`Mat Bangla' Ratah Wanita
KUALA LUMPUR: Seorang wanita tidak bernasib baik apabila satu kejadian menimpa dirinya di mana dia telah dirogol oleh lelaki warga Bangladesh ketika dia sedang mabuk di sebuah hotel di Jalan Imbi, Kuala LUMPUR semalam. Mangsa yang berusia 30 tahun itu dikatakan sedang mabuk sehingga dia tidak sedarkan diri dan hanya menyedari dirinya diperkosa selepas terjaga daripada tidur dalam keadaan separuh bogel. Menurut sumber yang dipercayai, kejadian terbabit dikatakan berlaku apabila mangsa diajak keluar untuk minum oleh suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an di kawasan Bukit Bintang selepas tamat waktu bekerja. Mangsa yang hanya bekerja sebagai seorang pelayan itu bersetuju untuk keluar bersama walaupun hanya baharu mengenali lelaki warga asing terbabit. Suspek juga dikatakan cuba memujuk mangsa untuk mencuba minum minuman keras terbabit dalam jumlah yang banyak sebelum wanita itu berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri. Akibat daripada itu, lelaki terbabit mengam...