Yusuf Azmi Dedah Video Suara Rancangan Boy Iman Tipu Orang Awam.

KUALA LUMPUR - Akhirnya Yusuf Azmi memuat naik video penipuan yang dilakukan Boy Iman isu skim penjualan rumah semurah RM50.000, yang tular baru-baru ini.

Dalam video berdurasi 2 minit 20 saat itu dapat mendengar jelas pengakuan Boy Iman  berkenaan wayang pacak yang dibuatnya selama ini.

Dalam rakaman suara yang dimuat naik saudara Yusuf Azmi itu dirakam secara rahsia oleh staff atau rakan kongsinya dan mendedahkan segala taktik digunakan Boy Iman selama ini.

"Kita tak boleh cakap tentang aku bagus, aku politik, aku bleh bawak polis ambik ko dekat airport, iring, bayar..bukan tu.. itu semua hanyalah game, gimik"

'Saya buat gimik ni dah lame dah.. sy panggil menteri tan sri noh omar datang, kan? tapi ape sebab saya panggil tan sri noh omar datang? saya nak sales kita nak sales kita kena ingat DBI Properties adalah marketing company."

"Saya datangnye dari alfafa, saya adalah ceo marketing company. tanya pejal macam mana saya boleh buat 4 bulan 10 juta?"

"Pasal saya wayang kuat. saya kuat main taktik dan teknik. dalam marketing kita kena ade strategi kita ade guna taktik dan teknik."

"Sebab tu saya melawan pelawan, melawan apa apa fitnah, melawan apa apa saya main taktik dan teknik. kan?"

"Hari ini dia buat macam tu lah, ok takpe, kite panggil semua, kita dah ade dah rangka kita.kan?]"

"Kita panggil macam mana nak tanggani krisis. ok khamis malam jumaat kita buat sembahyang hajat kita mintak ngan Tuhan, kita mintak ngan Allah kan? kita buat sembahyang hajat."

"Esoknya kita err dua hari err err harini kita buat kursus asas trader. tengok..40 org datang kan?
arini jugak suratkhabar datang. kenapa benda ni semua ade? sebab saya plan. saya plan."

"Saya cakap ngan puan anggun. “puan anggun, you kena amik dato’, you kena beli dato”. pasal i plan, i plan semua benda tu. semuanya i main wayang."

"Ini semua wayang tersusun, wayang pacak nama dia. haaa untuk ape? untuk syarikat, untuk kita, untuk kita terus sama sama maju."

"Bukan kita yang membunuh membunuh membunuh. sama sama membunuh. zaini buat keje, 1 umah ade masalah, problem kan?"

"Bukannya datang pergi cerita dengan orang. bukannya viral, pergi buat satu group lain, pergi buat. adakah itu satu cara yang betul, kan? itu bunuh melayu namanye. ko datanglah cerita baik baik, kan?"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja