Dua Pelajar Tingkatan Tiga Diliwat Serta Diugut Menggunakan Rakaman Video.


KUALA TERENGGANU -  Seorang pembantu kedai makan lelaki telah didapati meliwat dua orang pelajar lelaki tingkatan tiga di sebuah Sekolah Menengah di Dungun.

Lelaki terbabit dikatakan telah memaksa kedua pelajar terbabit melakukan hubungan seks songsang di sebuah rumah yang terletak di Dungun.

Menurut laporan Sinar Harian, kedua-dua mangsa dipercayai bukan sahaja diliwat secara paksa, malah turut dibelasah sekiranya enggan melayan kehendak nafsu songsang pemuda berusia 25 tahun itu, selain cuba berkawan dengan lelaki lain.

Menurut sumber, mangsa pertama yang mengenali pemuda itu sejak Jun lalu dipercayai diliwat beberapa kali secara paksa sepanjang tempoh perkenalan dan akan dipukul sekiranya enggan memenuhi permintaan itu.

“Suspek dipercayai meliwat mangsa kali pertama pada hujung Jun lalu ketika remaja itu ponteng sekolah dan lepak di rumahnya di sebuah perumahan di Paka, Dungun, sebelum mengulangi perbuatan terkutuk itu kira-kira jam 5 petang, 6 Oktober lalu.

“Bagaimanapun, pada keesokan harinya, suspek memukul mangsa kerana cemburu dan tidak suka dengan tindakan mangsa membawa lelaki lain ke rumahnya itu,” katanya.

Sumber berkata, cemburu suspek berlarutan apabila mangsa enggan lagi keluar dan berjumpa dengannya, sebelum bertindak menghantar satu rakaman video dia sedang meliwat mangsa melalui WhatsApp.

Jelas sumber, mangsa yang takut dan bimbang akan keselamatannya selepas menerima rakaman video itu, terus mengadu kepada keluarga sebelum membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Dalam masa sama, seorang lagi rakan mangsa juga membuat laporan polis mendakwa dirinya turut menjadi mangsa liwat pemuda itu yang dikenali sejak Julai lalu di sebuah kedai makan di Dungun.

Sumber berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan sama kepada mangsa sejak perkenalan itu dan kali terakhir pada 6 Oktober lalu serta turut mengugut akan melakukan kekerasan sekiranya mangsa enggan mengikut kehendaknya.-Sinar Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja