Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel viral

2 Video Pemilihan PKR Gombak Bergaduh

Imej
GOMBAK - Pemilihan PKR Cabang Gombak kecoh selepas berlaku ketegangan jam 12 tengah hari tadi. Difahamkan insiden berpunca salah faham antara dua ahli dalam kem berbeza sebelum menjadi serius selepas campur tangan pihak ketiga. Insiden bermula apabila seorang ahli membawa kertas cai ke dalam pusat pengundian sebelum disedari ahli parti kem berbeza. Sejurus ditarik keluar, berlaku insiden perang mulut sebelum pergaduhan dan tolak-menolak kurang dua minit. Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal selepas pergaduhan dileraikan dan mereka terlibat ditarik keluar pagar.

Video Kanak-kanak Tonton Video Lucah Di Tempat Terbuka

Imej
Sebuah rakaman video yang berdurasi 55 saat memaparkan seorang kanak-kanak duduk di sisi ibunya sedang menonton video lucah di tempat awam dan video tersebut telah tular di media sosial. Kanak-kanak terbabit kelihatan sesekali menghadapkan telefon pintar tersebut ke mukanya seperti mencium skrin telefon itu yang sedang memainkan video seorang lelaki sedang memuaskan nafsu pasangannya. Video tersebut turut mendapat komen-komen negatif daripada netizen kerana mereka beranggapan video tersebut memang sudah sedia ada dalam telefon tersebut mahupun dalam galeri atau "search history" youtube dan bimbang kanak-kanak yang masih kecil itu ketagih menonton video seperti ini. "Aku rasa video itu memang dah ada dalam handphone itu. macam mana budak kecil macam tu boleh cari melainkan ada history video yang ditonton di YouTube," kata Faizatul Hasyim.  "Kalau aku, aku tak kan rakam, takkan tegur. Sebab isu anak ini sensitif. Nanti kita cakap baik-baik dekat ibu bapa ...

Video - Ikan Masih Hidup Setelah Digoreng

Imej
Video berdurasi selama 52 saat menunjukkan seekor ikan masih hidup dan bergerak setelah di goreng. Kejadian berlaku di Hengyang, Provinsi Hunan dipercayai sel saraf ikan tersebut belum mati ketika di goreng. Kedengaran suara wanita sedang menjerit dalam video tersebut ketika melihat ikan itu bergerak dan perutnya seperti mahu terbelah. Video ini telah tular di laman Weibo iaitu media sosial yang popular di China. Pengguna Weibo tidak menganggap ini sesuatu yang pelik atau menakjubkan malah mereka menganggap ini adalah perkara yang kejam kerana menggoreng ikan yang masih bernyawa. Kepada semua tukang masak disarankan supaya tunggu sekurang-kurangnya lima minit sehingga sel saraf ikan itu benar-benar mati sebelum menggorengnya. Editor:Anna

Kelahiran Anak Kambing Berkepala Dua

Imej
Pakistan - Berita kelahiran anak kambing menjadi tular di media sosial kerana memiliki dua muka termasuk dua mulut dan empat mata. Anak kambing yang baru lahir itu telah diberikan susu oleh pemiliknya. Pakar mengesahkan keadaan anak kambing itu sebagai dicephalic parapagus iaitu dilahirkan dengan dua kepala dan satu badan. Setiap kepala anak kambing itu mempunyai otak yang berasingan dan ia berkongsi kawalan organ serta anggota badan lain dan kebiasaannya haiwan yang dilahirkan dengan keadaan seperti tidak dapat bertahan lama. Laman sesawang Newsflare melaporkan kelahiran haiwan berkepala dua telah direkodkan sejak 1800-an lagi walaupun sangat jarang ditemui. Sumber:Harian Metro , Editor:Anna

Video- Majlis Pelancaran Naelofar Hijab Di Kecam Teruk Oleh Netizen

Imej
Pelakon dan usahawan berjaya Hajjah Noor Neelofa binti Mohd Noor atau lebih mesra di kenali sebagai Neelofa sememangnya adalah seorang usahawan wanita yang sering dijadikan idola oleh rata-rata anak mudah yang giat memperkembangkan perniagaan mereka. Jarang sekali kita mendengar gosip yang menimpa usahawan berjaya ini di media sosial namun, semalam kecoh menyatakan Neelofa membuat pelancaran hijabnya di kelab Zouk dan rata-rata para peminat Neelofa tidak berpuas hati dengan cara Neelofa mempromosi kan perniagaan nya di kelab malam kerana beliau adalah seorang wanita yang bertudung. Semalam merupakan majlis pelancaran Naelofar Hijab yang mengeluarkan rekaan terbarunya dan  sekali gus meraikan ulang tahun kelahirannya di kelab tersebut. Daphne Iking telah di jemput sebagai pengacara majlis yang gilang gemilang ini. Tular video tersebut di laman Facebook yang mana seorang wanita bertudung menari-nari tanpa menghiraukan mata-mata lelaki yang liar memandang ke arahnya di dala...

8 Gambar Pengawal Keselamatan Mirip Wajah Cristiano Ronaldo

Imej
Kata orang kembar kita ada tujuh orang di dalam dunia ini. Benar atau tidak? Namun banyak pengakuan yang telah diterima menyatakan mereka pernah menjumpai kembar sendiri. Perkara ini disebut disebut sebagai doppelganger. Doppelganger berasal dari perkataan Jerman yang bererti “Double Walker”. Ia nya digunakan bagi merujuk kepada bayangan diri yang dipercayai telah dijumpai di alam nyata. Kita juga pernah melihat kebanyakkan artis di Malaysia ini mempunyai kembar mereka seperti Aiman Tino, Siti Nurhaliza, Jeep Sepathu dam Remy Ishak itulah yang dikatanya sebagai doppelganger. Namun kali ini ianya melibatkan pemain bola sepak dunia yang berasal dari Portugal. Artis yang dikatakan ini adalah Christiano Ronaldo,nama nya tidak asing lagi dalam dunia bola sepak. Mirip muka nya yang menjadi kegilaan para gadis di serata dunia ini membuatkan siapa sahaja yang melihat nya pasti 'cair' dengan kekacakannya. Baru-baru ini beliau dinobatkan sebagai atlet yang memperoleh pendapatan yang ...

Video- Pelajar Panik Melihat "Sesuatu "Yang Menyeramkan Memasuki Ruang Bilik Darjah.

Imej
Suasana sebuah bilik darjah yang pada mulanya sunyi dan para pelajar nya sedang sibuk mengulang kaji pelajaran tiba-tiba bertukar menjadi riuh dan sangat bising. Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah sekolah SMAN 8 Margomulyo,Balik Papan Barat.Semasa kejadian tersebut ramai pelajar berada di dalam bilik darjah itu. Para pelajar yang panik terus berlari ke arah belakang bilik darjah. Peristiwa ini dapat dirakam oleh litar tertutup CCTV yang telah dipasang didalam bilik darjah tersebut. Video rakaman ini juga telah di muat naik didalam laman Facebook oleh Portal BalikPapan.Rakaman ini juga telah mendapat lebih daripada 13 ribu tontonan,186 perkongsian serta 400 "like". "Sesuatu" yang membuatkan kejadian menjadi riuh di dalam bilik darjah itu bukan lah kerana kehadiran guru ke dalam bilik tersebut. Jika kehadiran guru ke dalam bilik itu sudah pasti ia nya menjadi satu keadaan yang tenang dan sepi, namun keadaan ini menjadi sebalik nya. Para pelajar ini menjadi pan...

"Tuhan saya Allah dan Dia ada di mana-mana"- Johan

Imej
Pasangan sejoli ini Mohd Yazid Lim bin Mohamad Aziz atau lebih mesra dikenali sebagai Johan merupakan seorang pelawak, pengacara dan penyampai radio Era Fm. Beliau mempunyai darah kacukan Cina di sebelah ibu dan Melayu di sebelah bapanya. Pasangan nya pula Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn Wati bukan satu nama yang asing dalam bidang hiburan kita.  Jika dilihat dari luaran nya Johan seorang yang lawak namun siapa tahu sebenarnya beliau seorang yang sangat memetingkan solat nya. Meskipun kita lihat pasangan ini selalu nya sibuk dengan kerjaya masing-masing namun mereka masih ada masa lagi untuk mendidik anak-anak dalam bab agama. Keluarga ini sepatut nya dijadikan contoh yang baik kepada keluarga yang lain. Baru-baru ini kecoh di laman Instagram mengenai gambar Johan sedang solat di dalam rumahnya yang berhadapan dengan gambar seorang pemain bola iaitu Cristiano Ronaldo di ruang dinding tersebut. Pelbagai tanggapan negatif yang diterima oleh pasangan ini. Namun mereka b...

Heboh Video Pelajar Dalam Keadaan Tidak Senonoh Dalam Pusat Karaoke

Imej
INDONESIA- Seorang pelajar yang didakwa melakukan aksi yang tidak senonoh di sebuah pusat karaoke di Tulungagung, Jawa Tengah, dengan tidak memakai baju ketika dia sedang menyanyi bersama seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki nya pada hari Rabu lepas. Video yang berdurasi 20 minit itu dikatakan telah tular di media sosial. Ketua Polis Tulungagung AKP Mustijat Priambodo,berkata pihak nya sudah berjaya memperoleh identiti perakam video tersebut dan lokasi sebenar pusat karaoke tersebut. "Nama pelajar yang tidak berpakaian itu serta lokasi sudah pun kami perolehi. Sekarang kita fokus pada siapa penyebar rakaman tersebut," kata Mustijat. Pihak polis masih belum dapat memastikan idenitit perakam dan penyebar rakaman sama ada orang yang sama atau orang yang berlainan. Menurutnya,perakam mahupun penyebar video itu adalah seorang pelajar.Manakala seorang lagi yang sedang menyanyi bersama teman lelakinya tidak memaki baju. Pelajar ini boleh didakwa di bawah Akta Perlindunga...

Gara-gara Sajat Tujuk IC , Pihak JPN Akan Ambil Tindakan

Imej
Pengasas kosmetik Let's Cantik, Nur Sajat dikatakan telah menunjukkan kad pengenalan nya di dalam sebuah video. Lantaran kejadian itu ,Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengambil tindakan selanjut nya kerana salah seorang penulis blog telah membuat aduan kepada pihak atasan berhubungan kes ini. Mengikut laporan yang diterima,rakaman video ini telah di muat naik pada hari Isnin. Susulan daripada kejadian ini, Datuk Mohammad Razin Abdullah,Ketua Pengarahnya berkata, aduan yang diterima oleh jabatan ini akan disiasat secara terperinci. "Pihak kami akan membuat siasatan mengenai aduan yang telah dilaporkan oleh seorang penulis blog yang mendakwa video Sajat menunjukkan kad pengenalan nya di dalam video itu,kian tular di media sosial,"katanya. Walau bagaimanapun, pihak JPN akan sentiasa memelihara rekod pemilik dokumen serta perlu merahsiakan nya kerana ini melibatkan indentiti seseorang. “Sekiranya terdapat sebarang keraguan, pemilik dan waris yang layak saha...

Video & Gambar Pelakon Di Rasuk Ketika Penggambaran

Imej
Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video lakonan seorang pelakon wanita yang berbangsa Kemboja dipercayai telah dirasuk semasa dia didalam penggambaran sebuah filem yang bertajuk ‘Room Masses’ kian tular di media sosial. Pelakon yang dirasuk itu dikenali sebagai Khom Sokkhaythit berkata," ini adalah kali pertama kejadian serumpama ini terjadi kepada saya dan kru. Mungkin suasana bilik dan watak hantu yang dibawa ini menjadikan salah satu punca saya dirasuk,"katanya. "Disebabkan saya menghayati watak hantu itu, saya seperti terbawa-bawa seperti mencampak barang-barang di sekeliling serta menyakitkan pelakon yang lain. Mari kita saksikan video yang dikatakan tular di media sosial ini. Editor: Ila

Video Isteri Serang Pelacur Yang Rampas Suaminya

Imej
Perkahwinan adalah satu ikatan yang sangat indah dan sangat dinanti-nantikan oleh setiap insan. Segelintir daripada nya akan menyatakan saat indah ini hanya akan bertahan selama beberapa bulan sahaja kerana pada saat ini lah kita dapat mengetahui kekurangan pasangan kita. Benar setiap pasangan ada kekurangan masing-masing. Kita seharus menerima setiap kekurangan pasangan kita. Namun ada juga yang mengambil peluang ini untuk mencari pasangan yang lain kerana sudah bosan dengan pasangan nya. Isteri mana yang rela melihat suaminya berfoya-foya dengan wanita lain di luar pengetahuan nya. Tidak ada seorang isteri pun yang sanggup berkongsi kasih dan sayang nya dengan wanita lain. Jika pasangan kita memiliki sebarang kekurangan sebaiknya berbincang dahulu bagi mengelakkan sebarang salah faham berlaku. Baru-baru ini telah tular satu video di media sosial berkenaan dua orang wanita yang dikatakan bergaduh di sebuah restoran di Indonesia. Isterinya berbaju tshirt putih berang dengan kelakuan ...

Ayda Jebat Bertunang??

Imej
KUALA LUMPUR- Penyanyi serta pelakon Ayda Jebat atau sebenarnya Nur Suhada Jebat yang dilahirkan pada 17 Mac 1992. Pernah menjadi peserta Akademi Fantasia musim ke-9. Ayda juga dikenali ramai menerusi drama Rindu Awak 200%. Baru-baru ini Ayda Jebat, telah mengakui bahawa di seringkali mendapat panggilan telefon serta pesanan ringkas melalui laman sosial oleh kerana gambar majlis pertunangan yang telah berlangsung di kediaman rumahnya, pada minggu lalu. Katanya, ramai yang menyangka dirinya telah melangsungkan tali pertunangan secara senyap-senyap dan sengaja merahsiahkan berita gembira itu. Ada juga segelintir daripadanya, menyatakan bahawa dia bernikah dalam diam tanpa memberitahu kepada pihak media. "Saya sendiri tidak menyangka ramai orang beranggapan bahawa saya yang bertunang, malah tak putus-putus panggilan telefon dan pesanan ringkas yang diterima hingga ke hari ini. "Saya ,masih lagi solo dan belum menjadi milik sesiapa lagi,"katanya. Beliau men...