Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Video Kantoi

Kekasih Curang Di Tangkap Ketika Bersama Lelaki Lain.

Imej
Curang ataupun tidak setia merupakan salah satu faktor terjadinya perbalahan di antara lelaki dan juga wanita. Curang boleh berlaku disebabkan atas beberapa sebab seperti, kebosanan, keperluan yang tidak dipuaskan, keseronokan ataupun hanya mahu membalas dendam sahaja. Hubungan sulit ini juga turut menjadi penyebab kepada keretakan perhubungan apabila ianya membawa kepada perasaan tidak selamat, perasaan tidak amanah, tidak menghormati, komunikasi satu hala, dan juga pergaduhan yang berterusan. Terdapat pepatah mengatakan bahawa “kepercayaan ini adalah seperti kertas, sekali ia remuk, ia tidak boleh dibaiki”. Mungkin ini adalah penyebab mengapa ramai pasangan berakhir dengan perpisahan. Gambar-gambar di bawah menunjukkan bagaimana seorang lelaki yang mengesyaki pasangannya curang dengan lelaki lain. Keadaan ini membuatkan lelaki terbabit meminta Dennis Cee dan ahli pasukan untuk membantu dia mendapatkan jawapan sama ada syak wasangkanya adalah betul ataupun sekadar maina...

Video Warga Emas Cabul Wanita OKU Tular Di Media Sosial.

Imej
Seorang wanita yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) dipercayai telah dicabul oleh seorang lelaki warga emas yang tidak pasti lokasinya. Video tersebut yang berdurasi selama 48 saat itu telah tular di media sosial baru-baru ini. Perbuatan terkutuk tersebut dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang berhampiran tepi jalan itu. Menurut rakaman CCTV, kejadian jam 8.19 pagi itu, kelihatan seorang lelaki warga emas memanggil seorang wanita dipercayai OKU di belakang sebuah kereta sebelum dia bertindak mencabul wanita terbabit. Wanita tersebut dipercayai marah dengan tindakan lelaki terbabit namun lelaki tersebut mengulangi perbuatan itu sebelum dia beredar kerana ramai orang berada di kawasan tersebut. Semoga orang ramai peka dengan keadaan sekeliling dan dinasihatkan supaya berhati-hati agar perkara seperti ini tidak berulang lagi. Sumber: Online News Today. Editor: Atila Atasha

Pencuri Biadap!!

Imej
PASIR MAS - Seorang lelaki dipercayai melarikan dompet berisi RM60 dan telefon bimbit selepas bertindak biadap dengan melompat di badan salah seorang jemaah wanita yang sedang bersujud ketika solat subuh di Masjid Kasar, kelmarin. Dalam kejadian jam 5.55 pagi itu, lelaki tersebut bertindak melompat di badan seorang wanita pada saf kedua sebelum mencapai dompet dan telefon bimbit milik seorang wanita berusia 60-an yang diletakan di hadapan sejadah pada saf pertama. Tindakan itu dilihat berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan seakan sudah dirancang kerana pada awalnya suspek berada di ruang solat lelaki, kata Bendahari Masjid, Said Kamaruzaman. Katanya, sebaik sahaja jemaah lelaki mula solat, lelaki itu terus pergi ke ruang solat wanita sebelum melarikan barangan kepunyaan seorang jemaah. "Namun berdasarkan rakaman, lelaki yang tidak dikenali pada mulanya nampak seperti bersiap-siap untuk solat Subuh bersama jemaah lain, namun sebaik pada rakaat pertama di...

Video Lelaki Kantoi Buat Aksi Tidak Senonoh Terhadap Seorang Wanita.

Imej
Kelantan - Seorang lelaki kantoi melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang wanita ketika wanita tersebut sedang menunggu rakan sekerjanya yang lain dihadapan tempat kerja. Melalui rakaman video yang sempat dirakamkan, lelaki tersebut yang sedang menaiki motorsikal jenis EX5 dream berwarna biru dengan nombor pendaftaran BKM 2659 kelihatan telah menunjukkan kemaluannya terhadap seorang wanita. Ketika kejadian wanita tersebut yang sedang duduk secara bersendirian di luar tempat kerjanya sementara menunggu rakan sekerja yang lain datang sebelum didatangi oleh lelaki tersebut secara tiba-tiba. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di kawasan Kota Bharu sekitar Jalan Sultan Ibrahim pada sekitar pukul 3 petang sebab masuk kerja pukul 3.30 petang. Menurut rakan mangsa ini merupakan kejadian pertama yang berlaku terhadap mangsa kerana sebelum ini dia hanya melihat kejadian seumpama ini berlaku terhadap orang lain. Ketika kejadian dikatakan mangsa mengenakan pakaian yang agak ...

Video Latihan Ketenteraan Lelaki Atas Wanita Dikecam Netizen

Imej
Baru-baru ini, satu video telah tersebar di media sosial China membuat netizen mempersoalkan "latihan" ketenteraan tahun yang dijalankan terhadap golongan muda di Negara itu. Dalam video tersebut, sekumpulan remaja lelaki dengan berpakaian tentera dilihat berlegar di atas rakan wanita mereka yang berbaring di atas tanah. Dalam video tersebut dapat dilihat, lelaki mula melakukan push up secara seksual manakala wanita cuba menyembunyikan wajah mereka kerana malu. Latihan ini sebahagian daripada latihan ketenteraan wajib yang dilakukan oleh remaja di China pada penghujung tahun di setiap sekolah. Latihan tahunan ini, yang melibatkan berjuta-juta pelajar, telah dikritik selama bertahun-tahun kerana sia-sia dan kejam.

Yusuf Azmi Dedah Video Suara Rancangan Boy Iman Tipu Orang Awam.

Imej
KUALA LUMPUR - Akhirnya Yusuf Azmi memuat naik video penipuan yang dilakukan Boy Iman isu skim penjualan rumah semurah RM50.000, yang tular baru-baru ini. Dalam video berdurasi 2 minit 20 saat itu dapat mendengar jelas pengakuan Boy Iman  berkenaan wayang pacak yang dibuatnya selama ini. Dalam rakaman suara yang dimuat naik saudara Yusuf Azmi itu dirakam secara rahsia oleh staff atau rakan kongsinya dan mendedahkan segala taktik digunakan Boy Iman selama ini. "Kita tak boleh cakap tentang aku bagus, aku politik, aku bleh bawak polis ambik ko dekat airport, iring, bayar..bukan tu.. itu semua hanyalah game, gimik" 'Saya buat gimik ni dah lame dah.. sy panggil menteri tan sri noh omar datang, kan? tapi ape sebab saya panggil tan sri noh omar datang? saya nak sales kita nak sales kita kena ingat DBI Properties adalah marketing company." "Saya datangnye dari alfafa, saya adalah ceo marketing company. tanya pejal macam mana saya boleh buat 4 bulan 10 juta?...

Video Wanita Mengamuk Selepas Kantoi Khalwat Dalam Kereta.

Imej
Indonesia - Seorang wanita mengamuk selepas dia telah ditangkap ketika sedang asyik memadu asmara di dalam sebuah kereta bersama kekasihnya. Video yang menunjukkan reaksi seorang wanita yang ditangkap khalwat telah menjadi tular di media sosial selepas wanita tersebut dikatakan mengamuk selepas dia kantoi melakukan perbuatan terkutuk bersama kekasihnya. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Palembang, Indonesia. Melalui video yang berdurasi 29 saat tersebut jelas menunjukkan wanita tersebut memberontak dengan cara menjerit-jerit ketika orang ramai memintanya supaya keluar daripada kereta selepas perbuatan terkutuknya terbongkar. Wanita tersebut dikatakan merupakan seorang mahasisiwi di sebuah kolej terkemuka di Palembang manakala kejadian tersebut dikatakan berlaku di kawasan tempat letak kereta kolej berkenaan. Video tersebut menunjukkan wanita tersebut bertindak menjerit-jerit sambil menutup mukanya dengan menggunakan baju ketika dipaksa keluar daripada kereta oleh oran...

Video Lelaki Ditendang Selepas Menggesel Kemaluannya Di kaki Wanita Dalam Bas

Imej
China - Seorang lelaki ditangkap ketika melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang wanita sewaktu berada di dalam bas. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di dalam sebuah bas di Luoyang, Wilayah Henan china. Lelaki tersebut pada mulanya sedang duduk di salah satu bangku di dalam bas tersebut sebelum dilihat bangun daripada tempat duduknya dan berdiri di hadapan seorang wanita yang sedang duduk secara bersendirian sambil bermain telefon bimbitnya. Lelaki tersebut kemudiannya bertindak menggeselkan kemaluannya di kaki wanita tersebut, menyedari perbuatan lelaki tersebut menyebabkan wanita itu marah serta bertindak menendang kemaluannya. Pihak polis yang tiba di tempat kejadian setelah di hubungi oleh wanita terbabit kemudiannya telah menahan lelaki tersebut atas perbuatannya. Lelaki tersebut di laporkan akan ditahan selama lima hari bagi kesalahan mencabul di tempat awam.

Video Majikan Paksa Pembantu Rumah Lakukan Hubungan Intim Tular Di Media Sosial.

Imej
Arab Saudi - Seorang wanita telah menjadi mangsa gangguan seksual oleh majikannya sendiri apabila dia dikatakan telah dipaksa untuk melakukan hubungan intim bersamanya. Kejadian tersebut telah menjadi topik hangat di laman media sosial selepas rakaman video wanita tersebut dipaksa oleh majikannya itu untuk melakukan hubungan intim telah tersebar secara meluas di laman sesawang. Mangsa yang merupakan rakyat warga Indonesia telah merakamkan kejadian yang menimpanya itu serta telah memuat naik rakaman tersebut di media sosial sebagai bukti kejadian yang menimpanya itu. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Mekah, Arab Sausi pada Jumaat yang lalu malah mangsa juga turut memberitahu bahawa ini bukanlah kejadian pertama yang menimpanya tetapi telah beberapa kali. Akibat tidak tahan kerana menjadi mangsa gangguan seksual oleh majikannya itu dia kemudiannya telah merakamkan serta menyebarkan rakaman kejadia yang menimpanya di laman media sosial bagi tujuan meminta bantuan supaya dia...

Video Remaja Perempuan Dibelasah, Kantoi Mencuri Di Tasek Gelugor.

Imej
Pulau Pinang - Seorang remaja perempuan telah ditangkap serta di belasah oleh penduduk kampung selepas kantoi melakukan samun ke atas seorang warga emas pada hari ini. Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada petang tadi di Kampung Kubang Menerong, Tasek Gelugor selepas remaja tersebut didakwa cuba menyamun seorang warga emas. Terdapat tiga video rakaman sekitar kejadian remaja terbabit ditangkap serta dibelasah oleh penduduk kampung tersebut berjaya dirakamkan dan telah tular di media sosial. Menerusi rakaman tersebut kelihatan remaja terbabit telah dibelasah oleh penduduk kampung yang ternyata tidak berpuas hati dengan kelakuannya yang amat mencurigakan apabila telah mengitip rumah warga emas terbabit sebelum melakukan samun ke atasnya. Remaja terbabit yang baru berusia 18 tahun telah ditahan bersama dengan seorang lelaki berusia 21 tahun selepas dikatakan telah menyamun warga emas yang berusia 70 tahun di rumah mangsa. Kedua-dua remaja terbabit telah di serahkan kepada ...

Video Wanita Hampir Menjadi Mangsa Rogol Ketika Menaiki Bas Ekspress

Imej
Seorang lelaki telah di pukul serta ditangkap atas kesalahan melakukan cubaan merogol terhadap seorang gadis di dalam sebuah bas. Ketika kejadian difahamkan bahawa bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Kota Bahru Kelantan. Lelaki berkenaan telah di tangkap serta di pukul oleh orang awam yang berada dalam bas tersebut sebelum di serahkan kepada pihak polis bagi melakukan siasatan. Namun begitu butiran lengkap mengenai lelaki terbabit serta mangsa masih belum diperolehi. Video rakaman sekitar kejadian penahanan lelaki tersebut sempat dirakamkan serta di muat naik ke laman media sosial oleh salah seorang orang awam yang berada di lokasi tempat kejadian.

Video Tiga Sekeluarga Termasuk Kanak-kanak Kantoi Mencuri Serta Menggunakan Wang Palsu.

Imej
Terengganu - Terdapat tiga sekeluarga didapati telah melakukan kecurian serta menggunakan wang palsu bagi membeli barang di sebuah kedai di sini hari ini. Menurut pengguna facebook yang dikenali sebagai Lieya Alias, ketika kejadian tiga sekeluarga tersebut telah mencuri telefon bimbit milik pekerjanya di kedai Maryam Sofea Kosmetik,Kuala Terengganu. Brangan yang turut di curi oleh mereka adalah Krim Tati yang di jual di kedainya, mereka sekeluarga termasuklah seorang kanak-kanak yang dipercayai merupakan anak mereka kelihatan seperti sudah biasa melakukan perbuatan ini. Menurut Lieya lagi terdapat juga beberapa buah kedai yang telah menjadi mangsa kepada pasangan suami isteri serta seorang anaknya itu dan taktik serta perbuatan mereka itu telah di viralkan di dalam facebook melalui group GATE. Menurut kata pekerja Lieya, di dalam dompet mereka memang kelihatan duit kertas RM100 yang berkepuk-kepuk namun semuanya itu merupakan duit palsu, semoga tiada yang tertipu dengan merek...

Video Aksi Jelik Inspektor Polis Rakam Wanita Dalam Tandas Terbongkar

Imej
Aksi jelik seorang Inspektor polis  menjadi tular kerana bertindak merakam gambar seorang wanita yang ketika itu berada di dalam tandas sebuah pusat membeli belah di Bandaraya Alor Setar semalam. Menurut laporan Astro AWANI, lelaki terbabit dengan selamba masuk ke dalam tandas wanita dengan hanya berseluar dalam ‘boxer'. Tindakan suspek yang merakam seorang wanita itu terbongkar apabila wanita terbabit berjaya mengesan aksi jelik Inspektor polis terbabit. Menurut, Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff mengesahkan tangkapan suspek yang merupakan Inspektor polis telah dibuat semalam. Polis telah menerima maklumat bahawa terdapat seorang lelaki sedang mencetuskan huru-hara di sebuah pusat membeli-belah, kira-kira jam 12.30 tengah malam Isnin lalu. Sebaik tiba di pusat membeli-belah itu, polis telah menahan suspek tersebut yang tidak berpakaian di dalam tandas wanita di tingkat empat pasaraya terbabit. Pemeriksaan lanjut mendapati beg milik suspek itu mengan...

Video Lelaki Kantoi Rakam Lebih 29 Video Wanita Pakai Mini Skirt Di Mid Valley

Imej
Kuala Lumpur - Seorang lelaki telah ditangkap ketika dia sedang asyik merakamkan video wanita-wanita yang memakai mini skirt dari bahagian bawah skirt berkenaan. Lelaki tersebut telah di tangkap ketika dia sedang merakamkan video seorang gadis yang memakai mini skirt di sebuah pusat shopping kompleks terkemuka di sini. Kejadian terbabit dikatakan berlaku di Mid Valley Megamall, ketika lelaki terbabit di tangkap ternyata ini bukanlah perbuatannya yang pertama dilakukan olehnya kerana terdapat lebih 476 gambar serta 29 video yang ditemui di dalam telefon bimbit miliknya itu. Kesemua gambar serta video terbabit jelas menunjukkan imej wanita yang memakai mini skirt yang di ambil dari bahagian bawah skirt mereka tanpa disedari oleh mangsa. Kaum wanita yang suka memakai mini skirt di sarankan agar lebih berhati-hati kerana terdapat segelintir orang di luar sana yang cuba mengambil kesempatan terhadap mereka tanpa mereka sedari. Video Lelaki Kantoi Rakam Lebih 29 Video Wanita Pa...

Video Wanita Larikan Barangan Kemas Berjaya Dirakam CCTV

Imej
Bangi - Seorang wanita telah bertindak berani dengan melarikan seutas gelang tangan di sebuah kedai emas di sini hari ini. Kejadian terbabit dikatakan berlaku di sebuah kedai Emas Impiana Jewels di Bangi Gateway pada tengah hari tadi ketika tiada seorang pelanggan pun di situ. Video sekitar kejadian terbabit telah di muat naik oleh Aishah Yusoff di facebook miliknya yang menunjukkan seorang wanita yang telah bertindak melarikan seutas gelang tangan. Merujuk kepada video berkenaan jelas menunjukkan wanita terbabit yang pada mulanya mundar-mandir seperti meliht barang kemas sebelum meminta kepada jurujual supaya menunjukkan kepadanya gelang emas. Jurujual terbabit yang mengambil gelang emas serta telah memakaikan kepada wanita terbabit kemudiannya sedang mengira harga bagi gelang terbabit sebelum wanita terbabit bertindak berani terus melarikan diri bersama gelang emas di tangannya. Jurujual terbabit seperti tergamam dengan kejadian yang tidak di sangka tersebut, in...

Video Perogol Berjaya Ditangkap Dalm Toilet Shopping Mall.

Imej
Seorang lelaki telah ditangkap kerana cuba merogol seorang wanita di dalam sebuah tandas di sebuah pusat beli-belah. Menurut Malaysian Viral News, lelaki terbabit telah di tangkap ketika dia cuba melakukan cubaan merogol ke atas seorang wanita di dalam tandas perempuan. Perogol terbabit telah di tangkap serta di ikat kaki serta tangan dalam keadaan berbogel sementara menunggu pihak polis sampai ke tempat kejadian. Jelas kelihatan keadaan mangsa yang ketakutan ketika dia berjaya di selamatkan daripada menjadi mangsa rogol oleh lelaki terbabit. Video Perogol Berjaya Ditangkap Dalm Toilet Shopping Mall. Baca Berita Penuh: https://t.co/H2hHYIzMXd pic.twitter.com/CAkpEVPUnw — Wartawan Jalanan (@W_Jalanan) 1 Ogos 2017

Video CCTV Berjaya Rakam Pencuri Guna Taktik Licik Di Cyber Cafe Wangsa Maju

Imej
Wangsa Maju - Kelibat seorang pencuri yang menggunakan taktik menjatuhkan duit syiling terlebih dahulu sebelum mencuri telefon bimbit mangsanya telah berjaya dirakamkan oleh CCTV. Kejadian tersebut dikatakan baru sahaja berlaku pada petang tadi di Orange Cyber Cafe, Wangsa Maju. Melalui rakaman CCTV Cyber Cafe terbabit jelas menunjukkan kelakuan lelaki terbabit yang terlebih dahulu menjatuhkan duit syiling di tepi kaki seorang lelaki yang sedang leka bermain komputer. Selepas menjatuhkan duit syiling terbabit, pencuri terbabit di lihat dengan sengaja telah menegur lelaki berkenaan supaya mengutip duitnya yang tercicir di tepi kaki. Tetapi ketika lelaki tersebut sedang mengutip duit syiling berkenaanlah pencuri terbabit di lihat bertindak mengambil telefon bimbit milik mangsa yang berada di atas meja. Melalui rakaman tersebut di lihat bahawa orang yang berada bersebelahan mangsa seperti terkejut dengan tindakan pencuri terbabit yang mencelah di sebelahnya untuk mengambil tel...

Video Lapan Artis Wanita Ditahan Berpesta Dadah Dalam Bilik Hotel

Imej
Indonesia - lapan artis wanita termasuk penghibur ditahan ketika sedang berpesta dadah dalam sebuah bilik di sebuah hotel di Jakarta, semalam. Artis yang dikenali sebagai Pretty Asmara, disyaki sebagai mengedar dadah kepada tujuh artis wanita  yang berada dalam bilik hotel berkenaan. Dalam laporan Detik.com, mereka hanya menyiarkan huruf pangkal nama artis terbabit iaitu SS (pelakon filem), EY (penyanyi dangdut), ES (penyanyi dangdut), MA (penyanyi dangdut), AH (pelakon sinetron), GL (model), dan DW (penyanyi pop). Ketua cawangan anti-dadah polis Metro Jaya, Doni Alexander, berkata ketika serbuan ada tujuh artis wanita dalam bilik berkenaan namun tidak seperti Preety yang disyaki mengedar, artis lain disyaki mengambil dadah. Mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut, termasuk ujian air kencing. Pretty ditangkap sekitar 1 pagi, di sebuah hotel di Kemayoran, Jakarta Pusat, selepas polis menerima maklumat ada urusan jual beli dadah dan melibatkan artis di situ. “Seb...

Video: Wanita Di Siasat Pakai Skirt Mini Dan Baju Singkat.

Imej
Video seorang wanita Arab Saudi yang tular di media sosial memakai skirt mini dan baju singkat di tempat awam sedang disiasat oleh polis agama negara itu. Menurut laporan mStar Online, wanita itu merupakan seorang model yang dikenali sebagai "Khulood" dengan sengaja memuat naik klip video tersebut di laman sosial Snapchat.  Vidoe bersurasi 6 saat itu menunjukkan Khulood bersiar-siar di tempat bersejarah di Ushayqir dengan memakai skirt mini dan baju singkat. Ushayqir Heritage Village yang terletak kira-kira 154 kilometer dari Riyadh adalah salah satu wilayah paling konservatif di Arab Saudi. Kebanyakan orang Arab mendesak agar Khulood ditahan kerana gagal mematuhi kod pakaian dan sengaja merakam dan sebarkan secara online, Untuk pengatuhan umun wanita di Arab Saudi dikehendaki memakai 'abaya', merupakan pakaian muslimah longgar dan panjang serta perlu bertudung. Seorang pengguna media sosial berkata: "Kita harus menghormati undang-undang negara....

Video Wanita Hampir Menjadi Mangsa Rogol Di Stesen Minyak Machang.

Imej
Machang - Seorang wanita hampir menjadi mangsa rogol ketika dia singgah di sebuah tandas di stesen minyak untuk membuang air kecil. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Stesen minyak Shell Batu 30 Machang, Kelantan pada hari Khamis yang lalu dan apa yang lebih mengejutkan ianya berlaku pada siang hari. Wanita tersebut dikatakan sedang dalam perjalanan bersama kakak iparnya untuk ke Kuala Lumpur sebelum berhenti rehat di Shell terbabit bagi membeli air minuman untuk bekalan dalam perjalanan serta singgah ke tandas yang berada di Shell terbabit. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 11.30 pagi ketika mangsa telah memasuki tandas yang terletak di stesen minyak terbabit, pada mulanya mangsa telah terlebih dahulu memeriksa tandas terbabit yang mempunyai 4 pintu semuanya. Terdapat satu pintu tandas yang terkunci dan itu menandakan bahawa terdapat orang di dalam tandas terbabit dan mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus memasuki sebuah salah satu tandas yang terdapat di situ ...