Video CCTV Berjaya Rakam Pencuri Guna Taktik Licik Di Cyber Cafe Wangsa Maju

Wangsa Maju - Kelibat seorang pencuri yang menggunakan taktik menjatuhkan duit syiling terlebih dahulu sebelum mencuri telefon bimbit mangsanya telah berjaya dirakamkan oleh CCTV.

Kejadian tersebut dikatakan baru sahaja berlaku pada petang tadi di Orange Cyber Cafe, Wangsa Maju.

Melalui rakaman CCTV Cyber Cafe terbabit jelas menunjukkan kelakuan lelaki terbabit yang terlebih dahulu menjatuhkan duit syiling di tepi kaki seorang lelaki yang sedang leka bermain komputer.

Selepas menjatuhkan duit syiling terbabit, pencuri terbabit di lihat dengan sengaja telah menegur lelaki berkenaan supaya mengutip duitnya yang tercicir di tepi kaki.

Tetapi ketika lelaki tersebut sedang mengutip duit syiling berkenaanlah pencuri terbabit di lihat bertindak mengambil telefon bimbit milik mangsa yang berada di atas meja.

Melalui rakaman tersebut di lihat bahawa orang yang berada bersebelahan mangsa seperti terkejut dengan tindakan pencuri terbabit yang mencelah di sebelahnya untuk mengambil telefon bimbit milik mangsa.

Akan tetapi tindakan pantas pencuri terbabit yang menyembunyikan barang yang di curinya menyebabkan orang yang berada di sebelah mangsa pun tidak menyedari apa sebenarnya yang dilakukan oleh pencuri terbabit.

Selepas berjaya mengambil telefon bimbit mangsa tanpa di lihat sesiapa pun, pencuri terbabit dengan selambanya telah beredar keluar dari Cyber Cafe terbabit.

Bagi semua yang selalu menghabiskan masa di Cyber Cafe di nasihatkan supaya berhati-hati dengan orang yang tidak di kenali jika dengan sengaja menegur kita supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi.

Melihat kepada gaya pencuri terbabit kelihatan seperti dia telah biasa melakukan perbuatan tersebut dan mohon jom kita ramai-ramai sebarkan muka pencuri ini supaya dia akan tertangkap juga.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja