Video Lelaki Histeria Ditangkap Kumpulan Mak Nyah.
JAKARTA – Sekumpulan wanita transgender atau ‘maknyah’ menunjukkan
mereka bukanlah golongan yang lemah apabila berjaya merakam video seorang
lelaki yang didakwa mencuri menjadi viral di media sosial.
Dalam video tersebut, sekumpulan maknyah mengelilingi seorang
lelaki yang tidak berbaju sedang meraung dan memohon belas kasihan daripada
mereka.
Kedengaran seorang daripada mereka berkata “berani kau menangis! Kau
harus bertanggungjawab.Jangan main-main dengan kami.”
Terdapat adegan lucu apabila salah seorang daripada rakan maknyah
bertanyakan nombor telefon polis lalu rakannya menjawab nombor tersebut boleh
didapati di Google.
Menerusi video tersebut, terlihat sebuah kereta polis tiba di lokasi
dan salah seorang maknyah sempat merakam video ‘selfie’ menunjukkan mereka
sedang menuju ke balai polis di Putri Kembangan, Jakarta Barat.
Polis yang memandu kelihatan terhibur dengan gelagat mereka.
Tribun melaporkan mereka sedang melepak di tempat biasa mereka
menunggu pelanggan seks, kemudian suspek datang dan bertanyakan kepada salah
seorang daripada mereka tentang harga perkhidmatan yang ditawarkan lalu keadaan
menjadi kecoh apabila suspek merampas telefon bimbit maknyah tersebut dan cuba
melarikan diri.
"Dia tanya bayaran perkhidmatan, seribu rupiah ia kemudian
terus berlari dan kami menangkapnya," kata seorang maknyah
Kemudian mereka membuka pakaian lelaki tersebut hingga separuh
bogel dan berbincang sesama mereka sama ada mahu membelasah atau tidak.
Kumpulan itu memutuskan untuk memilih tindakan yang betul dengan
menyerahkan suspek kepada polis. Sumber:mStar Online , Editor:Farhana
Ulasan
Catat Ulasan