya untuk menyanyi duet bersama pelakon itu di dalam keretanya. “Tolong pertimbangkan saya sebagai heroin untuk filem seterus anda,” seloroh Amira di Facebooknya. Amira, yang tinggal di Johor B

3 Gambar: Kejam Diratah Sebelum Dibunuh.

Imej
JAWA TIMUR:Seorang leleki yang merupakan petani terkejut melihat mayat seorang wanita dalam keadaan bogel dan mengerikan dekat sebuah pondok di ladang sawah miliknya di Pasuruan Jawa Timur. Menurut petani tersebut dia yang hendak ke sawah untuk menuai padi dikejutkan dengan penemuan mayat seorang remaja perempuan dalam keadaan yang mengerikan dipecayai dirogol dan dibunuh. Lebih memilukan keadaan mayat cukup mengerikan, dimana muka lebam-lebam dan kemaluan mengalami pendarahan seperti disumbat dengan sesuatu yang keras. Selain itu kepala, bahagian belakang mangsa juga mengalami cedera parah seperti dipukul objek tumpul. Mangsa di kenali sebagai Eka Yuniarti 17 tahun dipercayai hilang sejak semalam selepas keluar dari rumahnya untuk ke tempat kerja. Ketua Polis Pasuruan,Tinton Yudha Riambodo berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima aduan dari penduduk kawasan itu. “Selepas kami siasat mangsa dilaporkan hilang sehari sebelum dirogol dan dibunuh. &quo

Dua Suspek Bakar Tahfiz Didakwa Seksyen 302 Boleh Dihukum Mati.

Imej
KUALA LUMPUR: Selepas tiga minggu kejadian bakar pusat tahfiz di Datuk Keramat, hari ini pihak polis sahkan dua suspek didakwa mengikut Seksyen 302. Menurut laporan Berita Harian Online, dua daripada tujuh suspek kes membakar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, akan didakwa atas kesalahan membunuh dan khianat dengan api, esok. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata hanya mereka yang didapati terbabit secara efektif atau terbabit secara langsung dalam kejadian berkenaan akan diambil tindakan. "Baki mereka yang tidak didakwa akan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya kerana mengambil dadah serta berperanan sebagai saksi kejadian berkenaan. "Perkara ini sudah diputuskan selepas pegawai penyiasat mengadakan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara mengenai tindakan susulan terhadap kes bakar itu," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, tengah hari tadi. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Sing

Tular Leftenan Dan Kapten Ditangkap khalwat, Suami Tampil Memberi Penjelasan.

Imej
Cyberjaya - Sepasang pegawai tentera yang masih berstatus isteri orang, manakala pegawai lelaki berstatus suami orang telah ditangkap berkhalwat di sebuah hotel empat bintang di cyberjaya pada  jam tiga pagi. Hasil maklumat serbuan dilakukan dan disertai oleh suami pegawai perempuan itu sendiri, bersama dua anggota polis dari balai cyberjaya, satu orang saksi, dan kaki tangan pihak hotel, termasuk seorang pengawal keselamatan. Mengikut sumber, pintu telah di ketuk selama hampir setengah jam sebelum pintu hotel tersebut di buka. pegawai lelaki tersebut membuka pintu dan siasatan di dalam bilik berkenaan mendapati pegawai wanita tersebut berada di tandas. Hasil soal siasat, lelaki tersebut mengaku turun dari kuantan menaiki bas ke putrajaya dan kemudian ke hotel di cyberjaya. Pasangan pegawai tentera tersebut telah dibawa ke balai polis cyberjaya sebelum di serahkan kepada penguatkuasa jabatan agama islam daerah sepang. Pegawai tentera wanita tersebut Kapten dari Maktab Tente

Remaja Yang Tular Pukul Ibu Bebas Pengaruh Dadah

Imej
AMPANG: Video yang tular semalam, hari ini polis sahkan remaja pukul ibu itu bebas pengaruh dadah setalah ujian air kencing dibuat. Menurut laporan Bernama, remaja lelaki berusia 15 tahun yang didapati memukul ibunya di rumah mereka di Ampang semalam kerana dipercayakan mahukan wang disahkan bebas daripada pengaruh dadah. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata ujian air kencing telah dilakukan terhadap remaja berkenaan ketika dia hadir bersama ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk memberi keterangan. Beliau berkata rakaman remaja berkenaan memukul ibunya diambil oleh adik perempuannya yang menyerahkan rakaman itu kepada bapanya. "Bapa remaja berkenaan kemudian menyerahkan rakaman itu kepada guru sekolah remaja itu dengan niat untuk meminta guru sekolah menasihati anaknya. "Rakaman insiden itu kemudiaanya tular dan dikecam oleh masyarakat. Siasatan lanjut berhubung insiden ini sedang dilakukan," kata Hamzah. -- BERNAMA

Eyka Farhana Menafikan Video Melampau Itu Adalah Dirinya.

Imej
Eyka Farhana mengamuk apabila sebuah video lucah yang dikaitkan dengan namanya tersebar di media sosial dikongsi menerusi laman YouTube sejak Julai lalu. Menurut laporan mStar Online Eyka, 22, berkata, dia menyedari tentang video tersebut apabila ditanya oleh beberapa rakan yang ingin mendapatkan kesahihan berhubung video lucah itu. "Itu bukan saya... saya belum gila nak buat video macam itu! Saya sendiri terkejut apabila tiba-tiba ramai kawan yang tanya mengenainya. "Bila saya lihat wanita dalam video itu memang serupa sedikit dengan saya, tapi dia orang lain." "Saya geram individu yang muat naik video itu tulis nama saya pula sehingga orang ingat itu adalah saya," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu. Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi diminta mengulas mengenai penyebaran video lucah yang mirip wajahnya. Video itu telah dimuat naik pada Julai lalu dan kini sudah mendapat lebih 11,000 tontonan. Tambahnya,

Lelaki Ajak Pegawai DBKL Bertumbuk Berjaya Ditahan Polis

Imej
Polis menahan seorang lelaki yang bertengkar dengan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas tayar kereta miliknya dikapit dalam kejadian di Taman Segar, Cheras, semalam. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pukul 6.30 petang tadi selepas dia hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk memberi keterangan. Menurut Chong, dua anggota penguat kuasa DBKL bertindak mengapit tayar sebuah kereta jenis Perodua Myvi kerana melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di luar petak pada 12.46 tengah hari. "Selepas itu, anggota DBKL menerima arahan untuk membuka kapit tayar kereta terbabit memandangkan pemilik kenderaan ingin membayar denda. "Apabila anggota DBKL ke lokasi kejadian, berlaku perselisihan faham antara pemilik kenderaan dengan anggota DBKL dan beberapa individu lain," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata anggota penguat kuasa DBKL juga telah membuat l

Akhirnya, Wanita Arab Saudi Dibenarkan Memandu Kereta.

Imej
ARAB SAUDI: - Selama ini kita semua mengetahui bahawa kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan wanita memandu kenderaan di negaranya, tapi kini perubahan telah berlaku apabila Raja Saudi, Raja Salman pada hari Selasa mengarahkan supaya wanita dibenarkan memandu kereta. Ia sekaligus menamatkan tradisi konservatif yang dilihat oleh aktivis hak sebagai lambang penindasan negara itu terhadap wanita. Menurut laporan Malaysiakini, sebelum ini Arab Saudi telah dikritik secara meluas kerana menjadi satu-satunya negara di dunia yang mengharamkan wanita daripada memandu. Meskipun terdapat peningkatan secara beransur-ansur terhadap beberapa isu wanita dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan sasaran kerajaan itu untuk meningkatkan peranan mereka, khususnya dalam tenaga kerja. Walaupun mencuba untuk memupuk imej yang lebih moden pada tahun-tahun kebelakangan ini, namun larangan memandu telah lama mencemarkan imej antarabangsa Arab Saudi. Negara itu mengarahkan pembentukan sebuah badan ke

Sami Buddha Serbu Rumah Perlindungan Rohingya.

Imej
SRI LANKA: Bukan saja di Myanmar malah warga Rohingya di Sri Lanka turut sama ditindak oleh sami buddha. Menurut laporan Harian Metro, Sami Buddha di Sri Lanka mengetuai penduduk tempatan menyerbu rumah perlindungan pelarian Rohingya. Rumah perlindungan di Colombo itu disediakan oleh PBB untuk pelarian Rohingya yang melarikan diri ke negara tersebut. Sami terbabit mengetuai perusuh memecah masuk kawasan rumah menyebabkan 31 pelarian mengurung diri di tingkat paling atas dalam ketakutan sehingga diselamatkan pihak berkuasa. Menurut seorang pegawai polis, pihaknya berjaya menyuraikan perusuh dan pelarian akan ditempatkan di lokasi baru. Seramai 31 pelarian itu diselamatkan tentera laut Sri Lanka Mei lalu, ketika hanyut dalam bot mereka. Pelarian itu akan dihantar ke negara ketiga dan dibenar berada di Sri Lanka menunggu dokumen mereka siap. Dalam rakaman video oleh kumpulan pelampau Sinhale Jathika Balamuluwa (Tentera Kebangsaan Sinhalese), seorang sami mendesak orang ram

Gadis 13 Tahun Bukan Saja Diperkosa, Malah Dilacurkan Kepada Lelaki 82 tahun.

Imej
MIRI: Polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai terbabit dalam ke rogol remaja perempuan berusia 13 tahun dan menjual kepada lelaki berusia 82 tahun. Menurut laporan Berita Harian Online, remaja perempuan berusia 13 tahun itu menempuh detik hitam, apabila bukan setakat dirogol, malah dipaksa melayani nafsu serakah seorang lelaki berusia 82 tahun yang membayar 'RM700' untuk tujuan itu. Selain melayan warga emas itu, remaja terbabit turut dipaksa oleh perogolnya melayani nafsu dua lelaki secara bergilir di lokasi berasingan dan dipukul jika engkar. Susulan aduan yang diterima, polis malam kelmarin, menahan seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai terbabit dalam kes itu dan sedang berusaha mengesan individu lain yang turut terbabit merogol dan melacurkan mangsa Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supritanden Stanley Jonathan Ringgit, berkata nasib malang menimpa gadis itu terbongkar selepas laporan polis dibuat bapa mangsa berusia 55 tahun di Balai Polis P

Video Tular Remaja Pukul Ibu, 'Jejaka Sereng' Pula Minta Maaf

Imej
Kita digemparkan dengan satu video remaja dengan ibunya yang benar-benar meruntun jiwa, menimbulkan perasaan marah dan geram sejak petang semalam. Bermula dengan memukul, kemudian melempar kata kesat, malah memanggil ibunya dengan perkataan kau, remaja terbabit tergamak bertindak sedemikian kerana wang. “Sakit lah bang long,sakit lah...’ rayu ibunya tatkala dipukul. Remaja itu kemudian mengangkat kerusi mengancam untuk menghempas kerusi itu ke tubuh ibunya sambil selepas itu menyebut perkataan lebam terhadap ibunya. Nenek remaja itu hanya mampu mengungkapkan beberapa ayat termasuk ‘tumbuk muka nenek’ bagi membela si ibu. Sementara itu, individu yang mendakwa menularkan video berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook miliknya atas perbuatannya itu. Dalam kemas kini di Facebook, Jejaka Sereng memaklumkan, dia tidak berniat untuk memalukan sesiapa apabila berkongsi video itu di laman sosialnya. "Saya ingin memohon maaf di atas kesilapan dan k

Krisdayanti Dikecam Bawa Anjing Berjalan-Jalan

Imej
Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti dikecam netizen setelah memuat naik foto yang mana dirinya sedang membawa anjing peliharaan berjalan-jalan. Netizen mula kecam tindakan Krisdayanti yang memiliki anjing sebagai haiwan peliharaan. Menerusi satu entri di akaun Instagram (IG)nya, Kris telah memuat naik foto yang menunjukkan dirinya sedang beriadah dengan membawa anjing peliharaan. Menurut laporan Astro Gempak, Foto tersebut telah mengundang pelbagai reaksi pengikut Instagram milik Krisdayanti. Rata-ratanya memberi komen negatif dan berpendapat sebagai seorang yang beragama Islam tidak boleh membela anjing untuk dijadikan haiwan peliharaan. Mereka juga memberitahu haram jika seorang Islam membela anjing tanpa sebab perkebunan dan penternakan. Berikut merupakan komen-komen yang diberikan netizen @fadeelalala - Gila lah bela anjing. Dengan bangga lagi.. Allahuakbar. Akhir zaman.. Moga sempat taubat @virabchsn - Kebanyakan manusia sekarang namanya sahaja Islam tapi tak

Video Pelayan Restoran Tersimbah Sup Panas Pada Kanak-Kanak.

Imej
YANGZHOU: tular di media sosial seorang anak kecil yang sedang menjamu selera di sebuah restoran tersimbah sup panas di Yangzhou City di China. Dalam satu rakaman CCTV yang viral di media sosial, budak lelaki itu kelihatan leka bermain telefon bimbit apabila tiba-tiba tersimbah sup panas yang dibawa seorang pelayan restoran. Menurut laporan Astro AWANI, pelayan restoran yang pada ketika itu sedang membawa satu periuk sup panas tiba-tiba tergelincir dipercayai akibat lantai yang licin. Malangnya, periuk yang dibawa itu pula terjatuh di atas meja menyebabkan sup panas itu tersimbah pada tubuh anak kecil tersebut. Wanita dipercayai ibu kepada mangsa yang duduk bersebelahan dengan segera mendukung kanak-kanak malang itu. Menurut Metro.co.uk, media tempatan melaporkan bahawa keluarga tersebut menyalahkan restoran itu kerana tidak membersihkan minyak di lantai yang dipercayai telah menyebabkan pelayan itu tergelincir. Keluarga tersebut juga berkata bahawa periuk besar berisi su

Afdlin Shauki Dianugerahkan Darjah Kebesaran Gelaran Datuk

Imej
Pelakon dan pelawak yang popular dalam filem Cuci Afdlin Shauki dianugerahkan darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Selasa. Menurut laporan mStar Online, Afdlin, 46, menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pasa majllis pengurniaan darjah dan oingat yang diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pahang. Menerusi  status di Instagram, Afdlin ada memuat naik foto dia bersama ibunya yang turut hadir di majlis penerimaan darjah kebesaran tersebut. "Gang haji saya ada dengan saya masa ambil kurnia. Ini semua berkat doa dia. Love you Hajjah mummy," tulisnya. Rata-rata pengikut di Instagram mengucapkan tahniah di atas pencapaian pelakon filem Cuci ini. Malah, Afdlin turut mendapat ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis antaranya Datuk Eizlan Yusof, Datuk Hans Isaac dan Liyana Jasmay. Selain Afdlin, usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dianugerahkan darjah Sri Darjah Sri Su

Tular Lagi Aiman Tino Ditangkap Khalwat Semalam.

Imej
Tular lagi ditangkap khalwat, penyanyi popular Aiman Tino tidak teragak mengambil tindakan keras terhadap penyebar berita palsu tentang dirinya ditangkap khalwat. Aiman Tino memberi amaran keras kepada individu tersebut agar berhenti menyebarkan fitnah itu di media sosial. Menurut laporan Harian Metro, Semalam, ada netizen menyebarkan berita palsu menerusi portal menggunakan nama sebuah akhbar tempatan yang mendakwa penyanyi itu ditangkap pihak berkuasa kerana berkhalwat. Aiman ketika dihubungi berkata akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya berita palsu mengenai dirinya menjadi tular sekali lagi. "Ini peluang terakhir buat netizen tidak bertanggungjawab. Selepas ini saya akan bertindak kerana perbuatan mereka sudah melampau dan menjejaskan nama baik keluarga. "Sebelum ini, ada individu mendakwa saya meninggal dunia. Sekarang, ada pula yang sanggup reka cerita saya berkhalwat,™ katanya. Menurut penyanyi Ku Rela Dibenci itu, dia mengetahui berita itu ketika

Pengunjung Pulau Terkejut Penemuan Bangkai Besar Terdampar Di Pantai.

Imej
Filipina - Pengunjung di sebuah pulau terkejut dengan penemuan seekor makhluk gergasi misteri yang terdampar di persisiran pantai tersebut. Haiwan laut gergasi terbabit telah ditemui di perairan Bandar Maasin iaitu merupakan salah sebuah pulau yang terdapat di Leyte, Filipina. Menurut laporan daripada Julius Alpino dari Biro Perikanan dan Sumber Laut mengesahkan penemuan rangka gergasi berkenaan. Beliau turut memberitahu bahawa pihaknya masih tidak dapat mengenal pasti haiwan tersebut kerana badannya yang sudah reput. Ini menyukarkan pihak mereka untuk mengenal pasti bangkai tersebut dan memerlukan penelitian yang khusus bagi mengetahui spesis bangkai tersebut. Menurut pihaknya, ada kemungkinan bangkai gergasi misteri tersebut yang memiliki kepanjangan sebuah jet pejuang tersebut adalah merupakan bangkai seekor ikan paus. Menurut salah seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Nujnuj Capistrano berusia 42 tahun, dia telah berjaya menangkap gambar bangkai binatang ge

Yusuf Azmi Dedah Video Suara Rancangan Boy Iman Tipu Orang Awam.

Imej
KUALA LUMPUR - Akhirnya Yusuf Azmi memuat naik video penipuan yang dilakukan Boy Iman isu skim penjualan rumah semurah RM50.000, yang tular baru-baru ini. Dalam video berdurasi 2 minit 20 saat itu dapat mendengar jelas pengakuan Boy Iman  berkenaan wayang pacak yang dibuatnya selama ini. Dalam rakaman suara yang dimuat naik saudara Yusuf Azmi itu dirakam secara rahsia oleh staff atau rakan kongsinya dan mendedahkan segala taktik digunakan Boy Iman selama ini. "Kita tak boleh cakap tentang aku bagus, aku politik, aku bleh bawak polis ambik ko dekat airport, iring, bayar..bukan tu.. itu semua hanyalah game, gimik" 'Saya buat gimik ni dah lame dah.. sy panggil menteri tan sri noh omar datang, kan? tapi ape sebab saya panggil tan sri noh omar datang? saya nak sales kita nak sales kita kena ingat DBI Properties adalah marketing company." "Saya datangnye dari alfafa, saya adalah ceo marketing company. tanya pejal macam mana saya boleh buat 4 bulan 10 juta?

Isu Pesta Arak Dan Gay, Ridhuan Tee Bidas Presiden MCA Cuba Halang Kerja Jakim

Imej
Pendakwah bebas terkenal, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyelar tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengeluarkan kenyataan mempertikai peranan institusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Dalam kenyataan yang dikeluarkan Presiden MCA itu berkata, Jakim tidak seharusnya menentukan senarai larangan Jabatan Imigresen berhubung individu yang sepatutnya diharamkan daripada menghadiri pesta gay ‘White Party Bangkok’ 30 September ini. Datuk Seri Liow Tiong Lai Katanya, peranan Jakim adalah untuk memantau aktiviti berkaitan dengan umat Islam sahaja, bukannya berkaitan dengan dasar moral dan memantau tingkah laku individu. “Siapa Tiong Lai untuk mengeluarkan arahan sedemikian? Atas dasar kuasa seorang menteri atau apa? Saya yakin beliau tidak boleh kawal dan memastikan ahlinya mengundi ultra kiasu. Jakim di bawah JPM, Jabatan Imigresen di bawah KDN. “Jakim adalah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab dalam soal hal ehwal orang Islam. Apa jua perkara yang

Vingada Gugurkan Enam Permain, Senarai 24 Pemain Bertemu Korea Utara.

Imej
KUALA LUMPUR, -- Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Nelo Vingada menyenaraikan 24 pemain untuk latihan pusat di Johor Bahru, Johor bermula 30 September ini. Pemilihan tersebut sebagai persediaan menghadapi dua perlawanan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium Kim Il-Sung, Pyongyang pada 5 Okt dan Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 10 Okt. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan 17 pemain daripada senarai 23 pemain telah dipanggil Vingada. Sebelum ini skuad kebangsaan yang dipanggil Vingada telah seri 1-1 dengan Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 Sept lalu Vingada juga dilihat menggugurkan enam permain yang pernah dipanggil untuk bertemu Hong Kong sebelum ini. Enam pemain yang digugurkan terdiri daripada Rizal Ghazali (Kedah) dan Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT) yang digantung perlawanan serta penjaga gol Farhan Abu Bakar (Kedah), Ahmad Syamim Yahya (Pahang), Nasir Basharudin dan Nazrin Nawi (Pera

Syarikat Mohon Maaf Isu Iklan Video Vape Yang Keterlaluan

Imej
Penyebaran video iklan vape yang dilihat agak keterlaluan dengan menampil wanita berpakaian seksi telah menerima kecaman teruk oleh netizen. Menurut laporan mStar Online, syarikat produk perisa rokok elektronik atau vape berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Kenyataan yang dibuat individu yang menggunakan nama Jack selaku Ketua Pegawai Eksekutif Sexbomb Vapor Co itu berkata, pihaknya memohon maaf di atas video promosi berdurasi seminit itu yang dimuat naik di laman sosial syarikat. Beliau menjelaskan tujuan video tersebut adalah untuk mempromosi penyertaan mereka pada ekspo NEC Vapor di United Kingdom (UK) yang bakal berlangsung dari 27 hingga 29 Oktober ini. “Ia tiada kaitan dengan pasaran atau komuniti rokok elektronik di negara ini. Kami turut kesal video ini telah menyinggung sensitiviti budaya Malaysia,” katanya dalam kenyataan di laman sosial Instagram, Ahad. Pada Jumaat lalu, mStar Online melaporkan bahawa sebuah video yang kini tular di media sosi