Video: Ibu Sebat Anak Perempuan Di Khalayak Ramai

GUATEMALA CITY: Seorang ibu memberi pengajaran paling sakit dan memalukan kepada anaknya apabila menyebat anak perempuannya di khalayak ramai selepas dituduh mencuri pakaian daripada sebuah kedai di timur Guatemala. Menurut laporan Daily Mail yang memetik media tempatan, Tomasa Tzoc Tipaz, 35, dipaksa melutut di khalayak ramai di kampung San Antonio Ilotenango sebelum disebat 15 kali oleh ibunya dan datuk bandar tempatan. Dia sebelum itu ditangkap kerana didakwa mencuri, enggan mendedahkan siapa rakan subahatnya kepada pihak berkuasa yang kemudian mengarahkan hukuman sebat terhadapnya. Tomasa dibawa ke padang bola dan penduduk dipanggil untuk menyaksikan hukuman itu dilaksanakan. Rakaman video menunjukkan dia membongkok dan mengangkat baju ke atas kepala. Ibunya menyebat belakang Tomasa lima kali dengan ranting kayu sebelum disambung Datuk Bandar, Maria Lucas. Selepas dirotan, Tomasa yang menangis memeluk ibunya sambil meminta maaf sebelum diarahkan berpindah ke band...