Gadis 13 Tahun Bukan Saja Diperkosa, Malah Dilacurkan Kepada Lelaki 82 tahun.

MIRI: Polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai terbabit dalam ke rogol remaja perempuan berusia 13 tahun dan menjual kepada lelaki berusia 82 tahun.

Menurut laporan Berita Harian Online, remaja perempuan berusia 13 tahun itu menempuh detik hitam, apabila bukan setakat dirogol, malah dipaksa melayani nafsu serakah seorang lelaki berusia 82 tahun yang membayar 'RM700' untuk tujuan itu.

Selain melayan warga emas itu, remaja terbabit turut dipaksa oleh perogolnya melayani nafsu dua lelaki secara bergilir di lokasi berasingan dan dipukul jika engkar.

Susulan aduan yang diterima, polis malam kelmarin, menahan seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai terbabit dalam kes itu dan sedang berusaha mengesan individu lain yang turut terbabit merogol dan melacurkan mangsa

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supritanden Stanley Jonathan Ringgit, berkata nasib malang menimpa gadis itu terbongkar selepas laporan polis dibuat bapa mangsa berusia 55 tahun di Balai Polis Pusat Miri pada Rabu lalu.

"Polis sudah memberkas seorang perogol yang terbabit dan kini direman selama enam hari bermula hari ini,," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa sudah dirujuk ke Hospital Miri untuk pemeriksaan kesihatan lanjut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan. Berita Harian Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja